Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 May 2009

Pertama Dan Terakhir


Macam tak percaya tergamak Puan Bunga menge-tagged saya. Nampak sangat tak habis baca semua entry saya. Yna Gebus tuh bukan saya kan? kan? Oleh kerana Awards ini sangat retro ada minah skuter bonceng vinatang ~teka sendiri~ nampak comel tak patut di abaikan jadi saya rela selesaikan hutang tag yang pertama dan terakhir dalam hidup saya ini. Okeh kita mula dari sekarang...

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
- sudah di kopi neskepi kan okeh.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
- Puan Bunga -
manusia yang bertungging eh bertanggung jawab bagi gelaran Yna Gebus kat saya dah lah bagi tag tapi tak pandai nak datang hantar sendirik ketuk pintu belog jadi susah payah saya kena pergi layan diri ambik tag dekat rumah belog dia haiih geram tak patut dengan Puan Bunga yang tak berapa nak budak dah ~ dia sendirik cakap~ tapi suka gilos warna pink sampai rasa nak masak lauk pauk warna pink kemudian bagi kat dia hohoho suka.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)


1. Kecik je orangnya tapi kejap gemuk kejap kurus ah pedulik hape kuat melantak nafsu makan tak pernah nak hilang asik pikir nak makan makanan yang sedap-sedap je setiap kali keluar pergi makan.

2. Cerewet yang amat. Semua yang orang lain pilihkan tak pernah nak berkenan tapi bila sendirik pilih langsung tak tahu nak decide jadik kena cari orang lain jugak tolong pilih dan decide. Dah siap pilih, beli dan balik rumah pun duk teringat-ingat lagi kot-kot sempat ubah pikiran lagi. Aduyaa...

3. Takde warna pebret yang spesifik janji in trend macam sekarang sibuk kumpul warna oren ntah esok lusa carik warna hijau ke hape pulak. Minum pun kejap cam suka sangat kat epal susu padahal minggu lepas asyik order carrot susu ntah apa-apa sekarang lak suka kat laici fuhh lama tak pekena...memang tak tetap iman eh tak tetap pendirian betul saya ni.

4. Tapi saya setia pada yang satu. Sebab sekarang saya baru ada satu, kalau ada lepas ni saya ada dua mesti saya akan cakap saya setia pada yang dua..hohoho. Jangan marah saya, saya orang susah ~ngee~

5. Tak lah cerdik sangat. Muka sengal nak mampos cakap tunggang langgang macam kena tuba tapi hakikatnya saya suka cerdik pada saat yang tak terduga..hohoho memang sangat complicated nak paham tapi kalau anda hidup di sekitar saya anda akan jumpa kecerdikan tak terduga saya itu ~padahal tak de lah cerdik sangat pun orang lain tak cakap apa-apa pun saya sendiri yang syak saya ada kecerdikan tak terduga tu ces~

6. Banyak air mata. Jadi suka suka hati saya je boleh nak nangis bila-bila masa saya suka. Masa tengok movie ke, masa tengah cakap telefon ke, masa gaduh lagilah...masa baring nak tidur ke pendek kata memang saya seorang yang sangat menyedihkan lah. Sob sob...

7. Nampak muka suci abadi walhal perangai kasar nak mampus kurang sebijik cam jantan. Kalau marah memang jenis angkat kaki tangan nak belasah siapa-siapa kat sebelah sampai dah sejuk-sejuk sikit baru mintak maaf balik. Woh memang rasa berdosa sangat kat mangsa.

8. Dah sedar diri tua bangka tapi tak boleh nak kawal diri kalau rasa nak ter-lompat boleh lompat-lompat di khalayak memang tak masuk akal jugak kadang-kadang perangai saya nih dahlah selalu kena tegur bila lah nak jadik matang perangai pun dah sama cam budak -budak prasekolah ~ sebab dorang lah saya terpengaruh~

9. Shopping sampai tak hengat. Ye saya shopping sampai tak hengat berapa baki duit dalam wallet dan akaun sendirik woh nasib baiklah saya ada sebuah 'akaun bergerak' yang sedia di tumpangi di saat-saat tak terduga. Tambah-tambah lagi bila shopping baju atau barang mekap untuk bisnes mekap saya sampai siapa-siapa yang temankan saya buat muka angkat bendera tunjuk tanda protes menunggu saya lama nak mampus tak hengat pukul berapa dah!

10. Tak boleh duduk diam. Dalam sehari memang kena ada satu aktiviti yang perlu saya lakukan contoh merendek, dating, shopping, lepaking, jogging, pergi mekapkan customer ~semua cam haram takde faedah kecuali jogging dan mekap customer~ Kalau takde jugak aktiviti alamatnya saya mulalah meradang hangin satu badan cari pasal kat siapa-siapa hahaha memang kejam macam zionis.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog
- ala 6 mana cukup up lah lagi sebab saya nak bagi kat semua kroni, para jemaah dan buku tanda saya bagi dorang semua pulun tag ni sekali. Jadi kepada anda sila bawa pulang award retro dan tag nya sekali okeh.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda".*

Amaran keras daripada kerajaan; Ini adalah tag pertama dan ter-akhir saya. KECUALI kali ini sangat special kes sebab ini award friendship okeh. Penatlah buat tag ~ngeh3~

No comments:

Post a Comment