Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 May 2009

Detik 18 SG

Salam,

Ada satu tragedi yang mungkin dah lebih dari 2 minggu berlaku ~agaklah~ so bunyik macam cerita dah basi tapi saya tetap nak story kat entry nih. Malam Khamis atau malam permintaan ~Cik Intanurulfateha yang selalu sebut okeh* Sedang saya bermandi-mandian, saya terdengar bunyi bising - gamat tapi bukan minyak urut gamat, dari luar rumah. Makin lama bunyi tu makin jelas pastu macam makin kuat makin dekat sampai telinga saya yang sedang diselaputi buih-buih syampu kelapa dan orkid saya nak balik duit saya ~dah,dah jangan mencarut mengarut~ pun masih dapat dengar bunyi tu dengan jelas dan telus.
Memula macam malas nak kisah - ignore - ah persetankan je sebab rumah saya tu memang laluan budak-budak noti yang suka bising-bising kecoh bajet jom heboh, sambil kayuh beskal berjemaah balik daripada pasar malam...hohoho sebab malam tu adalah malam pasar malam. Tapi bila dengar bunyi tu lain macam - luar biasa je saya pun dengan ma sekali dengan adik-adik pun jenguk depan pintu tengok apa ke hal nya yang happening gilos sangat macam ada sambutan perayaan Chap Goh Meh depan rumah saya. Sekali bila saya jenguk, nah hambik ko. Rupa- rupanyanya ada sorang pakcik sedang main polis sentry kejar anak nya dengan parang mak ai berkilat mata parang tu sampai boleh buat lap meja ~weh ape kaitan~ Sambil kejar sambil dia bising-bising marah carut maki hamun semua dalam satu pakej lah dia bagi kat anak lelaki dia tu. Yang si anak dia pulak sambil lari bawak satu beg sandang pastu mulut rayu-rayu mintak mahap dengan pakcik tu. Memang lah. Takkan dia nak statik je tunggu kena libas. Mati remaja dia nanti.
Masa tu kitorang ya tuhan memang dah panik gila tengok pakcik tu macam kesetanan. Dahlah maghrib, depan rumah saya pulak. Masa tu takde sorang pun kaum adam kat rumah saya. Risau siyot buat nya anak pakcik tu masuk pagar rumah saya nak berlindung pastu pakcik tu follow sebab dendam tak habis lagi kemudian tetak merata-rata habis tiang rumah saya pastu saya kena kumpul duit bina rumah baru atau mungkin saya mati tersepit dalam runtuhan rumah saya macam tragedi Bukit Antarabangsa eh sudah sudah!!! ~macam lut ek tiang batu kena tetak~ Kitorang adik beradik cepat-cepat masuk dalam rumah sebab takut jugak pakcik tu nampak mata-mata skodeng kitorang ni kemudian tikam mata kami. Hohoho ngeri, ngeri...
Sampai hari ni saya masih tak tahu punca pakcik tu bergaduh anak beranak. Tapi itu pengalaman pertama saya tengok tayangan 18 SG live depan mata. Tapi tak terpikir la pulak nak amik gambar detik berbahagia tu. Kalau tak mungkin boleh upload kat belog...hohoho ~cam haram jerk~Pakcik tu pun agak-agaklah. Kalau ya pun hangin takkan sampai nak membunuh anak kot. Dalam kampung saya pulak tu. Haish pakcik garang... nanti kalau kampung saya horror macam Zombie Kampung Pisang camane??? Erk, kalau pakcik tu baca belog saya nih, mesti jadik sekali lagi tragedi berdarah kat kampung saya ni kan, kan??? Gulpp!!!

p/s: sekali jumpa pakcik tu dalam dewan exam masa paper Eco baru-baru nih daa. Lecturer rupanya. Nasib baik tak jadik lecturer saya seyh...syukur, syukur.

3 comments:

  1. pakcik yg hebat!
    kene jauhi atau elak?
    huhu

    ReplyDelete
  2. .hikhik
    .sep bek malam neh bkn mlm permintaan :P

    ReplyDelete
  3. adik manis....(cakap cara bangla)
    u kene editkan dalam html, tgk kat tutorial kat nuffnang, pastu paste kan jer kat tempat yang diberitahu, cari tempat 2 tu gune find( ctrl+h)
    selamat mencuba..

    ReplyDelete