Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

17 December 2013

Adegan Yang Tak Sanggup Kita Lihat


Salam kesayangan,

Tadi aku jadik mamarazzi kejap. Sekodeng anak dan bapak sembahyang maghrib.


Memula masuk saf, okey je.


Bapak nye belom pun sempat baca al-fatihah, anak dah terus sujud. 


Kemain ngangkang


Eh eh, dah kenapa makin rapat dengan bapak nye tu?


Tegak je kat situ tak bergerak-gerak. 


Lepastu siap pusing-pusing kat sejadah dia pulak.


Dah di-pijak nye sejadah bapaknya sekali lagi. 


Nampak tak mana Areil? Kalo aku memang dah lama ter-kantoi solat kot. Samada aku gelak atau terus jadik rimau. Haha.

Lepas je babak last tu, terus aku tarik Areil suruh ke tepi balik. Dia cakap tanak sembahyang dah, so aku pun tinggalkan je lah dia dan masuk dapur balik sebab tengah masak kot. Sekali aku jenguk, nampak bapaknye tengah meraba-raba cari sesuatu kat lantai. Aku pun pergi dekat.

Aku: Cari ape? 
Encik asben: Cari contact lense jatuh. Areil selongkar lettew.
Aku: Contact lens sape jatuh? Ayang ke b?
Encik asben: B

Aku pun terjenguk-jenguk carik sekali sambil pegang senduk gitew. Kata dari dapur kan. Tapi kenapa macham takde je.

Aku: Manenye? Tak nampak pun?
Encik asben: Eh, b lupa. B pakai lah. Hehe.

Haih, kang kalo jotos dengan senduk kang derhaka pulak. 

30 November 2013

Boring Oh Boring


Salam kesayangan,

Arini kan, macham weekdend yang sangat biasa je. Takde ape nak buat pun. Bangun pagi yang tak berapa nak pagi sangat terus je prepare lunch. Sebab kan dah plan siap-siap semalam, nak masak ape hari ni so barang-barang beku semua dah chilled. Jadik pompuan ni memang lah, nak tido sempat lagi pikir untuk esok nak masak apa sepanjang hari. 

Lepas je masak, terus mandikan anak-anak yang dah kepam bau nye sebab mandi lewat kan. Aira dah buat muka tensen sebab rimas kot diapers dah berat. Dahlah budak tu jenis senang naik ruam sebab pelipat banyak sangat dalam diapers. Sejuk oii. Malam Jumaat selalunya hujan. Haha.

Lepas encik asben balik semayang Jumaat, makan lah kami 4 beranak. Tahap kebulur semua sebab skip brekpes kan. Dah kenyang, masing-masing bawak hal masing-masing. Aira tido. Areil tengok kartun. Encik asben masuk bilik kerja dia. Aku, pun masuk bilik kerja aku - dapur. Cuci segala periuk belanga sebab kejap lagi nak ikut encik asben pergi site sebab semalam beliau ajak. Bersungguh-sungguh sental dapur bagi berkilat sebab aku kan jenis berpenyakit - kalo nak tinggal rumah, condition rumah kena tip top berkilat. Sekali lepas siap segala, encik asben cakap tak jadi pergi site, sebab hujan. Ape? Aku ni kan, sejak resign, memang sangat jarang keluar so even dapat ikut asben pergi site je pun kira esaited tu macham nak ajak pergi obersea. Haha. Nak tanak kena pasrah je la. Terus masuk bilik susukan Aira. Lepastu tengok tv. Asteruk ni bila orang boring bukan makin nak menghiburkan. Tensen lagi adalah tengok semua citer ntahape-hape. Lepas Asar, 4,4 beranak terbongkang tido. Dasar keluarga Nobita. Hujan pulak tu, so memang mood nak keluar merendek pun dah turn off. Tido lagi sodap. Dekat maghrib baru bangun balik. Siap-siap solat maghrib ajak asben pergi pasar malam sejengkal je depan rumah aku ni. Beli kuih muih yang patut je, Sebab tengahari tadi memang dah masak banyak-banyak sekali untuk dinner. Lepas tu layan Maharaja Lawak Mega yang tak berapa nak lawak pun sangat minggu ni. Hadui, makin bertambah boring aku arini.



Untuk tengahari dan malam sekali. Senang koje.


Encik asben komplen ikan tak garing. Mane dia tahu? Sebab dia jenis patahkan sekerat dan makan bahagian ekor dan ekor tu pulak yang tak garing. Hurm, sebenarnya dah semua part aku goreng garing, sekali dekat ekor jugak yang di-sport check. Haha. Sori.


budak gembira. Layan kan dia dua beradik je lah arini. 


Sementara tunggu nak pergi pasar minggu.


main pun kat dalam playpen je. Kesian. Haha.


Aira pun dah tido. Areil melayan Tom& Jerry. Encik asben kat luar makan asap. Mata aku nih macham ada harapan je tak tido pulak malam ni. Dahtu, ape nak buat ni oiii..... ?

16 November 2013

Mandi Sungai

Salam kesayangan semua,

Mak fenat sangat arini uolls. Gara-gara sakan mandi sungai siang tadi, sape suruh? So inilah bahananya yang aku dapat. Kaki kiri dan macham tak boleh nak berpijak di bumi yang nyata. Siang tadi sibuk main sepak-sepak air konon nak sakat kanak-kanak, sekali malam ni aku yang menderita lenguh-lenguh semua. Fadan muke aku. Esok merasalah mekap kastemer ambil berbaring. Mampu? Hukhuk!

Setiap Jumaat adalah satu-satunya hari yang kami laki bini akan buat aktiviti family. Piknik ke, merewang ke, pergi pasar malam ke, balik rumah FIL ke, tak kisah lah mane-mane janji dapat bawak anak-anak sekali. Itupun kalau kebetulan aku takde job mekap atau takde kelas mekap. Encik asben mostly memang free setiap Jumaat je pun. Tadi encik asben bagi optional ; nak pergi piknik atau window shopping, dan aku pilih PIKNIK!!!! Sila bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tak pilih window shopping - even sebenarnya dah rindu giler nak keluar cuci mata kat mall-mall nih. Congak-congak dah dekat 4 5 bulan tak keluar shopping mana-mane sebab memasing sibuk. Macham encik asben cuti sehari je Jumaat tu so kesian plak nak ajak pergi jauh-jauh. Aku plak, Jumaat Sabtu memang bizi dengan berus je. Jarang sangat free. So kalo free, silalah berehat je kat rumah. Huhu.

So laju-laju roger ma aku. Harus lah hangkut sekali bala tentera adik adik aku join sekali. Ape barang mandi sungai gedek-gedek 4 beranak je oi. Baik mandi bath tub! So masuk dapur cepat-cepat siapkan nasik ayam nak bawak bekal. Sebab masa dah time eh dah suntuk so aku masak nasik dengan buat sambal, ma aku goreng ayam dan buat sup. Voley masak nasik ayam dekat rumah asing-asing camtu? Haha, lantak janji cepat. Dah aku terlajak cepat pulak, sempat buat sosej roll. Tau je lah nanti dah sejuk beku berendam konpem carik kudap-kudapan jugak. Lepas tu tapau sekali creamy carbonara belen aku masak untuk brekfes tadi. Okey la tu. So, dont piknik lets piknik bebeyh!!!











*entry bersambung. =)


22 October 2013

Ku Lari Ke Pantai....


Salam kesayangan,


Si kecik eh kecik ke beliau? dah tido maka boleh lah update sikit-sikit kot. Tapi takde si kecik bukan bermakna boleh men-taip dengan tenang dan senang lenang. Nih ada budak ninja sedang panjat belakang kerusi. Lepas tu peluk-peluk dari belakang. Woihhh, dugaan betul nak ber-belog sekarang 
*kesat peluh laju-laju. 

Sekarang musim hujan kan? Musim membiak pun iyer. Tak caye tengok lah bulan Julai Ogos September taun depan penuh ke tidak labour room sepital. sekali aku pun sekali ada dalam tu daa. Gulllpp!!!

So daripada sengaja menempah penyakit tak serik maka eloklah hari-hari indah yang ada ni dimanfatkan dengan ektibiti outdoor sekali sekala. Jangan kepala tu duk ingat nak indoor inroom je. Eh pesal entri aku macham miang je ni? 
Dah, dah, dah, jangan banyak pikir. Layan pict pelis....!


Kitorang pergi pantai. Laki bini memang suke pantai. Sejak zaman kapel, zaman pegnen sampai dah beranak pinak ni pun suke jugak pergi pantai. Lagi-lagi bawak anak-anak. Tayah serabut otak nak kejor anak sambil tolak troli tolak stroller sambil pak guard pun ikut same kejor aku dua beranak sebab langgar sana sini lintang pukang kan? Okey itu memang belom ter-jadik pun lagik tapi macham tak mustahil je kalau dengan si Areil nih. Sebab tu lah jugak aku dah lama tak keluar menyopping luar dari Terengganu kot sejak anak dua ni - sebab rasa nya lagi banyak masa kecederaan kejor budak lasak nih berbanding masa untuk pilih dan beli barang. Blerghhh!



Areil bad mood sebab baru bangun tido. Nasib baik bukak je mata nampak pantai terus teruja je muka.


Kitorang tak lama pun kat pantai. Hajat nak main air pun tak sempat sebab awan gelap dah dekat. Tengok balik pict nih macham seram pun ada. Bayangkan kalau ada petir time tu? Perghh, rentung aku.  



Pakai selekeh-selekeh je dah lah. Since carry Aira camtu, memang takde nye aku nak ber-fareeda bagai. Ada brooch kot. 


Lepas dah sebulan beli camera samsung galaxy, baru aku rasa best lepas tengok hasil pict ni. Clear kot. Sebelum ni macham nak keji pun ada bila tengok kualiti pict macham so so je. Nak cakap menyesal memang tak berani pasal aku yang beriye-iye mintak encik somi belikan. Rupanya, lighting tak cantik so pict sebelum ni memang la tak cantik jadik nye. Kuikuikuikui.


Maaf lah pict tunggang ter-balik. Nak susun balik macham malas pulak. Ahaha. Okey dah lah, takleh nak ber-lama-lama sangat. Kesian si Areil sorang-sorang main. Malam nanti kalo rajin aku update lagik. Bai.

21 October 2013

Raya Aidil Adha 2013



Salam kesayangan,
Aku kan, sementara hingat dan sementara ada peluang ni, aku update siap-siap ape yang terlintas kat kepala nih sebelum berkulat jadik angan-angan dalam kepala je lah jawab nye. Macam sibuk sangat je kekdahnye sekarang. Hukhukuk. Okey dah dah. Enaff nak merepek banyak-banyak. Baik kita layan pict je.


Ini menu raya pertama. Soto je pun. Raya Aidil Adha memang kitorang laki bini dah plan nak raya kat rumah sendirik je setiap kali raya. Pasal raya puasa dah janji nak gilir-gilir kampung masing-masing kan. Pasal rumah mak pak memasing pun dekat sejengkal je - kalo kentut boleh dengar - so boleh balik lepas semayang raya je pun. Aku nak jugak anak-anak merasa bangun pagi di pagi raya di rumah sendirik. Baru lah fair kan perasaan tu?

Eh paham ke ape aku nak cakap sebenarnye?



family potrait sangatsss!




Time ni dah tukar baju nak balik Paka - kg asben sangats. Haha.dekat je. 20 minit je pun.

Lepastu, raya kedua kawan jauh aku nih datang rumah. Sape lagi kalo bukan Pidot. Memang wajib jumpa setiap kali dia balik kampung asben kat KT ni. Berani dia tanak datang jumpa kawan setahun sekali jumpe dia nih? kehkehkeh.





Elok sangat kitorang nih. Aku ngan pidot sebaya, sweet 18 gitew.... auwww! Lepastu anak sulong kami sama-sama lelaki sama-sama jugak umor. Lahir pun bulan sama. Lepastu anak kedua kitorang pun sama-sama pompuan. Nama pulak ter-sama - sorang Aira sorang lagik Ayra. 



After pidot balik, kitorang bersiap nak pergi kenduri.




Ni bebudak yang suke kacau aku. Tensi mak!



Lame dah kot tak ber-Fareeda. Malas sangat nak iron tudung nak pergi rumah kawan satu taman je pun, makanya tibai je lah Fareeda pun Fareeda lah. Kenapa dah tanak pakai Fareeda? Nati-nanti aku setori.




Aktibiti BBQ satu famili. Daging korban banyak oiii. Ape lagi, kita bakor aje!!!!



Gigih laki bini mem-bakor hah!



Buat kat rumah ma aku je. Rumah aku sempit nak berasap-asap camnih. Mengamuk jiran sebelah nanti makan asap. haha!

Nota kaki: Pict sume saiz kecik-kecik sebab sume aku rembat daripada I.G. aku kan aktif ber-I.G. kalo tak nampok tu, bukak je lah mata luas-luas. Kalo tak nampak jugak, jom follow I.G aku nih hah - Yna Dona

Pasal Aira.

Salam kesayangan...

Aira demam. Terkejut gamaknye tahu berat diri sendiri dah cecah 8.22kg di usia 5 bulan++. Haha, kesian dia demam buat pestime nye after jab semalam. Yang tak bestnya, klinik yang aku selalu pergi ni, derang (pembantu klinik) tak concern macham nurse di KK kan? Kalo nurse, dorang awal-awal lagik akan bitahu yang jab tu boleh sebab kan demam ke tak, lepas tu kalo demam dorang akan stenbai suapkan ubat demam siap-siap sebelum injek. Macham semalam, lepas jab dan settle nak membayau di kaunter baru ku teringat nak tanye, lepastu pembantu klinik tu main agak-agak camtu je bitahu mebi tak demam kot. KOT??? Pesal tak masuk je dalam kompen kan je dengan doktor.Mane boleh main agak-agak camtu je, tsk. Nasib baik aku dah stenbai beli ubat demam sekali, tapi semalam Aira muntah masa suapkan ubat. 2 kali suap 2 kali muntah. Okey fine. Anak papa lah ni kan, culas ubat.






Aira kan, dia ni ringan sket berbanding Areil dulu. Masa umur 3 bulan, Aira dan boleh meniarap dengan cekap nye. Tak lame lepastu dah boleh naikkan kekuda nak merangkak. Now dah pandai gerak merangkak 2,3 step lepastu tahu duduk ala-ala dugong duyung terdampar gitew. Haha, terlajak laju budak tonggek nih sorang. Apepun alhamdulillah, perkembangan anak-anak ni memang takkan sama punyer. 




Ter-paling suke tengok pict bila dorang berdua. 
Oh anak-anak ku.

nota kaki: update laju-laju je. Pendek sudah. Janji bila mood nak mengupdate datang, pukul 4.30 pagi pun gigih bukak leptop. Dah sejam aku duk kat bilik tengah ni, encik somi langsung tak sedor bini takde kat sebelah. Tido mati sangat!

23 August 2013

Keguguran.

Salam,

Alkisahnya, hari-hari kerja aku kutip rambut, sapu rambut. Arini vacum lantai, esok dah bersepah balik. Kalau kat getah rambut, bergumpal-gumpal lah jugak rambut lekat kat situ. Itu belom lagi time mandi, belom lagi time sikat rambut. Nasib baik lah jugak aku ni bangsa berambut ramai. Setakat segengam penumbuk jantan rambut gugur tu, takde nampak kesan botak pun lagik kat kepala aku. Tak perlu pergi Yun Nam tanam rambut bagai. Huahuahua.

Tapi jangan lah ingat aku tak tensi. Si Aira dah pandai pegang-pegang baju, tudung, rambut aku. Kadang-kadang tak perasan dah masuk mulut anak rupanya rambut mama. Si Areil pulak jenis suka jatuhkan makanan kat lantai lepas tu kutip ngapppp....Haiyohhhh! Menggelupur manjang aku tengok. Mana nak cekau anak, mana nak cekau rambut. Sabor je lah. Orang tua cakap bila baby dah start main air liur, rambut mak akan gugur. Kalau ikut logik orang sekarang sekarang, sebab time ni sebenarnya hormon mak-mak macham berubah sikit. Berubah nak jadik makin tua sebab tu rambut nak makin kurang. Sobs. Masa ni, ko telan lah ibu segala kolagen pun tak jalan punyer. Luruh tetap luruh. Redho kan jelah. So tak tahu lah sampai bila aku nak kena sapu dan kutip rambut hari-hari. Kalau rajin, boleh jugak gam-gam tampal buat wig kenssss? Hohoho, tak kelakar.



Aira makin galoks!!! Pantang ada orang tepi tepi dia, sibuk la dia nak menegur. Sampai tersembur-sembur air liur.
Haih, itu lah punca nya rambut mama gugur kan dik? Tsk!


Tarik tudung, tarik loket, tarik napkin, tarik segala benda  yang boleh di-tarik masuk dalam mulut. Tidak-tidak pun, masukkan jari sendiri pun voley.
Sabor je la.


Hero mama makin besor. Dah boleh ikut bawak pergi site teman kan papa. Pastu mengamuk tanak balik sebab nak tengok lori. Sekali, papa pun janji nak beli lori bulan depan. Okey kita tunggu. Sebab kali ni papa janji nak beli real lori punyer.

Areil dah pandai buat ayat pendek-pendek. Kalau dulu, suke bagi point je. Contoh 'mama, asikkk (nasik)' so pepandai lah aku teka dan menang ayat anak aku tu. Kalo betul, dapat hadiah. Eh tipu. Tapi sekarang, dah boleh buat ayat-ayat sikit. Macham tadi time nak tido, tiba-tiba dia teringat kot yang dia main ball dengan anak jiran sebelah. Bersungguh bercerita, 'mama, yeye epak (sepak) ball. Main kawan. Yeye, ariiiii (lari). Kira okey lah tu sebab mama paham nak. Good boy!

Itu je lah kot. Aku kan anti klimaks. Haha. Dan macham biasa, pict tuan tanah haruslah ada jugak. Kot-kot lah ada yang rindu.
Sila lah muntah lagik. Mihmihmih!

20 August 2013

Kerja Rumah.


Salam,

* Kita pause kejap topik wean off Areil. Takut ada yang silap ingat ini belog keluh kesah mak esah pulak kan.

Hati ni nak sangat update belog hari-hari. Nak sangat. Tapi rupe nya jadi WAHM ni lagi bizi meng-kalahkan time koje gomen dulu. Contoh macham tadi. Si Areil dah selamat landing kat rumah nenek nya. Bese lah, rindu mok adik katanye, so papa nye pun hantor ke rumah nenek. Si bb Aira pulak elok je tido. Sambil bf kan bb Aira sambil mata aku layu layu layu dan...zapppp teringat nak update tracking number kastemer so cepat-cepat pergi on kan laptop. Sementara tunggu loading semua, masuk dapur jap kekonon nak minum Ferwhite, sekali teringat yang ikan belum lumur garam kunyit. So lumur kejap. Dah alang-alang pegang pisau tu, ape kata siang sotong sekali. Kata nak masak sotong masak merah. Settle siang sotong ikan bagai, simpan dalam peti sementara tunggu tengahari sikit baru start masak. Encik asben out stesen pergi Kuantan katanye so boleh lah masak lambat sikit. Tapi kan dah alang-alang siap semua, masak je lah terus nasik nanti senang masak lauk je. Takde lah terhegeh-hegeh nak basuh beras lah ape lah. Settle masak nasik, barulah teringat tadi nak update tracking no kastemer. Baru je nak duduk, si bb Aira pulak terjaga. Masuk bilik bf kan bb Aira kejap lepas tu tengok dah lena, keluar balik. Dahaga la pulak. Eh, baru teringat belum minum pun lagi Ferwhite. Kebetulan tadi masa masuk bilik, check henpon, ma anto sms cakap nak sikit sotong masak merah yang aku nak masak nanti. Apelagi, elok dah kat dapur, terus masak je lah. Klentung klentang kejap ber-perang dengan senduk kuali, dah pun siap masak. Lepastu terus mandi. Sedang elok siap mandi solat semua, bb Aira plak membuang. Tukar pempes siap-siap, tukar kan baju lepastu get ready nak ke rumah ma sebab dah janji dengan ma nak pergi tengok kawan ma yang eksiden. So off kan balik lappy, siap-siap terus pergi rumah ma.

Okey nanti sambung lagik. Ambik napas kejap...


Sudahnya tracking no kastemer tak sempat hupdate, Ferwhite pun aku lupe minum. Bila lah nak cantik jugak nih?





07 August 2013

Cerai Susu


Salam,

3 Ogos 2013, Areil dah genap 2 tahun. 2 tahun jugak lah Areil fully bf. So aku dah plan ngan en. asben nye nak wean off kan Areil bila dah masuk 2 tahun. Takleh nak delay-delay pasal Areil tandem nursing dengan bb Aira sekarang so sangat lah susah bila time kat luar, dua-dua mengamuk nak bf, payah oiii. Kalo time jumpa nursing room okey je, tapi time kat public halahai.... meroyan jap aku nak handle.  Risau jugak kot-kot nanti terpenyek bb ke ape time bersesak-sesak bf kan dia camtu.




time mama ber-baby wearing, sekali Areil ngamuk nak bf. Huwaa, hazab mama nak kena pecat laju-laju. Dahla kadang-kadang bb Aira tengah tido kat dalam tu. Ngamuk budak besar tak same dengan time kecik-kecik dulu kan. Ade je jawapan dia bila kita pujuk. Haih.

So bermula lah perjalanan plan kami. Memula aku introduce fm kat Areil. Aritu time pergi Giant ade promoter bg Areil try Dutch Lady Honey dalam cup. Tengok elok je Areil minum so aku try beli pek kecik Dutch Lady Honey tu. Dulu-dulu pernah beli fresh milk kekonon nak bagi lah Areil bervariasi sket time snacking, minum Fresh Milk after meal tapi Areil refused. Dia punye berak pun tak macham biasa. Macham sakit perot. Try 2,3 jenis pun result same. Lepas tu try Minuman Coklat Halibs, pun same jugak. Ngengada eh perot awak ni Areil. 

Next step, aku try calit dakwat kekal kat situ.Eh i mean, calit sirap la. So expecting dia akan ngeri ke apelah kan tiap kali tengok nak bf. Bajet darah ke kot. Tapiii, nan hado okeh. Sekali dengan kaler-kaler sirap tu melekat kat mulut gigi dia semua. Huwaa...plan gagal. So next, aku try ikut idea kawan-kawan. Ada yang suruh letak nescafe. Pahit katanya. Memang bersusah payah jugak lah lagi-lagi time malam sebab aku takut silap-silap ter-sua kat bb Aira belah yang letak nescafe. Kang tak memasal si kecik tu pulak yang wean off. Haruu! So memula Areil rasa nescafe tu, dia buat muka ketat. Masam katanya. Kehkehkeh. So ingat kan plan dah succes. Tapi, still jugak kejap kejap bukak tengok lepastu tiup-tiup bagai la ape la. Sekali, ngapppp jugak. Elok je eyh dia bf sebab rasa pahit tu kang makin lama dah makin hilang. Haih, gagal lagik.



mama plak yang ngeri tengok awak.

Takpe, takpe. Ikut idea ma aku pulak. Kali ni aku sapu asam jawa segera yang brand Adabi tu. Setakat ni alhamdulillah Areil reject bf setiap kali aku sapu asam jawa tu sebab bau dan rasa tu memang tak leh blah kot bagi Areil. Hahaha. Tapi tu la, takkan doploh pat jam nak sapu kot. Dahla bb Aira tu pun bf. Silap-silap aku ter-bagi kat dia kan acane? Areil plak kaki sport check sangats. Kejap-kejap bukan nak check ada lagik tak kat situ. Pernah jugak time aku tak sapu, Areil pun cepat-cepat bf. Lepastu paling tak tahan, time bf tu Areil boleh plak cakap 'hmmmm mama, cedap cucucu mama....'. Perghhh, memang psiko gile ayat tu. Hiba pun ada. Kesian kat anak bila dengar dia cakap camtu. Betapa nikmatnya dapat bf dan susu ibu ni bagi dorang kan? Huhu, so sekarang Areil still on off bf ngan aku. Jiwa aku tak berapa nak kental sangat. Lagi lah bila aku bf kan bb Aira, si Areil pun datang sebelah buat muke kesian. Tsk. 

So secara rasminya, Areil belum lagik officially wean off. Sian jugak tengok malam-malam susah nak tido jadiknye bila tak nyonyot. Papa Areil pun ada cakap, bagi dia masa. Kesian kalau sudden je stopkan macham tu. Memang iye pun. Orang dewasa nak stop smoking pun kemain hazab, inikan budak yang tak tahu ape-ape. Kensss? Tapi itulah. I have to try jugak. End up Areil kena jugak fully stop. But how?



Macham kejam sangat tak mama nih sayang?