Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts
Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts

13 August 2013

Cerai Susu - Berjaya ke tak? (Part 3)


Salam,

Orang sibuk beraya, yang aku tak habis-habis dengan isu nih lagi. Dah 2 minggu mencuba. Dah cuba guna belacan, belimbing buluh, garam, asam boi....result masih tetap sama. Gagal. Memang dah tak tahu dah nak guna kaedah ape lagi. Malam-malam pun sebelum tido, memang tak lupa slow talk dengan Areil bitau dia siap-siap yang dia dah supposed to wean off. Hope sangat cepat-cepat berjaya sebab aku ni merana tengok dia nak kena kecap macham-macham rasa yang tak best yang aku sapu kat cik N.

Ada yang suggest suruh letak kiwi kasut. Ada suruh letak sos. Macham Areil ni, kalau setakat tengok, macham takde maknanya dia nak ngeri, takut atau geli. So andai kata aku letak kiwi kasut, still Areil akan nyonyot then nanti lepas dah tahu rasa tak best baru lah dia stop. So, memang tak berani lah aku nak letak kiwi kang tak pasal-pasal poisoning ke ape pulak. Macham sos pulak, pedas kan? Mama si Areil sah-sah tak tergamak oii. Dah macham aniaya anak pulak. Hukhuk.

Pikir punye pikir, aku decide nak try sapu akar rajawali. Yang pahit gile nak mamps tu. Tahu? So dengan lafaz bismillah aku potong sket akar tu bagi keluar getah dia lepas tu sapu kat cik N. Areil datang nak nyonyot tadi, ngapppp sekali terasa pahit tu.Terus muntah. 3 kali muntah keluar abis susu dia minum sebelum tu. Sobsss....!!! Kesian sangat sebab i know akar tu rasa pahit - kalah pahit hempedu okeh. Areil still muke relaks je aku tengok. Tapi lepas tu langsung tanak bf okeh!!!! 

So sampai malam ni, Areil still tak bf. Nak tido tadi, dia just xoxo then minum milk dia sambil mintak aku nyanyi-nyanyi. Tengok-tengok dah lena. Huuuu...but still risau kot-kot esok Areil dah lupa atau immune dengan rasa pahit tu. Sama machamana percubaan yang sebelum-sebelum ni jugak - gagal. Huhu.

So kita tunggu keputusannya esok. Doakan ye!



 gasaklah nak oiii. janji bahagia!

09 August 2013

Cerai Susu - Mission Incompleted (part 2)


Salam 1 Syawal semua,

Wahhhh kemain meriah FB ngan i.g dengan pict kebabommmmmm raye korangs ye. Tak menyempat-nyempat memasing snap je pict terus edit upload  kat fb/i.g. Lepas tu kejap-kejap refresh noti nak tengok dah berapa like dan komen dapat. Kot-kot lah lepas pose sebulan, ramai yang perasan body makin mantop ala-ala body Tokei Jamu Mak Dares tu. Curlasss sangats. Teknologi di hujung jari le kate kan.

Aku pun ter-masuk jugak lettew. Bukan sibuk upload pict raye *eh eh eh. adelah jugak ter-upload barang sekeping dua pict verangans tapi aku lagi sibuk duk meng-gugel tips wean off!!! Hadoi,tak abes-abes lagik isu wean off. Memang bekerja keras jugak lah. Ku sangkakan proses nak wean off ni takde lah sepayah mane, rupe-rupenya, payah yang amat! Aku dah try letak garam, letak bawang putih, takutkan dengan video konon-konon antu susu, pun gagal jugak. Memang budak Areil ni lasak gile. Dia telan je semua rasa yang aku letak kat cik N tu. Memula tu adalah jugak sebut masam la pedas la hape la,tapi kejap tu je pun. Lepas tu mencarik lagi, kemudian ngap! Hayoooohhh, bila dah macham tu takkan lah aku si mak ni nak tenyeh-tenyeh tolak pulak tanak kasik kan? Paling tak tahan, sambil bf sambil Areil cakap, 'hurmmm cedap cucucu mama...'. Tak ke sedih ko mendengar nya? Betapa nikmatnye susu mama nih bagi dia kan? Last-last aku tunduk mengalah jugak. Huwaa....mak kalah lagi.

Tolong lah mommies-mommies semua. Sila lah bagi tips atau petua yang uolls tahu camne nak wean off kan Areil ni. Kalau tak kerana si bb Aira pun sedang bf jugak, dah lama aku tenyeh je bahan-bahan yang super extreme tapi tak dapat la kot takut jugak aku nanti terlupa, tersua kat mulut si adik. Kang tak memasal adik pulak yang wean off. Haruuuuu!!!!




My big boy....  mama selalu kalah dgn awak tau!



07 August 2013

Cerai Susu


Salam,

3 Ogos 2013, Areil dah genap 2 tahun. 2 tahun jugak lah Areil fully bf. So aku dah plan ngan en. asben nye nak wean off kan Areil bila dah masuk 2 tahun. Takleh nak delay-delay pasal Areil tandem nursing dengan bb Aira sekarang so sangat lah susah bila time kat luar, dua-dua mengamuk nak bf, payah oiii. Kalo time jumpa nursing room okey je, tapi time kat public halahai.... meroyan jap aku nak handle.  Risau jugak kot-kot nanti terpenyek bb ke ape time bersesak-sesak bf kan dia camtu.




time mama ber-baby wearing, sekali Areil ngamuk nak bf. Huwaa, hazab mama nak kena pecat laju-laju. Dahla kadang-kadang bb Aira tengah tido kat dalam tu. Ngamuk budak besar tak same dengan time kecik-kecik dulu kan. Ade je jawapan dia bila kita pujuk. Haih.

So bermula lah perjalanan plan kami. Memula aku introduce fm kat Areil. Aritu time pergi Giant ade promoter bg Areil try Dutch Lady Honey dalam cup. Tengok elok je Areil minum so aku try beli pek kecik Dutch Lady Honey tu. Dulu-dulu pernah beli fresh milk kekonon nak bagi lah Areil bervariasi sket time snacking, minum Fresh Milk after meal tapi Areil refused. Dia punye berak pun tak macham biasa. Macham sakit perot. Try 2,3 jenis pun result same. Lepas tu try Minuman Coklat Halibs, pun same jugak. Ngengada eh perot awak ni Areil. 

Next step, aku try calit dakwat kekal kat situ.Eh i mean, calit sirap la. So expecting dia akan ngeri ke apelah kan tiap kali tengok nak bf. Bajet darah ke kot. Tapiii, nan hado okeh. Sekali dengan kaler-kaler sirap tu melekat kat mulut gigi dia semua. Huwaa...plan gagal. So next, aku try ikut idea kawan-kawan. Ada yang suruh letak nescafe. Pahit katanya. Memang bersusah payah jugak lah lagi-lagi time malam sebab aku takut silap-silap ter-sua kat bb Aira belah yang letak nescafe. Kang tak memasal si kecik tu pulak yang wean off. Haruu! So memula Areil rasa nescafe tu, dia buat muka ketat. Masam katanya. Kehkehkeh. So ingat kan plan dah succes. Tapi, still jugak kejap kejap bukak tengok lepastu tiup-tiup bagai la ape la. Sekali, ngapppp jugak. Elok je eyh dia bf sebab rasa pahit tu kang makin lama dah makin hilang. Haih, gagal lagik.



mama plak yang ngeri tengok awak.

Takpe, takpe. Ikut idea ma aku pulak. Kali ni aku sapu asam jawa segera yang brand Adabi tu. Setakat ni alhamdulillah Areil reject bf setiap kali aku sapu asam jawa tu sebab bau dan rasa tu memang tak leh blah kot bagi Areil. Hahaha. Tapi tu la, takkan doploh pat jam nak sapu kot. Dahla bb Aira tu pun bf. Silap-silap aku ter-bagi kat dia kan acane? Areil plak kaki sport check sangats. Kejap-kejap bukan nak check ada lagik tak kat situ. Pernah jugak time aku tak sapu, Areil pun cepat-cepat bf. Lepastu paling tak tahan, time bf tu Areil boleh plak cakap 'hmmmm mama, cedap cucucu mama....'. Perghhh, memang psiko gile ayat tu. Hiba pun ada. Kesian kat anak bila dengar dia cakap camtu. Betapa nikmatnya dapat bf dan susu ibu ni bagi dorang kan? Huhu, so sekarang Areil still on off bf ngan aku. Jiwa aku tak berapa nak kental sangat. Lagi lah bila aku bf kan bb Aira, si Areil pun datang sebelah buat muke kesian. Tsk. 

So secara rasminya, Areil belum lagik officially wean off. Sian jugak tengok malam-malam susah nak tido jadiknye bila tak nyonyot. Papa Areil pun ada cakap, bagi dia masa. Kesian kalau sudden je stopkan macham tu. Memang iye pun. Orang dewasa nak stop smoking pun kemain hazab, inikan budak yang tak tahu ape-ape. Kensss? Tapi itulah. I have to try jugak. End up Areil kena jugak fully stop. But how?



Macham kejam sangat tak mama nih sayang?