Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

11 April 2013

Ngeri Jugak lah


Salam,

Dah dekat 4,5 hari aku batuk-batuk.
Suara pun dah takde.
Pernah dengar suara Ramli Sirap? Eh Sarip.
Lagi power serak aku nih daripada suara beliau.
Aku sekarang kalo bercakap, kuor angin je kau...
Suara tak kuor pun. Haha.

Teringat pulak aku kat pesanan doc. 
Dah hujung-hujung pregnancy nih, kena elakkan daripada jangkitan kuman kat bawah such as macham  kencing kotor, keputihan dll. 
Boleh menyumbang kelahiran pramatang berulang.
Dan elakkan demam jugak.
Kalo demam, nanti kena warded untuk monitor ibu dan baby dalam pewot.
Dan tak mustahil dorang akan induce.
Untuk elak sebarang complication.

Untuk kes aku yang batuk-batuk ni plak.
Nak makan ubat takleh makan sebarang-sebarang.
Bahaya.
Asben ade beli kan ubat herba.
Tapi tak tahu lah herba ape, sebab bila telan, rasa sebijik macham telan kambing.
Yuchhhh! Erkkk, asben sila jangan bace. Isteri segan nak bitahuuuu....

Bebaru ni ade sorang kawan aku pesan, memang bahaya batuk di hujung-hujung pregnancy ni sebab batuk ni boleh sebab kan contraction dan tak mustahil ter-bersalin awal jugak - sama macham kisah dia.
Dua-dua anak prem. 
No 2 prem sebab batuk-batuk la.
Gulppp!!!
Part paling takut, time aku syisyi atau poo poo, tetiba terrrrr-batuk.
Wah ngeriiiiiiii kau!
Terus laju-laju tutup dan sekat ape yang patut.
Nauzubillah.
Kalau boleh jangan lah terbatuk time mem-buang.
Tapi batuk ni bukan boleh sekat-sekat kot.
Serius risau nak bertenggek kat bilik kecik sekarang.

Mommies, 
Ade petua hilangkan batuk tak?


walaupun tajuk entry macham horror sket, tapi gambor tuan tanah kedaung tetap jugak nak tempek.

09 April 2013

Jom Lah Update


Salam,

2,3 hari jugak tak hupdate belog.
Kenapa?
Sebab buhsan la.
Asik aku je sensorang buat new entry.
Aku je asik buat new posting.
Lepas tu pomot kat group IaMIaB.
Mane geng-geng blogger lain hah?
Diam je sume.
Ke sume pun penat ek? 
Korangs pegnen jugak ek?
Kekekekekeke...
Ko Harz, pun senyap je. 

Aku baik-baik saje.
Takde yang menarik sangat pun sepanjang tak berhupdate belog nih.
Cume dah sarat ni, energy aku dah ciput giler. 
Semputttttt......!
Kalo bateri, maybe dah tinggal last bar kot. 
10% je lagik.
Huhuhu, tak sabor dah aku nak deliver.
Aku kesian kan Areil. 
Nak kejor-kejor dia dah tak mamfuuuu.
Kalo toys, bottle dia jatuh, aku dah tak leh nak tolong ambik.
Gile ko nak suruh aku nak tunduk. 
Tak tercapai tangan dowh. Huahuhua.
Lepas tu malam-malam panas yang amat.
Yang tak pegnen pun boleh meroyan kepanasan, inikan pulak aku yang double manusia nih.
Sume benda kecik buleh jadik pasal nak meroyan.
Jangan main-main.
Dekat nak deliver ni, makin menjadik-jadik darah Vampire aku.
Takut tak? Kehkehkeh!

Semalam, dekat bawah perot aku senak giler.
Cuak gak. 
Rasa macham baby push kat situ.
Lepas tu melarat senak tu sampai ke tulang belakang.
Cuak weh. 
Even dah set mental dan fizikal ready nak deliver, tibe-tibe ter-risau pulak.
Nasib takde any contraction.
Takde even mild sekalipun.
Stain, brownies, lendir, ketuban, still tak say hye pun lagik.
Okey lah tu.
Mampu bertahan till now, 34w 4days.
Berjaya mengatasi rekod Areil dulu.
So kita tungguuuuuuuuuu lah lagi.


Perghh, bapak seperais kan tunggu deliver nih.
*Gulp*



Teringat conversation aku laki bini. 
Ini gurauan paling manja dah cenggini. 
Huahuahua.

02 April 2013

8bulan 1minggu

Salam,

Harini dah 33w 4d. 
Maknanya dah lebih dua hari daripada waktu deliverkan Areil dulu. 
Thanks God. 
Even hati agak cuak, tapi bertabah jugaklah. 
Kalau dah ditakdirkan kali ni pun prem, mama redha kan aje. 
Janji sihat dan selamat kita anak beranak.
Amin...

Cuma sekarang ade simptom-simptom baru melanda.
Tak tahu la itu tanda nak dekat deliver ke ape.
Baby dah macham sangat ke bawah - yes doc sendirik pun cakap kepala baby dah ok duduknya, air ketuban ok+cukup, uri pun dah terletak elok kat atas *alhamdulillah.moga sampai ke saat melahirkan.
Tapi bila baby dah sangat ke bawah, memang payah nak bergerak. 
Sengkak. Nak jalan, nak tunduk, nak duduk apetah lagik.
Sampai tahap aku jalan kena pegang pewot takut pewot jatuh. *Imaginasi sangats kan?
Lepas tu jalan ala-ala mak pingu. 
Terkedek-kedek dan terkengkang semacham.
Comel tapi. Hahaha.
Dan semalam, pinggang belah kanan rasa tegang. 
Macham kena tarik-tarik. 
Lenguh sampai urat kaki pun terasa tegang.
Pun apekah?
Kadang-kadang rasa macham aku je yang terlebih alert.
Sikit je tapi dah nak panik.
Maklumlah,
Just tanak jadik macham kejadian lepas.
Banyak benda tak sempat.
Such as tak sempat masuk labour room sekali ngan papa.
Sedih tau....


Doakan aku dan baby selamat ye.