Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

11 December 2013

Ikut Laki Part 2


Salam kesayangan,

Kun Fayakun. Itu je yang mampu aku ungkapkan. Ingat lagi tak entri ni? Baru je sehari aku update kisah aku ke Kemaman dan Kuantan, esok nye kedua-dua tempat yang aku pergi tu dilanda musibah banjir besar. Rumah, kedai, kenderaan, tanaman, dan pelbagai lagi musnah sekelip mata. Allahuakbar, besarnya ujian dari-Mu untuk kami hamba-Mu. Kalau lah kebetulan waktu kami empat beranak kat situ berlakunya banjir besar tu, entah machamane lah agaknya.

Okey, sambungan entry lepas....

Kisah hari kedua sebenarnya takdelah best sangat eh, macham lah kisah part 1 tu best ahahaha plus tak bawak Areil pun. Kesian aku tengok dia dah macham cicak berak kapur sebab buhsan sangats ikutkan kitorang semalam, so bagi dia main-main ngan mok adik nya kat rumah nenek. So, kitorang ke KT ber-tiga je pun. Bawak si Aira - yang kerja nya adalah tido berak bf tido berak bf tido berak bf. Time encik asben siapkan landskap, aku melayan pesbuk je pun kat dalam kereta. Sejam lebih jugak lah melangut kebuhsanan. Hujan renyai-renyai time tu, memang fefeeling nak tido lah tapi disebab kan si Aira kat riba aku so bertahan je lah wahai si mata.

Siap kerja encik asben, terus pergi makan kat Giant sebab bunyi perot memasing dah macham lagu K-pop. Kebulur yang tahap nak bercakap sesama laki bini pun dah tak larat. So singgah pergi Chiken Rice Shop sudaaa. Tak kuasa nak order masakan panas bagai. Lepas makan terus gerak balik eh tipu.aku singgah beli durian crepe+ciskek leleh+pavlova+rainbow kek dulu. Ahahaha!





Lepas je 2 hari aku ikut encik asben tu, Terengganu dah start hujan lebat-selebat nya dan banjir teruk di sesetengah kawasan. Memang sangat-sangat tak terduga banjir besar berlaku lagi tahun ni dan yang paling mengejutkan, kebanyakan tempat-tempat yang dilanda banjir tu adalah tempat-tempat yang tak dijangka boleh berlaku banjir.

 Jika ia-Nya berkehendakan, bila-bila saja - dimana-mana sahaja - atau pada siapa-siapa sahaja yang di kehendaki-Nya, tiada kuasa lain yang mampu menghalang-Nya. Kuasa Allah, tiada apa pun yang mustahil kan?



05 December 2013

Jom Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban...


Salam kesayangan semua...

This is quick update entry. Just nak mohon dan inform, kepada sesiapa yang tinggal di Dungun dan Paka, dan nak hulurkan sumbangan pakaian, makanan, bantal, telekung, susu, makanan atau apa sahaja bentuk sumbangan kepada mangsa banjir di Dungun dan Kemaman - tetapi tiada transport untuk hantar ketempat yang dilanda musibah, korang boleh PM atau whatsapp saya di 013-9525876. Insyallah, dengan kemudahan kami yang tak seberapa ini. kami suami isteri cuba untuk bantu anda kutip dan hantar sumbangan aada itu ke pusat-pusat pemindahan banjir.Semoga apa sahaja sumbangan kita walau sebesar zarah sekalipun dapatlah meringankan beban dan kepayahan saudara-saudara kita untuk sementara waktu. Amin Ya Rabb... 

Info: bandar Kemaman dikatakan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain. Allahurobbi, entah macham mane lah nasib ibu-ibu mengandung atau yang ada nak-anak kecil disisi. Mesti kekurangan makanan,minuman,ubat, pakaian, susu dan lain-lain. Semoga segala musibah yang melanda ni memberi seribu satu hikmaah dan keinsafan kepada kita semua. Jom lah sama-sama kita bantu dan doakan mereka semua. 

04 December 2013

Ikut Laki Part 1

Salam kesayangan,

Phewwww! 
Bunyik penat namanya itu. 2 hari ni aku mem-vontot encik asben pergi site dan kerja. Semalam *bace kelmarin ye kawan-kawan tranung ku encik asben ajak pergi Kuantan, ambik stok rumput kat ladang. Tetibe je ajak eh? aku syak bace belog bini agak nye. So bagai orang lapar di sua kan makanan, konpem lah nak ikut dan harus lah aku bawak anak-anak sekali. Sebab kalo tak bawak anak-anak nanti aku rinduuuuu!






So kitorang gerak dalam pukul 10 camtu dari rumah. Singgah brekpes kejap lepas tu terus ke Gambang. Ladang rumput kat sana. Memula perjalanan tu aku ngan Aira kat depan, si Areil duduk kat seat belakang sensorang. Siap bawak comforter sebab takut Areil kesejukan hujan-hujan camnih. Dah lama tak long travel camni. Eh, memang tak pernah pun sepanjang dah beranak kan si Aira. So ni pestime lah kami travel berempat. Jom uji kemampuan mak bapak beranak dua nih. Haha. Time balik, aku dengan Aira duduk sekali dengan Areil kat belakang. Kesian pulak tengok dia sensorang kat belakang. Boleh jugak si Aira tu golek-golek kat seat. Ingat tak berat ke aku meriba Aira sepanjang jalan. 

Cuaca memang sangat lah tak elok. Hujan je sepanjang jalan. Almost 3 jam jugaklah perjalanan kami ditambah tolak masa kecederaan berenti solat, toilet, buatkan milk si Areil dll. Ni pestime aku ikut pergi sana. Sebelum ni encik asben je yang pergi or else encik asben just order je rumput then nanti ada lori datang hantar kat mana-mana site. Betul kan b? Tapi disebabkan order kali ni tak banyak so encik asben datang je pick up sendiri.


encik asben tengah tengok progress angkut rumput masuk dalam Triton

Kata encik asben, bila dah kerja sdn bhd ni konsepnya pun dah lain. Kadang kala memang kita adalah tokei tapi kadang kala kita jugak adalah kuli. Simple. Sendiri buat sendiri senang.
Dan lagi satu quote encik asben yang aku suka ialah katanya, selalunya orang yang kerja makan gaji ni malas nak kerja bersungguh-sungguh pasal kepala dorang dah set yang setiap usaha keras mereka tu nanti hanya akan meng-kaya kan bos-bos je, bukan diri sendiri Tapi, bila kerja sdn bhd ni, secara tak langsung kita lebih bermotivasi nak bersungguh-sungguh pasal kita nak majukan bisnes kita sendiri - dan andai kata kita malas maka lingkup lah bisnes dan periuk nasik kita tu. Yeah, itu reason kenapa encik asben tekad untuk buat bisnes sendiri walaupun kecik dan bermula daripada zero. U are my inspiration lah! *tetiba perhal?


Tertonggeng-tonggeng mat-mat indon ni naikkan rumput. Selambe je dorang nih kerja dalam ladang, pakai kain pelikat dan kain batik je kat situ pun takde hal. Bukan ada sape nampak pun. Sonok pulak aku nengok memasing siap berlari-lari anak - pakai kain batik - lepas tu kutip rumput dalam hujan. Macham sweet je. Erkkk!!!


ralit bebenor Areil tengok.


Aira pun sama. Tengok hujan.

Lebih kurang setengah jam je pun mamat-mamat indon tu angkut semua rumput naik dalam triton. Siap je kitorang terus gerak ke Kemaman sebab encik asben nak terus siap tanam kat rumah client. Sebenarnya yang encik asben bawak kali ini adalah hanya sebahagian je lagi rumput yang tak cukup untuk siapkan halaman rumah client. Sebelum ni ada budak-budak kerja beliau yang siapkan tapi sebab belen yang tak siap ni dah tak banyak, so encik asben decide nak tanam sendiri je. Senang dan sekejap je katanya.

Kitorang sampai rumah client asben dah dekat pukul 6.30 ptg. Lapor kebulur kami laki bini sebab langsung tak makan lepas brekpes pagi tadi. Encik asben tapau nasik beriani then makan je kat rumah client.Oh btw rumah client tu kosong je dan belum didiami lagi. Owner nye tak tinggal kat situ sebab nanti rumah tu akan disewakan kat satu kompeni - kata encik asben la. So lepas makan semua, encik asben pun keluarlah buat kerja beliau. Aku dan anak-anak dan stenbai bawak bantal tikar toto bagai so boleh golek-golek sementara tunggu encik asben siapkan kerja. Anak-anak dah letih main sampai tertido. Aku pulak kebosanan, keluar teman kan encik asben tanam rumput.  Selalu tengok budak-budak keje yang buat. Sekali bila tengok encik asben sendiri buat, macham kelakor pun ada, macham senang pun ada. Lepas ni aku boleh lah kerja ngan encik asben pulaks. Ngehngehngeh!


Rumah client asben dari dalam. Luas sangat, dua tingkat, 4 bilik, 3 bilik air. Terus aku tumpang ter-berangan kejap. Haha.


keletihan masing-masing ikut papa kerja.





isi minyak nak sambung main balik.

Senang tak senang jugak, dekat sejam lebih jugak baru siap. Sebab waktu tu pulak malam. Dah lah hujan. Lepas je siap-siap semua, aku kejutkan anak-anak. Encik asben bersihkan badan dan solat siap-siap kat situ lepas tu terus gerak balik. Perut dah lapar balik tapi anak-anak macham dah flat sangat, memang dah tak kuasa nak singgah mana-mana, terus je balik Dungun. Kitorang drive thru Mekdi je kat Kerteh, then makan kat rumah.

So far, macham takde lah susah mane pun our 1st long travel ni. Still under our control sebab nak-anak tak meragam. So, ada potensi boleh travel lagi jauh lah lepas ni.

Cerita hari kedua ikut asben, nanti akan aku sambung dalam next entry. Percaya lah!

Padahal Burung Hantu Dengan Aku Bukan Adik Beradik Pun.


Salam kesayangan,

Dah 3 entry aku sumbat masuk draft. Pasal gambor semua besar gedabak. Tak kuasa lah mak nak tunggu upload. Nak resize pun lagi lah malas. Pending je lah dulu. Kang nanti kalo entry panjang berjela takde gambor sebagai iklan, ada yang ingat tengah baca buku teks sejarah pulak.

4.05 a.m, orang lain semua dah nyenyak berdengkur kan? Seronoknye. Aku je terkulat-kulat macham tertelan ulat daa. Waktu-waktu macham ni selalunya aku kemas rumah, lipat kain sikit-sikit, susun-susun tudung kesayangan, tak pun ngadap pc. Dalam seminggu, mungkin adalah 2,3 hari yang bernasib baik aku tido awal. Kalo tak, menjejak 3,4 pagi camni jugak lah. 

Dah ramai yang tanya aku, ape masalah aku sampai tak boleh tido malam. Nak cakap masalah macham takde plak rasa bermasalah. Nak cakap enjoy pun tak jugak. Aku camni since sekolah lagi. Time sekolah rendah pun aku dah start berjaga kekonon study time UPSR dulu. Itu dulu-dulu punyer cerita study lah tapi. Hahaha. Kawan-kawan baik yang dulu satu dorm dengan aku time sekolah menengah pun memang dah masak kot dengan tabiat ni. Memang aku bangsa susah nak tido malam. Jangan dipaksa pejam sekalipun, memang takkan tido punye. Hehe.

Kalau dulu kat sekolah teknik, pukul 11 malam dah kena padam lampu dorm. So apa aku buat? Kat setiap bilik asrama kami ada beranda untuk sidai kain/tuala. Kebetulan jugak beranda menghadap belah jalanraya - laluan utama Dungun ke Kuantan. So kat beranda itu lah tempat aku melepak malam-malam. Tengok bas ekspress lalu lalang, melayan lagu sambil pegang radio kecik yang pakai bateri tu. Kalo berkumpul ramai-ramai, kitorang pakat karaoke ramai-ramai tapi volume yang terkawal lah tanak bagi warden dengar, haha. Sampai lah sorang demi sorang penat dan masuk tido. Kalo sensorang, termenung je lah aku kat situ sampai datang perasaan seram sebab sekolah aku betul-betul sebelah hutan. 

Dan sekarang, sejak zaman belajar, zaman aku masih anak dares sampailah sekarang dah beranak dua, pun kekal macham tu jugak. Kadang-kadang langsung tak tido sampai pagi. Kalau ikutkan otak sangat lah penat tapi mata ni degil sangats Eh biasa mata aku nih! Tapi bila siang, aku still beroperasi macham biasa. Tak tido siang pun. Buat aktiviti harian sama macham orang lain sehingga lah akan sampai satu hari di mana badan aku masa tu dah betul-betul flat. Kepala pun time tuh dah ting tong tak boleh nak buat apa. Nak tanak time tu aku memang WAJIB tido dalam sejam dua jam atau mungkin lebih untuk cover balik waktu tido aku yang banyak rongak tu. Selalunya dalam 2 3 jam tido je dah cukup untuk aku back to normal. Pernah lah jugak fadang-kadang konpius dengan diri sendiri, aku nih manusia ke robot? Ngeh ngeh ngeh!

So begitulah kehidupan aku malam-malam. Alhamdulillah, belom lagi ada masalah pitam, tekanan darah rendah atau darah tinggi sekali pun. Dan, jangan ditanya ape petua dan camne nak jadik macham aku sebab aku pun tak tahu camne aku dah jadik macham macik-macik guard yang suka berjaga nih. Ingat sonok ke? Time encik asben stayback buat kerja kat bilik kerja beliau, merasalah jugak aku berteman. Kalo tidak, sensorang je lah aku terkebil-kebil.  Fadan muker haku!



So setakat eyebag lagi banyak daripada henbeg tu tade hal lah! 


30 November 2013

What's Gapo Is Going Ong Today?


Salam kesayangan,

Mane pergi sumorang? FB sunyi, I.G sepi, belog kawan-kawan pun takde new entri. Mane pergi semua manusia? Haih, menambahkan kebuhsanan yang super duper maksima la kalo camni. 

Semalam aku tido pukul 4 pagi. Kepala macham sarat dengan macham-macham benda tapi sebenarnya tak tahu pun nak kena pikir ape. Banyak kali mengeluh sebelum pejam mata. Encik asben main Candy Crush kat sebelah noticed agak nya. Kalo tak, takkan dapat whatssap berjela dari encik asben tadi. *krik krik.

Tadi, pagi-pagi dah terpacak depan rumah ma aku. Encik asben shoot pergi 2 tempat so kena gerak pagi-pagi. Dah konpem takkan balik lunch, so moh lah kita berkampung di rumah nenek ye anak-anak ku. Takde lah nak boring sangats. Anak-anak tengok muka aku boring, bertambah-tambah boring muka dorang. Kesian.

Terengganu macham dah start musim tengkujuh. Musim-musim camni memang ter-batas sikit lah nak kemana-mana. Sape sanggup nak redah hujan bagai. Dahlah nanti basah kuyup, nak keringkan balik pakaian kemain susah. Tapi, aku takde hal. Aku suke hujan - selagi takde guruh dan kilat. Drive dalam hujan lebat yang mencurah-curah sambil air mata pun turut mencurah laju pun aku dah biasa time ber-chenta dulu. Haha, kagum dengan diri sendiri sekejap bila dihingat-hingat. Aku memang suka sangat musim hujan. Lagi-lagi hujan sesudah subuh. Subhanallah, bukak tingkap nampak tenang sangat kat luar. Terus fefeeling Mohabbatein je bila tengok angin kuat bertiup dengan daun-daun gugur sekali. 



Petang tadi sempat lah aku cod Magic Skincare kejap kat rumah kawan aku. Time tu still hujan-hujan jugak lah. Gila best selalu asyik panas je, now musim hujan, memang syok kalo keluar cod barang. Bak kata Mei Mei Upin Ipin, saya suka saya suka! Borak-borak kejap dengan kawan aku lepas tu balik rumah. Sebab tak planning nak tinggal anak-anak so susu pun tak chill. Dan sampai-lah sekarang encik asben pun tak balik-balik lagi. So, melepak dan melepek je lah dulu kat rumah ma aku ni.

nota kaki: Ini tanda nya aku buhsan. Entri pun dah takde motip. Haih.... masaklah dah pandai keluh kesah mak esah kat belog sekarang ni. Erkk!

Boring Oh Boring


Salam kesayangan,

Arini kan, macham weekdend yang sangat biasa je. Takde ape nak buat pun. Bangun pagi yang tak berapa nak pagi sangat terus je prepare lunch. Sebab kan dah plan siap-siap semalam, nak masak ape hari ni so barang-barang beku semua dah chilled. Jadik pompuan ni memang lah, nak tido sempat lagi pikir untuk esok nak masak apa sepanjang hari. 

Lepas je masak, terus mandikan anak-anak yang dah kepam bau nye sebab mandi lewat kan. Aira dah buat muka tensen sebab rimas kot diapers dah berat. Dahlah budak tu jenis senang naik ruam sebab pelipat banyak sangat dalam diapers. Sejuk oii. Malam Jumaat selalunya hujan. Haha.

Lepas encik asben balik semayang Jumaat, makan lah kami 4 beranak. Tahap kebulur semua sebab skip brekpes kan. Dah kenyang, masing-masing bawak hal masing-masing. Aira tido. Areil tengok kartun. Encik asben masuk bilik kerja dia. Aku, pun masuk bilik kerja aku - dapur. Cuci segala periuk belanga sebab kejap lagi nak ikut encik asben pergi site sebab semalam beliau ajak. Bersungguh-sungguh sental dapur bagi berkilat sebab aku kan jenis berpenyakit - kalo nak tinggal rumah, condition rumah kena tip top berkilat. Sekali lepas siap segala, encik asben cakap tak jadi pergi site, sebab hujan. Ape? Aku ni kan, sejak resign, memang sangat jarang keluar so even dapat ikut asben pergi site je pun kira esaited tu macham nak ajak pergi obersea. Haha. Nak tanak kena pasrah je la. Terus masuk bilik susukan Aira. Lepastu tengok tv. Asteruk ni bila orang boring bukan makin nak menghiburkan. Tensen lagi adalah tengok semua citer ntahape-hape. Lepas Asar, 4,4 beranak terbongkang tido. Dasar keluarga Nobita. Hujan pulak tu, so memang mood nak keluar merendek pun dah turn off. Tido lagi sodap. Dekat maghrib baru bangun balik. Siap-siap solat maghrib ajak asben pergi pasar malam sejengkal je depan rumah aku ni. Beli kuih muih yang patut je, Sebab tengahari tadi memang dah masak banyak-banyak sekali untuk dinner. Lepas tu layan Maharaja Lawak Mega yang tak berapa nak lawak pun sangat minggu ni. Hadui, makin bertambah boring aku arini.



Untuk tengahari dan malam sekali. Senang koje.


Encik asben komplen ikan tak garing. Mane dia tahu? Sebab dia jenis patahkan sekerat dan makan bahagian ekor dan ekor tu pulak yang tak garing. Hurm, sebenarnya dah semua part aku goreng garing, sekali dekat ekor jugak yang di-sport check. Haha. Sori.


budak gembira. Layan kan dia dua beradik je lah arini. 


Sementara tunggu nak pergi pasar minggu.


main pun kat dalam playpen je. Kesian. Haha.


Aira pun dah tido. Areil melayan Tom& Jerry. Encik asben kat luar makan asap. Mata aku nih macham ada harapan je tak tido pulak malam ni. Dahtu, ape nak buat ni oiii..... ?

28 November 2013

Sekali Menaip, Penuh Satu Page Kau!

Salam kesayangan,

Macham nih la. Anggap je lah entry berkelah mandi sungai tu dah memang takde sambung menyambung lagi dah. Stress aku asyik pikir nak kena sambung ape lagi sebab takde yang best pun sebenarnya. Yelah, kisah mandi je pun, lepas tu makan-makan, lepas tu penat, lepas tu balik rumah terbongkang tido kepenatan semua. TAPI, mendapat jugak lah piknik hari tu sampai hilang rantai leher aku dengan loket-loket sekali. 2 kali encik asben pergi carik tapi memang dah takde rezeki aku nak jumpa balik rantai tu. Atau memang Allah nak bagi aku rezeki rantai emas baru kot, mane lah tahu kan? Haha, hint sangats! *kedip kedip mata gitew

Sebab kan terlalu pikir kan nak sambung entry mandi sungai tu jugak lah, sampai ke sudah belog aku suram tak ber-hupdate. Dasar! Tapi sejak balik piknik aritu, tapak kaki aku dah macham bisa-bisa semacham je. Mungkin sebab aku pijak batu-batu sungai tu yang buat aku terasa camtu. Sampai ke hari ni dah dekat 3 minggu jugak lah rasa ngilu-ngilu tak best kat tumit dan tapak kaki nih. Agak-agak kalo dapat tendang orang boleh lega tak?

Encik asben lagi lah. Beliau kan kerja kederat pagi petang keluar masuk site bagai lepastu malam-malam mula mengadu lenguh-lenguh satu badan. Dapat pulak bini yang jenis tak daya nak urut laki beriya-iya. Baru picit sikit dah lenguh-lenguh tangan sendirik. Mengader! Tapi hakikat memang lah badan ni bila dah banyak sangat guna, kena juga pergi servis dekat pakar. Kalo dapat urut-urut macham dalam pantang aritu konpem lazat nih. Aritu encik asben ada ajak pergi rumah beckham, eh maksud aku ber-bekam. Tapi, ngeri kot tengok dot dot besar nanti lekat kat badan kau. Agak-agak lama mane nak kasi hilang kesan bekam tu kat badan? Macham menarik jugak lah idea berbekam tu. Lagi elok daripada kena guna lintah untuk sedut darah kotor. Fear Factor sangat wei. Ramai cakap lepas berbekam, badan rasa lagi ringan mungkin sampai tahap boleh terbangkan diri tak? okeh tak kelakar. Sebab nanti boleh sedut keluar semua darah-darah kotor dalam badan. Dahla aku ni manjang je period tak datang. Dah dekat 5-6 bulan kot. Last time masa lepas abis pantang, lepastu time bulan pose. Sampai ke arini memang langsung tak kunjung tiba. Normal kot bagi orang yang fully BF cume sebab pengalaman aku dulu time fully BF kan Areil, takde pulak camtu maka memang saje lah tu nak suruh aku start borong UPT kit lagi. Haih, saspen.


Yang ni adik bongsu aku. Sebaya dengan Areil. Very kg girl sangats. Korang nampak tak batu-batu sungai yang banyak tu. Ada lagi besar, budak ni selamba badak je menggelungsur ala-ala slide. Dahlah tak nak bagi sape-sape pegang macham terror je macham otai je. Tak sakit ke belakang awak dik? Hadess, nyesal pijak batu-batu ni. Entah-entah  rantai aku pun ada kat celah-celah tu kot. Erghhh!


Sebelum ber-basah basahan. Aku memang suka dengan air-air nih. Tak sah kalo tak terjerumus sama ke dalam air. Kadang-kadang macham aku pulak yang lagi gembira mengalahkan anak-anak. So? Haha.


Tido memang gaya bebas je sekarang. Takde tema-tema kekdahnya. 


Berturban tapi nampak lurah. tsk! Haha, budak debek dah banyak kemajuan nye. 6 bulan setengah. Duduk dah tegap. Dah boleh letak dalam high chair. Dah pandai pilih-pilih dengan sape nak dengan sape tanak. Gusi dah keras macham nak tumbuh gigi dan dah kena gigit pun! Dah tahu panjat kemudian berjalan tolak walker sendiri ala-ala attendan sepital tolak troli makanan tuuu.Tido pun dah tanak berbuai bagai. Rimas agaknya. Makin bambam tapi macham makin tanak bf sebab sibuk nak main. Ke awak nak diet dalam diam kot dik? 

\

Dan my abang besar, memang dah nampak sangat 'abang' nye tu. Cakap dah petah. Boleh paham banyak soklan yang ditanya beserta jawapan yang tepat. Kadang-kadang siap dia yang betulkan kita pulak. Ada sekali tu time aku tengah syok layan tv, si Areil ni panggil aku 2,3 kali tapi aku tak layan sebab tak dengar kot. Sekali diberinya salam kuat-kuat camnih hah, "Assalamualaikum mama....!!! Heiiii mama! " terus lamunan mama terhenti gitew. Amboi, kecik kecik dah pandai psiko. Papa ajar ke? Lepas tu mulut ada manis. Pandai je nak tackle mama papa. Kalo dalam kereta memang takkan duduk sorang-sorang kat belakang tapi suka nak menyelit duduk kat armrest tu. Kan ke bahaya. Lepas tu sebab tanak bagi mama papa marah duduk kat situ, pandai je lah sibuk cakap sayang mama papa lah, kiss mama papa la, dan latest pandai sebut i lebiu mama, i lebiu papa. Ewah, pun papa ajar lettew!


Dan mama nye yang gediks, ektibiti hujung minggu macham biasa lah mekap-mekap pengantin. Cuti sekolah camnih memang berlari-lari anak jugak lah aku. Syukur, rezeki semua tu. Dapat pulak pengantin super spontan lagik seporting. Memang enjoy je lah.



Gwiyomi versi tua bangka sikit. Hikhok!

Okeylah, rasanya dah melebihi 3 helai kertas kajang pak malau kot karangan aku malam ni. Dah cukup syarat kertas penulisan spm. So titik dulu. Tak janji  bila pulak next update, so jangan tunggu. Bai.

16 November 2013

Mandi Sungai

Salam kesayangan semua,

Mak fenat sangat arini uolls. Gara-gara sakan mandi sungai siang tadi, sape suruh? So inilah bahananya yang aku dapat. Kaki kiri dan macham tak boleh nak berpijak di bumi yang nyata. Siang tadi sibuk main sepak-sepak air konon nak sakat kanak-kanak, sekali malam ni aku yang menderita lenguh-lenguh semua. Fadan muke aku. Esok merasalah mekap kastemer ambil berbaring. Mampu? Hukhuk!

Setiap Jumaat adalah satu-satunya hari yang kami laki bini akan buat aktiviti family. Piknik ke, merewang ke, pergi pasar malam ke, balik rumah FIL ke, tak kisah lah mane-mane janji dapat bawak anak-anak sekali. Itupun kalau kebetulan aku takde job mekap atau takde kelas mekap. Encik asben mostly memang free setiap Jumaat je pun. Tadi encik asben bagi optional ; nak pergi piknik atau window shopping, dan aku pilih PIKNIK!!!! Sila bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tak pilih window shopping - even sebenarnya dah rindu giler nak keluar cuci mata kat mall-mall nih. Congak-congak dah dekat 4 5 bulan tak keluar shopping mana-mane sebab memasing sibuk. Macham encik asben cuti sehari je Jumaat tu so kesian plak nak ajak pergi jauh-jauh. Aku plak, Jumaat Sabtu memang bizi dengan berus je. Jarang sangat free. So kalo free, silalah berehat je kat rumah. Huhu.

So laju-laju roger ma aku. Harus lah hangkut sekali bala tentera adik adik aku join sekali. Ape barang mandi sungai gedek-gedek 4 beranak je oi. Baik mandi bath tub! So masuk dapur cepat-cepat siapkan nasik ayam nak bawak bekal. Sebab masa dah time eh dah suntuk so aku masak nasik dengan buat sambal, ma aku goreng ayam dan buat sup. Voley masak nasik ayam dekat rumah asing-asing camtu? Haha, lantak janji cepat. Dah aku terlajak cepat pulak, sempat buat sosej roll. Tau je lah nanti dah sejuk beku berendam konpem carik kudap-kudapan jugak. Lepas tu tapau sekali creamy carbonara belen aku masak untuk brekfes tadi. Okey la tu. So, dont piknik lets piknik bebeyh!!!











*entry bersambung. =)


14 November 2013

Terukkk!

Salam semua,

Sebenarnya banyakkkk sangat nak setori tapi MALAS nak taip. Malas takde lah nak berapa malas sangat tapi lebih kepada tak sempat kot. Aira kan dah semakin melasak. So nak kena lebih pay attention lah kat beliau. Dah lah sekarang tido pun kejap je saje je dengki tanak bagi mama berbelog lettew selebihnya nak melasak saje. Semua sofa ke almari tv ke tangga ke dia dah panjat lepastu tangan tanak tu saje je nak handsfree - berlagak dewasa sangat eh awak?? 

Eh aritu bajet nak mintak suggestion korang guna diapers ape yang bagus sebab Areil tido setiap malam wajibulghunnah memang tembus diapers okeh. Tak tahan la aku nak tukar cadar setiap hari dah kalah orang baru nikah pulaks. Tapi takpe dah jumpa diapers yang berjaya menangkis kebocoran dan ketembusan itu. Hehe. Now senyum lebar lah mama.

Arghhh, dah stuck pulak! Dah tak tahu nak taip ape lagi dah. Nak kena download Pocoyo dan Upin Ipin banyak-banyak dulu. Nanti-nanti sambung lagik. Tak pun kejap lagik aku sambung. Ok bai.


Jom muntah sebaldi. bai.

31 October 2013

Salah kan aku ke salahkan hormon?


Aku pening-pening dan sakit kepala.

Tapi,




























Takde muntah-muntah pun.
Takde ngidam-ngidam pun.
Dah test UPT - negatif je pun.
So tayah nak men-termengandung kan aku sangatlah ye. 
Haha.

Tapi memang pening-pening lalat pun aku nih. Semalam resdung menyerang. Gara-gara menadah muka depan kipas angin yang adik aku beli. Besar semedang kau! Sedut habis semua debu-debu yang ada. Lagi lah lepas dengar cerita sendu encik asben semalam, haha. Lagi senak kepala ni. Balik je rumah aku laju-laju telan ubat resdung, lepas tu tido. Areil plak tetiba je nangis dekat-dekat nak subuh camtu. Ngigau hape ntah. Kalut laki bini pujuk sebab tanak si kecik plak ter-bangun. Baru je nak lelap balik, dah subuh. Itupun dah terlajak gajah subuh kami. Lepas tu sambung balik tido kejap - Aira time tu dah bangun ajak main. Itu yang kepala macham ting-tong je sampai ke sudah. Tak cukup tido atau sebab tido yang terganggu. Pilih lah mana-mana satu kan.



Hari ni dah hari Khamis. Esok ada kelas mekap kat Kerteh. Check organizer, eh, esok dah NOVEMBER rupanya. Lepas tu check balik organizer, esok takde pun kelas mekap, tapi minggu depan. LOL. Nasib baik check. Lepastu upload jadual mekap kat I.G tujuan nye nak remindkan diri sendiri dan kastemer tup-tup sorang kastemer perasan aku dah tersilap save tarikh event dia. Pulak tu ada clash dengan sorang lagik kastemer. Cari punye cari, tak jumpa contact kastemer aku tu. So camane nak re-confirm kan event memasing? Deng ahhh!!! Nasib baik aku upload list job aku. Ape kena ngan aku arini? Semua benda pun salah. Haihhh! Ingat kan lepas mandi okey sikit, tapi ini dah macham makin lagi lemau ade lah. Nak update cuti-cuti Malaysia baru-baru ni pun malas. Ok itu je nak mengadu. Bai.

nota kaki: btw trip to Penang dah postpone. So 29, 30 november 2013 still available untuk tempahan mekap atau personal class make-up. Macham biasa, pm fb aku *kelik je kat sidebar atau whatsapp aku 013-9525876.

09 October 2013

Mane Aku Menghilang Hah?

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum semua kesayangans.....

Fuhhhh, punyelah long hibernate aku nih kan? Serius, hari-hari otak terkenang-kenang ingat kat belog yang dah nak mula bersawang nih TAPI ape boleh buat, i is tak sempat uolls!!!  Haha.

Okey lah, tamo cipta dan reka seribu satu alasan melainkan boleh cakap yang aku ter-sangats super duper bizi mama rite now. But seriously my life much better, enjoyable and comfortable than before. I'm not pretending like tapi sesungguhnya bahagia ku bortingket-tingket since i did my own bussines nih. Syukur alhamdulillah dipermudahkan perjalanan ku sekeluarga. Even masa tekad nak resign dulu hati ni dah pasang niat awal-awal akan redha je andaikata after resign nanti tak mampu capai dan rasa selesa seperti time koje gomen dulu, tapi Alhamdulillah, it was suprised sebab sehingga hari ni aku survive settle kan loan, bayar itu ini sdn bhd - even time decide nak resign dulu dah deal ngan en.somi dia akan tolong bayarkan segala utang piutang bank ke kutu ke lipas ke utk 3 month pertama after resign, lepas tu yang seterusnya pepandailah aku buat duit. Haha, yelah, masa tu memang tak jangka pun kan. Apepun Syukur alhamdulillah, aku anggap ini rezeki anak-anak sebab aku resign ni pun demi anak-anak.

Itu je lah kot dulu. Sebab dah lama tak mem-belog so tak tahu nak mula dengan cerita ape.haha, kekok di belog sendiri nampak nye. Puiii! See yu later...


20 August 2013

Kerja Rumah.


Salam,

* Kita pause kejap topik wean off Areil. Takut ada yang silap ingat ini belog keluh kesah mak esah pulak kan.

Hati ni nak sangat update belog hari-hari. Nak sangat. Tapi rupe nya jadi WAHM ni lagi bizi meng-kalahkan time koje gomen dulu. Contoh macham tadi. Si Areil dah selamat landing kat rumah nenek nya. Bese lah, rindu mok adik katanye, so papa nye pun hantor ke rumah nenek. Si bb Aira pulak elok je tido. Sambil bf kan bb Aira sambil mata aku layu layu layu dan...zapppp teringat nak update tracking number kastemer so cepat-cepat pergi on kan laptop. Sementara tunggu loading semua, masuk dapur jap kekonon nak minum Ferwhite, sekali teringat yang ikan belum lumur garam kunyit. So lumur kejap. Dah alang-alang pegang pisau tu, ape kata siang sotong sekali. Kata nak masak sotong masak merah. Settle siang sotong ikan bagai, simpan dalam peti sementara tunggu tengahari sikit baru start masak. Encik asben out stesen pergi Kuantan katanye so boleh lah masak lambat sikit. Tapi kan dah alang-alang siap semua, masak je lah terus nasik nanti senang masak lauk je. Takde lah terhegeh-hegeh nak basuh beras lah ape lah. Settle masak nasik, barulah teringat tadi nak update tracking no kastemer. Baru je nak duduk, si bb Aira pulak terjaga. Masuk bilik bf kan bb Aira kejap lepas tu tengok dah lena, keluar balik. Dahaga la pulak. Eh, baru teringat belum minum pun lagi Ferwhite. Kebetulan tadi masa masuk bilik, check henpon, ma anto sms cakap nak sikit sotong masak merah yang aku nak masak nanti. Apelagi, elok dah kat dapur, terus masak je lah. Klentung klentang kejap ber-perang dengan senduk kuali, dah pun siap masak. Lepastu terus mandi. Sedang elok siap mandi solat semua, bb Aira plak membuang. Tukar pempes siap-siap, tukar kan baju lepastu get ready nak ke rumah ma sebab dah janji dengan ma nak pergi tengok kawan ma yang eksiden. So off kan balik lappy, siap-siap terus pergi rumah ma.

Okey nanti sambung lagik. Ambik napas kejap...


Sudahnya tracking no kastemer tak sempat hupdate, Ferwhite pun aku lupe minum. Bila lah nak cantik jugak nih?





22 July 2013

Malas Pikir Tajuk Pepagi Camnih

Salam, *sori entry semalam2 lupa nak beri salam...=(

Aku rasa lah kan, aku dah boleh mula berbelog balik macham dulu. Sebab nye, aku dah jumpa rentak anak-anak. Lepas 12 malam dorang dah start berdengkur, tapi aku macham biasalah, mata tak berapa nak kenal tidor malam. Selalu time-time ni (12-2 pagi) aku suke kemas-kemas rumah, kutip toys anak masuk box, sapu-sapu lantai sket, lipat-lipat baju. Takpun wrap parcel order kastemer, tulis addres sume. Settle sume tu boleh lah melayan belog sepam dua kan. Kalo bulan-bulan pose cenggini, aku lagi suke lajakkan sekali sampai sahur dan subuh. Lepas subuh baru aku tergolek tido peluk anak-anak. Bapak budak-budak pun dah nak kuor pergi kerja.

Lagi satu, dulu aku selalu merungut payah nak taip guna henpon. Leceh. Itu yang kejap-kejap tertangguh je entry aku. Kadang-kadang je aku sempat rembat leptop encik asben, lepastu taip entry laju-laju. Bukan takde pc tapi pc dalam opis en. asben. Semak okey nak masuk dalam tu. Idea pun tak datang. Tapi encik asben dah ada pc baru. Lagi power gamaknya, maka secara tak rasminya jugak, leptop beralih tuan. Lepas ni nak carik skin protector yang pinkish-pinkish tampal. Konpem jadik hak milik kekal. Huahuahua.

Okeylah, nak ronda-ronda pergi belog kengkawan kejap. Nanti update lagik. Bai.

nota kaki: tapi semalam encik asben pesan suruh normalkan balik kitaran tidor aku macham manusia lain. susah woooo!!!!

16 July 2013

Rinduuuuuu!!!!!

Salam....
Rindu nye kat belog, tau tak. Makin tak kerja makin tak sempat pulak nak berbelog. Sad kan?
Okeylah. Taip pun guna henpon,memang tak klimaks la kot. Leptop missing in action. Tunggu nanti kita sambung setori mori bebeyh...

K bai.





Published with Blogger-droid v2.0.6

06 June 2013

My dreams.


Ehem,
Menghitung hari....
Bestnya....
9days to go....
Hoyeah!!!

Dah macham-macham jugak plan dalam kepala ni,
Tiap-tiap malam sebelum tido, 
Wajib sembang ngan en.asben,
Pot pet pot pet impian-impian selepas abis pantang,
Nak ganti pose,
Nak shopping baju raya anak-anak, baju mak pak pun sekali lah ni
Nak makan steamboat,
Nak makan yang asben masak *r u ready cuk?
Nak jalan-jalan cuci mata,
Nak teruskan my short vocation yang delay before deliver aritu,
Nak masakkan pavlova dan soto untuk asben,
Dan nak macham-macham lagi lah.

Sonotnye.....

Dah, dah. Panjang pulak 'nak' nye nanti.
Bai.

nota kaki: for reminder jugak.

05 June 2013

Baki Lagi 60 Hari


Salam,

Cuba tengok kalendar masing-masing
Dah 5 Jun pun arini,
Dah sebulan lah maknanya umur bb Aira,
Dah sebulan jugak mama tak tengok donia luar,
Dah sebulan jugak papa tido jauh-jauh...hahahaha.

Kalau orang tanya lama ke sekejap
Aku rasa berpantang kali ni,
lamaaaaaaaaaaaaaaaa yang amat. 
Sangat lah bercinta nak habiskan setiap minggu,
Sampai ma aku pun dah fedap belikan ikan kembung hari-hari buat lauk untuk aku.

Tapi,
Aku percaya,
Lepas je kaki aku ni jejak tanah dengan rasminya,
Sure sehari dah macham sejam je,
Sedar tak sedar dah kena bangun pagi kocoh-kocoh,
Dah kena panaskan enjin kereta sesudah subuh,
Dah start iron baju tudung baju tudung setiap malam,
Dah mula jugak lalilaptamplom dengan asben sape nak anto anak pergi rumah ma esoknya,
Itu tandanya aku dah mula masuk kerja.
Sighhhh....

Okeylah, asben dah balik. 
Bawak burger mekdi kot.
Lapar siot.
Tandem nursing okeh.
Dah macham cicak kobeng aku ni hah.
Leher jenjang nak mamps.
Takde diet-diet pantang kali ni.
Sume pantang tengok, adelah.
Ok lapar sangat dah.
Bai.

nota kaki: ma aku bagi makan mekdi.toksah kerut-kerut kening sangatlah.

31 May 2013

Instagram oh I.G

Salam malam Jemahat semua...

Tenang je boleh ber-belog malam-malam camnih. Anak-anak dah tido, encik somi plak ber-badminton. Tinggal lah aku sensorang depan tibi terkebil-kebil dah macham cicak berak kapor barus. Makanya, belog jugak lah teman pengganti aku. Huhuhu.

Lately nih aku gile layan Instagram balik. Dedulu aktif kejap, lepas tu terbiar je IG tu digantung tak bertali. Gambo Areil paling last aku upload time tu beliau belom umor setahun pun kot. Ntah angin monsun mane tetiba rajin pulak menggodek balik akaun IG tu sejak ada bb Aira nih. Banyak rupanye freind request. Retis pun ade follow aku, terkojut omak. Itu yang bersemangat sangat nak godek balik pasal terjumpa retis lettew. Gali punye gali, eh banyak pulak retis yang aku minat berinstagram ghopernya. Yang best layan IG ni sebab kadang-kadang IG ni jujur sket. Ntah tak reti nak describe tapi aku selalu nampak pict kat dalam IG ni pict jujur - atau pict yang takde pun upload kat FB tapi ko terasa nak upload kat IG aje. Ke sebenarnya aku je yang jujur sensorang kat IG? Abaikan kualiti editing pict kat IG sebab bagi aku setakat tukar mode dan kaler pict, tak menjejaskan lagi kejujuran pict-pict kat dalam tu. Tapi memang betul kot, sebab kat IG banyak pict yang muka togel-togel tak bermekap, pict yang spontan-montan selamba vadak, gambar muke basi pun berlambak. Muke tak hot tak market macham aku ni mungkin sesuai sangat nak upload sampai muntah pun kat IG. Takde la sesape nak keji sangats. Kalau upload kat FB selang seminit, mampos lepas tu terbace status sinikal 'kawan' kat news feed bunyik macham ni 'hoiii semak betol news feed aku kejap-kejap gambor kejadah nak makan nak berak pun semua upload. Apesal tak masuk berita je terus bagi satu Mesia tengok' Hah, tengok tengok. Sah-sah aku lah yang sentap. So meh ramai-ramai layan IG je la. Sesapa nak temankan aku, boleh add aku YNADONA ye. Kalau nak la kan. Tak paksa punnnn...*tetibe je!

Alang-alang ter-obsesi dengan pict bagai, aku plan nak letgo kamera nebeseri aku dan nak grab new camera yang aku boleh sumbat muat je dalam henbeg aku. At least, time batt phone dan nyawa-nyawa ikan, ada lah jugak si camera tu beri nyawa. Pict ni kita takleh simpan lama-lama tau. Nanti bau kepam. So, sebab tu jugak haruslah beli smart camera sebab lepas je snap pict boleh terus upload kat IG gitew nampak tak betapa bernas nye alasan aku,. Sonang koje omak. Dan macham biasa, i need your review guys. Sape yang dah beli smart camera Samsung tu, sila lah tinggal jejak review sket kat aku. Sebab kalo dah beli lepas tu menyesal, memang makan kaki encik somi la aku jawabnye. Eh tak, gurau je. Dah lama sangat aku paksa dia beli lepastu nak menyesal bagai pulak. Sakit ati tak ko rasa? Hahahah. Lepastu kalo ada yang nak jual dengan harga murah pun boleh jugak tinggalkan link korangs. Lagiiiiii aku suke =)

apesal takde kaler pink? diskriminasi jantina eh?


Eh, jangan suruh aku beli Samsung NX300 tu. Aku tanak maju sangat lah. Nak lite-lite maju je cukuplah. *senang cerita aku tak mampu lah nak beli yang tu. En.somi lagik konpem tak layan. Percayalah Kak Ton!


30 March 2013

Trending Cik Ta (mohon terasa)

Salam,

Baru-baru ni panas jugak lah isu Cik Ta menjawab time kena hentam dengan media dan peminat yang bising tengok pakaian Cik Ta seksai sangat dengan si Zain Saidin tu. Selamba je Cik Ta jawab, hak dia la nak pakai camane sekali pun dia tanak ambik peduli pun dengan cakap-cakap dan kritikan media mahupun peminat. Pehh, jawapan memang hazab sangat macham tak takut mati. Atau mungkin macham bila mati nanti sendirian berhad dia je mampu uruskan jenazah, kapan, gali liang lahad bagai. Hilang minat sekejap aku kat minah nih.

Dan tak lama lepas keluar statement dia tu, seorang Profesor ape ntah terpanggil nak tegur balik jawapan Cik Ta tu. Kiranya, takdelah Puan Profesor tu nak biarkan jawapan Cik Ta tu ternoktah disitu. Dan itulah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai manusia dan sesama Islam. Kalau kita sesama Islam ni tak boleh nak tegur sesama sedara agama kita, takkan nak suruh orang yang agama lain pulak tegur? Nak ke dorang tegur? Ntah-ntah dorang tak perasan pun Islam ke tidak kita ni. 

Tapi memang betol pun sekarang dah macham trending pulak jawab macham Cik Ta tu. Mentang-mentang ler hal masing masing maka dianggap hak masing-masing lah jugak nak tergolek telanjang terlanjur sekalipun. Kita yang hadap nih cuma mampu tengok je lah sebab kalau silap tegur, banyak pulak akibat nya. Kalau tegur kawan belog, nanti kawan private kan belog. Kalau tegur kawan FB, kawan FB pulak remove,block atau paling tidak private segala apa kat wall dia. Hebat kan manusia sekarang? Aku dari dulu sampai sekarang memang sangat-sangat terpanggil nak menegur manusia yang sekejap bertudung sekejap off. Apa nawaitu yang sebenarnya? Kejap pakai, kejap tak pakai. Kejap pakai dengan sempurna, kejap ter-coet nampak jambul. Kalau niat sesaja nak suruh orang puji nampak cantik sebab bertudung ataupun sebab tudung tu memang cantik, maka nyatalah niat tu dah tersasar dan memang padan lah kalau kejap pakai kejap tidak. Rasa nya tak perlulah jugak aku nak ulang kat sini tentang kewajiban menutup aurat tu. Masing-masing dah besar panjang dah beranak pinak. Dah patut jadik contoh kat anak-anak pun. Takkan perkara wajib yang paling asas pun boleh terlepas pandang? Walau terpaksa sekalipun, tetap jugak perlu buat kerana itu perkara wajib. Dari keterpaksaan itulah nanti akan terbit keikhlasan. Insyallah.

Memang entry kali ni agak keras. Sebab aku rasa ter-panggil untuk tunaikan tanggungjawab aku sebagai sedara sesama Islam. Teguran aku umum. Bukan semata-semata nak hentam sesape. Dan aku mohon mane yang terasa tu berubahlah lepas baca entry teguran aku nih. Bukannya guna jalan buat entry lain untuk hentam aku, block aku, remove/unfriend aku dan sebagainya. Kerana manusia ni hanya ada 2 pilihan iaitu menegur atau pun tengok dan biarkan saja anda terus hanyut. Dan antara pilihan itu, hanya ada 2 tindakan sama ada abaikan atau berubah ke arah kebaikan. Bayangkan kalau kita menegur kesalahan anak-anak, dan teguran itu diabaikan atau mungkin dibalas dengan herdikan daripada mereka, ape perasaan kita? Kerana kita adalah model dan teladan kepada tingkah laku anak-anak kita nanti.




nota kaki: kubur memang masing-masing. Tapi nak menuju ke kubur masing-masing tu still memerlukan pertolongan sesama sedara Islam yang lain. Jadik jawapan ala-ala Cik Ta tu memang tak munasabah langsung. Melainkan anda memang dah doa-doa siap-siap nak mati terjatuh kat cerun bukit ke, mati terbakar sampai tak jumpa abu mayat dll yang mana nanti mayat anda tak dijumpai dan tak perlu diuruskan oleh mereka yang masih hidup ni - yakni teman-teman dan sedara sesama Islam anda nih. Nauzubillah.