Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2013

Salah kan aku ke salahkan hormon?


Aku pening-pening dan sakit kepala.

Tapi,




























Takde muntah-muntah pun.
Takde ngidam-ngidam pun.
Dah test UPT - negatif je pun.
So tayah nak men-termengandung kan aku sangatlah ye. 
Haha.

Tapi memang pening-pening lalat pun aku nih. Semalam resdung menyerang. Gara-gara menadah muka depan kipas angin yang adik aku beli. Besar semedang kau! Sedut habis semua debu-debu yang ada. Lagi lah lepas dengar cerita sendu encik asben semalam, haha. Lagi senak kepala ni. Balik je rumah aku laju-laju telan ubat resdung, lepas tu tido. Areil plak tetiba je nangis dekat-dekat nak subuh camtu. Ngigau hape ntah. Kalut laki bini pujuk sebab tanak si kecik plak ter-bangun. Baru je nak lelap balik, dah subuh. Itupun dah terlajak gajah subuh kami. Lepas tu sambung balik tido kejap - Aira time tu dah bangun ajak main. Itu yang kepala macham ting-tong je sampai ke sudah. Tak cukup tido atau sebab tido yang terganggu. Pilih lah mana-mana satu kan.



Hari ni dah hari Khamis. Esok ada kelas mekap kat Kerteh. Check organizer, eh, esok dah NOVEMBER rupanya. Lepas tu check balik organizer, esok takde pun kelas mekap, tapi minggu depan. LOL. Nasib baik check. Lepastu upload jadual mekap kat I.G tujuan nye nak remindkan diri sendiri dan kastemer tup-tup sorang kastemer perasan aku dah tersilap save tarikh event dia. Pulak tu ada clash dengan sorang lagik kastemer. Cari punye cari, tak jumpa contact kastemer aku tu. So camane nak re-confirm kan event memasing? Deng ahhh!!! Nasib baik aku upload list job aku. Ape kena ngan aku arini? Semua benda pun salah. Haihhh! Ingat kan lepas mandi okey sikit, tapi ini dah macham makin lagi lemau ade lah. Nak update cuti-cuti Malaysia baru-baru ni pun malas. Ok itu je nak mengadu. Bai.

nota kaki: btw trip to Penang dah postpone. So 29, 30 november 2013 still available untuk tempahan mekap atau personal class make-up. Macham biasa, pm fb aku *kelik je kat sidebar atau whatsapp aku 013-9525876.

No comments:

Post a Comment