Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

17 December 2013

Resipi: Cencaru Sumbat Lada Hitam


Salam kesayangan,

Aiii, tetibe pulak nak bagi resipi. 
Dah lama sebenarnya nak share dengan korangs tapi tunggu bebetul rajin snap gambor, baru lah best sket nak up entry kan.


Eceli ni memang resipi simple je pun. Ma aku yang ajor. Sedap sangat! Tapi kalo dah dasar tekak naga, semua pun akan jadik peberet aku. Macham sekarang nih la, tengah sibuk menggila balik durian crepe nih ape cer? Hari-hari sendu di pesbuk. Ingat durian tu macham pisang ke setiap musim boleh dapat? Meraba kot cari durian crepe sebab durian dah takde, lepas tu jumpa yang soploh hengget 4 ketul pandai pulak tanak pasal mahal sangat - lepastu sikit pulak kan 4 ketul je. Mana nak cukup aku nih. Dah tau nak murah, tanam lah durian sendirik. Itupun payah ke? 


Eh terlajak taip pulak. Okey balik ke pangkal resipi. Aku tak tahu lah nak bagi nama apa yang nak bagi senang orang gugel carik dan jumpe entry aku ni. Kejap lagi aku pikir time nak bagi tajuk. Sebelum tu korang kena sediakan:

Ikan cencaru sederhana/besar
Lada hitam 50 bijik *gigih ke nak kira nok? Hagak-hagak dahlah ye.
Bawang merah 3,4 biji .
Bawang putih 1, 2 ulas
Cili api 5,6 biji *Kalau rindu nak buasir balik tambah je lah lagi soploh doploh bijik. Tadehal pun. Buasir masing-masing kan?
Sedikit perahan limau nipis *agak-agak satu sudu kecil je camtu lah.
Garam
Gula

Ini anggaran rencah untuk seekor /2 ekor ikan je. Pepandai lah korang repair mengikut ke-obesitian ikan memasing. 

 
Nama saya siti cencaru. Tak kenal saya maka tak cinta lah saya jawabnye.

Memula ikan tu bersih dan tos siap-siap bagi kering.
Tanak ada air-air nanti nak masukkan rencah tu menjejes sangat. Kemudian tumbuk lada hitam. Dah hampir lumat tumbuk pulak bawang merah, bawang putih, cili api. Tanak hancur lumat sangat dan tanak kasar sangat. Omputis cakap just nice dahlah. Lepas tu masukkan perahan limau+gula+garam. 



Hamboi, molek nye rencah. Bini sape lah tumbuk nih?


Ikan cencaru tu kan selalunya kalo di-siang, kita belah belakang kan? So nanti sumbat je sambal tu ke setiap ruang rongga yang ter-nganga tu. Sumbat bagi gemuk-gemuk tau. Ingattt....!

Lepastu korang simpan ikan tu dalam petiais kejap bukan kat freeze ye. Dalam setengah jam camtu lah kot. Tujuan nye nak bagi rencah tu meresap ke seluruh jiwa ikan. Tapi, kalo dah tak sabar-sabar sangat nak masak pun boleh. Terus je lah goreng ye.


Nanti hasilnya camni. Ikan cencaru ni bila dah disumbat segala camni, time menggoreng tu tersangatlah kecah suasana dalam kuali tu. Macham aku pulak, aku lagi suka kalau goreng sampai rencah kat dalam ikan tu nampak macham nak hangit-hangit sikit. Sebab part tu lah nanti sedap ya rabbi kalau dimakan dengan nasik panas-panas. Tak payah nak kuah-kuah dah. Gaul je rencah tu dengan nasik, dah terus meninggal sebab sedap yang amat! 

Nota kaki: Rencah ni jangan dibuat terlebih basah sangat takut time goreng nanti abis semua jatuh ke dalam kuali pulak. Haih rugi rugi!


12 December 2013

Tolong Aku Kawan-Kawan!


Salam kesayangan,

Ni entry S.O.S namanya. 
Nak mintak tolong sesape yang kebetulan pergi shopping mopping groceries kat Tesco ke, Carefour ke, Giant Hypermart atau mana-mana je lah - kot-kot ternampak benda alah nih, tolong lah belikan untuk aku boleh?




Bukan susah pun. 
Belikan aku benda nih hah....





































*scroll rajin-rajin sikit



































































































































































lenguh ke? sikit je lagi...sikit je lagi ye =)

































































































































































Tadaaa...! 
*Pang!!! sekali dapat pelempang sebab sakit ati scroll jauh-jauh.


Serata Terengganu aku dah terjah, semua dah takde jual makhluk hijau sejuk nih. maaf, maksud aku bukan katak ye. 
Tak tahu lah kot-kot dah discontinue ke apa tapi yang aku tahu stok milo sejuk nih dah pun yillek sonellek kat rumah aku. Huwaaa!!!!


Kemahin aku borong dan kemahin jugak aku berjimat cermat. Namun, tamat jugak riwayat korangs akhirnya.Sobs...

Tolonglah. Ini bukan gurauan. Dahi aku berkerut time men-taip nih.  Risau meng-kalau memang dah tak dapat ditemui lagi.
Serius sape-sape je terjumpa jual kat mana-mana tolong lah belikan samada 5-6-7-8-9-10 kotak sekalipun. Nanti aku bayar. Duit pos sekali aku bayar.
 SUMPAH!

Kalo tak caye jugak, nah ini no telepon aku 013-9525876. Senang kot-kot korangs ter-jumpa Milo Sejuk nih  lepastu teringat nak tanya aku ke ape kan? Voleyyy...asalkan berkisar Milo Sejuk lah. 

nota kaki: milosejukmilosejukmilosejukmilosejukmilosejukkkkkk........


21 August 2013

Short Update - Makan



Salam,

Tengah-tengahari cenggini baru free sikit. Boleh lah update sikit-sikit. Sikit je tau.
Aku ni kan, keje nya makan makan makan. Bila adik tegur aku gemuk macham pegnen sibuk je pulak nak sentap. Tapi memang logik jugak kalau ada cakap aku gemuk pun. Makan nonstop lagi mau kurus ka? Haiyooooh!


 goreng nasik belen semalam. 
letak mix vege+sosej+telur+cili padi, sudey.



lepastu asben request goreng kopok garing-garing. makan sekali ngan nasik goreng.



tengah-tengah malam asben aku lapor.
maka terhasil lah melty cheesy sausage roll *gasaklah nama aku letak sendiri.
yang ni post kat i.g ngan fb, ramai pulak mintak resipi. Auuwww!






ko ingat nih rumah nenek ke Areil boleh meligan-ligan kusyen bantal semua?



Aritu pergi Safina Nasik Arab kat Kijal, Kemaman tu. Sebab nak feeling Arab, duduk kat ruang bersila ala-ala pak Arab isap shisha tu kekonon nya. Sekaliiii, si Areil meligan abis kusyen-kusyen kat situ. Kusss semangat. Tengok je lah pict aku anak beranak, Mama mulut tak abis-abis melarang, si Areil plak menggelupur tanak duduk. Si Aira plak...baik pulak dia tengok kamera, tengok menu. Lepas tu tido. Hahaha. Macham-macham ragam okeh.

Makan kat situ, aku bagi 8/10. Tekak melayu mana nak ngam sangat makan nasik berempah arab nih. Tapi untuk yang suke makan nasik Mandy, kebab kebab, roti pita segala tu, sila lah terjah. View pun best tepi pantai. Cosy dan harga pun affordable. 


sape-sape yang nak try Magic Skincare, boleh whatsapp aku 013-9525876.
Now aku langsung dah tak guna foundation, bedak segala. Keluar rumah sapu lipstik je sikit dengan muka togel je. Nak lagi yakin, sila lah add FB aku. Boleh view puluh-puluh testimoni daripada kastemer aku sendirik. Nak cantik tak?


Okeylah, nak layan FB pulak. Dah, bai.

07 August 2013

Menu Last Last Je.


Salam akhir Ramadhan,

Ya Allah, kejap nye masa berlalu. Dah 29 Ramadhan pun kita. Suka memang lah suka sebab esok dah nak raya, tapi hati pun tetap jugak sedih dan sayu nak tinggalkan Ramadhan - bulan yang penuh kerahmatan dan kemuliaan. Semoga nanti masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk bertemu Ramadhan yang akan datang....Amin.

Okeh berbalik kepada cerita hot. Hot ke? Hahaha, mengada nak tulis hot pasal ada yang pm tanye tanya pasal menu megi rebus berapi yang aku upload kat ig malam bila entah. Hoi, menu un-sangkarable je. Itu pun pasal tak sempat nak prepare benda-benda masak lain. Dah takpe takpe, moh nak bagi resipi.



Hoh inilah rupa paras megi rebus berapi yang aku upload kat i.g. Takdelah hebak sangat pun beliau.
*telan eliur lelaju.

Bahan-bahan.

Bawang putih 2 ulas
Sawi 2 helai
Lada jarum beberapa biji
Bebola Daging (suke ati la berapa ko nak letak. kalo nak ala-ala bakso, letak satu paket tu takpe)
Telur ayam
Perencah megi kari
Megi kari.

Cara-cara nye.

Tumis bawang putih kejap kemudian cili padi.Kemudian laju-laju masukkan perencah dan tumis *perencah ni cepat garing jadi kena cepat-cepat masukkan air segelas supaya tak hangit. Agak-agak air dah mendidih, masukkan bebola daging dan biar kejap bagi empuk. Lepas tu masukkan sawi, dan megi. Tutup api cepat-cepat, pecah kan telur dan tutup periuk. Biarkan dalam 2-3 minit baru boleh hidang dan makan.

Lepastu dah hujung-hujung puasa ni, kepala dah tak boleh nak pikir lauk pauk lagi dah. Rasa macham nak masak masakan panas je dah. So, hentam je lah ape yang ada kat dapur tu. janji sahur, daripada langsung tak. Ye tak?


Nasik goreng ayam kekdahnya. Makan panas-panas lepas tu pedas. Esok mencirit padan muka. Hahaha, takpe aku suke, janji sodap.


Kari ayam+telur dadar. Yang nih agak kontroversi pasal ma aku sibuk argue kenapa aku rajin sangat masak kari ayam pepagi bute. Lepastu ayam plak 2,3 ketul je? Inilah susahnye kalo mak sendirik suke stalk fb anak. Ma, itu kari dalam tin je pun. Tinggal panaskan dan tambah ape yang patut je. Along goreng telur dadar je. Memang anak ma ni tak rajin sangat pun nak meng-kari pepagi bute. Hahaha.



Ini yang ter-latest. Baru je selamat ke dalam perut kami laki bini. Dah katanye sahur paling last, godek aje lah ape yang ada kat dalam peti lepastu masak. So, terhasil lah mee goreng basah pepagi buta nih. Licinnnn.....

Dah tu je lah kot. Tetiba pulak katil melambai. Bai korangs.

nota kaki: ending memang agak anti klimaks. who cares?

28 July 2013

Makan Luar Lagi

Salam,

Raye dah dekat eh?
Belas-belas hari je lagi kan?
Aku kan, pantang sangats dengar lelagu rayer ni.
Bagi lah aku buat kerja apa pun, 
Asal buat sambil dengar lagu-lagu raye,
Kemain mencicit laju je kerja aku siap,
Nak lagi best lagu Airmata Syawal *hahaha mongok orang len sedih aku hepi je dgr lagu nih,
Semangat raye merasuk la katekan,
Terapi minda betol lah lagu raye nih untuk aku.
Fuhhh.

Okeh intro je tu.
Nih petang ni.
Kebarangkalian tak masak agak tinggi jugak.
Ajak en.asben bukak pose dekat Taman Syah Bandar petang ni,
Dan dah proceed nampak gayanya.
Tengahari ni gerak.
Gerak awal, boleh jalan-jalan dulu.
Wah gitewww katanye. 
Memang kesukaan aku lettew.
Jalan jalan bawak anak-anak sambil layan lagu raye,
Ewah seronot monot nyer....

Ok tu je. Bai.

27 July 2013

Tips Sahur Yang Cepat.

Salam,

Dah dekat nak bersahur ni.
Kalo pejam mata barang sekedip dua konpem dengan subuh-subuh sekali terbabas. 
Maka marilah merapek di belog sementara tunggu 4.30 pagi.
4.30 pagi baru boleh masuk dapur panaskan ape yang patut.
Kenapa nak kena tunggu 4.30 pagi baru sahur? Sebab? Sebab sokati je la.haha.

Dah, melawak vodos kejap pepagi camnih.
Nasib baik sahur nanti dah beli siap-siap lauk.
Simpan dalam peti, pastu kejap lagik panaskan je dalam rice cooker?
Hah terkojut ke? 
Sabar, sabar. Bace dulu.
Macham ni. 
Ini petua/tips nak cepat manelah tahu kot-kot terbangun sahur lagi 10 minit sebelum imsak ke kan? 
Untuk orang yang takde microwave je lah tapi boleh guna tips nih.
Eh, aku lettew...

Lagi pun lauk kalau beli, memang tak beli banyak. 
Takut basi - takut tak sedap - takut membaziaq.
Lepastu kalau beli sikit, nak masuk dalam periuk pulak nak panas kan, banyak pulak kerja.
Periuk lagik nak kena basuh. 
Tok bilal dah pegang mic nak azan, ko sibuk pilih periuk paling kecik je lagi. 
Nak bersahur ke tidak sebenarnya?
Ok next.....

Kalau beli, selalu lauk tu taruk dalam pelastik je kan?
Nanti lepas dah panaskan nasik, aku memang suke campak je lauk pauk tu pulak sekali ngan plastik dalam periuk nasik. *basuh dulu plastik tu bawah air paip bagi bersih sebab nanti ada nasik kat dalam tu jugak. Make sure ikat leklok la nanti lauk kat dalam plastik masuk air puleks.
Suis periuk tu tayah off lagik. 
Kiranya bagi rice cooker tu dalam mode warm barang 5,6 minit. 
Pastu pepandai lah ko angkat plastik panas-panas tu taruk la dalam mangkuk semua lepastu hidang. 
Syiap!

Kalau nak lagik hardcore, masa ko panaskan nasik, campak je lah sekali dengan lauk-lauk tu semua kat dalam periuk.
Tayah tunggu siap panaskan nasik.
Tapi AWAS. 
Aku dah pernah lah terkena sekali. 
Plastik lauk tu terlecur kena dinding periuk nasik yang tengah panas tu kan, sekali bocor lah puleks.
Tak pasal-pasal nasik siap berkuah kat dalam periuk.
So hati-hati lah ye kalo nak i follow, i follow skill pemalas aku nih.
Eh bukan pemalas pun, tapi ini orang panggil ter-lebih guna kan otak.
Kena lah kreatip sket kata orang.
Selalu aku guna teknik ni time pose tahun-tahun lepas.
Time tu bekerja lagik, haruslah jimat masa+lauk pun beli. 
Muahahaha.




Lauk berbuka. Encik suami request nak sotong masak merah+ikan goreng garing-garing. Itu je. Lain-lain aku tambah masak nasik goreng ikan masin+sotong celup tepung+pajeri nanas beli kat bazaar. Dah, kenyang perot suami, lepas tu baru lah best nak kecek ajak pergi shopping raye. Lepastu kan, shopping punyer pasal, tak pasal-pasal  dah kena beli lauk bungkus. Pasal bini dah penat sangat tawaf mall la kendong si budak demok.





Inilah budaknye. 2bulan setengah 6kg.
 Ya Rabbi. Masuk sumo nak tak?

Eh dah 4.30 lah.
Nak kena goreng ikan kering.
Encik suami request.
Yang tu takleh campak dalam rice cooker ye dek nonnnn....
Kalau tak nanti laki ko pulak campak ko luor tingkap.
Ok bai.

24 July 2013

Singgah Menyinggah.

Salam semua,

Siang tadi pergi SSM renew lesen niaga aku yang dah kat setahun meninggal. Balik tu pergi TTC sebab kat situ ada banyak bazaar. Boleh usha baju Areil. Tahun ni tema kitorang anak beranak adalah hijau emerald, wah giteww. Kaler nak ala-ala baju sanding Ekin Mawi so misi mari mencari baju si Areil la pulak. Baju si bapak nya udah ketemu. Ntah hape hape je tahun ni preparation ala-ala koboi sket langsung takde nak tempah bagai baju, beli yang ready made je lah makanya. So pusing-pusing punye pusing almost setengah jam takde pulak jumpa kaler tu. Ok takpe, Khamis ni kite try carik kat Kuantan puleks. Dalam dok mencarik baju melayu, sempat lah beli selai seluar untuk si Areil dan si Aira. Mood Areil tak berapa nak ok sebab time tu dah ngantuk, lepas tu sibuk pulak nak beli jam la, belon Upin Ipin la hapelah. Itu lah kekadang macham benci kot kalau pergi kat jualan pakaian raya ke perabot ke barang letrik ke tetiba terselit booth jual belon lah toys la macham-macham. Tak ke terganggu perjalanan shopping mak bapak? Tak pasal-pasal mood shopping gone. heh. Tensi aku. Lepastu, sampai rumah tadi, belek-belek seluar Areil, tengok tengok....


koyak!!!!


yang kat atas tu gambar dari luar dan kat belah dalam tu gambar belah dalam seluar tu. So? Memang seller tu dah tau lah kot seluar tu koyak so cover camtu kat belah dalam, lepas tu jual macham tak bersalah? Haiyoohhh....mahal kot harga seluar tu. Dah same rege ngan Poney pants time sale. Huiii, ini dah macham beli yang reject pulak. Sakit pulak hati aku. Tengoklah camane nanti kalau rajin boleh je pergi tukar, tapi kalau malas, ko pakai je la anak oiiii. Tsk.


Yang ni pulak aku menyinggah kat kedai Eco Shop yang besar bagak kat Marang tu. Orang sini lagi senang panggil kedai 2 hengget. Yelah korang kat sane ada Daiso shop yang semua barang rm5 tu kan, so kat sini kedai Eco Shop ni kira ala-ala Daiso la jugak kot. Macham-macham benda ada kat dalam ni. Aku pun tak tau ape sangat yang best masuk kedai ni tapi tiap kali lalu konpem nak menyinggah lepas tu beli yang bukan-bukan. Ala takpelah, rm2 je kan. Kalau beli pun bukan rugi banyak sangats. Kuikuikui. Time singgah tadi kekonon nak beli bekas letak nasik tambah je sebab set pinggan yang aku guna sekarang tu besar bebenor, tak sesuai aku 2,3 beranak nak guna. Tapi kan, bila dah termasuk kedai tu, inilah hasilnye. Rak toiletries, hanger besi yang gantung kat wall tu, sudu kecik, sikat, jar untuk letak garam kunyit ajinomoto, salotep (aku kang peng-wrapping parcel tegar) lepas tu gayung pun beli jugak. Hahaha, dasar kan. Total damaged is rm38 sajork. Itu baru 10 minit kat dalam. Huiiiiih...



Yang ni pulak on the way pergi Kuala Terengganu, berenti beli kuih akok yang pemes kat KT ni. Ada satu tempat jual akok panas-panas tepi jalan. Nama kedai ni Bau Asap Ehhhh. Betol-betol kat selekoh so kalau ter-laju sket drive kerete tu memang terlajak la nak jumpe kedai ni. Memang superb best pun akok kat sini dahlah masak cara tradisional. Beli panas-panas, masuk dalam kereta hazab la perot duk sedut bau lazat akok nih. Pakcik yang jual tu jugak kalau tak silap aku ada skill mengurut dan ilmu aura-aura ni semua. So sesape yang rasa nak test boleh singgah bagi pakcik ni urut bagi keluar semua aura-aura korang tu sementara tunggu akok masak.
 Pict nih aku upload kat i.g lepas tu semua komen Areil buat duck face. Kan? Tak perasan pulak aku annoyed jugak anak aku punyer skill bergambor. Time ni bb Aira aku tinggalkan kat nenek. Badan dia suam-suam so better avoid bawak dia sekali kang tak memasal demam dekat-dekat nak raye ni. Lagipun budak kecik tu nak kena train pakai botol. Kalau tak, masak aku dekat-dekat nak keluar bekerja seksok baru nak train. Buat nye nanti dia tanak, acane?

Tu je lah kot ektibiti menyinggah aku. Encik asben memang dah masak perangai aku ni. Memula je cakap nak pergi satu tempat, end up semua tempat aku pergi. Thehehehe!

22 July 2013

Jom Masak

Salam semua,

Sebenarnye tengah tunggu nak masak nih. Tapi sotong ngan ikan tengah berendam lagik. Kejap-kejap lagik okey lah tu kot lembut. Itu yang menyampah kalau simpan binatang-binatang kat freeze, dah jadik satu hal pulak nak kena tunggu mereka chill bagai.

Tapi nasib baik jugak aku ni bangsa yang tak suka bercinta kat dapur. Kalau bukak pose pukul 7.3o, aku suka start masak pukul 6, 6.30 camtu la kot. Kadang-kadang aku dah siang dan marinate siap-siap ikan ke, sayur semua, tinggal nanti nak masak je. So sedang elok lauk masak, tok bilal pun azan. Lauk pun panas-panas je sangats. Tapi depends jugak lah lauk apa yang aku nak masak. Mengkalau nak masak sup tulang, pukul 6.30 baru aku terhegeh-hegeh nak tenggek periuk rebus tulang, agak-agak pukul berapa lah daging tu nak empuk oi. Silap-silap aku yang kena hempuk dek laki. Dah la takde nye aku nak guna periuk tekanan tinggi ke rendah ke apa. Campak dalam periuk ala-ala vantage yang beli kat Rantau Panjang tu sudey.

Okey dahla merepek. Kuali dah memanggil. Nanti sambung lagik. Selamat berbuka semua. Bai.

21 July 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan La Sangats



Dah 11 hari kita pose dan Alhamdulillah as a request from encik asben jugak, setakat ni belom lagi jejak kaki berbuka kat kedai ke buffet Ramadhan ke ape. Dan segala juadah lauk pauk adalah home made by me kecuali kuih muih. Tak khoser aku nak buat kuih sedulang lepastu makan nya sesuap je lepas tu esok dah nak kuih muih lain pulak. Maka part kuih muih kita tunjuk-tunjuk sudey....


*ikan masak asam+telur asin+tempe goreng kunyit+salad dan kurma


*gulai kunyit lengkuas+paprik campur+sambal velacan ma kasik (kuih muih beli ye.malas nak taip nanti orang ingat aku buat jugak)


*sayur putih kacang panjang+ikan goreng+udang masak merah+telur bungkus. 


*ikan jebong panggang cicah air asam+ayam masak black pepper+sayur campur


*tukke panggang cicah air asam+daging masak merah ala thai+sambal velacan ma bagi+nasik goreng seafood


*cencaru sumbat sambal lada hitam+sup daging+telur dadar+kailan ikan masin.


*ikan masak stim asam boi+cendawan goreng+daging masak merah+cucur badak dan ayam masal lemak cili padi yang ma bagi.


nasik goreng seafood berapi.

Kalau dikira-kira ada 8 pict je. The rest aku berbuka puasa kat rumah mak mertua dan rumah ma aku. Setakat nih memang takde istilah campak dalam tong sampah. Semua abis licin kena bedal kami laki bini. Hahaha dasar kuat melantak. Nih lagi berapa belas hari lagik pose yang tinggal, tak tahu lah nak kena pikir menu ape lagi. Nasib baik ada FB. Boleh jugak tumpang intai-intai pict lauk korang. 

03 April 2013

Fenomena Choc Moist. Sila lah terliur.

Al kisah nya,
Pegnen kali ni suke makan kuih dan yang manis-manis.
Motip suke manis belom dikenal pasti.
Harap anak yang bakal lahir pun manis - macham, macham, errrk....malu nak sebut.

Maka bermulalah edisi food testing.
Fenomena Pavlova, Melty Choc, sampailah Choc Moist.
Semua kegemaran dan heaven kata baby.
Sekali time checkup kantoi BSP tinggi.
Diabetic detected!!!! Dah macham malware detected puleks....
So lately ni aku dah tak layan melty choc, pavlova semua.
Susah nak dapat sebab kena order dulu lepastu harga boleh tahan kalo beli sebab nak buat memang tak berbaloi - tak boleh makan banyak-banyak pun. Sigh.
So choc moist je la pengubat duka dan rasa.

Sekarang kat mane-mane pun ada jual mende alah nih.
Murah pulak tu. "Dua singgit dua singgit dua singgit......"kata si Mail Upin Ipin.
Kat stesen minyak, kedai makan sampai lah klinik pun terlibat sama jual. *senang nanti diabetis terus je beli ubat kat kaunter klinik.kehkhekeh lawak kasar nampak.



Aku dah try 2 jenis choc moist ni. 
Satu brand ANIS dan satu lagi yang hot ngetop brand EMCC.
Antara 2 ni aku lagik suke ANIS punye.
Pekat, moist, dan rasa choc dia tu memang superb.
Takde lah real sangat pahit, kelat, manis.
Cukup-cukup rasa.
EMCC macham just nice je bagik aku.
Aku lagik suka tekstur ANIS jugak.
Memang nampak moist dan well baked.
Sebab pernah beli EMCC, kat dalam macham ada tepung berketul sikit.
Tapi tak memudaratkan pun.
Telan je.
Dah jadik baja pun. Huahuahua.

Okehlah. 
Nak review panjang-panjang pun bukan aku pun yang baked choc moist nih.
Aku tau beli dan makan je.
Janji sedap dan halal.
Cepat pergi beli.
*telan airliur sekali lagik.