Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

06 June 2013

My dreams.


Ehem,
Menghitung hari....
Bestnya....
9days to go....
Hoyeah!!!

Dah macham-macham jugak plan dalam kepala ni,
Tiap-tiap malam sebelum tido, 
Wajib sembang ngan en.asben,
Pot pet pot pet impian-impian selepas abis pantang,
Nak ganti pose,
Nak shopping baju raya anak-anak, baju mak pak pun sekali lah ni
Nak makan steamboat,
Nak makan yang asben masak *r u ready cuk?
Nak jalan-jalan cuci mata,
Nak teruskan my short vocation yang delay before deliver aritu,
Nak masakkan pavlova dan soto untuk asben,
Dan nak macham-macham lagi lah.

Sonotnye.....

Dah, dah. Panjang pulak 'nak' nye nanti.
Bai.

nota kaki: for reminder jugak.

05 June 2013

Baki Lagi 60 Hari


Salam,

Cuba tengok kalendar masing-masing
Dah 5 Jun pun arini,
Dah sebulan lah maknanya umur bb Aira,
Dah sebulan jugak mama tak tengok donia luar,
Dah sebulan jugak papa tido jauh-jauh...hahahaha.

Kalau orang tanya lama ke sekejap
Aku rasa berpantang kali ni,
lamaaaaaaaaaaaaaaaa yang amat. 
Sangat lah bercinta nak habiskan setiap minggu,
Sampai ma aku pun dah fedap belikan ikan kembung hari-hari buat lauk untuk aku.

Tapi,
Aku percaya,
Lepas je kaki aku ni jejak tanah dengan rasminya,
Sure sehari dah macham sejam je,
Sedar tak sedar dah kena bangun pagi kocoh-kocoh,
Dah kena panaskan enjin kereta sesudah subuh,
Dah start iron baju tudung baju tudung setiap malam,
Dah mula jugak lalilaptamplom dengan asben sape nak anto anak pergi rumah ma esoknya,
Itu tandanya aku dah mula masuk kerja.
Sighhhh....

Okeylah, asben dah balik. 
Bawak burger mekdi kot.
Lapar siot.
Tandem nursing okeh.
Dah macham cicak kobeng aku ni hah.
Leher jenjang nak mamps.
Takde diet-diet pantang kali ni.
Sume pantang tengok, adelah.
Ok lapar sangat dah.
Bai.

nota kaki: ma aku bagi makan mekdi.toksah kerut-kerut kening sangatlah.

24 May 2013

Berpantang - Part 2.


Tiap kali plan nak buat entry, aku kena bukak lappy. Sebab mentaip guna hp sangat lah hazab bagi aku. Iye aku tahu aku selalu sebut dalam entry lepas. Masalahnya, tiapkali on lappy, aku akan habis kan hampir setengah bar batery lappy dengan meronda-ronda ke blog kawan-kawan - dan end up idea nak mentaip entry sendiri dah slowly lost atau dalam mudah kata nya, dah malas terus nak buat entry. So off lappy, dan layan fb balik kat henpon. Kahkahkah. 

Dah 19 hari berpantang. Lama sangat nak tunggu hujung 44 hari. Kaki aku ni hah, dah putih pucat kesan tak jejak tanah 19 hari. Kalah efek telan Aurawhite kau! 30 hari berpantang, kena bawak anak injek kat klinik kan? Lepastu mak pun nak kena check jugak kan? Check luka bersalin sekali kalo tak silap. Gulppp. Okey abaikan yang tu kejap sebab keterujaan nak bawak bb pergi klinik mengatasi ape yang bakal diperiksa pada hari yang tersebut itu nanti. Ceh, bukan teruja nak bawak bb sangat tapi teruja nak keluar rumah. Sangap kata orang. Dalam kepala dah plan, nak pakai baju ape pergi klinik nanti, lepas tu nak pakai bedak liptik sume ke tak sebab dalam pantang orang tua larang lah berbedak bagai nanti somi gewam kahkahkah sebenarnya haktu aku lagi suke. suke seksa perasaan suami. Takpelah, tunggu je lah lagi 11 hari. 

Dah selesai jugak 3 hari berurut. Lazat yang amat ko. Mak bidan urut+bertungku kan aku 2-3 jam setiap hari. Time bertungku posisi meniarap, aku wajib tertido. Meleleh air liur basi siap. Slrpppppp! Dan misi pun dah tak payah datang check aku dan bb setiap hari sebab bb pun dah stop jaundis. So rutin pun dah tak seketat masa 2 minggu pertama berpantang. Makan pun dah slowly yang sedap-sedap. Daripada ikan panggang, ma dah masakkan ikan kembung masak tomato la, ikan goreng la, ayam panggang, ayam percik, dan lain-lain yang ma rasa reasonable. Janji yang sejuk-sejuk, bisa-bisa, pulut-pulut, sayur menjalar-menjalar tu still big no no no. Dan aku dah bedal beger mc chicken sebijik. Teringin sangat. Ma cakap takpe, takde yang bisa pun kat dalam tu, once luka bersalin aku dah recover. Wahahaha. Syok okey.

Lain-lain, aku still mandi air herba yang encin somi belikan. Mandian herba TYT. Senang je. Rendam air panas bagi kembang uncang herba tu lepas tu tambah air mandian suam-suam, then nanti ko sental je lah badan guna uncang tuh. Agak horror tengok bilik air penuh berhabuk sebab uncang tu normally pecah bila lasak-lasak sket. Nasib lah. Tapi lepas mandi, perghh segar giler. Badan pun bau best, bau herba which is bau yang buat encik somi menyampah nak datang dekat. Haha.

Bb sangat lah behave. Mengalah dengan Areil kalau time bf. Bagi abang Areil bf dulu kenyang-kenyang then baru turn bb plak. Pukul 10, 11 malam, dua-dua beradik dah terbungkam tido kekenyangan. Malam-malam paling kerap pun aku akan bangun 3 kali je untuk susukan bb after dia dah takde jaundis nih. Takpun bangun mengepam. Sebab tido budak berdua ni nyenyak sangat. Siang pun sama, bb banyak tido daripada berjaga. Hope nanti sampai abis pantang pun bb still behave macham ni. Senang mama jaga awak sayang.

Okeylah, macham dah malas pulak nak mentaip. Layan pict anak-anak je lah pulak ye...


ini abang Areil, bukan bb. 
Tak tahu lah lagik 2 tahun kot-kot muka bb ada lah sepotostet macham ni jugeks.


lupa nak kenalkan nama bb.
Official nama, Aira Zafrein bt Abu Zarrein.
Papa yang pilih, mama proceed je.



Abang beriye-iye nak riba adik.
Adik melalak tanak.
Drama betul 2 beradik nih.




Anak dara saya.

Eceli banyak benda aku nak share kat sini dan ramai yang pm mintak aku share kan pengalaman bf time preggy dulu. Yeah, my pleasure to share with tapi, aku jenis kalo tak berada dalam mood yang selesa, memang tak tahu camane nak start kan ayat. Tak tahu camane nak mulakan entry yang serius-serius ni. Lainlah entry merapu. Yang tu petik jari je pun. Muahahahaha. So kawan-kawan, sila tunggu ye. Mebi next next next entry. Huhuhu.

13 May 2013

Ber-Pantang Part 1

Salam, 

Baby Ayra dan Areil tengah tido. So boleh mama layan belog jap. Normally baby yang ada jaundis memang suke tido kan? Lagik sejam wajib la nak kejut kan dia untuk bf banyak-banyak sampai ter-berry gitew. Baru cepat hilang jaundis, baru senang hati mama sebab nenek tayah angkut bb pergi klinik setiap pagi. Kesian bb kena injek. Kesian nenek kelam kabut pagi-pagi.

Ye, aku berpantang kat rumah ma. Sangat lah kelam kabut ma aku setiap pagi nak handle si kecik ni sebab kebiasaannya Areil dan adik bongsu aku bangun serentak, dah macham kembar pun ada * utk yg belom tahu, anak sulong aku sebaya dengan adik bongsu aku.dua-dua umor 2 tahun. maka pagi-pagi terkejar-kejar mandikan Areil dan Adik aku, lepas tu nak siapkan lagik si baby. Lepas tu ma nak bakarkan tungku untuk aku bertungku, rebus air mandian serum, sediakan bekpes lagik, bawak si kecik check jaundis lagik....huuu, aku tahu ma aku penat. Time encik asben keluor kerja lewat, dapatlah encik asben tolong mana-mana yang patut. Nanti time petang pun, macham tu jugak keadaannya kelam kabut. Kadang-kadang rasa macham nak cepat-cepat sembuh luka bersalin sebab nak cuba take over semua keje handle anak-anak tu sendirik. Ringankan beban ma. Syukur masih diberikan nikmat merasa kasih sayang ma. Kalau ditakdirkan lepas ni ma aku dah takde, macham mane lah kehidupan berpantang aku untuk anak-anak seterusnya. Ape aku nak buat? Semua ma aku yang settlekan untuk aku. Okeh, ter-emo sat. Sob2.

Dah masuk 9 hari berpantang, semalam dah start rotate menu pantang. Menu dari hari pertama sampai hari ke 8, ma masakkan lauk tumis sayur sawi+lobak putih+lobak, dan ikan panggang lumur  kunyit. Takde perisa-perisa bagai dan takde add on black pepper pun sebab si kecik ada jaundis lagik.

Masuk minggu kedua pantang, ma masakkan sup ayam (kulit ayam jangan makan ye) +kentang, ikan panggang berlada lite-lite gitew. So far disiplin je lagik, makan tak bertambah tapi letak super duper penuh pinggan siap-siap. Aku memang kuat makan. Dari zaman anak dares sampai jadik mak-mak, memang makan sesedap rasa sangats. Gap daripada waktu bekfes ngan lunch, aku siap makan lagik sekali menu bekfes. Gap daripada waktu lunch ke dinner, sempat la 2x bancuh milo+biskut+roti bagai. Cepat sangat lapor nye aku. Lagik-lagik sekarang aku tandem nursing. Lepas tu tengah malam hazab bengkak susu sorang-sorang, anak dua-dua terbungkam tido kekenyangan. Huahuahua...tapi bengkung memang melekat la kat badan. Yang tu tak tinggal. Makan kerap tapi make sure sapu krim mustajab pati halia tiap kali lepas mandi dan before tido lepas tu berbengkung, bertungku. Itu cara aku. Masa pantang kan Areil dulu pun sama. Motivasi aku ialah, ingat je lah kat baju-baju dalam almari, konpem kuat semangat. hahaha.

Luka pun dah slowly recover. Dalam pantang kali ni, aku tak ambik mana-mana jamu. Tunggu anak pulih dari jaundis dulu. Just consume set bersalin Shaklee. Yang tu nanti aku setori kat dalam next entry.

Dan khas untuk kawan-kawan blogger, mommies semua, selamat hari ibu untuk uolls semua. Ingat ye, ksetiap hari pun adelah hari untuk kita mengenang jasa-jasa ibu kita. Takmo just celebrate sehari lepas tu langsung lupa kat emak - setahun tak balik jenguk ibu-bapak kita. Once kita buat macham tu kat parents, secara tak langsung kita dah tunjukkan contoh yang tak baik untuk anak-anak kita. Seksok, merasa lah pulak giliran kita. Nauzubillah. Moga-moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang terbaik, soleh, solehah dan terhebat suatu hari nanti, Insyallah.



wish dari encik asben dan anak-anak ku. 
Hurm, best dapat sebut anak-anak. 
Feeling mak-mak sangats tau. Huhuhu.

Encik asben belikan kek dan coklat sempena hari ibu, erkkkk tapi tapi tapi...boleh ke aku makan semua makhluk tu?

12 May 2013

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan - part 2

Salam kawan-kawan blogger...

Ehem ehem. Rasanya dah ramai yang dah tahu kot. Walaupun belog ku nampak berhabuk, tapi status FB tetap berupdate paling kurang 5 minit sekali. Sama jugak lah macham kisah pertama aku boleh rujuk disini. Wahahaha. So ramai jugak kawan-kawan belog yang ada dalam friendlist FB ku dah tahu yang aku dah pun selamat melahirkan anak kedua pada 5 Mei 2013. Tarikh panas rakyat Malaysia katanye. Huhuhu.

Eceli EDD aku lagi 2 minggu, 18 Mei 2013 tapi memandangkan aku ni ada diabetic time pegnen so doc dah bagi siap-siap surat refer kat hospital time kandungan aku cecah 38w which is pada hari Sabtu 4 Mei, sehari sebelum PRU13. Mak jehmah kang pen-takut. Ketegaq pun ada. So time 4 Mei tu, memang aku buat kayu je tanak pergi sepital. Kepala dah pikir macham-macham yang menakutkan sebab aku langsung takde tanda nak ter-beranak pun lagik. So esok nya, sempat lah aku dan asben keluar tunaikan hak kami sebagai Rakyat Banglasia Malaysia. Hikhikhik. Dah settle dalam pukul 4 petang, kitorang tawakal bertolak ke sepital sebab tanak lah timbul problem di kemudian hari kalo lambat-lambat ke sepital. Kawan-kawan kat group pun bising nanti. Hahaha.

Part bertolak ke sepital memang sangat drama. First time aku nak kena 
tinggalkan Areil tido tanpa aku dan tanpa BF. Sambil kemas kain baju tu aku dah start bergenang-genang tahan sebak. Tahan punye tahan, terlimpah jugak airmata ni. Duk sorang-sorang kat bucu katil sambil nangis esak-esak. Encik asben datang dan pujuk, kemudian bawak Areil kat aku. Time ni aku peluk Areil puas-puas sambil ajak dia bf dalam kepala mungkin ini bf yang terakhir sebelum bertolak ke sepital atau mungkin yang terakhir kali untuk selama-lamanya. =( Peluk, cium, sambil esak-esak nangis, Areil pun dah macham pandang aku sayu je, sapu-sapu airmata aku kemudian panjat-panjat peluk aku. Memang ter-sangat lah berat hati aku time tu. Allah saja yang tahu kesedihan time tu. Rasa nak je terus golek-golek dengan Areil terus, tanak tinggal dia. =( Lepas dah reda sket, aku pun turun bawah nak salam dengan adik-adik, dengan ma semua. Semua macham dah perasan kot aku nangis, so macham hiba sket lah situasi time tu. Then sempat pesan kat adik-adik aku suruh layan Areil baik-baik bagi dia leka, jangan biarkan dia nangis teringatkan aku tengah malam nanti. Risau takut nanti Areil takleh tido dan panggil-panggil cari mama papa. Lepas peluk cium mintak ampun maaf semua dengan ma aku, aku dukung dan peluk Areil lagik sekali, peluk lama-lama gitu. Time ni aku tengok ma aku pun dah start sebak dan bergenang airmata. Dalam kepala ntah kenapa asyik pikir kalau lah umur aku tak panjang, ni lah pelukan terakhir yang aku sempat bagi untuk Areil .....=(
* sumpah sebak. nak taip laju-laju pun tak boleh.

Masuk dalam kereta, masing-masing layan perasaan. Asben diam je, mungkin nak bagi aku ambik masa tenangkan diri. Lepas dah hilang esak sebak semua, barulah aku start sembang dengan asben. Itupun sembang yang penting-penting je, termasuklah settle-kan kot-kot ada lagik yang belum settle di hati kami berdua. Yelah, nak bersalin ni, paling penting  kena mohon ampun dari suami, mak ayah dan kalau boleh dengan sume-sume pun kita nak settle, takde dendam dendam benci benci lagik dah supaya ramai yang dapat doakan kita dan permudahkan urusan kita nanti, Insyallah. Memang itulah yang di harap-harapkan. 

Aku sampai kat sepital hampir pukul 6 petang. Kitorang ada 2 option samada bersalin kat private ataupun direct refer ke GH, tapi atas sebab sebab tertentu, kitorang cuba kat private dulu walaupun aku rasa agak tipis peluang nak bersalin kat private sebab syarat-syarat nak deliver kat situ atleast aku kena start contraction atau paling tidak dah ade bukaan at least 2cm. So bila dah takde tanda tanda contraction, doc try cek jalan dan memang terkejut giler bila doc cakap jalan aku dah bukak 5cm! Erk, panik pun ada, esaited pun ada, macham eh kenapa yang kali ni pun sama macham kisah beranakan Areil dulu. Tapi memang itulah yang aku harapkan. Aku nak beranak cepat-cepat dah keluar sepital cepat-cepat. Tanak tinggal Areil lama-lama.....huhuhu. Mak Jehmah tak sanggup tau!

Then lepas doc check bukaan, doc masukkan ubat berry huhuhu, lepas tu aku pun cepat-cepat masuk bilik tukar baju sepital dan membuang semua siap-siap. Dalam 15 minit lepas tu, misi datang untuk drip kat tangan aku. Time nak drip tu, doc check lagi sekali, dan kali ni bukaan dah pun 6cm! So doc decide pecahkan terus ketuban aku. Dah settle semua, doc suruh aku masuk bilik. Lagi 3,4 jam doc jangka aku akan bersalin. So dengan lenggang Kak Limah nya aku masuk bilik, lepak update FB,bergambar bagai, dan encik asben plak time tu nak pergi ATM dan aku plak sempat kirim belikan bubur mekdi konon-konon  nak ambik tenaga time nak beranak malam nanti. 

Lepas je dalam 15minit-20 minit asben pergi, aku tetibe sakit perot. Senak macham nak ter-berry. Sempat call asben suruh datang cepat-cepat dan kensel tayah beli bubur mekdi. Dah tak pikir lapor dah time tu. Dan-dan tu jugak aku dah rasa 5sec contraction. Time tu aku sorang-sorang je kat dalam bilik. Nak tekan loceng pun dah tak daya. Merangkak-rangkak aku kat bed sambil gigil-gigil tahan sakit. Then datang 2 orang misi dengan wheel chair bagai macham dah tahu-tahu je aku dah nak terberanak. Dorang terus tolak aku masuk labour room.

Time kat labour room tu aku dah tak tentu hala lagik dah. Ke kiri ke kanan menggigil. Mulut asik sebut nak abang, nak abang sebab aku nak sangat asben sempat tengok momen kelahiran baby kali ni. Dalam hati dah tak henti henti bace mana-mana doa yang terlintas. Syukur alhamdulillah asben sempat sampai klinik even time tu aku dah teran dah pun. So memang aku rasa tenang jiwa bila tahu asben dah ade kat sebelah - tak putus-putus support aku. Tiap kali tangan asben usap dahi dan kepala aku, setiap kali tu jugak lah semangat aku untuk terus push tu datang. Rupanya memang sakit bersalin ni tak sama. Aku rasa dulu time Areil macham laju sket kot, eh macham la dulu aku terer jek hahaha. Even dah banyak study dan prektis untuk kali ni, tapi sampai kat labour room, still fail jugak. Semua skill dan ilmu yang aku duk train dah macham kelaut. Nasib baik encik asben hafal semua skill dan ingat kan balik tiap kali aku push. Paling tak boleh tahan, aku memang tak pandai cover suara. Misi dah pesan, teran jangan guna suara tapi itu jugak la yang aku buat....hadoi, memang tak paham kenapa ujung-ujung teran mesti akan terlontar jugak suara mengerang tuh. Haih!

Tapi syukur lah sebab tak berlama-lama pun kat dalam labour room. Lepas je kuor baby, perkara pertama aku tanya adelah berapa berat baby saya. Terkejut katak aku lepas tahu baby debab giler. 3.3kg tu besar wooo dalam sejarah adik beradik family aku. Hahaha, tapi takpelah. Janji selamat. Abang dulu kecik cinonet, sekarang yang ni Allah bagi aku rasa lahirkan baby debab pulak. Hihihi. Beranak kali ni doc tak gunting  pun tapi sebab ada koyak sikit maklumlah baby debab so doc jahit sikit. Takpelah, kejap je tu sakit. Taun-taun depan dah lupe, buncit la balik kot. Kihkihkih.




sehari sebelum deliver. 

sempat petang tu ronda-ronda ngan encik asben tengok flashmob.


ni time pergi mengundi. sempat la hai hai bye bye jumpa kawan-kawan lama time beratur tunggu turn. Terkejut badak masing-masing bila tahu petang tu aku bersalin. Hahaha, mak jehmah lagi laa terkejut. Kuikuikui.
~muke sebesar alam dah time nih~



time ni plak lepas doc pecahkan ketuban. bukaan 6cm memang tak sakit lagi eh? Mampu lah tersenyum upload kat FB kekonon bajet ada lagi 3,4 jam sebelum bertarung nyawa. 



Tadaaaaa!!!!!!! 
Baby PRU13, 
lahir pukul 7.46ptg, 
5 Mei 2012, 
berat 3.3kg.

nota kaki: entry agak panjang. sebab ini momen paling indah untuk dikenang.