Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts
Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts

28 November 2013

Testimoni Magic Skincare

Salam kesayangan semua,

Ni pasal Magic Skincare. Aritu dah pernah tunjuk sedikit testimoni bergambar daripada pengguna Magic Skincare kan? So kali aku nak review screenshot testimoni-testimoni bertulis eh ke bertaip? customer-customer yang menggunakan Magic Skincare. Semua ni fresh dan original from my own customer yeah! Baik sangat hati customer-customer ku ni sebab tak kedekut langsung bagi good review. So jom baca satu demi satu!

*sila kelik pada setiap gambar untuk pertumbesaran bagai juara!





























Amacham, penat bace tak? Sori kalau susun atur pict agak huru hara. Lagi-lagi semua screen shot. Mak pun tak tahu nak susun macham mane sebab banyak sangat. Ini baru sebahagian. Tak larat nak upload semua. Pheww! Korangs rajin-rajin kan lah singgah ke FB daku untuk baca other half review dan testimoni daripada pengguna yang lain. Insyallah, korang pun mesti teruja nak cuba dan rasai sendiri ke-Magikkan MSC ni. 
Ramai yang pm aku lately ni dan tanya pasal Magic Skincare ni masih wujud lagi ke tak? Of cos sayang! Sangat lah selling fast dan pasal tu jugak lah aku dah slow down sket promote kat FB sebab dah tak larat nak catch up stok daripada supplier. Tiap-tiap minggu duk mengulang repeat order daripada regular customer yang siap belikan untuk adik, kakak, opis mate, mak pun ada, so memang stok kadang-kala putus di tengah jalan! Sesak napas aku kejap sebab stok laju macham air. Serius tak bohong kalau korang sendiri pun dah baca kat atas camane hebat nye kesan Magic Skincare ni. Dan aku sekarang memang dah tak update tracking no customer di wall macham dulu-dulu. Bukan bermakna takde kastemer. Tapi rupa-rupanya now ada satu taktik di mana orang lain yang baca tracking no kita tu nanti boleh pergi tuntut /collect sendiri parcel kat pos laju even sebenarnya itu bukan tracking no dan parcel dia pun! Just claim cakap yang dorang tu empunya barang tu je. Lagi-lagi bila ada yang tahu ape isi kandungan barang kat dalam parcel tu. So, kepada kawan-kawan yang tak tahu, maybe korang pun should be beware mulai sekarang. Aku just pm atau sms je direct tracking no kat customer. Tanak menanggung risiko di kemudian hari. Dahlah stock nyawa-nyawa ikan je manjang. Huhu!


Kepada yang nak cuba Magic Skincare ni, jangan segan silu nak pm atau whatssap aku ke 013-9525876. Tanya lah korang nak tanya sampai puas hati. Takde paksaan dalam membeli ye. Cuma macham aku pernah cakap, selagi tak cuba selagi itu jugak lah kita tak tahu sesuai ke tidak dengan diri masing-masing. So, tepuk dada, tanya muka,  nak cantik tak? Nak flawless tak? Ngeee...!


Nah muka pengguna setia Magic Skicare. 

31 October 2013

Lip Mask Mary Kay Yang Meletop Kebabom!


Alamak, dah ter-post entry tadi baru teringat sesuatu. Kepada sesape yang bertanyakan pasal Mary Kay Lip Mask tu - yang tetiba meletop sebab entry review aritu, sebenarnya Lip Mask tu pre-order. So kena tunggu paling lama seminggu camtu lah. TAPI, aku lupa nak bitahu yang sekarang ada ready stock dengan aku. Aku ter-lebih baik hati plak stenbai order banyak-banyak siap-siap. Tapi.... *berapa banyak tapi daaa aku nih banyak tak banyak jugak lah tinggal lagi 4pcs je lagi. Ramai pulak yang order 2,3 hari lepas. Itu pun lip Mask je lah yang still available. Lip Balm dah yillek sonelek *mati la kalo ada indian bace hape aku mengarut nih. Kalo nak jugak, kena tunggu kejap sebab pre-order okey. Tak lame pun, seminggu je. Pejam celik pejam celik kejap je. Harga lip mask satu rm45 sahaja. Add pos rm7. Sape nak order, cepat pm atau whatsapp aku laju-laju ke 013-9525876. Tak perlu tunggu sampai esok ye. *cewahhh, tetiba pinjam tagline Court Mammoth puleks.


Sekian saje laporan hari ini. Majulah Mary Kay untuk negara. Bai. 

30 October 2013

Review : Mary Kay Lip Mask dan Lip Balm


Salam kesayangan,

Neenooo...neenooo!!! Sape kat sini ada masalah bibir kering? Pecah? Merekah? Okey kalo dah tahap merekah, biarkan. Sebab merekah kan bak delima. Cantik kate nye. Hikhik *tolonglah. tak lawak okey.

Okey fine, a bit melalut. Sebenarnya nak bitau ni, Mary Kay ada satu set produk khas untuk uolls yang suka nak belai belai manja bibir molot korangs. Yelah, muke nak cantik, hati nak bersih, tapi bibir takkan nak biar kan merekah rekah? Kasihani-lah bibir. Mereka pun nak jugak merasa dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. 

So ape kata uolls try set Lips treatment Mary Kay - yakni Lip Mask dan Lip Balm. Anda, mostly yang kental berlipstik setiap hari, yang mengalamai masalah bibir kering, warna bibir gelap atau tak sekata, serta pecah atau merekah, sangat lah highly reccommend to try this set. Sangat lah best kesan nye sebab aku pun salah seorang pengguna set ni okey. Seminggu sekali wajib sapu lip mask ni kat bibir, lepas tu gosok pelan-pelan supaya sel-sel kulit mati akan tertanggal dan menjadikan bibir lebih licin, mungil dan kemerah-merahan. Memang best sangat sebab end up bibir nampak cerah dan segar. Bila sentuh pun licin sangat. Lepas tu, sapu je lip balm. Lip balm ni boleh pakai hari-hari. Even sebelum pakai lipstik sekali pun. Fungsinya nak melembapkan dan memulihkan kembali kerosakan pada bibir anda. So nanti bila bibir dah cantik, nak pakai lipstik pun senang. Oles je, terus lekap kan? Lepas tu warna lipstik pun senang nampak. Tak payah nak tenyeh berlapis-lapis. 


perbezaan warna bibir sebelum guna lip mask dan selepas ber-lip mask.

So sape-sape yang rasa nak manja-manjakan bibir uolls, jom lah grab set ni cepat-cepat. Lets start from today. Peliharalah bibir anda elok-elok. Takde bibir seksok, nak pakai lipstik acane? Masa tu baru nak nyesal? Dah tak gune...!!! *terus libas rambut gaya samseng sket.

Satu set ni cuma rm80 je pun. Nak beli satu satu je pun takpe sebab si kembar ni bukan kembar siam - so tak melekat. eh motif? Macham biasa lah, sebarang pertanyaan dan order boleh pm FB aku ataupun, terus whatsapp ke 013-9525876. Ingat, nak cantik jangan malas ye!

29 October 2013

Review/Testimoni : Magic Skincare


Salam kesayangan semua,

Lame dah sebenarnya nak buat entry ni. Asik tertangguh je manjang. Ok straight to the point aku nak introduce Skincare yang sedang melets kat FB aku sekarang ni. Eceli dah almost 5 bulan jugak lah aku kenalkan produk ni kat FB dan regular kastemer pun dah ramaiiii sangat. Memang selling fast okeyh!

Pertama sekali, aku adalah pengguna terawal dan paling setia dengan Magic Skincare ni. Almost 5 bulan dah kami ketawa bersama, menangis bersama, eh... *ketuk kepala sendiri laju-laju



dulu dan sekarang.


Cis nak cover bagai padahal muka sendiri jugak. haha. Yang ni eceli testimoni aku untuk supplier Magic Skincare. Itu yang cover bagai. Sebab memula tu macham baru test produk, so aku memang dengan berani mati nya cuba Magic Skincare ni. Dah putus asa dengan produk-produk lain sebab kulit aku maha mengada sangats. Tapi itu dulu punyer cerita la.





Hambik kau besar gedabak aku tunjuk testimoni muka sendiri. Sebab kebetulan aku memang pencinta Magic Skincare nih. Semua nya tanpa bedak mekap dan editing okey. Diulang, tanpa bedak mekap atau editing okey. Kamera 360 pun bukan!  

 Kalau dulu kulit aku kusam, kering, freckless dekat area pipi *kekonon kalo simpan freckless boleh nampak macham Nora Danish ke? lepas tu open pores lagik, warna kulit tak sekata dan kulit pun kasar. Okey nampak tak betapa ber-masalah nye kulit aku sebelum ni. Tapi lepas je seminggu aku guna, aku dah start nampak perubahan kat kulit aku. Memula aku macham syok sendiri sensorang je bajet kulit dah cantik kahkahkah tapi sebelum sempat aku war-war kan tetiba encik asben dulu yang tegur kulit aku nampak bersih dan glow katanya. Bangun tido pun muka dah tak kepam sangat - tapi dah macham lepas cuci muka, sebab kulit nampak lembap dan fresh. Lepas tu adik ipar pun tegur, pergi klinik jumpa kawan-kawan kat klinik pun ada yang tegur. Huhu, serius memang superb lah bagi aku. Sebab kesannya pun cepat lepas tu kulit aku takde pulak menggelupas ke, merah ke, nipis ke atau pedih-pedih sebab Magic Skincare ni tidak mengandungi sebarang kandungan berbahaya. Walaupun tidak menggelupas, tidak menipiskan dan tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya  tapi kesan nnya setanding dengan produk mahal dan porduk-produk penggelupasan yang lain.Now kalau di telek muka aku sekarang, memang liang-liang roma pun dah tak nampak, freckless dah slowly hilang *dah tak Nora Danish dah warna kulit sekata dan best nya kulit muka makin cerah dan glowing. Walaupun tak sehebat kulit Aaron Ajis perhal plak? tapi still syukur sebab bukan senang aku nak dapatkan kulit sampai ke tahap nih. Gile sape yang tak suke bila semua tegur cakap kulit nampak sihat je lepas tu bila aku cakap kulit tu tak pakai mekap dan bedak dah sekarang, semua macham, WOW!!!!! Haha, percaya atau tidak tapi itu lah kesan Magic Skincare. Sebab tu kalau ada kastemer yang nak COD dan nak tengok sendiri kulit aku depan-depan, aku alu-alukan. Sape-sape yang pernah jumpa aku depan-depan memang tanpa sorok-sorok nye aku tunjuk je kulit sebenar aku sekarang. Benda baik, why not dikongsi-kongsi kan? Now aku bermekap berbedak time -time tertentu je. Sebab mekap still adalah minat aku. So memang tetap jugak gian kalau lama-lama sangat tak conteng muka sendiri. Tapi yang pasti after 5 bulan aku memang sayang sangat-sangat nak sesaje cemar-kan kulit dengan bedak dan mekap. Sebab aku dah lalui betapa payah nye nak jumpa set Skincare yang betul-betul sesuperb magic Skincare ni. 








Ini pulaks testimoni daripda pengguna-pengguna Magic Skincare. Semuanye fresh testimoni daripada pelanggan aku sendirik.

Kepada yang berminat nak beli, jangan ragu-ragu kerana ramai yang dah cuba dan akui keberkesanan Magic Skincare ni. Produk yang berasas kan mutiara ini berasal dari Sabah,Malaysia. Ianya selamat digunakan oleh semua jenis kulit serta sesuai juga untuk-untuk ibu mengandung kerana tidak mengandungi sebarang kandungan yang merbahaya. Tiada kesan penggelupasan dan penipisan kulit tapi mampu bertindak menghilangkan jerawat, jeragat, parut serta menutup liang-liang roma yang terbuka, melembapkan serta mencerahkan kulit. Selain kebaikan itu juga, kulit akan kelihatan lebih glow selepas 3-5hari penggunaan set lengkap Magic Skincare. 


Harga nya pun tersangat lah affordable. RM90 *add pos rm7 untuk 3 item - sabun, krim siang dan krim malam. Satu set ni bertahan sehingga sebulan ++ bergantung kepada penggunaan masing-masing. Ramai yang bila tengok set ni mesti pikir cepat habis. Tapi kalau betul-betul ikut aturan penggunaan nya, memang jimat. Contoh nya penggunaan krim malam tu, sapu pada kulit yang lembap hanya dengan sapuan yang nipis untuk penyerapan yang berkesan. Tak perlu nak sapu sampai setengah botol setiap kali- kekonon nak cepat cantik. Tak guna derr sebab kulit kita hanya mampu menyerap sapuan paling awal tu je. So memang membazir lah sangat kalau ko sapu banyak-banyak pun. Begitu jugak krim siang tu nampak je cinonet tapi aku guna dah hampir 3 bulan baru habis. Kalau satu-satu barang je yang habis, korang still boleh beli loose. So takde masalah kan?

So sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Magic Skincare boleh terjah ke FB aku untuk tengok lebih banyak testimoni bergambar dan bertulis daripada pengguna-pengguna Magic Skincare. Tak mampu oii aku nak kopipes kat sini semua sebab banyak sangat. Atau kalau rasa nak beramah tamah tanya tentang produk ni, pun boleh je direct sms/whatssap aku di nombor 013-9525876. Yang pasti sape cepat dia dapat sebab Magic Skincare nih memang terlajak HOT SELLING!!!

nota kaki: semua produk bergantung kepada penerimaan kulit individu. Selagi produk itu selamat, aku tak akan blame sesuatu produk itu tak ok Ada yang serasi ada yang tak. So nak tahu serasi ke tidak,okey ke tidak, kena lah cuba dulu kan? Ibarat 10 orang yang makan kat kedai Nasik Kandar Beratur, mesti ade sorang yang cakap tak sedap kan? Penipulah sangat kalo 10-10 orang cakap sedap. Eh kenapa contoh nak kena Nasik Kandar nih? Macham ter-bau-bau je Penang. Hoho! 

23 October 2013

Kurus Ke?

Salam kesayangan,

Hujan ke kat tempat korangs? Belah Terengganu memang dah start musim hujan kot. Setiap malam adalah malam hujan. Eh ayat apekah camni? Haha, abaikan.

Sebenarnya nak share ngan korangs pasal kurus. Ini bukan entry perasan mahupun perasaan. Tapi sebab nak menjawab bila ada yang bertanya. Tanye yang biasa-biasa aje takpe. Tapi ini untuk yang tak habis-habis tanye kenapa aku makin kurus lepas deliver kan bb Aira. Penat ke jaga 2 anak? Penat ke duk rumah masak? Penat ke layan laki? Tak cukup duit ke nak beli makanan lepas benti keje? Hohoi takde takde takde. Yang last belom ada sape-sape berani tanye lagi kot. Melampau sangat soklan tu. Berani ko nak tanye?

Jawapannye ialah....

Haku pun tak tahu weh. Sebab sejak lepas sekolah badan aku makin kurus makin kurus. Paling dasat aku pernah seberat 43kg je time bujang senang dulu. Dah macham skeleton masa tu.


nampak tak tangan skeleton aku?




Ni semua pict zaman anak dare. Zaman xs. Zaman bahagia. Zaman belum beranak 2. Zaman belom penat masak kata ko. Zaman belum penat jaga anak kata ko. Zaman belum penat jaga laki kata ko. Haih!








Yang ni semua pict latest aku since lepas raya puasa dulu kot. Dah gemuk sket berbanding zaman anak dares but still kurus la kot - bagi encik somi. Berat sekarang around 48kg-51kg. Dah memang tak boleh nak up dah even tabiat pemakanan aku super duper dahsat. Dah macham ada hantu dalam badan. Aku jenis tak layan sangat junk food bagai sebab aku akan makan heavy food at least 4-5 kali sehari. Lapor siot jadi bf mom nih. Kalau sebelum nih lagi lah time susukan 2 orang kanak-kanak tu, but alhamdulillah since Areil dan wean off, aku dah slowly kurang lapor. Kenapa aku still tak naik badan even makan banyak? Maybe aku punye metabolisme still bekerja dengan pantas dan bakar semua lemak badan dengan pantas dan rakus sekali. Aku pernah jugak dengar bf mom lagi cepat membakar kalori beribu kali lebih cepat berbanding aktiviti jogging. So no wonder la kot. Hehe.

Bila ada yang tanye aku memang jaga badan ke, seriously memang aku jaga. Tapi aku bukan jenis yang obses nak kurus macham patung lilin tu pun. Cukup la berat sekitar 48-50kg camnih ha. Cukup lah muat dengan baju-baju yang aku ada sekarang. Kalau gems sikit, nanti nak kena beli banyak pulak baju lain. Kalau tanye supplement ape yang aku makan untuk bagi kurus, memang aku takde sampai tahap nak kena guna kekdah ubat-ubatan atau yang sewaktunye lagi untuk lost weight. Macham aku cakap, aku kuat makan, tapi badan aku susah nak naik. Plus aku bf mom so maybe itu yang balance kan berat aku kot. Aku just monitor je supaya tak terlalu kurus sangat. As long as sesuai dengan ketinggian aku yang katik tak katik nih haha. Eh tapi nak cakap aku control camano ek sebab aku jenis makan tak ber-control pun. 

Cuma untuk maintainkan energy dalaman aku consume Luver9 collagen supaya badan tak lesu dan bertenaga. Seriously aku suka Luver9 nih sebab aku boleh nampak bila aku skip ambik almost 1,2 minggu, bila aku start consume balik, aku perasan akan keluar lendir-lendir time membuang. Macham detox kan toksin-toksin dalam badan yang terkumpul selama aku skip consume tu. Lepas 3,4 hari baru lah back to normal. Yelah, kurus tak bermakna aku sihat kan? Lagi-lagi usia dan berganjak nih. So, memang supposed to amalkan jugak supplement untuk badan ni. *yang Luver9 collagen ni nanti aku bukak entry lain kalao nak tahu details. Tapi aku tak jual.  

Jangan terkejut aku pernah lalui fasa gems jugak. Masa aku form 1, mak bapak aku hantor aku ke SBP Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Kedah. Aku lepak kat sane 3 minggu je lepas tu aku angkut semua kain baju balik sekolah lama. Homesick kata kau. Tapi yang pelik badan gemuk gedempol masa duduk kat kedah tu even sekejap je. Lepastu masa form 4 dan form 5 aku sekolah kat sekolah teknik. Tinggal kat asrama so kerja makan tido makan tido study malas kuikuikui. Memang gems jugak time tu. Sebab tu zaman sekolah aku takde pakwe kot. Selekeh. Berat pun around 56kg camtu - dah nak same dengan berat time buat kad pegnen kan dua kanak-kanak nih. Haha. Lepas tu aku sambung pulak study kat Politeknik. Badan aku pun start naik balik sebab sem 1 aku stay hostel. Memang aku bangsa tak boleh tinggal kat asrama gamaknya. Ibaratnya Hostel = Gems. Itu aku lah. Orang lain aku tak tahu. 

So lepas ni janganlah ada pulak mulut-mulut nak men-joyah kan aku cakap aku kurus sebab tak bahagia, sebab penat jaga anak, sebab anak kecik-kecik lagik, sebab laki tak bagi cukup makan, sebab penat layan laki dan macam-macam lagik. Sekarang hidup aku tersangat bahagia dan tenang - malah siap berganda double bahagia lagik dengan suami dan anak-anak semenjak bekerja sdn bhd ni. Bahagia yang tak dapat nak dibeli dengan duit ringgit . Insyallah, amin.