Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 August 2013

Cerai Susu - Mission Incompleted (part 2)


Salam 1 Syawal semua,

Wahhhh kemain meriah FB ngan i.g dengan pict kebabommmmmm raye korangs ye. Tak menyempat-nyempat memasing snap je pict terus edit upload  kat fb/i.g. Lepas tu kejap-kejap refresh noti nak tengok dah berapa like dan komen dapat. Kot-kot lah lepas pose sebulan, ramai yang perasan body makin mantop ala-ala body Tokei Jamu Mak Dares tu. Curlasss sangats. Teknologi di hujung jari le kate kan.

Aku pun ter-masuk jugak lettew. Bukan sibuk upload pict raye *eh eh eh. adelah jugak ter-upload barang sekeping dua pict verangans tapi aku lagi sibuk duk meng-gugel tips wean off!!! Hadoi,tak abes-abes lagik isu wean off. Memang bekerja keras jugak lah. Ku sangkakan proses nak wean off ni takde lah sepayah mane, rupe-rupenya, payah yang amat! Aku dah try letak garam, letak bawang putih, takutkan dengan video konon-konon antu susu, pun gagal jugak. Memang budak Areil ni lasak gile. Dia telan je semua rasa yang aku letak kat cik N tu. Memula tu adalah jugak sebut masam la pedas la hape la,tapi kejap tu je pun. Lepas tu mencarik lagi, kemudian ngap! Hayoooohhh, bila dah macham tu takkan lah aku si mak ni nak tenyeh-tenyeh tolak pulak tanak kasik kan? Paling tak tahan, sambil bf sambil Areil cakap, 'hurmmm cedap cucucu mama...'. Tak ke sedih ko mendengar nya? Betapa nikmatnye susu mama nih bagi dia kan? Last-last aku tunduk mengalah jugak. Huwaa....mak kalah lagi.

Tolong lah mommies-mommies semua. Sila lah bagi tips atau petua yang uolls tahu camne nak wean off kan Areil ni. Kalau tak kerana si bb Aira pun sedang bf jugak, dah lama aku tenyeh je bahan-bahan yang super extreme tapi tak dapat la kot takut jugak aku nanti terlupa, tersua kat mulut si adik. Kang tak memasal adik pulak yang wean off. Haruuuuu!!!!




My big boy....  mama selalu kalah dgn awak tau!



No comments:

Post a Comment