Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 May 2009

Cerita Basi

Salam,

Oleh kerana takde story baru, maka saya publish cerita yang dah basi sebagai entry kali ni. Takde lah basi sangat pun weh sebab korang mane pernah pernah baca pun lagi entry nih. Aritu kan saya pergi shopping barang mekap ~kelik sini ah kalau tak tau~ sebab nak restock bebarang mekap yang dah mula berkurangan kat dalam mekap box saya tu. Niat asal nak beli foundation je kekonon sekali bila dah sampai wohoho sumpah rasa nak terpengsan tengok sale sale sale wohooo memang heaven lah weh. Memula saya capai foundation stick. Pastu capai lak bulu-bulu hidung eh bukan bukan bulu mata palsu berkotak-kotak. Pastu capai pulak eyeshadow pallete. Pastu amik mekap box pulak sebab nak upgrade mekap box yang dah sendat pastu capai capai dan capai hingga tak tercapai akalmu ~gilos nafsu kuda~
Dalam sibuk-sibuk capai sume bagai tu sempat lagi terpandang kain lace pergh lawa dahlah warne cam pebret siap tak sangka ter-jumpa yang macam berkenan di hati plus harga murah dowh. Amik sepasang pompuan laki pun harga masih affordable murah yang amat. Sempat lagi tanya akak salesgirl ada tak cadar ala-ala cadar pengantin tapi tanak yang berkilat kilat nampak dangdut tuh nak yang macam lain sket akak tu cakap ada. Hohoho akak ni memang saja nak bagi saya beli lah tu tapi nasib baik jugak akak tu carik-carik rupanya ready stock dah takde jadik kena order baru sampai dan akak yang sangat best tu nak tolong simpankan untuk saya bila dah dapat stock nanti. Nyam-nyam. Bulan depan saya datang amik okeh!
Dan akhirnya saya ter-habiskan kurang lebih rm400 lepas dapat lagi diskaun sebab drop bisnes kad saya kat kedai dorang ~kad,ko memang best~ Plus lagi ada 'atm bergerak' yang superb baik hati tu tapi akibatnya saya menanggung hutang budi di bawa mati kekekeke eh bukan-bukan hutang duit lah weh. Pending dulu nak amik kain lace dan cadar kalo tak konfirm saya isytihar diri sendiri muflis agagagaga...
Minggu depan dah start boleh hupdate belog CHENTA yang dah bersawang sebab bukan salah ibu mengandung takde job sebab bukan musim orang mengawan jadi takde entry nak publish lol. Tak sabo jugak nak menyelit ikut Mr. Fotographer pergi menembak minggu depan yeayy... erkk banyak betol guna 'nasib baik' dan 'mujur' woh dalam entry nih. Dush!!!

teruja dah sket-sket time nih dowhtengok-tengok kat depan tu mekap, kat atas tergantung bunuh diri tu sume lace dahla santek pergh murah lak tu
nyam-nyam

p/s: sehari lepas balik shopping akak sales girlpun call cakap cadar yang saya nak tu dah sampai huiii... lambat sehari apesal!

8 comments: