Salam,
Tajuk macam best tapi entry sebenarnya sangat tak best. Okeh baru-baru ni saya dapat komen daripada si 'orang tanpa nama' *anoynymous*. Saya terima komen yang agak 'tulus dan telus' daripadanya tapi tak dapat nak di publishkan sebab saya tanak ada apa-apa kontroversi mahupun sensasi di belog kesayangan saya. Cuma sangat tidak kool bila si 'orang tanpa nama' itu dengan segan dan pemalunya nak tinggalkan nama sendiri ~terhina dengan nama sendiri kot~ atau mungkin rasa macam bagus sampai rasa layak caci maki kutuk orang lain tapi sebenarnya diri sendiri tak baik punya jadi takut giliran saya pula serang hendap dia buat macam timbal balik biar sama-sama kena caci maki kutuk. Owh tolonglah, saya ni baik hati lah bukan macam kamu si anonymous ~gelak setan dowh~ Macamana nak suruh kamu tunjuk ajar ku sifu kalau saya tak tahu kamu siapa atau kamu mungkin seseorang yang suka baling batu sembunyi tangan pinjam pepatah Puan Bunga atau kalau kamu lelaki kamu baling batu sendiri jadi sembunyi tangan sebab kamu dah tak 'memilikinya' lagi jadi kamu rasa sangat malu - down - terhina kan? hohoho...kamu si 'orang tanpa nama' memang sangat best!!!
Walaupun saya sangat suka ber-belog walking tapi saya sangat menghormati ruang belog para blogger yang lain sekadar ber-hai hai bye bye malah sanggup terima sedaya upaya dengan redha bila ada si jurujual dapat melepasi sempadan belog saya ini mungkin silap saya juga lupa letak papan tanda 'jurujual tidak dibenarkan berniaga di belog ini' tapi saya langsung tak pernah caci maki kutuk mereka sebab saya sangat baik hati ~kan saya dah cakap~ jadi sila lah faham belog ini hanya mengalu-alukan kroni-kroni saya atau sesiapa yang berniat dan berhati baik punya, tapi bukan sebagai trek laluan para si 'orang tanpa nama' dan kalau sangat bencikan belog atau tuan punya belog ini, sila lah jangan singgah sahur atau cuba-cuba nak hingat nama belog YNA DONA sebab saya sebagai tuan rumah pun kalau boleh tak hingin nak jemput kamu masuk si 'orang tanpa nama' kalau tujuan kamu saja nak tinggal komen hina dina mata berpinar-pinar hahahaha...ting tong!!!
ABE Nasi Lemak Ayam Berempah
4 days ago
anonymous: TQ dan nasihat itu saya terima. Selebihnya biarlah masa dan sy sendiri yg tentukan. Niat suci kamu saya hargai dan cuma saya harapnya biarlah kata-kata teguran yg lebih manis dan lembut diberikan bagi mengelakan sebarang perasaan kurang senang antara semua. tiada niat mencari musuh dalam dunia belog ini dah andai kata belog ini menimbulkan rasa kurang senang abaikan saja belog ini. Tiada manusia yang sempurna. Wallahulam.
ReplyDeletetd ade 'org tnpa name' tggl komen ckp saye cantik.so saye suke. kalau die tggl komen yg jaat..siap la! :P
ReplyDeleteklu sedih??
ReplyDeleteku tido jew
clap3x..
ReplyDeleteclap3x..
ReplyDeleteyein: tepuk lagi lapan belas puluh ratus kali jangan berhenti...ngeh2
ReplyDelete