Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

07 August 2010

Perasaan Sedap Dan Hazab Datang Sekali

Melantak derian ber-sungguh-sungguh secara berjemaah dengan en.suami ter-cayang memang syiok!!! Makan yang setiap kali di-layan macham puteri - cuma tunggu derian masuk ke mulut je pastu siap ada orang nak amik-kan biji dan buang kan tapi i kan baik hati takde nak biar si asben layan i sampai camtu sekali la. Lepas seulas, sebiji dan seterusnya ber-biji-biji i melantak, last-last bila perut dan besar bagak macham dah nak meletup dua saat dari sekarang, masa tu baru-lah i terasa - errkkkkkkkkkkkk, alhamdulillah! dah kenyang sendawa yang ber-aroma durian itu pasti. mak aii!

Tapi kan, beberapa jam selepas kejadian itu, pasti i akan tanggung padahnya dengan hazab sekali. Kepala rasa ber-pusing macham ko baring bawah kipas siling speed no lima dan ko pandang kipas tu tak berkelip-kelip. Ok macham tu ye rasanya. Lepas tu lagi kan, i bersin tak henti-henti sampai i tak sempat langsung lihat dunia maklumlah setiap kali bersin mata musti kena pejam ataupun memang otomatik pejam kan sebab fakta cakap kalau kita bukak mata ketika bersin mata boleh ter-cabut keluar ayark!!! Lepas tu lagi kan, part paling keji ialah bila ada lelehan-lelehan cair asyik nak mengalir laju dari lobang hidung ni. Yang nih memang tak dapat nak elak even tengah tido pun benda alah tu macham nak jugak mengalir deras. Seksanya Allah saja yang tahu bila ko ada geng resdung yang maha kejam super duper extravaganza kroniknya. Mana lah i nak tahu yang segala kuman resdung tu tak suka i makan derian. Dahlah i makan seafood pun dorang tak suka. Mencik!

Sekarang, badan i dah lembik-lembik lesu macham ikan kembung yang kena rendam dalam air panas sehari suntuk. eh pernah ke buat camtu? Nak telan ubat banyak-banyak sekarang pun kena pikir banyak kali dah sebab dulu time single in case i kojol ke hape kesan overdose ubat, mungkin tak melibatkan sesape. Tapi sekarang kalo i kojol ke koma ke hape lepas overdose, ada ke sape-sape yang nak jaga-kan laki i tuh.Ade ke? Ade ke? jangan jawab ada! isk!

nota kaki: dah lama sangat hold nak update tips cari foundation yang bagus. kali ni pun. Hurmm...=(

1 comment:

  1. ynadona ptt letak air dlm pangsa durian tu pastu minum. baru sejuk badan~

    tapi apsal tetibe bersin2 plak? musykil2..sian dia~

    take care eh!

    ReplyDelete