Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 July 2010

Sindrom Selepas Kawen. Ade Ek?

Kenapa bila kawen i dah macham rajin nak pikir menu hape nak masak setiap hari,
padahal dulu masa single, orang dah tolong bagi menu,dah tolong siang bahan-bahan,
tinggal i tolong masak-kan je,
itupun kemain liat. hikhik.


kenapa bila dah kawen i macham senang je sikit nak bangun pagi-pagi,
padahal dulu masa single dah kunci alarm bapak punye loud ringing, plus loudspeaker suara ma lagi, bunyi pintu bilik kena tendang lagi,
tapi i tetap jugak tak bangun-bangun. ish ish ish.


kenapa bila kawen i dah selalu senang nak tido awal malam-malam, (oit! jgn pikir itu ye)
lepas je isyak@makan malam terus ber-tukar mata Garfield,
padahal dulu masa single, sejak dari zaman high school lagi,
mata i takkan pejam selagi tak masuk sepertiga malam (aiseh ayat tanak kalah ko)


kenapa bila kawen i boleh je balik rumah terus lepas opis hour,
takde nak melencong kemana-mana window shopping la sangat ke hape,
padahal dulu selagi ma tak call tanya "tak hingat jalan balik ke ape ni?"
selagi tu i takkan balik rumah. kihkihkih.


kenapa bila kawen gusi i selalu sangat ber-darah, (oit! yang ni pun jgn pikir itu ye)
banyak-banyak pulak tu, macham darah cabut gigi banyak nya,
padahal dulu pun dah berdarah jugak tapi takde lah sebanyak sekarang,
(eh eh.yang ni ada kena mengena ngan kawen jugak ke eh?)


kenapa bila kawen, muka i dah tak se-ok macham dulu,
jerawat tak reti-reti nak berambus,
padahal i dah tabur racun tikus, racun rumpai cap Round-up lagi,
tapi tatap jugak 'mereka' ber-tenggek ranum kat situ. syilakak betul.


kenapa bila kawen, badan i men-kembang macham dah 2x ganda dari saiz asal afdlin syauki,
dagu pun dah mula beranak pinak sampai orang tengok dah tak tau mana satu dagu asal mana satu dagus klon (tambah 's' sebab plural)
padahal dulu masa single, malam-malam i macham tikus mondok tiap-tiap malam i selongkar carik megi,carik cokelat, carik cikedis bagai, konon teman perut i ber-tenet malam-malam,
dahla melantak nasik itu PASTI. sehari pun i tak miss.
maklumlah perut kampung katakan,
tapi takde pun mengalami masalah overweigh camnih.
sekarang nak snap pict pun dah malas. nampak macham adubah noor je dalam kamera.
isk!




Apepun, jangan pulak yang dah nak kawen tuh takut nak kawen. Tak semua yang dah kawen mengalami sindrom Tak OK i nih. Dan tak semua jugak dapat sindrom OK tu (^,-) Semua tu depends on diri dan fate memasing. Bak kata orang, untung badak tenggelam, untung tong dram timbul. macham tu la ye.




* kalau lepas ni ber-tambah lagi, i akan update.


nota kaki: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari diri i yang hena ini sendirik. (ecececes ayat tanak kena claim tak tahu ber-syukur. ngee)

2 comments:

  1. sabar jer lar..jnji husband mkin syg..huhu

    ReplyDelete
  2. kenapa dah kawen i asyik ingat laki? Wahahahha.... asyik tak sabar nak jumpa yek? =P

    ReplyDelete