Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 August 2010

Tips: Petua Cantik Menjelang Raya

Dah lama i tak share tips. Dulu, kemain ko Yna rajin buat tips siap berilustrasi. Tapi sekarang? Nan ado okeh. Muahaha. Sementara men-tunggu encik asben pulang ke pangkal jalan eh eh ke rumah, i terasa nak bagi tips yang sesuai sangat nak share dekat-dekat nak raya ni. Kata nak lawa di-pagi raya giteww!

Licinkan Kulit Muka
- Ambik kunyit hidup, 1/2 asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Campur semua bahan, kemudian korang sapukan ke muka setiap hari sebelum tido malam. Amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat.

ataupun,

- bancuh air asam jawa bersama sedikit tepung ubi dan air kemudian kacau sehingga menjadi pekat - kalau cair tak jadik. Sapu rata ke muka yang dah bersih kemudian lepas 15 minit, cuci muka korang. So amacam, ada rasa licin kan?

Hilangkan parut dan cela di kulit.
- Yang ni mesti ramai yang dah pernah dengar dan cuba. Takpe, takpe. I nak bagitau jugak. Ambik kulit kayu manis dan tumbuk sampai lumat. Campur sikit air, kemudian bancuh dengan bedak sejuk hingga sebati. Macham biasa, sapu ke tempat yang berparut dan amalkan sekerap mungkin. Lagi satu, selain parut, petua ni juga dapat hilangkan jerawat dan bintik-bintik hitam di muka.

Rawat kulit ber-kedut.
- Yang ni senang sangat. Panaskan seterika then iron kat tempat yang berkenaan tu sampai licin. eh eh silap. Pang!!! Okeh tak. Sebenarnya macham ni. Parut lobak merah yang dah di-bersihkan kemudian campur kan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur kebetulan memang semua barang ni ada kat dapur mak dekat-dekat nak raya ni kan? Ohok. Biar kan sebati dan sapu di kulit setiap hari.

Merahkan bibir yang hitam.
- Apa susah, sapu lipstik maybelline je kat bibir mesti cover baik punyer. Camtu ke? Tak okeh. Yang tu untuk temporary cover boleh lah. Kata nak chantek di luar dan di dalam rumah bagi asben tengok soon takde lah tuduh zaman lampau ko dulu ko sa-orang smoker yang tegar yang sekarang baru insap kot. Haih! So ape kata korang cari daun sirih 3 helai, kemudian perah sampai keluar air. Sapu di-bibir setiap malam. Cuba okeh.

Rambut gugur.
- Ye i tahu korang nak jawab Yun Nam Hair care pen-selesaian nya kan? Mahal nok. Isk. I kan misekin so i amal dengan merendam kacang hijau semalaman, tapis dan guna kan airnya untuk sapu ke kulit kepala sambil picit-picit perlahan. Kelebihan petua ni jika di-amalkan selalu, rambut akan menjadi lebat dan hitam macham rambut Ayu Raudhah.

meng-Awet muda lol.
- Amalkan setiap kali bangun tido, urut muka dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi, di-iringi selawat ke atas nabi tiga kali. Amal setiap hari tak kira pompuan ke lelaki. Insyaallah korang akan kelihatan awet muda dan ber-awek muda. hihihi.

So setakat ni i bagi yang simple macham nih je dulu. Bagi banyak-banyak kang takut tak ter-buat nye korang nih. Ada lebih kurang dua minggu lagi menjelang raya so kalau nak try, boleh mula dari sekarang. Challo beteyh!


nota kaki: nak pergi mandi pagi - pukul 1.47 pm. Ngee!!!

3 comments:

  1. bedak sejuk tu ikut pandai je.hok murah2 ada jual dalam bekas putih transparent tu xpe.ke kalo ada hok tok nenek wat homemade punyer lagi bagus....

    ReplyDelete