Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 August 2010

Hupdated- Kisah Se-Orang Istri Yang Failed!

Ini entry laju-laju taip tergesa gesa kalau ada typo malam nanti i hupdate balik sebab i nih dah tunggu mat rempit datang bonceng i bawak balik umah ma untuk bukak pose petang nanti sebab hincik asben sibuk ber-kerje. kata-nya lah kan.

Yang sebenarnya dari pukul satu tengahari tadi lagi dah i dah ter-congok depan leppi ni - semangat i bangun tido terus nak hupdate belog. T.E.T.A.P.I memandangkan khidmat bakti yang diberikan oleh verok belaan celcom ini amat-lah men-cabar kesabaran serta mampu meng-kuruskan pahala pose i yang baru dua hari ni
hik2 maka tepat-tepat pukul lima petang baru boleh i nak ke udara ecececes ayat tak boleh blah! So, sebab intro dah panjang sangat terus dah lupa nak hupate ape sebenarnaya. huwahuwahuwa!

Owh dah hingat dah hingat
so taip cepat-cepat nanti lupa balik ko Yna. Meh sini i nak stori.

Jemahat lepas kan, telah ber-laku satu kejadian. Di-mana kejadian tu dah ter-jadik tengah malam bebenor antara si asben dan si istri beliau. Apekah??? machamni, time tu si istri ralit benor tengok tibi. Si asben lak kat sofa. Tepat-tepat jam doblas, tv tiga kan mesti nak kena setop jugak bagi laluan kat Nightline tuh. Sebab umah sewa dorang tuh ada tv1,2,3, dan 9 je nok eh eh eh perlu ke bitau jugak?. Kalau tak, harus si istri tu sambung kusyuk kat channel astro ke hape lak. Tepat-tepat nightline, encik asben pun tanya istri-nya. Lebih kurang macham ni la kot dialog dorang.

asben: ayang, dah pukul berapa?
istri: dah kol 12 lebih kot.
mata istri tengok tibi je lagik
asben: oooww. hurm, boleh la b nak start kecik hati ni kan?
terus sembam muka sendirik atas sofa (bapak chomel perangai asben dia nih)

Dan time time tu jugak la si istri dah macham ter-kena renjatan letrik nok. Rupa-rupanya besday si asben nya tu dah pun beberapa minit berlalu. Ya ampun. Machamana boleh lupa nih??? Pestime jadik istri dah failed part nih. Padahal genap-genap sebulan yang lepas encik asben beriya-iya je seleberet besday si istri!

to be continue hupdate malam nanti. mat rempit dah blow minyak depan umah dari tadik tu. chow bedah.

1200 a.m. okeh kita sambung balik stori petang tadik.

Lepastu kan, si istri tu dah macham dah ter-kena renjatan letrik. Menggelabah jugak la. Mane tak nya. Kalo jadik orang yang paling last hingat atau wish, maybe boleh di-maap kan lagik. Ini tidak. Siap dah abes sehari suntuk besday si asben, si bini langsung tak hingat hape-hape. Macham mintak di belasah ber-jemaah je kan dapat istri camnih. haih.


kepada encik asben, entri nih di-dedi cool kan eh eh di-dedicated kan khas untuk asben oleh si istri, dengan ucapan istri mintak maap sesangat. Istri gagal menjadik seorang istri yang mampu hingat besday asben buat pertama kali setelah ber-gelar somi+istri nih. Apetah lagi nak celebrate suprise party cam dorang sume tu memang jauh sekali la - sebab istri betol-betol tak hingat hari tu besday asben. Bukan nya jenis sengaja bebuat lupa lepas tu baru nak suprise kan macham yang dorang selalu buat tu. tak tak tak. Istri memang betul-betul lupa. Maklumlah, awal-awal pagi lagi istri dah keluar pergi mekap kan customer. Balik jek rumah, hari dah pun nak malam. Istri memang dah flat sangat time tu. Otak dah weng dah tak leh nak recall atau nak hingat apa-apa agenda lain lagi dah. Huuu, memang istri rasa ber-salah gila.

Tapi kan, istri rasa pelik jugak. Rasa macham memang dah di-takdirkan akan lupa pun ada. Sebab, malam besday asben tu, istri kemain je ber-pesbuk. Time tuh kat pesbuk asben dah ber-sepah sepah masuk wishes dari kengkawan asben tapi istri tak ter-gerak langsung nak bukak tengok wall asben. Kalau tak mesti istri dah ingat. Isk! Pagi tu pulak, pepagi lagik dah bunyi sms masuk untuk asben. Sms hadiah panggilan percuma selama seminggu yang dari celcom tu la. Time asben bukak sms tu, istri dah siap rebut-rebut henset nak tengok sms ape. Sekali istri tengok sms dari celcom terus istri tak baca kandungan sms tu. Walhal kalau istri bukak je sms tu, mesti istri tahu hari tu besday asben kan? Isk! Lepas je kejadian tu, istri dah set kan alarm siap-siap untuk besday asben tahun depan. Takut ter-miss lagik sekali. Huu, insap katanya.

Dan lagi satu,












Istri memang tak prepare ape-ape pun hadiah untuk asben. Sebab dah nama pun lupa besday kan, harus lah dengan present sekalik lupa nak cari. So istri ganti tahun depan je la jugak ek? ^____^



nota kaki: sebagaimana yang di-ceritakan oleh si istri dan asben-nya. moral of the setori, cepat pergi set alarm besday asben korang sekalik. kang tak pasal-pasal sejarah mungkin berulang.

10 August 2010

Hanimun??? Pheeewit!

Bulan madu kitorang kat Cameron Highland ye kawan-kawan. *malu3x
070610-090710 yakni almost 2 bulan yang lepas daa...

Dah dah. Cerita banyak pun tak guna (padahal ko yang dah tak hingat hape nak cerita kan Yna?) Lets pic do the talking bebeyh! Yibba yibba handre!

otw ke CH. time nih ujan berintik-rintik, ombak bergelora.emak bagi sposen,eh eh...


suka sangat bila ada view yang santek-santek macham ni sepanjang perjalanan. pasangan bawak kete 30km/j kat highway pun tak jadik nak lempang. hikhik.

. Herritage Hotel.
bertolak pukul 10 pagi, sampai ke hotel pukul 7.20 petang. dasat tak perjalanan kami? agagaga!

nu nu nu...! ladang teh kat belakang nu. dulu i datang CH time i kecik-kecik je lagi. time tu pokok teh pun tak besar lagik. sekarang dah besar-besar pun sume pokok teh tu. hotakau!


isk. hover ko nyah!

ehem-ehem. baju rm20 sepasang beli kat pasar malam CH tapi sebab mucuk pandai nego dapat la rm19 sepasang. cepat cakap beliau pandai.

florist tu cakap dried flower ni boleh tahan sampai 5 tahun tapi i letak dalam pasu rumah tak sampai 5 minggu dah gugur tinggal tangkai bunga sajork. Mungkin i ter-beli bunga yang dah masuk tahun ke-lima usia. kot! *bahah!

roses ni plak florist tu cakap jangan rendam dalam pasu+air sebab nanti bunga cepat layu dan kering dan watsoever so kena letak dalam pasu je tapi belom sempat lagi nak cari pasu, dan-dan bunga nih layu nak mamfos! ceit!

ini bee. eh b. eh bucuk. thehehe!

time nih dah sampai kuantan. continue bulan madu kat sana 1 nite. ececece padahal cakap je la transit umah BIL pasal 2,2 dah exshauted!

dan juga stay kuantan sebab nak jumpa nengok tu tu tu tu.hai buahati lama i . (pang!!!)

nota kaki: selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua my kesayangan (dah macham ayat buku teks dowh) ('',)

07 August 2010

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Kata orang, langit tak selalunya cerah. Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kalau hari ini kita bersedih melihat nasib seorang anak kehilangan ibu dan bapa nya, isteri kehilangan suami, ibu bapa kehilangan anak-anak, entah esok lusa kita pula akan menerima nasib yang sama. Allah telah menetapkan perjalanan hidup kita. Entah esok entah lusa akan tiba saat kita di-duga. Benar. Allah itu tidak akan sesekali menduga sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya. Namun se-berat mana mata kita memandang, berat lagi bahu insan yang memikul beban. Sempena Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa hari lagi, sama-samalah kita beramal untuk meringankan beban salah seorang teman kita ini. Moga sedikit sebanyak doa dan sumbangan kita mampu meringankan penderitaan dan memberikan sinar demi nasib anak-anaknya.

Wallahualam.

Perasaan Sedap Dan Hazab Datang Sekali

Melantak derian ber-sungguh-sungguh secara berjemaah dengan en.suami ter-cayang memang syiok!!! Makan yang setiap kali di-layan macham puteri - cuma tunggu derian masuk ke mulut je pastu siap ada orang nak amik-kan biji dan buang kan tapi i kan baik hati takde nak biar si asben layan i sampai camtu sekali la. Lepas seulas, sebiji dan seterusnya ber-biji-biji i melantak, last-last bila perut dan besar bagak macham dah nak meletup dua saat dari sekarang, masa tu baru-lah i terasa - errkkkkkkkkkkkk, alhamdulillah! dah kenyang sendawa yang ber-aroma durian itu pasti. mak aii!

Tapi kan, beberapa jam selepas kejadian itu, pasti i akan tanggung padahnya dengan hazab sekali. Kepala rasa ber-pusing macham ko baring bawah kipas siling speed no lima dan ko pandang kipas tu tak berkelip-kelip. Ok macham tu ye rasanya. Lepas tu lagi kan, i bersin tak henti-henti sampai i tak sempat langsung lihat dunia maklumlah setiap kali bersin mata musti kena pejam ataupun memang otomatik pejam kan sebab fakta cakap kalau kita bukak mata ketika bersin mata boleh ter-cabut keluar ayark!!! Lepas tu lagi kan, part paling keji ialah bila ada lelehan-lelehan cair asyik nak mengalir laju dari lobang hidung ni. Yang nih memang tak dapat nak elak even tengah tido pun benda alah tu macham nak jugak mengalir deras. Seksanya Allah saja yang tahu bila ko ada geng resdung yang maha kejam super duper extravaganza kroniknya. Mana lah i nak tahu yang segala kuman resdung tu tak suka i makan derian. Dahlah i makan seafood pun dorang tak suka. Mencik!

Sekarang, badan i dah lembik-lembik lesu macham ikan kembung yang kena rendam dalam air panas sehari suntuk. eh pernah ke buat camtu? Nak telan ubat banyak-banyak sekarang pun kena pikir banyak kali dah sebab dulu time single in case i kojol ke hape kesan overdose ubat, mungkin tak melibatkan sesape. Tapi sekarang kalo i kojol ke koma ke hape lepas overdose, ada ke sape-sape yang nak jaga-kan laki i tuh.Ade ke? Ade ke? jangan jawab ada! isk!

nota kaki: dah lama sangat hold nak update tips cari foundation yang bagus. kali ni pun. Hurmm...=(

29 July 2010

Sindrom Selepas Kawen. Ade Ek?

Kenapa bila kawen i dah macham rajin nak pikir menu hape nak masak setiap hari,
padahal dulu masa single, orang dah tolong bagi menu,dah tolong siang bahan-bahan,
tinggal i tolong masak-kan je,
itupun kemain liat. hikhik.


kenapa bila dah kawen i macham senang je sikit nak bangun pagi-pagi,
padahal dulu masa single dah kunci alarm bapak punye loud ringing, plus loudspeaker suara ma lagi, bunyi pintu bilik kena tendang lagi,
tapi i tetap jugak tak bangun-bangun. ish ish ish.


kenapa bila kawen i dah selalu senang nak tido awal malam-malam, (oit! jgn pikir itu ye)
lepas je isyak@makan malam terus ber-tukar mata Garfield,
padahal dulu masa single, sejak dari zaman high school lagi,
mata i takkan pejam selagi tak masuk sepertiga malam (aiseh ayat tanak kalah ko)


kenapa bila kawen i boleh je balik rumah terus lepas opis hour,
takde nak melencong kemana-mana window shopping la sangat ke hape,
padahal dulu selagi ma tak call tanya "tak hingat jalan balik ke ape ni?"
selagi tu i takkan balik rumah. kihkihkih.


kenapa bila kawen gusi i selalu sangat ber-darah, (oit! yang ni pun jgn pikir itu ye)
banyak-banyak pulak tu, macham darah cabut gigi banyak nya,
padahal dulu pun dah berdarah jugak tapi takde lah sebanyak sekarang,
(eh eh.yang ni ada kena mengena ngan kawen jugak ke eh?)


kenapa bila kawen, muka i dah tak se-ok macham dulu,
jerawat tak reti-reti nak berambus,
padahal i dah tabur racun tikus, racun rumpai cap Round-up lagi,
tapi tatap jugak 'mereka' ber-tenggek ranum kat situ. syilakak betul.


kenapa bila kawen, badan i men-kembang macham dah 2x ganda dari saiz asal afdlin syauki,
dagu pun dah mula beranak pinak sampai orang tengok dah tak tau mana satu dagu asal mana satu dagus klon (tambah 's' sebab plural)
padahal dulu masa single, malam-malam i macham tikus mondok tiap-tiap malam i selongkar carik megi,carik cokelat, carik cikedis bagai, konon teman perut i ber-tenet malam-malam,
dahla melantak nasik itu PASTI. sehari pun i tak miss.
maklumlah perut kampung katakan,
tapi takde pun mengalami masalah overweigh camnih.
sekarang nak snap pict pun dah malas. nampak macham adubah noor je dalam kamera.
isk!




Apepun, jangan pulak yang dah nak kawen tuh takut nak kawen. Tak semua yang dah kawen mengalami sindrom Tak OK i nih. Dan tak semua jugak dapat sindrom OK tu (^,-) Semua tu depends on diri dan fate memasing. Bak kata orang, untung badak tenggelam, untung tong dram timbul. macham tu la ye.




* kalau lepas ni ber-tambah lagi, i akan update.


nota kaki: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari diri i yang hena ini sendirik. (ecececes ayat tanak kena claim tak tahu ber-syukur. ngee)

28 July 2010

Sekarang Dah 2 Bulan

Hari ni dah pun 2 bulan bergelar isteri@puan. Kadang-kadang tersasul nak letak cik lagi kat pangkal nama. Time nak isi borang pun laju je pergi tick kat ruangan single. eh eh eh.sungguh takde ke-sedaran diri nya ko si puan ynadona ni.

Tapi, bila balik je rumah terus i consider diri ini dah kawen. Sebab sekarang dah tinggal asing-asing - jauh daripada family dowh. sobsob. Dan segala kerja buat suri rumah yang kalau dulu i tengok ma buat tapi-i-takde-pulak-nak-tolong-selain-tolong-tengok tapi sekarang semua kerja tu - i la yang buat. Tapi bukan i buat sepenuhnya pun. Sebab i ada beliau yang suka tolong i. Bila i sibuk gosok baju kerja - beliau tolong masukkan pakaian kotor ke w/machine pastu mesin sekali daa. Bila i kat dapur masak - beliau tolong lipatkan kain. Bila i cuci pinggan - beliau tolong jemurkan baju kat ampaian. Dahla baju-baju kecik suor-suor katok semua comel je beliau susun kat hanger. Kalau I buat pun maybe tak se-particular itu okeh.

Pagi-pagi i bangun dulu yang nih memang i menang okeh pastu kejutkan beliau. Beliau yang akan bukak kan pintu, bukak kan pagar, panas kan enjin kereta i sementara i ber-mekap lama-lama ber-siap. Kemaskan katil kami (^,-) Pastu buangkan sampah lagi. Kadang-kadang beliau hantarkan i pergi kerja bila perangai mengada-ngada tanak naik kereta buruk yang selalu ke-abesan minyak tu datang. Tapi lepas tu kena datang balik tolong hantarkan henfon buruk i yang selalu je ter-tinggal kat mana-mana. Maklumla henpon buruk. Selalu je hilang dari pandangan. Eh eh ter-lari topik. Isk! - Semua tu beliau buat tanpa i paksa-paksa. Walaupun kadang-kadang ada la jugak i asyik ter-mintak tolong itu, mintak tolong ini, tapi yang pasti beliau memang tak pernah nak mengeluh. Macham takde urat mengeluh je kot. Magik kan? Dan kalau di-ikutkan senarai kerja kat atas tu, rasanya macham i je yang kena bayarkan wang hantaran kat beliau. Kalau nak bayar pun teragak-agak jugak la kot sebab i takut tak cukup nak balas dan bayar dengan segala wang yang i ada. nampak sangat i misekin di-sini. huhu.

Walaupun uolls cebik-cebik bibir nak cakap yang usia 2 bulan tu still lagi honeymoon mode, time ni kentut sembelit pun bau CK lagi, tapi i anggap this is beginning for our long love journeys. Setiap yang baik tu kan haruslah di mulakan dengan permulaan yang baik-baik. Insyallah, i harapkan setiap hari yang mendatang akan jadi hari yang makin baik daripada hari-hari semalam. Think +ve bebeyh!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan sempena ulang bulan yang ke-dua kami ni jugak la, i sanggup maafkan beliau sekali lagi kalau-kalau kali ni dia lupa lagi sekali nak mintak sambal lada kuew teow sup yang i pesan untuk bukak pose petang nanti. Yang tu tengok malam ni lah kita settle camne. Agagaga!

nota kaki: walaupun i tahu ada yang loya-loya poisoning bace entry ni, yang tu lantak ko lah. yang pasti entry i nih ikhlas - dedicate kan khas untuk mucuk. Bukan entry kipas kipas punya. Percayalah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
minggu depan mucuk gaji kan? Hikhikhik!

13 July 2010

My Beautiful Wedding Part 3 - Majlis Sambut Menantu












Gambar di atas adalah segar dari ladang. En. mucuk pun belum sempat tengok lagik tapi i dah gatal-gatal gusi nak upload. Dah la i yang kena edit belum pun siap edit sepenuhnya. Kalau gambar nih nampak jelik, salahkan lah beliau. Sape suruh dia macham nak tanak edit je kan? Agaggaga!

12 July 2010

Kadang-kadang Janji Macham Ni

Malam ni akan ada update belog lagi.





Ye. Malam ni.






Itupun kalau *keadaan mengizinkan la.

Jangan hampa kalau tiada. Sebab kali ni i tak janji dengan apa yang i janji. Ok?

nota kaki: mode pindah rumah. pindah rumah. pindah rumah.
*shopping barang-barang rumah

08 July 2010

.dah tak sempat pikir tajuk.

Korang!!!!

Niat tadi memang la nak belog. Sebab tu tadi i lah orang yang paling tak sabar-sabar nak tunggu lunch hour. Semangat nak mem-belog tu tiba-tiba datang. Macham orang naik hantu. Meroyan-royan kata orang. Tapi itu tadi la. Sebelum i nampak karpet kartun yang empuk. *okeh sekarang boleh jotos kepala i secara ber-pasukan ye.

Dah lah. Takleh belog panjang-panjang hari nih. Nanti uolls cakap i suka beri kuliah di-hari khamis malam jemahat pulak. Padahal malam jemahat banyak benda lain lagi yang boleh di buat. sembahyanghajat+bacayassin+sembahyangsunatberjemaah dan pelbagai aktiviti ber-pasukan dan ber-jemaah. Bukan nak baca belog i je. kan? kan? kan?


*caption adalah seperti di-bawah.

nota kaki: tak pun search video arieldancuttari. orang cakap best. sape-sape ada? miahahaha (sorok tanduk pelan-pelan)

07 July 2010

Nyawa Di-Hujung Misai

Hari-hari pun i wajib jengah belog. Baca+terjah balik belog yang singgah kat sini. Tapi maaf lah. I tak sempat nak reply semua komen uolls kat chatbox. Bukan sengaja pun. 24 jam sehari yang Tuhan bagi nih dah macham singkat sangat je sekarang. Kejap-kejap dah malam. Kejap-kejap je dah malam. Isk!

sekurang-kurangnya ada la jugak gambar nak di-upload.

nota kaki: belog nih ibarat - hidup segan, mati tak mahu. belom cukup amal la katakan. Huhu.