Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 January 2012

Lets Verangan Bebeyh

Dekat dengan rumah sewa aku, ade sebijik banglo cantik yang besar gedabak tau! Banglo tu betul-betul depan kubur hokeh! Takut tak?


Tapi - aku - bukan - nak - cerita - pasal - haunted - house - pun - weh! Tapi aku nak cerita pasal aku laki bini yang tak habis-habis nak verangan pasal rumah idaman. Okeh verangan tak salah sebab tu kan motivasi untuk kite capai sesuatu. Nak capai ape yang kite angankan tu pun bukan nye senang dik oii, nak kena kerja keras dan usaha yang gigih dulu. Tak boleh malas-malas. Insyallah ape yang dihajatkan tu tercapai la kalo di-izinkan Allah. 


Eh ter-pakar motivasi pulak tetiba. So berbalik kepada topik asal, aku ngan asben dah berbuih-buih mulut bukan kena sawan tarik ke hape asik sebut, "besok bile kite ade rumah nanti kan, kite buat la blablabla...." Tu la dialog kitorang tiap kali lalu depan banglo besar bagak yang aku cakap tu. Banglo tu ter-sangatlah adorable. Dan oleh kerana teringin nak ade rumah sendiri macham tu, aku dah banyak kali verangan kalo dapat peluang design rumah sendiri macham la asben aku nak bagi aku designnnnn hahahah aku nakkkk sangat rumah macham kat bawah ni tau;



Design rumah takde lah berkenan sangat sebijik sejebon camni. Kalo ikutkan asben, dia lagi prefer rumah kayu daripada rumah batu. Biasalah kan, budak-budak archi nih kepala dia lain sikit. Seni lah hape la. Tak kisah la janji dua tingkat dan ade laman boleh aku tanam serai pandan lada sume tapi rumah dua tingkat penat nak kemas kan.dahtu camane? Tapi aku berkenan betul part pool tepi rumah tu. Ala-ala rumah Dato' Yusof Haslam yang kat tepi bukit tu pun ada, ala-ala banglo Linda Onn pun iye. Aku kan suke kolam-kolam ni. Cume berenang je belom pandai lagi. Hihihi. Nanti petang-petang kalo boring, boleh main campak anak-anak ajak mandi dalam tu. Takpun duk tepi-tepi tebing pool tu basuh kain ala-ala orang zaman dulu. berkemban siap. Kewl tak? *muntah lertewww



Ruang paling penting bagi aku adelah dapur selain daripada bilik tido eh tak tak tak. Sebab nanti menu dan kesedapan masakan aku adelah bergantung kepada suasana di dapur. Muahahaha! Sape tak suke dapur cantik, luas dan kemas kot. Nak-nak lagi yang memang dapat dapur yang built in siap kabinet peti, microwave bagai tu. Tinggal guna je. Takde lah semak kepala tengok. Flat je kan? Blerghhh! Aku suke kalo dapur ade island kat tengah atau pun cabinet bar tu *ke ape nama dia yang secotet kat tepi dapur tu sebab nak nampak moden. Masalahnye, masak ke tak nanti aku? Kot ter-lebih sayang kat dapor sampai sayang nak guna camane?



Kalo aku duk apartmen, dapur aku nak yang camni. Compact, sempit, tapi aku suke. Dah tu je ruang yang tinggal, terima je la pun. Kan?



Kalo part bilik pulak, aku prefer design bedroom yang ala-ala bedroom hotel. Moden, cozy dan selesa. Hari-hari nak tido pun feeling macham tido kat hotel. *oh. macham tersangatlah jakun kan. Hahaha.



Takpun bagi je bilik camnih kat aku. Senang nak kejut-kan orang bangun subuh. Kalo degil tanak bangun, aku tolak je masuk pool. Mandi wajib kat situ terus. Hewhewhew!

Dan untuk bilik air, bilik anak-anak, dining room sume, len kali aku share lagi ape yang aku verangan-kans. Lepas tu nak request satu room untuk jadik make-up room. Boleh letak mirror gedabak kat wall - senang nak buat make-up class. Dan satu mini studio untuk asben aku shoot pict aku dan anak-anak anytime. Wuuuuuuuiii best nye verangan. Bile lah nak sedor niihhh? Lempang nak?

Okehlah.  Slot verangans nih terpaksa di hentikan dulu. Kesian kat kastemer aku esok tunggu mak andam tak datang-datang sebab mak andam rupenye still terbungkam lagi berdengkur kat katil yang ala-ala katil hotel dia tu. Puiii.

2 comments:

  1. omg cantik gile master bedroom tu!! huhu. dh exchange link ;)

    ReplyDelete
  2. bab terus mandi wajib tu yg tak tahan tu. :)

    Akak dah buat blog baru. lama betul menunggu blog lama ditukar address. jadi akak buat blog baru, import entry lama yg terpilih saja. Silalah folo (sbb xde follower lagik).. http://mrslya.blogspot.com dan dalam beberapa hari akan jadi http://www.mrslya.com

    ReplyDelete