Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

07 September 2009

Siapa Me- Lucah Kat Sini


Amaran Keras: Baca entry ni selepas masuk waktu ber-buka sahaja okeh.


Ini cerita lama. Tapi sengaja i simpan kedap-kedap udara sampai lah i dah rasa sedia nak share. Tak pernah cerita kat siapa-siapa pun jugak. Nebes okeh.

Satu malam, i macham biasa lah ter-congok meng-hadap pc dalam bilik. Time tu memang dah lewat malam. I kusyuk dan tawaduk buat belog drifting time tuh, tapi sempat lah dengar adik-adik laki eh lelaki i kat bilik sebelah dah masuk bilik dorang siap-siap nak ber-dengkur. Cuma i je lagi yang me-lepak macham burung hantu.

Tiba-tiba i dengar bunyi yang sangat-sangat lah weird kat bilik sebelah. Bilik adik-adik lelaki i tadi. Sebab dah malam dan makin sunyi, maka bunyi tu makin lama makin jelas. Masa tu bebulu semua dah meremang. I macham tak sedap duduk dowh. Yelah bunyi yang datang dari bilik sebelah tu bukan bunyi hantu mengilai ke hape, tapi bunyi yang sangat 18sx okeh adik-adik. Memula perlahan je, lama-lama makin jelas. Bunyi pompuan bagai! Isk. I dah makin slow tekan keyboard. Ape nih. Takkan adik-adik lelaki i bawak pompuan masuk bilik kot. Takkan pompuan tu panjat tingkap kot. Masa tu kan, i dah pikir jauh melangkaui zaman 2020. Bunyi video kot. Mungkin dorang tengah layan 3gp dalam henset kot. Tapi, takkan video tuh? Mane boleh tengok wei. I takpe, eh tak tak.

So i pun dengan lagak kakak baik plus nak coverline tanak nampak obvious yang i dah dengar semua tu, i pun panggil nama adik i. Suruh jangan bising. I bajet dorang mesti ter-malu sendiri bila tahu i dengar bunyi-bunyi bising tu lepas tuh konpem dorang stop kan? kan? Tapi tak pun wei. Selamba je bunyi tu ada lagi. Diam-diam i pergi tekap telinga tepi dinding bilik. Bunyi tu perghh, memang takle blah. Korang kalau tak kawen lagi mesti ber-peluh punya tetiba dengar sound efek tu live punya. Tapi peliknya, kadang-kadang bunyi pompuan tu kekadang dengar berubah-ubah. Nyaring. Bunyi macham ber-siul pun ada. I panggil nama adik i sekali lagi. Panggil lagi. Tiba-tiba sorang adik i tu menyahut. So bunyi tu stop. I dah lega even rasa gak cuak sikit sebab dorang tengok ke video camtuh. I duduk depan pc dan sambung balik tekan keyboard.

5 minit lepas tu, i dengar bunyi tu lagi. I panggil lagi adik i. Then bunyi tu stop. Sampai kali ke-3 i dengar bunyi tuh, i dah keluar bilik dan pergi depan pintu bilik dorang. Baru niat nak ketuk, tiba-tiba i dengar bunyi tu makin jelas. Makin jelas. Dan lepas tu i terus masuk bilik i, terus sambung balik belog drifting. Malas nak layan bunyi dengkuran lucah adik i tuh. Buang masa i je dari tadi. Tsk!

5 comments:

  1. hahah sekali berdengkur daa..
    sexy nye die berdengkur..
    len kali upload la bunyi tu..wahahaha

    ReplyDelete
  2. dengkuran lucah..? ai tak dapat nak bayangkan bagaimanakah bunyinye.. kuang..kuang..kuang...

    ReplyDelete