Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 September 2009

Nanti I Ganti Balik

I dah puasa 27 hari, maybe uolls pun sama. Jujur okeh. So i rasa yang lagi balance 3 hari tu i dah tanak puasa. 3 hari sahaja. Mungkin esok. Dan dah banyak malam jugak i terawih walaupun banyak malam jugak i buat-buat sibuk kemas meja makan+cuci pinggan mangkuk waktu orang lain sibuk berebut bilik air, tapi dah alang-alang tanak pose, takkan i giler hape siang tak pose tapi malam-malam rajin pulak nak pergi terawih. Dah, dah. Semua yang di-sebutkan di-atas semua i dah buat. Sekarang tinggal satu je lagi yang i belom buat. Zakat. Ye. I cuai. Mata i juling raksasa. Kaunter zakat ada je ter-congok depan mata - tepi pintu masuk Mydin i buat-buat tak nampak. Tapi i lebih nampak tapak jualan Ramadhan yang sesak yang tiap kali nak parking kena buat pusingan tawaf cukup 7 kali haji baru dapat parking kosong sedangkan depan Mydin tu siap ada 3 petak kosong i tak pedulik pun pasal nak jugak cari yang dekat dengan tapak jualan. Tsk! Jadi i kena settlekan cepat-cepat sementara Ramadhan masih berbaki. Walaupun dah tanak puasa, walaupun dah tanak pergi terawih, tapi esok i mesti usaha pergi tunaikan zakat emas dan binatang ternakan sebab nak kena cuci rezeki yang Allah dah bagi sepanjang tahun ni selain asyik cuci kat kedai-kedai handbag+kasut+mekap etc sepanjang tahun. Esok i kena usaha jugak pergi kaunter zakat sebelom tengahari sebab kalau tengahari cuaca sangat lah hot dan spicy owh, tapi bila i dah niat tanak puasa esok maka keluar dan balik rumah dalam keadaan ber-peluh ketiak pun bukan lagi masalah dowh sebab dah boleh terus bukak peti ais kan?

kenalkan juling raksasa

nota kaki: Ber-zakat lah. Moga-moga rezeki yang kita perolehi adalah benar-benar hak kita. Amin.

3 comments:

  1. yna banyar zakat ape tu..? heheh zakat fitrah ayah saya yang bayarkan saya.. hee~ tetibe teringat lagu gadis cuci the series.. .. selamat hari rayaa!!

    ReplyDelete
  2. .sissssssssss
    .selamat datang
    .eh silap
    .slamat hari raya
    .maaf zahir batin

    .dtg ruma tau! ^^

    ReplyDelete
  3. slmt hari raya sis wangi.....huahuahuahua.........

    ReplyDelete