Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 December 2013

Padahal Burung Hantu Dengan Aku Bukan Adik Beradik Pun.


Salam kesayangan,

Dah 3 entry aku sumbat masuk draft. Pasal gambor semua besar gedabak. Tak kuasa lah mak nak tunggu upload. Nak resize pun lagi lah malas. Pending je lah dulu. Kang nanti kalo entry panjang berjela takde gambor sebagai iklan, ada yang ingat tengah baca buku teks sejarah pulak.

4.05 a.m, orang lain semua dah nyenyak berdengkur kan? Seronoknye. Aku je terkulat-kulat macham tertelan ulat daa. Waktu-waktu macham ni selalunya aku kemas rumah, lipat kain sikit-sikit, susun-susun tudung kesayangan, tak pun ngadap pc. Dalam seminggu, mungkin adalah 2,3 hari yang bernasib baik aku tido awal. Kalo tak, menjejak 3,4 pagi camni jugak lah. 

Dah ramai yang tanya aku, ape masalah aku sampai tak boleh tido malam. Nak cakap masalah macham takde plak rasa bermasalah. Nak cakap enjoy pun tak jugak. Aku camni since sekolah lagi. Time sekolah rendah pun aku dah start berjaga kekonon study time UPSR dulu. Itu dulu-dulu punyer cerita study lah tapi. Hahaha. Kawan-kawan baik yang dulu satu dorm dengan aku time sekolah menengah pun memang dah masak kot dengan tabiat ni. Memang aku bangsa susah nak tido malam. Jangan dipaksa pejam sekalipun, memang takkan tido punye. Hehe.

Kalau dulu kat sekolah teknik, pukul 11 malam dah kena padam lampu dorm. So apa aku buat? Kat setiap bilik asrama kami ada beranda untuk sidai kain/tuala. Kebetulan jugak beranda menghadap belah jalanraya - laluan utama Dungun ke Kuantan. So kat beranda itu lah tempat aku melepak malam-malam. Tengok bas ekspress lalu lalang, melayan lagu sambil pegang radio kecik yang pakai bateri tu. Kalo berkumpul ramai-ramai, kitorang pakat karaoke ramai-ramai tapi volume yang terkawal lah tanak bagi warden dengar, haha. Sampai lah sorang demi sorang penat dan masuk tido. Kalo sensorang, termenung je lah aku kat situ sampai datang perasaan seram sebab sekolah aku betul-betul sebelah hutan. 

Dan sekarang, sejak zaman belajar, zaman aku masih anak dares sampailah sekarang dah beranak dua, pun kekal macham tu jugak. Kadang-kadang langsung tak tido sampai pagi. Kalau ikutkan otak sangat lah penat tapi mata ni degil sangats Eh biasa mata aku nih! Tapi bila siang, aku still beroperasi macham biasa. Tak tido siang pun. Buat aktiviti harian sama macham orang lain sehingga lah akan sampai satu hari di mana badan aku masa tu dah betul-betul flat. Kepala pun time tuh dah ting tong tak boleh nak buat apa. Nak tanak time tu aku memang WAJIB tido dalam sejam dua jam atau mungkin lebih untuk cover balik waktu tido aku yang banyak rongak tu. Selalunya dalam 2 3 jam tido je dah cukup untuk aku back to normal. Pernah lah jugak fadang-kadang konpius dengan diri sendiri, aku nih manusia ke robot? Ngeh ngeh ngeh!

So begitulah kehidupan aku malam-malam. Alhamdulillah, belom lagi ada masalah pitam, tekanan darah rendah atau darah tinggi sekali pun. Dan, jangan ditanya ape petua dan camne nak jadik macham aku sebab aku pun tak tahu camne aku dah jadik macham macik-macik guard yang suka berjaga nih. Ingat sonok ke? Time encik asben stayback buat kerja kat bilik kerja beliau, merasalah jugak aku berteman. Kalo tidak, sensorang je lah aku terkebil-kebil.  Fadan muker haku!



So setakat eyebag lagi banyak daripada henbeg tu tade hal lah! 


30 November 2013

What's Gapo Is Going Ong Today?


Salam kesayangan,

Mane pergi sumorang? FB sunyi, I.G sepi, belog kawan-kawan pun takde new entri. Mane pergi semua manusia? Haih, menambahkan kebuhsanan yang super duper maksima la kalo camni. 

Semalam aku tido pukul 4 pagi. Kepala macham sarat dengan macham-macham benda tapi sebenarnya tak tahu pun nak kena pikir ape. Banyak kali mengeluh sebelum pejam mata. Encik asben main Candy Crush kat sebelah noticed agak nya. Kalo tak, takkan dapat whatssap berjela dari encik asben tadi. *krik krik.

Tadi, pagi-pagi dah terpacak depan rumah ma aku. Encik asben shoot pergi 2 tempat so kena gerak pagi-pagi. Dah konpem takkan balik lunch, so moh lah kita berkampung di rumah nenek ye anak-anak ku. Takde lah nak boring sangats. Anak-anak tengok muka aku boring, bertambah-tambah boring muka dorang. Kesian.

Terengganu macham dah start musim tengkujuh. Musim-musim camni memang ter-batas sikit lah nak kemana-mana. Sape sanggup nak redah hujan bagai. Dahlah nanti basah kuyup, nak keringkan balik pakaian kemain susah. Tapi, aku takde hal. Aku suke hujan - selagi takde guruh dan kilat. Drive dalam hujan lebat yang mencurah-curah sambil air mata pun turut mencurah laju pun aku dah biasa time ber-chenta dulu. Haha, kagum dengan diri sendiri sekejap bila dihingat-hingat. Aku memang suka sangat musim hujan. Lagi-lagi hujan sesudah subuh. Subhanallah, bukak tingkap nampak tenang sangat kat luar. Terus fefeeling Mohabbatein je bila tengok angin kuat bertiup dengan daun-daun gugur sekali. 



Petang tadi sempat lah aku cod Magic Skincare kejap kat rumah kawan aku. Time tu still hujan-hujan jugak lah. Gila best selalu asyik panas je, now musim hujan, memang syok kalo keluar cod barang. Bak kata Mei Mei Upin Ipin, saya suka saya suka! Borak-borak kejap dengan kawan aku lepas tu balik rumah. Sebab tak planning nak tinggal anak-anak so susu pun tak chill. Dan sampai-lah sekarang encik asben pun tak balik-balik lagi. So, melepak dan melepek je lah dulu kat rumah ma aku ni.

nota kaki: Ini tanda nya aku buhsan. Entri pun dah takde motip. Haih.... masaklah dah pandai keluh kesah mak esah kat belog sekarang ni. Erkk!

Boring Oh Boring


Salam kesayangan,

Arini kan, macham weekdend yang sangat biasa je. Takde ape nak buat pun. Bangun pagi yang tak berapa nak pagi sangat terus je prepare lunch. Sebab kan dah plan siap-siap semalam, nak masak ape hari ni so barang-barang beku semua dah chilled. Jadik pompuan ni memang lah, nak tido sempat lagi pikir untuk esok nak masak apa sepanjang hari. 

Lepas je masak, terus mandikan anak-anak yang dah kepam bau nye sebab mandi lewat kan. Aira dah buat muka tensen sebab rimas kot diapers dah berat. Dahlah budak tu jenis senang naik ruam sebab pelipat banyak sangat dalam diapers. Sejuk oii. Malam Jumaat selalunya hujan. Haha.

Lepas encik asben balik semayang Jumaat, makan lah kami 4 beranak. Tahap kebulur semua sebab skip brekpes kan. Dah kenyang, masing-masing bawak hal masing-masing. Aira tido. Areil tengok kartun. Encik asben masuk bilik kerja dia. Aku, pun masuk bilik kerja aku - dapur. Cuci segala periuk belanga sebab kejap lagi nak ikut encik asben pergi site sebab semalam beliau ajak. Bersungguh-sungguh sental dapur bagi berkilat sebab aku kan jenis berpenyakit - kalo nak tinggal rumah, condition rumah kena tip top berkilat. Sekali lepas siap segala, encik asben cakap tak jadi pergi site, sebab hujan. Ape? Aku ni kan, sejak resign, memang sangat jarang keluar so even dapat ikut asben pergi site je pun kira esaited tu macham nak ajak pergi obersea. Haha. Nak tanak kena pasrah je la. Terus masuk bilik susukan Aira. Lepastu tengok tv. Asteruk ni bila orang boring bukan makin nak menghiburkan. Tensen lagi adalah tengok semua citer ntahape-hape. Lepas Asar, 4,4 beranak terbongkang tido. Dasar keluarga Nobita. Hujan pulak tu, so memang mood nak keluar merendek pun dah turn off. Tido lagi sodap. Dekat maghrib baru bangun balik. Siap-siap solat maghrib ajak asben pergi pasar malam sejengkal je depan rumah aku ni. Beli kuih muih yang patut je, Sebab tengahari tadi memang dah masak banyak-banyak sekali untuk dinner. Lepas tu layan Maharaja Lawak Mega yang tak berapa nak lawak pun sangat minggu ni. Hadui, makin bertambah boring aku arini.



Untuk tengahari dan malam sekali. Senang koje.


Encik asben komplen ikan tak garing. Mane dia tahu? Sebab dia jenis patahkan sekerat dan makan bahagian ekor dan ekor tu pulak yang tak garing. Hurm, sebenarnya dah semua part aku goreng garing, sekali dekat ekor jugak yang di-sport check. Haha. Sori.


budak gembira. Layan kan dia dua beradik je lah arini. 


Sementara tunggu nak pergi pasar minggu.


main pun kat dalam playpen je. Kesian. Haha.


Aira pun dah tido. Areil melayan Tom& Jerry. Encik asben kat luar makan asap. Mata aku nih macham ada harapan je tak tido pulak malam ni. Dahtu, ape nak buat ni oiii..... ?

28 November 2013

Testimoni Magic Skincare

Salam kesayangan semua,

Ni pasal Magic Skincare. Aritu dah pernah tunjuk sedikit testimoni bergambar daripada pengguna Magic Skincare kan? So kali aku nak review screenshot testimoni-testimoni bertulis eh ke bertaip? customer-customer yang menggunakan Magic Skincare. Semua ni fresh dan original from my own customer yeah! Baik sangat hati customer-customer ku ni sebab tak kedekut langsung bagi good review. So jom baca satu demi satu!

*sila kelik pada setiap gambar untuk pertumbesaran bagai juara!





























Amacham, penat bace tak? Sori kalau susun atur pict agak huru hara. Lagi-lagi semua screen shot. Mak pun tak tahu nak susun macham mane sebab banyak sangat. Ini baru sebahagian. Tak larat nak upload semua. Pheww! Korangs rajin-rajin kan lah singgah ke FB daku untuk baca other half review dan testimoni daripada pengguna yang lain. Insyallah, korang pun mesti teruja nak cuba dan rasai sendiri ke-Magikkan MSC ni. 
Ramai yang pm aku lately ni dan tanya pasal Magic Skincare ni masih wujud lagi ke tak? Of cos sayang! Sangat lah selling fast dan pasal tu jugak lah aku dah slow down sket promote kat FB sebab dah tak larat nak catch up stok daripada supplier. Tiap-tiap minggu duk mengulang repeat order daripada regular customer yang siap belikan untuk adik, kakak, opis mate, mak pun ada, so memang stok kadang-kala putus di tengah jalan! Sesak napas aku kejap sebab stok laju macham air. Serius tak bohong kalau korang sendiri pun dah baca kat atas camane hebat nye kesan Magic Skincare ni. Dan aku sekarang memang dah tak update tracking no customer di wall macham dulu-dulu. Bukan bermakna takde kastemer. Tapi rupa-rupanya now ada satu taktik di mana orang lain yang baca tracking no kita tu nanti boleh pergi tuntut /collect sendiri parcel kat pos laju even sebenarnya itu bukan tracking no dan parcel dia pun! Just claim cakap yang dorang tu empunya barang tu je. Lagi-lagi bila ada yang tahu ape isi kandungan barang kat dalam parcel tu. So, kepada kawan-kawan yang tak tahu, maybe korang pun should be beware mulai sekarang. Aku just pm atau sms je direct tracking no kat customer. Tanak menanggung risiko di kemudian hari. Dahlah stock nyawa-nyawa ikan je manjang. Huhu!


Kepada yang nak cuba Magic Skincare ni, jangan segan silu nak pm atau whatssap aku ke 013-9525876. Tanya lah korang nak tanya sampai puas hati. Takde paksaan dalam membeli ye. Cuma macham aku pernah cakap, selagi tak cuba selagi itu jugak lah kita tak tahu sesuai ke tidak dengan diri masing-masing. So, tepuk dada, tanya muka,  nak cantik tak? Nak flawless tak? Ngeee...!


Nah muka pengguna setia Magic Skicare. 

Sekali Menaip, Penuh Satu Page Kau!

Salam kesayangan,

Macham nih la. Anggap je lah entry berkelah mandi sungai tu dah memang takde sambung menyambung lagi dah. Stress aku asyik pikir nak kena sambung ape lagi sebab takde yang best pun sebenarnya. Yelah, kisah mandi je pun, lepas tu makan-makan, lepas tu penat, lepas tu balik rumah terbongkang tido kepenatan semua. TAPI, mendapat jugak lah piknik hari tu sampai hilang rantai leher aku dengan loket-loket sekali. 2 kali encik asben pergi carik tapi memang dah takde rezeki aku nak jumpa balik rantai tu. Atau memang Allah nak bagi aku rezeki rantai emas baru kot, mane lah tahu kan? Haha, hint sangats! *kedip kedip mata gitew

Sebab kan terlalu pikir kan nak sambung entry mandi sungai tu jugak lah, sampai ke sudah belog aku suram tak ber-hupdate. Dasar! Tapi sejak balik piknik aritu, tapak kaki aku dah macham bisa-bisa semacham je. Mungkin sebab aku pijak batu-batu sungai tu yang buat aku terasa camtu. Sampai ke hari ni dah dekat 3 minggu jugak lah rasa ngilu-ngilu tak best kat tumit dan tapak kaki nih. Agak-agak kalo dapat tendang orang boleh lega tak?

Encik asben lagi lah. Beliau kan kerja kederat pagi petang keluar masuk site bagai lepastu malam-malam mula mengadu lenguh-lenguh satu badan. Dapat pulak bini yang jenis tak daya nak urut laki beriya-iya. Baru picit sikit dah lenguh-lenguh tangan sendirik. Mengader! Tapi hakikat memang lah badan ni bila dah banyak sangat guna, kena juga pergi servis dekat pakar. Kalo dapat urut-urut macham dalam pantang aritu konpem lazat nih. Aritu encik asben ada ajak pergi rumah beckham, eh maksud aku ber-bekam. Tapi, ngeri kot tengok dot dot besar nanti lekat kat badan kau. Agak-agak lama mane nak kasi hilang kesan bekam tu kat badan? Macham menarik jugak lah idea berbekam tu. Lagi elok daripada kena guna lintah untuk sedut darah kotor. Fear Factor sangat wei. Ramai cakap lepas berbekam, badan rasa lagi ringan mungkin sampai tahap boleh terbangkan diri tak? okeh tak kelakar. Sebab nanti boleh sedut keluar semua darah-darah kotor dalam badan. Dahla aku ni manjang je period tak datang. Dah dekat 5-6 bulan kot. Last time masa lepas abis pantang, lepastu time bulan pose. Sampai ke arini memang langsung tak kunjung tiba. Normal kot bagi orang yang fully BF cume sebab pengalaman aku dulu time fully BF kan Areil, takde pulak camtu maka memang saje lah tu nak suruh aku start borong UPT kit lagi. Haih, saspen.


Yang ni adik bongsu aku. Sebaya dengan Areil. Very kg girl sangats. Korang nampak tak batu-batu sungai yang banyak tu. Ada lagi besar, budak ni selamba badak je menggelungsur ala-ala slide. Dahlah tak nak bagi sape-sape pegang macham terror je macham otai je. Tak sakit ke belakang awak dik? Hadess, nyesal pijak batu-batu ni. Entah-entah  rantai aku pun ada kat celah-celah tu kot. Erghhh!


Sebelum ber-basah basahan. Aku memang suka dengan air-air nih. Tak sah kalo tak terjerumus sama ke dalam air. Kadang-kadang macham aku pulak yang lagi gembira mengalahkan anak-anak. So? Haha.


Tido memang gaya bebas je sekarang. Takde tema-tema kekdahnya. 


Berturban tapi nampak lurah. tsk! Haha, budak debek dah banyak kemajuan nye. 6 bulan setengah. Duduk dah tegap. Dah boleh letak dalam high chair. Dah pandai pilih-pilih dengan sape nak dengan sape tanak. Gusi dah keras macham nak tumbuh gigi dan dah kena gigit pun! Dah tahu panjat kemudian berjalan tolak walker sendiri ala-ala attendan sepital tolak troli makanan tuuu.Tido pun dah tanak berbuai bagai. Rimas agaknya. Makin bambam tapi macham makin tanak bf sebab sibuk nak main. Ke awak nak diet dalam diam kot dik? 

\

Dan my abang besar, memang dah nampak sangat 'abang' nye tu. Cakap dah petah. Boleh paham banyak soklan yang ditanya beserta jawapan yang tepat. Kadang-kadang siap dia yang betulkan kita pulak. Ada sekali tu time aku tengah syok layan tv, si Areil ni panggil aku 2,3 kali tapi aku tak layan sebab tak dengar kot. Sekali diberinya salam kuat-kuat camnih hah, "Assalamualaikum mama....!!! Heiiii mama! " terus lamunan mama terhenti gitew. Amboi, kecik kecik dah pandai psiko. Papa ajar ke? Lepas tu mulut ada manis. Pandai je nak tackle mama papa. Kalo dalam kereta memang takkan duduk sorang-sorang kat belakang tapi suka nak menyelit duduk kat armrest tu. Kan ke bahaya. Lepas tu sebab tanak bagi mama papa marah duduk kat situ, pandai je lah sibuk cakap sayang mama papa lah, kiss mama papa la, dan latest pandai sebut i lebiu mama, i lebiu papa. Ewah, pun papa ajar lettew!


Dan mama nye yang gediks, ektibiti hujung minggu macham biasa lah mekap-mekap pengantin. Cuti sekolah camnih memang berlari-lari anak jugak lah aku. Syukur, rezeki semua tu. Dapat pulak pengantin super spontan lagik seporting. Memang enjoy je lah.



Gwiyomi versi tua bangka sikit. Hikhok!

Okeylah, rasanya dah melebihi 3 helai kertas kajang pak malau kot karangan aku malam ni. Dah cukup syarat kertas penulisan spm. So titik dulu. Tak janji  bila pulak next update, so jangan tunggu. Bai.

16 November 2013

Mandi Sungai

Salam kesayangan semua,

Mak fenat sangat arini uolls. Gara-gara sakan mandi sungai siang tadi, sape suruh? So inilah bahananya yang aku dapat. Kaki kiri dan macham tak boleh nak berpijak di bumi yang nyata. Siang tadi sibuk main sepak-sepak air konon nak sakat kanak-kanak, sekali malam ni aku yang menderita lenguh-lenguh semua. Fadan muke aku. Esok merasalah mekap kastemer ambil berbaring. Mampu? Hukhuk!

Setiap Jumaat adalah satu-satunya hari yang kami laki bini akan buat aktiviti family. Piknik ke, merewang ke, pergi pasar malam ke, balik rumah FIL ke, tak kisah lah mane-mane janji dapat bawak anak-anak sekali. Itupun kalau kebetulan aku takde job mekap atau takde kelas mekap. Encik asben mostly memang free setiap Jumaat je pun. Tadi encik asben bagi optional ; nak pergi piknik atau window shopping, dan aku pilih PIKNIK!!!! Sila bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tak pilih window shopping - even sebenarnya dah rindu giler nak keluar cuci mata kat mall-mall nih. Congak-congak dah dekat 4 5 bulan tak keluar shopping mana-mane sebab memasing sibuk. Macham encik asben cuti sehari je Jumaat tu so kesian plak nak ajak pergi jauh-jauh. Aku plak, Jumaat Sabtu memang bizi dengan berus je. Jarang sangat free. So kalo free, silalah berehat je kat rumah. Huhu.

So laju-laju roger ma aku. Harus lah hangkut sekali bala tentera adik adik aku join sekali. Ape barang mandi sungai gedek-gedek 4 beranak je oi. Baik mandi bath tub! So masuk dapur cepat-cepat siapkan nasik ayam nak bawak bekal. Sebab masa dah time eh dah suntuk so aku masak nasik dengan buat sambal, ma aku goreng ayam dan buat sup. Voley masak nasik ayam dekat rumah asing-asing camtu? Haha, lantak janji cepat. Dah aku terlajak cepat pulak, sempat buat sosej roll. Tau je lah nanti dah sejuk beku berendam konpem carik kudap-kudapan jugak. Lepas tu tapau sekali creamy carbonara belen aku masak untuk brekfes tadi. Okey la tu. So, dont piknik lets piknik bebeyh!!!











*entry bersambung. =)


14 November 2013

Terukkk!

Salam semua,

Sebenarnya banyakkkk sangat nak setori tapi MALAS nak taip. Malas takde lah nak berapa malas sangat tapi lebih kepada tak sempat kot. Aira kan dah semakin melasak. So nak kena lebih pay attention lah kat beliau. Dah lah sekarang tido pun kejap je saje je dengki tanak bagi mama berbelog lettew selebihnya nak melasak saje. Semua sofa ke almari tv ke tangga ke dia dah panjat lepastu tangan tanak tu saje je nak handsfree - berlagak dewasa sangat eh awak?? 

Eh aritu bajet nak mintak suggestion korang guna diapers ape yang bagus sebab Areil tido setiap malam wajibulghunnah memang tembus diapers okeh. Tak tahan la aku nak tukar cadar setiap hari dah kalah orang baru nikah pulaks. Tapi takpe dah jumpa diapers yang berjaya menangkis kebocoran dan ketembusan itu. Hehe. Now senyum lebar lah mama.

Arghhh, dah stuck pulak! Dah tak tahu nak taip ape lagi dah. Nak kena download Pocoyo dan Upin Ipin banyak-banyak dulu. Nanti-nanti sambung lagik. Tak pun kejap lagik aku sambung. Ok bai.


Jom muntah sebaldi. bai.

31 October 2013

Lip Mask Mary Kay Yang Meletop Kebabom!


Alamak, dah ter-post entry tadi baru teringat sesuatu. Kepada sesape yang bertanyakan pasal Mary Kay Lip Mask tu - yang tetiba meletop sebab entry review aritu, sebenarnya Lip Mask tu pre-order. So kena tunggu paling lama seminggu camtu lah. TAPI, aku lupa nak bitahu yang sekarang ada ready stock dengan aku. Aku ter-lebih baik hati plak stenbai order banyak-banyak siap-siap. Tapi.... *berapa banyak tapi daaa aku nih banyak tak banyak jugak lah tinggal lagi 4pcs je lagi. Ramai pulak yang order 2,3 hari lepas. Itu pun lip Mask je lah yang still available. Lip Balm dah yillek sonelek *mati la kalo ada indian bace hape aku mengarut nih. Kalo nak jugak, kena tunggu kejap sebab pre-order okey. Tak lame pun, seminggu je. Pejam celik pejam celik kejap je. Harga lip mask satu rm45 sahaja. Add pos rm7. Sape nak order, cepat pm atau whatsapp aku laju-laju ke 013-9525876. Tak perlu tunggu sampai esok ye. *cewahhh, tetiba pinjam tagline Court Mammoth puleks.


Sekian saje laporan hari ini. Majulah Mary Kay untuk negara. Bai. 

Salah kan aku ke salahkan hormon?


Aku pening-pening dan sakit kepala.

Tapi,




























Takde muntah-muntah pun.
Takde ngidam-ngidam pun.
Dah test UPT - negatif je pun.
So tayah nak men-termengandung kan aku sangatlah ye. 
Haha.

Tapi memang pening-pening lalat pun aku nih. Semalam resdung menyerang. Gara-gara menadah muka depan kipas angin yang adik aku beli. Besar semedang kau! Sedut habis semua debu-debu yang ada. Lagi lah lepas dengar cerita sendu encik asben semalam, haha. Lagi senak kepala ni. Balik je rumah aku laju-laju telan ubat resdung, lepas tu tido. Areil plak tetiba je nangis dekat-dekat nak subuh camtu. Ngigau hape ntah. Kalut laki bini pujuk sebab tanak si kecik plak ter-bangun. Baru je nak lelap balik, dah subuh. Itupun dah terlajak gajah subuh kami. Lepas tu sambung balik tido kejap - Aira time tu dah bangun ajak main. Itu yang kepala macham ting-tong je sampai ke sudah. Tak cukup tido atau sebab tido yang terganggu. Pilih lah mana-mana satu kan.



Hari ni dah hari Khamis. Esok ada kelas mekap kat Kerteh. Check organizer, eh, esok dah NOVEMBER rupanya. Lepas tu check balik organizer, esok takde pun kelas mekap, tapi minggu depan. LOL. Nasib baik check. Lepastu upload jadual mekap kat I.G tujuan nye nak remindkan diri sendiri dan kastemer tup-tup sorang kastemer perasan aku dah tersilap save tarikh event dia. Pulak tu ada clash dengan sorang lagik kastemer. Cari punye cari, tak jumpa contact kastemer aku tu. So camane nak re-confirm kan event memasing? Deng ahhh!!! Nasib baik aku upload list job aku. Ape kena ngan aku arini? Semua benda pun salah. Haihhh! Ingat kan lepas mandi okey sikit, tapi ini dah macham makin lagi lemau ade lah. Nak update cuti-cuti Malaysia baru-baru ni pun malas. Ok itu je nak mengadu. Bai.

nota kaki: btw trip to Penang dah postpone. So 29, 30 november 2013 still available untuk tempahan mekap atau personal class make-up. Macham biasa, pm fb aku *kelik je kat sidebar atau whatsapp aku 013-9525876.

30 October 2013

Review : Mary Kay Lip Mask dan Lip Balm


Salam kesayangan,

Neenooo...neenooo!!! Sape kat sini ada masalah bibir kering? Pecah? Merekah? Okey kalo dah tahap merekah, biarkan. Sebab merekah kan bak delima. Cantik kate nye. Hikhik *tolonglah. tak lawak okey.

Okey fine, a bit melalut. Sebenarnya nak bitau ni, Mary Kay ada satu set produk khas untuk uolls yang suka nak belai belai manja bibir molot korangs. Yelah, muke nak cantik, hati nak bersih, tapi bibir takkan nak biar kan merekah rekah? Kasihani-lah bibir. Mereka pun nak jugak merasa dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. 

So ape kata uolls try set Lips treatment Mary Kay - yakni Lip Mask dan Lip Balm. Anda, mostly yang kental berlipstik setiap hari, yang mengalamai masalah bibir kering, warna bibir gelap atau tak sekata, serta pecah atau merekah, sangat lah highly reccommend to try this set. Sangat lah best kesan nye sebab aku pun salah seorang pengguna set ni okey. Seminggu sekali wajib sapu lip mask ni kat bibir, lepas tu gosok pelan-pelan supaya sel-sel kulit mati akan tertanggal dan menjadikan bibir lebih licin, mungil dan kemerah-merahan. Memang best sangat sebab end up bibir nampak cerah dan segar. Bila sentuh pun licin sangat. Lepas tu, sapu je lip balm. Lip balm ni boleh pakai hari-hari. Even sebelum pakai lipstik sekali pun. Fungsinya nak melembapkan dan memulihkan kembali kerosakan pada bibir anda. So nanti bila bibir dah cantik, nak pakai lipstik pun senang. Oles je, terus lekap kan? Lepas tu warna lipstik pun senang nampak. Tak payah nak tenyeh berlapis-lapis. 


perbezaan warna bibir sebelum guna lip mask dan selepas ber-lip mask.

So sape-sape yang rasa nak manja-manjakan bibir uolls, jom lah grab set ni cepat-cepat. Lets start from today. Peliharalah bibir anda elok-elok. Takde bibir seksok, nak pakai lipstik acane? Masa tu baru nak nyesal? Dah tak gune...!!! *terus libas rambut gaya samseng sket.

Satu set ni cuma rm80 je pun. Nak beli satu satu je pun takpe sebab si kembar ni bukan kembar siam - so tak melekat. eh motif? Macham biasa lah, sebarang pertanyaan dan order boleh pm FB aku ataupun, terus whatsapp ke 013-9525876. Ingat, nak cantik jangan malas ye!