Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

19 May 2011

Hari Guru Guru

Korang dah bace belom kisah tauladan yang aku ajar semalam? Kalau dah, bagus lah. So arini meh bace kisah Sambutan Hari Guru Guru kat sekolah aku lak *dah macham slot mari bercerita la pulak belog aku! Eh tapi kenapa aku nak sibuk cerita jugak pasal Hari Guru nih? Aku bukan guru pun kot. Cikgu pun tak? Ke cikgi? hikhikhik.

Isnin lepas aku rasa semua sekolah Mesia pun selebret Hari Guru kan? Zimbabwe tak tau la pulak aku. Paling tidak pun, mesti bace ikrar dan nyanyi lagu Guru Malaysia kan? Kalo tak jugak, memang agak hati batu sikit la kot sekolah korang tu. Ehh! 2,3 minggu sebelum sambutan, sekolah aku dah start meeting. Agenda utama selain acara dan tentatif program, mestilah nak tahu pakaian beragam ape kali ni yang nak kena laram kan? Ke memang aku je sorang esaited nak tahu? Sekolah aku memang setiap tahun WAJIB melaram pakai baju batik sekolah yang memang setiap tahun pun bertukar corak dan kaler baru. So tahun ni pun same. Blerghhhh!!! Sepakat membawa berkat kate, masing-masing ter-paksa redha ke pasrah? dengan arahan pihak atasan supaya melaram lah kamu dengan baju batik baru sekolah. Dahla kain masing-masing baru je dapat. Warna dan corak kesukaan ramai pulak tu *ohokohok! Terpaksa lah berkejar carik tailor weh. Lagi beberapa hari nak hari Guru, dapat pulak titah perintah pihak berkenaan suruh seragam kan kaler tudung semua guru. Okey fainnnnn!!! Lepas ni dalaman punyer nak seragam jugak tak? Dah settle semua meeting, kerja, tetak menetak, gaduh semua kehkehkeh, maka hari yang di nanti pun tibe...!



 Aku join acara cucuk jarum masuk manik, eh ke cucuk manik masuk jarum? Tapi kenapa aku? Sebab aku paling muda trang tang tang dalam group aku so assume mata aku la ye paling clear? Baeklah. Keputusannya? Kalah dan dapat sagu ati je tau! Dapat mug okeh! Sebab ada lalat comel sibuk kacau-kacau aku. Menyampah lah. Bising je sibuk panggil-panggil nama aku time nak konsentret nih. Grrr!!!


 time aku tekun men-cucuk tu la boleh lak lalat comel tu nak tegur, eh besor nye tangan aku dalam kamera! shit betol. Mane ade kan? aku dahla pantang betol dengan perkataan besor-besor ni. lain lah asben. eh!


itu bulus mata asli aku. hebat tak? pakai losen mustajab pati halia, bulu memang akan lebat dan panjang camtu. haha!


Games kitorang on serentak. So sementara aku cucuk manik, sorang akan kupas mempelam, sorang ikat eskrem, sorang susun puzzle dan sorang lagi (takde dalam gambo) akan kopek daun kelapa buat penyapu lidi. Eh bukan kopek kan? ke korang panggil ape ek? Sebab org terengganu panggil 'raut' lidi je. Cikgu-cikgu lelaki pun sibuk jadik lalat time games ni. Kacau cikgu-cikgu pompuan. Cucuk mata dengan pisau korang nak?


mekap banyak-banyak ni semua untuk games solekan oleh cikgu-cikgu lelaki. Dorang devide kepada 2 games; memasak dan mekap-kan kan murid-murid prasekolah. Aku and the gang sebagai organizer dan juri games nih, so ter-paksa lah meng-pow mekap mane-mane cikgu pompuan yang ade banyak mekap - termasuk mekap aku la tu. hukhuk


  pandai nye pilih tone bedak kan? sesuai dengan kulit. ahahaha!


big bos aku. kebetulan anak dia join so dia mekap kan anak nye la. Dapat no 3. Mebi sebab dia pandai buat shading hidung. hahaha! hasil mekap semua aku rasa better tayah tunjuk kot. Ngeri okeh. Bulu mata terapung macham tempek kat kening je aku tengok semua. kahkahkah!



After dah selesai games semua, turn murid-murid prasekolah kitorang perfom tarian lak. Kitorang prepare dangdut okeh nok! Aku tolong tolong mane yang perlu je time nih. Tolong manage kan student dan tacap-tacap mekap dorang je. Sebab time dorang siap-siap kan budak, aku berkejar-kejar handle games. Ade ke patut pilih mak buyong jadik AJK games kan? Semput aku!


So inilah baju kebanggaan sekolah aku tahun ni. Meriah dan menarek kan kakak bunga? *ohokhokohkohkoh ngeri! Masa meeting decide nak pakai tudung kaler orem, laju-laju aku angkat tangan mintak excuse sebab alasan aku bukan cikgu, so nanti sessi bergambar aku takkan join, tak cacat la gambar kan? Last-last bos caras pasal selagi aku kerja kat sekolah dan anak-anak murid aku panggil cikgu, maka assume aku pun cikgu same - dan otomatik gaban lah aku kena pakai tudung orem jugak lah gaya nye! Padahal masa bergambar memang aku tak join pun sebab sibuk menyedut milo o ais kat kantin sorang diri, terus diri ter-missed sessi ber-gambor. Wahaha! Buat rugi je la aku beli tudung orem ni!



Inilah lalat comel yang sibuk bising kat telinga aku time games. Tak puas ati lah aku team dia dapat nombor dua. Pun dapat mug jugak. Tapi vantage design. Lawo pulak tu! Kedengki betol aku.




Tengs untuk anak-anak murid aku. Dan untuk ex-anak murid yang sudi lagik nak hingat kat aku. Dahla nyaris-nyaris beg isi hadiah aku hilang. Tup-tup semalam jumpa balik. Terharu aku sebab pergi sekolah arini pun still lagi dapat gift daripada student-student yang absent time hari guru lepas. Harap taun depan up lagi hadiah ek? kehkehkeh!

So overall, sambutan tahun ni still meriah macham tahun-tahun lepas. Even tahun nih anugerah Guru Pakaian Tercantik dan ape-ape Tercantik dah tak di-senaraikan *saje kan takut aku bolot semua? tapi at least anugerah Guru Paling Cas Ligas, Guru Senyum Sokmo, Guru Tiga Rasa, Guru Paling Tertib Terni memang best. Pandai betul murid-murid tahun 6 vote. Memang ter-baek la pilihan korang. 


Paling best kategori Guru Paling Tua pun ade. Dan nasib baik aku tak ter-pilih. Hehehehe. 

18 May 2011

Mari-Lah Kita Belajar Peribahasa Ini

Salam korang,

Macham lama je tak hupdate belog. Ade yang rindu tak? *hukhuk.
Sebenarnya kan, tetiba jer rajin nak hupdate arini pasal rasa nak share satu benda kat korang. Pernah dengar tak pepatah Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran? Tapi yang aku nak cerita takde pulak barang yang di kendong dan dikejar, tapi situasi nye tak lari jauh la, iaitu yang DI POS.... 

Bebaru ni aku ade lah ter-sopim online beberapa bijik barang mekap untuk topup mekap aku yang dah nak meng-abis tu. Maklum lah musim-musim mengawan cenggini, stok mekap takle putus. Merana aku nak buat kerja nanti. Dahla kastemer sekarang dah pandai request  mekap nak yang macham-macham okeh. Nak mata kalerfull la, nak pipi cam injek botox la, nak mekap efek 3D la. haha, gembira aku mendengar nya. So dengan ekonomi ter-semput-semput di tengah bulan ni, aku terpaksa la order online je dulu. Nak naik KL dan sopim Mac? Yang tu kena tunggu abis musim mengawan. Bawak duit seguni terus. Kehkehkeh.

Berbalik kepada cerita tadi, lepas je order dan bank in duit kat owner belogshop tu, aku pun tak sabo-sabo nak tunggu barang tu sampai rumah. Lepas dua hari tunggu, barang tak sampai-sampai lagi. Aik? Kepala aku time tu memang asik teringat-ingat je kat barang-barang yang aku order tu. Selalunye aku relaks je pun, takde pun mengada-ngada nak esaited sangat tunggu parcel nih. Tibe-tibe je aku kan? So hari ketiga, time tengah kerja, kepala still teringat kat barang-barang aku tu. So aku call rumah, tanya ade tak barang aku sampai dan ma aku jawab ade. Yes. Suke okeh. Time aku kirim Mac kat si Amy aritu takde lak aku esaited lelebih camnih. Ngehehehe.

Abis je kerje, masuk kereta, terus aku bitahu kat asben tak sabo nak balik rumah tengok barang yang sampai. Ter-sengih-sengih la aku sekor sekor kat dalam kereta. Haha. Sampai rumah, ape lagi, terus la aku bukak plastik barang tu. Punyerlah susah nak kopek plastik Pos Laju tu ya rabbi, macham nak bakor je terus. Dahla orang tengah esaited, plastik lak liat cam mamfos. Tapi gigih jugak dengan asben, sama-sama bukak baju plastik tu. Jeng-jeng!!! *efek saspen sketttt!!!!




Tu dia salah satu mekap yang aku order!
Sape-sape yang pernah guna produk MR nih mesti tahu betapa best nye bau Mekap MR nih. Termoncong-moncong hidung aku cium bau wangi time bukak plastik Pos tu. Hihi.


Dan bila bukak isi dalam.
eh?



eh eh?



tengok dekat sikit. nak nampak lagik, kelik gambo bagi besow punyer.

Maka bermula lah drama air mata gumbira ke-vavisan aku sebaik sahaja menatap mekap aku yang pecah berderai tu. Airmata aku time tu laju je turun cam waterfall sampai asben kena tepuk pengakap eh tepuk-tepuk bahu aku dan pujuk aku yang dah macham orang kena sampuk hantu kak limah pun ade gaya sedihnya. Ini jugak kali ketiga Pos Malaysia dah buat taik kat bebarang aku. Cerita selanjutnya? Aku malas nak setori lelebih. Nanti tak memasal lak naik mahkamah kes aku ni. Bukan ke ade lagi kes penting yang nak guna court kate? Blerghhhh!!!!


Dan, inilah yang dikata, Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran, Yang Di Pos Pecah Ber-derai deraiannnnn. Sobssssss....!!!!

06 May 2011

Hari Selamat!





Selamat Hari Ibu untuk Ma dan Cik!
I Love U Both.
And love ur anak jugak ye cikkkk....
hehehehe!


And Hepi Mother's Day jugak untuk semua ibu, mama, umie,emak, mommy and watever u called for the women who is 'mother' di luar sana. 
Sekarang saya dah mula 'rasa' ape yang setiap ibu 'rasa'. 
I'm feel so GOOD....^____^ 

05 May 2011

Kisah Benar Seorang Mak Andam yang Teraniya!



Situasi ini pernah berlaku satu ketika dahulu. Long long time ago punyer stori....


Bayangkan setiap kali keluar mekap, aku terpaksa usung 2 ketul beg mekap dengan hazab sekali sebab berat nak mamfos la ketakan tak caye meh sini datang timbang, pikul dslr asben yang aku pinjam seketul dan bawak henbeg berat berisi coins yang banyak senang nanti nak cucur duit kastemer. Tibe tibe sampai je kat rumah pengantin, dorang pun cakap camnih,


"akak nanti mekap kita simple-simple dahlah ye. Base tanak tebal. Mata tanak kaler camtu, muka tanak camni, bulu hidung mata tanak panjang sangat, kaler lipstik pun tanak warne biru bla bla bla...."


Lalu aku pun angguk angguk walau pun dalam hati geleng-geleng. Awat la tak bitau akak awal-awal dik? Kalau tahu camtu je nak, akak datang bawak bodi je dik. Tak pun datang bawak lipstik sebatang bedak+eyeliner seketul dahlah. Bawak pun dalam poket. Takde nye di-pikul di-heret segala benda alah yang berat tu. 


Niat di hati nak je aku jawab cenggini,


"Dik, apekata awak mekap sendirik je muka awak tu. Sebab akak rasa lah kan, awak lagik tau kot ape yang muka awak nak. Akak ni langsung tak tau satu benda pun pasal mekap-mekap muka orang ni kot" Lantas aku campak berus-berus ke muka dia. Boleh tak kalau nak buat camtu? Tapi di-sebab kan ayat shit nih sentiasa wujud dan berlegar - Kastemer always rite kastemer alway rite - ceh, terpaksa lah aku ketap bibir sendirik sampai berdarah. Nanti balik rumah ketap bibir asben plak tengok. Eh.


Lepas pung pang pung pang mekap kan dorang, maka sessi ketap bibir itu pun berakhirlah. Lepas si kastemer tu telek men-tetep muke nye tu, maka ter-bacul lah eh ter-pacul lah kata-kata hikmahnye,


" Haa camnilah saye nak kak. Cantik lah. Simple je. Tanak lah mekap yang selalu orang buat sampai nampak macham hantu tepung lari dalam guni tu. Macham nih pun dah cukup cantik kak" sambil sambung ter-sengeh-sengeh prektis senyum depan lemari baru beli.


Haihh, mata ko juling ke dik? Hakikat nye memang takde nye aku nak ikut sebijik sebuntat kehendak tak munasabah ko tu. Yang tu ko mekap sendiri pun boleh, tak perlu nak hire mak andam bagai okey. Aku buat kerja aku macham biasa. Step by step mekap aku tak skip. Ape yang kastemer lain guna, yang tu jugak lah aku tempek kat muka ko. Walaupun ikutkan hati, macham nak je tolong pupurkan bedak talkum baby je kat muka ko time tu. Kate nak simple mimple kan? Lagi pun bukan kerja aku nak meng-burukkan wajah orang. Aku nak kastemer tampil cantik dan gojes dari biasa okey. Kalau dah hari-hari sebelom ni ko dah selalu mekap camtu, takkan big day camtu pun muka nak kena biasa dan sama je kot? Sia-sia je ko bayar beribu cehcehceh kat mak andam sekali ko nak mekap taraf-taraf mekap macham nak pergi pasal malam je pun. Haih....*tarik napas panjang sket. 






Akak rasa lah kan, Jenab jual beger pasar malam sebelah rumah akak lagi vouge daripada yang ko nak dikkk.






Sia-sia je akak pergi melebur duit asben kat Mac selama ni!


Sambil senyum tak berapa nak kelat tak berapa nak pahit, aku pun packing barang-barang mekap semua siap-siap nak balik. Selalu nye time tuhla kastemer aku akan settle kan semua payment dorang. Cash. Takkan nak bagi cek kot? haha. Sekali kastemer tadi pun cakap,


"So payment saya kira half je la kan kak? Sebab saya mekap pun simple je. Barang akak pun tak banyak guna. So ini payment saya. TQ ye kak. Saya suke mekap akak ni tau.... blablablabla lagi"
















































*pengsan aku okeyyyy!!!!!!!






















































Ahhh kejiii!!! Lepas ni kalau ade je lagi kastemer yang dan dan pesan nak mekap simple mimple konon macham makhluk-makhluk di atas, dan dan tu jugak la aku packing dan bawak balik terus semua barang aku. Aku cancel job okey!



muka sikit lah punye innocent camni pun tak kesian ke? haihhh.

24 April 2011

Kegemaran Saya Lah Ni!




amaran: orang pegnen tak elok tengok pict ni lama-lama. kenan kat anak dalam pewot nanti sape susah?
*kalo kenan tengok muka cun takpe la jugak. muahaha! 



 eh, camne nak act bagi pewot nih nampak boyot ek? letak belon ke bantal ke kat dalam baju  aci tak?


kesayangan mama dan papa inside ^__^



okeh, sekarang kita  cube kekdah mendada, eh mempewot. so dah nampak boncet dan boyot kan? kan? Ades deh deh ter-geliat pinggang!
*pelis la cakap nampak. pelis pelis pelis =(


my 19 weeks 4 days tummy. 
*kredit to gambografer saye!


our love. our love. our love.




Bukan senang tau kitorang nak spent weken camnih sesame. 
Kena ber-janji ber-epoimen merajuk bagai dulu baru lah ter-makbul.
Sebab selalu nye sorang ke hulur mengusung sang kamera, sorang lagik ke hilir mengusung sang berus-berus nye. 
Tengs a lot for a wonderful time semalam ye mucuk.
ailebiusomuchmuahhhhh!!!


































erk, ade sesape ter-muntah ke? maaf lah. 

23 April 2011

Panas Panas Panas

Its a hawty day aite? Ke kat korang semua ujan petir ribut sementara? Kat sini super duper la panas! Ma cakap kalo jemur ikan kering cepat je kering. Tengok jam pukul sebelas, pukul doblas, pukul 2, haih... lambat nye malam. Tak sabor nak malam.  Sebab orang cakap se-panas-panas malam tetap tak sama ngan panas siang kan? Panas malam best je. Huhu. Opss, tak tahuuuu! Adik Ara@ my new young sista dah menangis-nangis tak selesa. Kakak dia pun kalo boleh nak nangis same kot. Time nih terbayang-bayang ekon kat umah. Pergh, nyaman je bukak kuat-kuat pastu tergolek atas katil lepas mandi. Slrpppp!!! Since pegnen, aku dah stop terus switch on ekon kat rumah atau memana. The reason is, aku mabuk ekon sangat sekarang. Consider used the fan je lah kan baby mama. Huhu.




Btw, petang ni nak dating lagi. Yeayyy! Tanya asben tadi, asben dah setuju. Promis kan mucuk? Lama tak snap pict outdoor. Kekonon petang ni nak outing shoot gambor my tummy nih. Dah nampak dah sket pewot ni. Sebab baby pun dah besow. Memalam baby suke sangat mengeras kat dalam perut mama, pastu bunyi heartbeat baby kemain kuat ek? Dup dup dup dup! Pastu semalam baby dah start kick halus-halus je kat dalam pewot nih. Bagus anak mama. Itu tanda baby dah besow. Mama ngan papa suke sangat-sangat tau. ^___^


Minggu nih last weken aku rest-rest kat rumah. Sebulan kat rumah ma ni, weken aku memang ter-heaven giler. Makan, tido, ber-tenet. Tu aje keje. Kalo pasnih pergi klinik tak naik-naik jugak berat badan tak tahu lah kot. Aku makan ati la pulak pasnih. Huh! Minggu depan dah start mekap balik. Tangan dah keras lama tak pegang berus. Kot-kot eyeshadow ngan lipstik pun aku dah ter-tukar. Haha. Musim mengawan pun dah nak start balik kate. Dan dah tak lama jugak, dah nak sampai enibeseri kitorang yang pertama. Eh, rasa macham baru semalam je kawen kan mucuk? Tapi tak sure la kot-kot aku sorang je yang notice, asben ingat ke tak ni eyh? Kang ade entry merajuk lagik kang pasnih...!


nota kaki: tapi sebab cuaca panas giler nih, memang cam malas giler lol nak kuor. Kita gi tengok movie je la malam ni boleh tak mucuk?

22 April 2011

Pem-Folo Me!

Omak aih! 
Naik pening tengok follower aku.
 Kejap naik kejap turun.
Kejap banyak kejap sikit.
Kejap hepi kejap lagi sakit ati. 
Dah macham turun naik saham dah gaye nye. 



























Aku hidden terus kang......!!! 

19 April 2011

Asben Ku Seorang Nujum.

Asben ter-bace entri nih. Dia cakap aku kena update balik ape yang dah jadik lepas post entry tu. *nih la padah kalo asben jadik silent reader. Erk, nak kena cerita kat sini ke? Ala, ala, aiii malu laa....! *pang!! lempang sebijik!


Okeh lah. Meh aku buat sambungan nye. Tiba-tiba...! Eh. Tak lama lepas post entry, asben tup tup sampai umah. Macham superman je terbang laju. Hajaib tak? Tak sempat pukul 10 pun lagi asben dah sampai. Macham yang aku cakap, aku memang pejam mata siap-siap. Tapi tido olok-olok je. Patah hati beb. Baby pun merajuk same kot. Eh ke mama je merajuk sayang? Huhu. Even dengar bunyik asben masuk bilik, aku pejam je mata. Tido-tido katok. Asben datang gosok-gosok aku - gosok-gosok pewot aku. Tapi baby kat dalam pun diam je kot. Sebab aku dah pakat ngan baby buat-buat tido. Huhu. Di-sebab kan dah gigih sangat nak merajuk, hati kena cekal. Jangan mudah patah semangat kata. Eh, takpe ke aplikasi dalam situasi camnih? Haha. Asben pujuk kejap, lepas tu dia keluar bilik. Mebi dia bajet aku dah betul-betul tido kot. 


Tapi tak lama lepas tu, asben masuk bilik balik. Jeng-jeng jeng! Asben kejutkan sekali lagi dan ajak aku keluar - makan! Yeayyyy!!! Time tu hati memang dah berbunga riang. Sebab perut aku memang dah lapor sesangat. Memang sengaja tak makan petang sebab nak tunggu asben keluar makan sesama. Asben plak macham tau-tau je pujuk aku ajak aku keluar makan. Bijak macham nujum tak asben aku? Tapi merajuk punye pasal, aku tahan lagi. Gigih. Pejam mata rapat. Buat-buat tak dengar. Asben pun apelagi, bagi ayat-ayat sahdu dah time tu. Siap macham ayat kanak-kanak saluran Astro Ceria pun ade aku dengar. Asben cakap camni tau, 
'Jomlah mama, kita kuor makan. Papa tahu mama tak tido lagi. Papa nak makan ngan mama, nak makan ngan ngan baby. Kita kan satu keluarga. Baby ngan mama mesti lapo nih. Papa pun lapo nih. Jomla mama' Huuihh, ko berdosa tau bagi suami merayu lama-lama camtu. Apelagi, dengan airmata bergenang sahdu, aku bangun ber-siap-siap keluar makan. 


Sampai kedai makan, order la ape lagi kan. Nasi putih, sambal belacan, daging masak merah, ikan siakap masak tiga rasa, kerang bakar. Pergh, tu dia menu untuk orang merajuk. Last-last lepas makan, terus lupa dah hal merajuk-rajuk tu. Hati pun dah sejuk. Perut dah kenyang, even tak sampai lagi hajat nak makan ikan stim malam tu tapi takpe lah. Next time ade lagi. Tak sampai ati tau aku nak merajuk lama-lama dengan orang yang kita sayang nih. Hal kecik je pun. Tapi tuhla, bila pegnen nih hal-hal makan pun boleh jadik isu nak merajuk. Sensitip betol aku sekarang nih *macham ler dulu tak! Cuk, sori ye sayang =[




asben aku bukan nujum. Time dia keluar bilik, aku agak dia ngadap pc dan dah ter-baca status fb aku atau post nih kot. Betol tak cuk???


*kelik untuk tumbesaran!

16 April 2011

Besar Menggunung Harapan Se-Orang Istri Dan Dot Dot Dot

Arini asben pergi kursus lagi. Semalam sebelom maghrib dia dah sampai rumah. Tadaa! Ada harapan lah malam ni nak ajak dia main eh dinner kat luar kalau asben sampai rumah macham semalam. Besar nye harapan aku sampaikan tadi sebelom keluar asben tanye nak dia belikan ape ape tak, terus je aku cakap tanak ape-ape sebab nak dia balik cepat. Nanti kang kalo aku kirim beli ape-ape mesti dia kena menyinggah mana-mana belikan. Kata nak asben sampai cepat kan? Sanggup je tak kirim ape-ape okeh. Dari petang tadi dalam kepala dah plan nak dinner makan nasik putih lauk tomyam campur+sotong celup tepung+daging masak merah+ikan masak stim+sambal belacan. Heaven ohhhhh!!!! Meleleh airlior! Dan tadi....








































































































Asben sms cakap malam ni dia balik lambat yang tak berapa lambat sangat. Sebelom 10 atau mungkin 12 malam dia sampai rumah. Okeh fine. Malam ni aku nak tido ber-lapor dengan baby. Jangan sape-sape kejutkan aku. Selamat malam dinner kat luor * air mata bergenang.




*tajuk entri sebenarnya 'Besar Menggunung Harapan Se-Orang Istri dan Baby Dalam Pewot! Tak Sanggup Nak Taip Tadi. 

15 April 2011

Jualan - Musim Pertama

Okey kali ni tanak cakap panjang. Bukan masa untuk merapek repek jual kerepek. Tapi nih aku nak let go a few things dengan harga murah-murah. Semua nih barang yang aku baru je beli tapi sayang seribu kali sayang aku tak sempat nak lenjan semua sebab aku dah mengalami simpton-simpton alahan yang amat dasat terhadap mekap. Blergh....!!! So daripada semua barang ni ter-bior dan ter-expired, better aku jual kat sini dengan harga yang murah-murah sajork. Jom cekedauttt!



spray energizing visage from Body Shop ni fungsinye sebagai face mist untuk segarkan wajah  yang letih dan tak bermaya. Spray ke muka sebagai finishing after siap mekap dan fungsi nya jugak kekalkan mekap dan bagi efek glowing gitewww! Aku beli dengan harga rm45 tapi aku nak let go dengan harga rm30. Baru 2,3 kali picit je nih. Oh btw spray ni berbau lemon. Fresh sangat okey.


Mineralize foundation Sendayu Tinggi ni pun aku baru je pakai sikit. Boleh tengok level nye tru pict above okey. Aku dah lupa beli berapa hengget tapi now aku let go dengan harga rm28 saje. Sesuai untuk untuk kulit medium to dark. Untuk yang tak suke coverage tebal dan tertempek ke muka, mebi this produk suit for u sebab liputan nya sangat nipis dan tak terasa bermekap. 


*sold to CPB
BB cream Sunplay ni plak aku beli dengan harga rm29++  kot. Pun dah lupe. Now aku nak let go dengan harga rm20. Sayang pulak kalo nanti  dibirkan kering ke expired camtu je. Macham biasa, BB cream ni banyak sangat function nye such as berfungsi sebagai sunblock, concealer, foundation, memutihkan kulit, anti penuaan and others. Tak ter-bilang dah aku. Sesuai untuk dry to normal skin.

Setakat ni aku open 3 produk ni je dulu untuk test market. Another produk aku akan reveal after 3 barang nih dah terjual. Haha. Btw pelis add rm6 for postage okey. Kalau nak COD pun takpe. Tapi datang Dungun la ek? Huhu




*updated
haha lupa nak cakap. kalo berminat nak beli, drop komen je ye. tayah susah-suah anto surat ke ape. pes kam pes serve!