Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

19 May 2011

Hari Guru Guru

Korang dah bace belom kisah tauladan yang aku ajar semalam? Kalau dah, bagus lah. So arini meh bace kisah Sambutan Hari Guru Guru kat sekolah aku lak *dah macham slot mari bercerita la pulak belog aku! Eh tapi kenapa aku nak sibuk cerita jugak pasal Hari Guru nih? Aku bukan guru pun kot. Cikgu pun tak? Ke cikgi? hikhikhik.

Isnin lepas aku rasa semua sekolah Mesia pun selebret Hari Guru kan? Zimbabwe tak tau la pulak aku. Paling tidak pun, mesti bace ikrar dan nyanyi lagu Guru Malaysia kan? Kalo tak jugak, memang agak hati batu sikit la kot sekolah korang tu. Ehh! 2,3 minggu sebelum sambutan, sekolah aku dah start meeting. Agenda utama selain acara dan tentatif program, mestilah nak tahu pakaian beragam ape kali ni yang nak kena laram kan? Ke memang aku je sorang esaited nak tahu? Sekolah aku memang setiap tahun WAJIB melaram pakai baju batik sekolah yang memang setiap tahun pun bertukar corak dan kaler baru. So tahun ni pun same. Blerghhhh!!! Sepakat membawa berkat kate, masing-masing ter-paksa redha ke pasrah? dengan arahan pihak atasan supaya melaram lah kamu dengan baju batik baru sekolah. Dahla kain masing-masing baru je dapat. Warna dan corak kesukaan ramai pulak tu *ohokohok! Terpaksa lah berkejar carik tailor weh. Lagi beberapa hari nak hari Guru, dapat pulak titah perintah pihak berkenaan suruh seragam kan kaler tudung semua guru. Okey fainnnnn!!! Lepas ni dalaman punyer nak seragam jugak tak? Dah settle semua meeting, kerja, tetak menetak, gaduh semua kehkehkeh, maka hari yang di nanti pun tibe...!



 Aku join acara cucuk jarum masuk manik, eh ke cucuk manik masuk jarum? Tapi kenapa aku? Sebab aku paling muda trang tang tang dalam group aku so assume mata aku la ye paling clear? Baeklah. Keputusannya? Kalah dan dapat sagu ati je tau! Dapat mug okeh! Sebab ada lalat comel sibuk kacau-kacau aku. Menyampah lah. Bising je sibuk panggil-panggil nama aku time nak konsentret nih. Grrr!!!


 time aku tekun men-cucuk tu la boleh lak lalat comel tu nak tegur, eh besor nye tangan aku dalam kamera! shit betol. Mane ade kan? aku dahla pantang betol dengan perkataan besor-besor ni. lain lah asben. eh!


itu bulus mata asli aku. hebat tak? pakai losen mustajab pati halia, bulu memang akan lebat dan panjang camtu. haha!


Games kitorang on serentak. So sementara aku cucuk manik, sorang akan kupas mempelam, sorang ikat eskrem, sorang susun puzzle dan sorang lagi (takde dalam gambo) akan kopek daun kelapa buat penyapu lidi. Eh bukan kopek kan? ke korang panggil ape ek? Sebab org terengganu panggil 'raut' lidi je. Cikgu-cikgu lelaki pun sibuk jadik lalat time games ni. Kacau cikgu-cikgu pompuan. Cucuk mata dengan pisau korang nak?


mekap banyak-banyak ni semua untuk games solekan oleh cikgu-cikgu lelaki. Dorang devide kepada 2 games; memasak dan mekap-kan kan murid-murid prasekolah. Aku and the gang sebagai organizer dan juri games nih, so ter-paksa lah meng-pow mekap mane-mane cikgu pompuan yang ade banyak mekap - termasuk mekap aku la tu. hukhuk


  pandai nye pilih tone bedak kan? sesuai dengan kulit. ahahaha!


big bos aku. kebetulan anak dia join so dia mekap kan anak nye la. Dapat no 3. Mebi sebab dia pandai buat shading hidung. hahaha! hasil mekap semua aku rasa better tayah tunjuk kot. Ngeri okeh. Bulu mata terapung macham tempek kat kening je aku tengok semua. kahkahkah!



After dah selesai games semua, turn murid-murid prasekolah kitorang perfom tarian lak. Kitorang prepare dangdut okeh nok! Aku tolong tolong mane yang perlu je time nih. Tolong manage kan student dan tacap-tacap mekap dorang je. Sebab time dorang siap-siap kan budak, aku berkejar-kejar handle games. Ade ke patut pilih mak buyong jadik AJK games kan? Semput aku!


So inilah baju kebanggaan sekolah aku tahun ni. Meriah dan menarek kan kakak bunga? *ohokhokohkohkoh ngeri! Masa meeting decide nak pakai tudung kaler orem, laju-laju aku angkat tangan mintak excuse sebab alasan aku bukan cikgu, so nanti sessi bergambar aku takkan join, tak cacat la gambar kan? Last-last bos caras pasal selagi aku kerja kat sekolah dan anak-anak murid aku panggil cikgu, maka assume aku pun cikgu same - dan otomatik gaban lah aku kena pakai tudung orem jugak lah gaya nye! Padahal masa bergambar memang aku tak join pun sebab sibuk menyedut milo o ais kat kantin sorang diri, terus diri ter-missed sessi ber-gambor. Wahaha! Buat rugi je la aku beli tudung orem ni!



Inilah lalat comel yang sibuk bising kat telinga aku time games. Tak puas ati lah aku team dia dapat nombor dua. Pun dapat mug jugak. Tapi vantage design. Lawo pulak tu! Kedengki betol aku.




Tengs untuk anak-anak murid aku. Dan untuk ex-anak murid yang sudi lagik nak hingat kat aku. Dahla nyaris-nyaris beg isi hadiah aku hilang. Tup-tup semalam jumpa balik. Terharu aku sebab pergi sekolah arini pun still lagi dapat gift daripada student-student yang absent time hari guru lepas. Harap taun depan up lagi hadiah ek? kehkehkeh!

So overall, sambutan tahun ni still meriah macham tahun-tahun lepas. Even tahun nih anugerah Guru Pakaian Tercantik dan ape-ape Tercantik dah tak di-senaraikan *saje kan takut aku bolot semua? tapi at least anugerah Guru Paling Cas Ligas, Guru Senyum Sokmo, Guru Tiga Rasa, Guru Paling Tertib Terni memang best. Pandai betul murid-murid tahun 6 vote. Memang ter-baek la pilihan korang. 


Paling best kategori Guru Paling Tua pun ade. Dan nasib baik aku tak ter-pilih. Hehehehe. 

5 comments:

  1. Selamatttt jugak kakak bunga ku...=)

    ReplyDelete
  2. sis ingt dulu2 bila hari guru jer kan cikigu mesti kena nyanyi lagu guru tuh dah lmer tak dgr rindu plak rasa nyer hehehe :)

    ReplyDelete
  3. sis ingt dulu2 bila hari guru jer kan cikigu mesti kena nyanyi lagu guru tuh dah lmer tak dgr rindu plak rasa nyer hehehe :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru!=)cantiknyer mummy neh..geramgeram tgk=)

    ReplyDelete