Pejam celik pejam celik *nasib baik bukan pejam tak celik-celik lagi, dah pun setahun kawen. Setahun tu macham-macham boleh jadik. Ade yang pegnen dah siap beranak abis pantang kalo setahun tu. Ade yang deliver mebi dah pegnen balik kot. Gile ekspres. Nilah akibat tak pantang 100 hari. haha. Ade yang tunang dah kawen siap dah separate pun ade kan? Nauzubillah, mintak yang baik-baik belaka lah yang jadik kat kita semua nih kan. Sayang nya kalo dalam tempoh setahun tu tak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Dahla sekarang masa kemain je kejap nye. Kejap je tak lame pun, tengok-tengok dah pun tua dah pun kertu sana sini. Nak romens-tik romens-tik pun dah tak sempat. Eh ke tak lalu? Macham aku ni, rasa nye macham arini je baru kawen, hari-hari pun feeling hari pertama kawen. Tengok-tengok dah pun nak nyambut enibeseri ke setahun. Padahal album kawen takde nye siap-siap pun lagiiiiiikkkkkkk!!!!!!!
Dalam tempoh setahun, macham-macham jugak la asam garam karenah berumahtangga ni aku dan asben cuba tempuh. Walaupun mungkin tak se-thrill kisah korang yang dah lagi lama kawen, tapi kitorang cuba handle dah manage life ni sebaik-baiknya yang ter-mampu. Alhamdulilah, dugaan yang Allah bagi tu setakat ni tak melibat-kan pihak-pihak luor mahupun cik anons cik anons pun. Sume nye datang dari kitorang berdua je. Eh, tapi rasa macham masalah tu datang dari aku sorang je kot. kehkehkeh. Bergaduh bertumbuk versi aku laki bini memang dah adat. Dua-dua kaki wrestling. Asben cakap dia memang takle bagi muka senang-senang mengalah kat aku sebab kudrat aku dah macham jantan. Time gurau sekeh-sekeh ke hape, aku sekeh tak beragak katanye. Sakit la jugak. Takkan nak di-biar kan je kot. Takpela. Redha. Time bertekak, mulut aku kadang laju laju je main hembus. Tapi sejak kawen, aku tak suke bertekak sangat, aku cume suke ber-ceramah atau kalo kasar sket cakap je lah membebel. Ber-tekak tu kan kena ade tukang lawan? Tapi asben aku tak, time aku start blow minyak ajak bertekak, dia diam-diam peluk bantal. Tido siap okeh. So, aku pilih kekdah berceramah. Aku kadang-kadang selalu je ter-cakap dengan volume yang kuat. Asben cakap aku tinggikan sore. Mana ade. Bila aku emo, memang aku akan volume kan sore aku nak bagi ape yang aku cakap tu clear dan tegas. Itu aje. Tapi memang nak kena ubah la tu. Asben tak suke. Hukhuk.
Untuk first celebration ni, aku memang dah plan bebaik ape nak buat ape nak beli camane nak seleb semua. Tapi paham-paham je la kalo kawen dengan orang yang keje macham aku laki bini nih, schedule memang selalu je clash. Kadang job aku kat barat, job dia kat timur. Jumpa-tak jumpa time nak lelap time bangun pepagi. Nak dating kena booking bagai nok. Kate lah aku nak tengok movie. Seminggu sebelum dah kena book asben siap-siap. Padahal nak book tiket wayang pun takdelah sesusah camtu. Lepas tu lagi nak kena update dan folo up booking tu hari-hari. Takut la ade perubahan schedule dia. Last-last kadang-kadang kelaut jugak lah plan tu. Dapat job last minit kate. So kekdah nya, plan a, b, c dan d harus la ade. Plan a aku, aku nak booking candle lite dinner steamboat kat Rumbia Resort dan booking satu bilik kat situ untuk stay malam tu. Senang lepas kenyang-kenyang melantak, boleh masuk tido terus takyah sibuk nak kena drive balik. Rugi masa je. ehem ehem. Pastu aku dah plan nak setting present gift dan kad untuk asben atas katil bilik tu nanti. Biar terkejut badak konon-konon nye la. Sekali last minit aku yang terkejut badak sebab asben cakap time enibeseri nanti dia ade keje. Huwaaaa, nanges aku nok. Time aku start hunting hadiah untuk asben pun masalah jugak. Dah sampai kedai, dah pilih siap-siap, saiz pulak takde. Nak memandai-mandai beli kang takut tersilap, beli memahal terperuk kat lemari. So kena tukar plan lagik. Terpaksa ajak adik aku pergi kedai dengan alasan nak carik seluar baru untuk adik. Aku kang dah 5,6 bulan tak drive kerete since pegnen. Asben tak bagi. So bila dia tahu aku drive jauh-jauh tu, memang dia ikut terjah la aku kat kedai tu. Tak berani nak bior aku drive balik memalam. Hahaha, matlamat aku tercapai disitu. Muka adik aku pulak sumpah suci giler time asben aku tanya mane suor yang dia cakap nak beli tu. Buat-buat la cakap takde saiz kan angah? Haha. Time tu aku pun approach la cakap ade sale giler suor kat dalam kedai tu. Nak belikan untuk dia. So, settle hadiah untuk asben aku walaupun asben mebi ingat hadiah tu accidently je aku belikan. Pastu bab booking dinner tu pun satu lagik masalah. Last-last minit aku baru teringat nak booking untuk candle lite dinner, so restoran tu tak dapat nak buat. Plus aku ambik set steamboat, meja memang full dengan meal je katanya. Tapi takpe, dorang akan tolong settingkan tempat yang privacy untuk aku nanti. Gud. Tapi, petang sebelum kitorang dinner, asben pulak macham nak demam. Badan panas, kepala pening pulak. Haih, takkan nak tukar plan lagi kot. Dah booking lagipun. Nasib baik lepas aku bagi panadol dah suruh aben rest petang tu, asben sihat balik. haih, dugaan betol plan asik tak folo the flow nih!
So lepas maghrib, kitorang gerak. Asben tanya nak gi makan katne, aku buat-buat cakap teringin nak makan steamboat kat Rumbia Resort, so asben ikutkan. Asben pun satu, sibuk suruh aku call booking siap-siap dulu time kitorang otw tu tapi aku buat-buat la refused sebab nak walk in je. Nak call ape nye lagik, memang aku dah booked pun okeh. Sampai restoran, asben macham seperaised jugak la bila tahu rupenye aku dah book siap-siap. ke buat-buat seperais je cuk eh? Rumbia setup kan table kitorang kat luor sket untuk privacy. Asben suke okeh. Huhu. Lepas makan sume, kitorang pun gerak balik. Walaupun plan how to present hadiah tu dah berkecai, still lagik kena pikir camane nak bagi kad enibeseri kat asben. Sebab asal-asal aku nak taruk kad dalam suor yang aku bagi kat asben kat atas katil resort tu. Tapi kan plan tu dah rosak. Last-last sebab dah takde dah cara lain lagik, aku pun dah kering kontang idea nak pikir lagik, terpaksa la aku selit kad tu kat dalam sarung bantal tido asben. Dia nak tido malam tu, dia perasan dan amik bace. Settle.
Kalo takde jiwa yang kental dan otak yang ligat, memang dah takde nye aku seleberet enibeseri kali ni. Patah ati aku asik-asik ubah plan asik tukar plan. Dah macham seperais planner je ade aku ni. Apepun, tak kisah la kalo plan aku kali ni takde nye se-vavavoom plan orang lain, takde candle lite dinner kat hotel-hotel besow, tapi momen seleberet tu yang paling penting bagi aku. Aku jenis manusia yang suke mengenang dan menghargai momen-momen yang bagi aku tak ternilai harganye kenangan tu. Giler tua perangai aku nih kan? Macham mak nenek. Walaupun kadang-kadang tu asik aku je sorang sorang yang hingat, asben asik blur semacham je bile aku recall balik. Haih. Tapi takpe. Aku cuma nak asben aku tahu yang aku sangat-sangat la menghargai setiap masa yang kitorang ade nih, dan aku nak dia tahu yang aku akan cuba sedaya upaya buat sesuatu nak gembirakan dia sepanjang hidup dengan aku. Walaupun hakikatnye aku nih selalu bagi duka dari suke kat asben. Sori.
Dan, kot-kot la bila aku dah takde kat dunia satu hari nanti, dan dia dah berbini baru hoiitttt!!!! Atleast aku tinggalkan kenangan ni semua untuk dikenang. Itupun kalo dia nak kenang la kannnnnn......huh!
aku bagi asben ini sajork.
sependa kot. haha.
tapi asben bagi aku ini. wiehuuuuu!!!!
kok udah lama gwe kepingin aduhhhh!!!
dah dapat satu yang ni konpem lepas ni pict kastemer aku makin comel.
promis!
Muka cowok kat depan tu relax je kool kentang. Dalam ati dia? Ntah la. Dia je la tahu camane. Musti la nebes pasal nak dapat istri syomel kan? *buwelkkkk!!!
Tapi kan, cewek kat belakang tu melebau bebenor sengih nye.
Takde pulak ter-tunduk-tunduk malu ke ape.
Hish.
Nampak sangat kemaruk nak ber-laki kan?
ya Allah muka aku ke pinggan tu weh?