Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 October 2010

All About Mekap Lagi!

Tak mau dah shempuu yang lain *goyang-goyang jari tunjuk kau.takle blah aku! huahuhua!!!!! intro aku pun dah macham lahanat je kan. Mati tak mood korang semua nak bace keseluruhan entry nih? Takpe takpe. Kali ni aku tanak beban kan kepala hotak korang dengan karangan berjela mela. Aku bagi gambar, korang tengok. Aku bagi lagi gambar, korang tengok. Aku pun bagi gambar lagi, korang tengok. Haa camtu je lah kitaran entry kali nih kot. Agak-agak masih membeban kan kepala hotak korang tak? Beban takkkk???? Payah sangat ke nak jawab?


Seminggu nih kan, aku meng-senyapkan diri kerana sibuk meng-restockan balik bebarang mekap aku serta misi meng-upsize kan lagi beg mekap aku yang dah pecah+merekah+terbelah+berderai tuu! Aku pun tak tahu pejadah nya mak andam macham aku nih. 3 tahun aku jadik mak andam maka dah 3 kotak beg mekap jugak lah menjadik mangsa kerakusan aku. Mane tak nya, makin besar beg mekap aku beli, makin banyak lagi mekap yang aku beli+tambah+sumbat. Ko agak-agak perut orang je ke pecah kalo dah terlampau overload sangat isi perut tu? Beg mekap aku pun macham tu jugak nok!!!! 


bersama ex mekap box aku yang ke-dua. mantan pun boleh jugak di-panggil kan?
(gambar di-ulang tayang. fokus pada mekap box sahaja)

Nah sekarang aku dah beli yang nih sebagai galang gantinya. Yang ni jauh lebih besar+tinggi+gagah dan pastinya juga jauh lebih berat!!! sejak jadik mak andam, lengan aku dah bertumbuh muscle-muscle yang kekar gara-gara gara-gara ke hulu ke hilir mengusung menatang barang mekap aku nih. dah gaya lengan ahli angkat berat je aku tengok. so aku rasa dah tiba masanya aku aku pilih yang beroda camnih. senang kerja aku dan keturunan aku. ces!


kesukaan aku. ketungguan aku. eh korang paham tak aku cakap? hihi
(cuba teka barang ape yang aku tak beli yang takde kat dalam nih?)

 kenalkan teman-teman aku yang baru sampai. dari kiri; bebulus lebat mantap vouge kegemaran aku dan kastemer, foundation super duper hot selling, naturactor (yang kastemer order), blusher pallete with 10 awesome kaler - siap shimmering bagai. aku suka owh!  dan detergent untuk men-suci kan ke-semua span dan berus berus aku yang comot momok tuh. asik-asik basuh guna syempu baby je, nak jugak sekali sekali dorang rasa pakai syempu khas untuk dorang nih. baik ati aku nih kan?

seperti biasa, memang aku amik masa ber-hari hari sebelum men-terai pallete-pallete aku yang sampai. konon sayang sangat nak sentuh takut dah tak chantek la rosak la kemek la - sekali aku sentuh, aku gomol sampai lunyai terus. muahahaha! 



dan kenalkan batch kedua mekap aku yang baru sampai. dari kiri; bebulus lebat mantap vouge kegemaran aku dan kastemer (yang nih tak sama dengan yang tadi. dan setiap kotak berlainan jenis bulus nye ye. elf concealer, elf eyedust, pencatas bulus.
belakang dari kiri; gam bebulus, krayolan kaler orem dan ijau, serta eyeshadow pallete yang chomel sangat!!!!



Ini je lah kot entry aku. 

3 comments: