Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 September 2010

Entry Panjang Ini Mungkin Enjoy Pabila Lihat Pada Gambar-nya.

Maka setelah ter-hasilnya 2 entry kat bawah tu, tepat-tepat pukul 6.20 am baru la mata aku nih mula terkulai layu di tasek madu. Baik punya landing kat sofa ngadap leptop je, malas nak tukar-tukar tempat nanti mata aku merajuk tanak tido balik tak ke naya aku sekali lagi. Di-sebab kan aku di-isytiharkan 'cuti panjang' minggu ni, jadi takde la korang senang-senang nak cop aku tido ber-selimutkan selimut kulit vinatang H1N1 tu ye. Tak tak tak. Cukup 2 jam tido, aku gegas-gegas bangun masuk dapur. Niat nak masak nasik lemak aku tangguhkan sebab kata somi istri ada job sampai ke malam, sape nak makan kalau aku masak beriye nanti? Makan nasik kenduri sudey. Keputusannya, aku buat ommelete telur+goreng sosej+roti gardenia+baked bean je untuk sarapan dan alhamdulillah, kenyang jugak tembolok laki bini nih. Burppppp!!!! ^___^


Pukul 11 lebih aku dan somi dah keluar rumah. Janji dengan customer pukul 12 tepat-tepat memang berus dah kat muka kastemer la kiranya nih. Ecececis!!! Selesai mekap semua dalam pukul 1.30 macham tu la , aku lepak minum tunggu encik asben datang kutip aku lepas tu terus gerak rumah kastemer ke-dua. Yang ni kami somi istri buat job secara ber-duet la konon-nya. haicehh!!! Selesai mekap dalam pukul 4.30 macham tu la  lepas tu terus gerak pergi masejid ikut encik asben dah menyetat nak men-tembak kastemer dia. Pergi tompang berbayar kereta Kak Ona encik somi, nak tanak aku memang kena stay sampai ke sudah event. Sampai masejid, aku bukak enjin bukak ekon terus tido. Tak kuasa nak men-tunggu sampai abis. Sedar tak sedar encik asben ketuk kereta, ingat kan dah selesai, sekali gerak pergi pantai untuk outdoor photoshoot. Hampeh. Aku bukan ape, jenis yang kalau ber-tudung lebih 2, 3 jam, mula tangan sibuk nak menggaru kepala. Ntah penyakit gatal sumpahan mana wujud kat kepala haku nih memang tak boleh tengok aku ber-tudung lama-lama. Sanggul tak sanggul, bonggol unta tak bonggol unta semua  aku dah tak hirau asal boleh garu-garu kepala aku. Kitorang sampai rumah pun dah maghrib terus melantak mihun yang tuan rumah tapau kan.


Dan masa encik asben sibuk men-tembak kastemer beliau kat pantai, aku pun sibuk men-tembak encik asben dari jauh - yakni aku hanya di dalam kereta berat vontot malas nak ikut keluar. Sekali aku ter-tembak dengan yang ni sekali. Terjah...!!!



ape kah perasan penanten ketika pose ini? agagaga!


menonong je 3 orang nih pilih port. bukan pork okeh. ngeh!


dan ini.


ini.


dan ini juga.

inferens awal aku?:


Mungkin si kakak sedang mem-pujuk adek lelaki menangis. Mungkin jugak si ibu sedang menenen anak nya ( gila tua bangka bebenor menenen lagi anaknya). Korang pulak rasa? Bersangka baik lah. Hikhik!


nota kaki: aku tahu korang semua dah perasan. Mulai entry nih, aku dah upgrade kerajinan jari jemari aku untuk mula men-taip kata ganti nama aku bagi menggantikan kata ganti nama yang dulu - yakni i. Ye mari ucap tahniah kepada jari aku kerana sudah mula rajin men-taip. (*,*) Droolingggg!!!

No comments:

Post a Comment