Orang tua dah selalu pesan jangan suka tido petang. Tido petang tu tak elok. Apetah lag kalau petang tu dah petang sangat - boleh nak panggil maghrib pun. Tadi i elok je online kat bucu katil. Macham biasa. Tak sedar jugak hentah masa bila i dah ter-golek hotdog boleh terbungkam tido terkangkang petang-petang hari ish ish tak senonoh! Kalo setakat tido petang, itu masih boleh lagi di-maafkan (cey cey sape yang maafkan ko?) tapi i siap tido, siap mimpi langgar orang, siap orang tu mati penyek, lepas tu tahu i betol-betol langgar orang bukan i saja-saja mimpi pun! Whoh??? Betol. Masa i tido tu i mungkin mimpi. Mimpi petang mungkin macham itik pulang petang eh eh eh apa lagi ko merapek ni syetan??? Tak tak. I tak tahu kenapa i mimpi macham tu. I mimpi i sedang berangan atau lebih macham i sedang khayal ke hapentah sambil tengah drive. Bukan khayal sebab minum arak togok todi isap gam UHU ke hape la! Tapi i macham se-seorang yang sedang hanyut ber-khayal tentang sesuatu la kot. Lokasi masa tu pulak adalah kat trafic light tengah-tengah bandaraya metropolitan ecececeh. Haruslah jalanraya super duper sibuk sebab semua orang baru balik dari kerja. Kereta i kat depan sekali tapi masa tu lampu isyarat merah. Jadi i ber-henti. Tunggu giliran simpang lain belah kiri i jalan. Semestinya la kan kaum-kaum ber-motosikal nih yang akan speed dulu bila lampu dah hijau. Sebab dorang mesti duk di saf yang paling depan sekali. Tapi i yang macham vodos je berkhayal masa tu elok je sambil tekan minyak terus pergi langgar se-gerombolan penunggang motorsikal yang sedang cross jalan tu. I pun tak tahu dan tak sedar kenapa i buat macham tu. Padahal dorang takde dosa dengan i tak kenal i, dan i pun tak kenal dorang. Sedar-sedar kereta i stuck kat simpang tu sebab dah rempuh banyak motor, pastu ada sorang orang Myanmar ke Siam hapentah pendek je tapi muka bengis giler sedang tarik i keluar dari kereta sambil maki hamun i dalam bahasa kebanggaan eh kebangsaan dorang. I ikut je masa kena tarik walaupun sedar mamat Myanmar ke Siam tu nak hentak i dengan helmet Magnum yang dorang sedang pegang. I sempat jeling tengok atas jalanraya manusia yang i langgar tadi semua ber-gelimpangan, motorsikal remuk, semua menyedihkan cuma yang pasti takde darah darah pun. Tapi dorang semua kelihatan parah. Tiba-tiba perasaan sedih panik takut pun datang. Jadi i cepat-cepat pikir, eh kan i sedang mimpi? Jadi i bukak mata tapi i tetap betul-betul Ho Liow eh,maksudnya i tetap betul betul langgar orang. Errkkk! Sebab, i bukak mata tu pun dalam mimpi. I tahu nafas cemas dudapdupdap i masa tu memang dah macham nafas seladang besar bertanduk tajam yang tunggu masa lepas dari kandang sebab dah nampak seorang orang Portugis ke hape yang pakai topi besar baju tebal-tebal sambil kibar-kibar kain merah saja nak bikin aku marah lah tu, kata sang seladang. (^^,) Tapi i biasalah. Ku sangka mimipi hingga ke petang, rupanya hujan masa bermimpi. I pun tak tahu ape ending mimpi ngeri i tadi tuh sebab tiba-tiba i bangun lepas dengar ma bukak pintu bilik. Dan kalau boleh memang tanak tahu serta tanak repeat pun mimpi tadi. Ngeri woh!
elok kalo petang-petang ko tayah tido tapi ber-senam atau lakukan aktiviti ber-pekdah yang boleh jana peluh korang keluar (tido petang dalam kepanasan suhu bilik lalu mengeluarkan peluh adalah tak ter-masuk sekali)
kalo tak, mungkin ko akan hasil-kan figure peha ayam dan lemak tepu sama macham contoh manusia di-atas (sekadar gambar hiasan)
nota kaki: moral of the stori, lepas ni ko jangan tido petang. tapi ko tido dari tengahari lagi sampai ke petang. Mungkin dari segi terma nya, itu dah ber-beza daripada ko tido selepas orang azan Asar. Kot.
kahkahkah...bkpe gumuk ngat ho??
ReplyDeletesuka ati la!
ReplyDelete