Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 October 2010

Tips: Cara Nak Pakai Bulu Mata Palsu

Trend pakai bulu mata pelesu bukan lah pelik lagi dowh. Pergi event pakai eyelash, pergi party buih pakai eyelash, pergi kenduri tawen pun pakai eyelash. Sikit-sikit nak pakai eyelash. Kemain je kan. Mujur pergi kubur je tak tergamak lagik nak pakai eyelash ^__^ Kuat bebenor pengaruh Rozita Che Wan nih. Untuk orang ber-mata kecik+sepet+bulu mata sikit+pendek macham kepunyaan aku nih memang lagi ter-sangat adore bila tengok orang lain pakai eyelash santek je. Sekarang student pun terer pakai eyelash. Untuk yang tak tahu cara betul pakai eyelash, meh sini aku kongsi tips. Tu pun kalau ada yang nak ikut la. Belog aku kan tak ber-guna. Tetttttttt!



sediakan bahan-bahan nye: a pair of bulu mata pelesu - tak kisah lebat ke panjang ke tebal ke sukati korang. gunting kecik, pengetip bulu mata, gam bulu mata pelesu, dan juga eyeliner - tak kesah liquid ke pensil ke korang punya suka lahhh!!!


kemudian pastikan ada mata untuk di-aplikasikan tips nih - tak kesah lah muka basi macham nih pun. janji ada. heh.



memula sekali ukur panjang bulu mata pelesu tu kat kelopak mata korang - bukan kelopak mata orang lain. pastikan panjang bulu mata tu ngam-ngam dengan kelopak mata korang kemudian gunting mengikut panjang yang di-ukur. jangan panjang sangat atau pendek sangat. kang melebih-lebih pulak bulu tuh kat situ. bak kata aku, ukur eyelash di-mata sendirik.


kemudian kepit bulu mata ori korang tu bagi melentik sikit. tujuan nye senang nanti nak merapatkan keintiman eh eh nak rapatkan bulu mata ori dan pelesu kamu. ehe!


sapu gam ke pangkal bulu mata pelesu tu. kalau boleh lebih kan sedikit kat hujung kiri dan kanan bulu mata tu sebab part tu lah paling kritikal tiap kali pakai. asik nak ter-cabut je kalau silap kekdahnya. biar gam separa kering  baru tampal ke mata. *tunggu kering dalam kiraan beberapa saat je ye


 gambar mata ter-beliak nih men-tunjukkan bahawa bulu mata pelesu di lekat kan ke mata. kemaskan hujung bulu mata tu supaya melekat elok. kedudukan bulu mata tu biar centre je kat mata. jangan meleweh ke tepi sangat atau ke batang hidung sangat. Payah nak berkeli-kelip kang. Lagi satu, pastikan pejam mata masa nak letak bulu mata tu. Dan lekat kan bulu mata betol-betol rapat ke pangkal bulu mata ori korang. Kalau tak nanti bulu nampak terapung. eh apekah? hahaha.

 bulu mata dah siap di-pasang dengan betul dan kemas. ececece!. pasang lagi sebelah pulak ye.


lepas dah kering gam dan dah santek kedudukan bulu mata tu, sila draw eyeliner ke pangkal jalan eh eh ke pangkal bulu mata. tujuan nya, nak tutup kesan gam bulu mata yang ter-sememeh serta kesenget bengetan bulu mata pelesu yang telah di-lekat kan tadi tu. terer macham mana letak pun korang mesti kena draw jugak supaya tak nampak kesan pangkal bulu mata pelesu tu kat situ. ke degil jugak tanak draw? 


kemudian sapu mascara ke bulu mata. tujuan nya nak bagi bulu mata pelesu dan ori tu rapat dan nampak macham serumpun je. ecececes serumpun! 


eh eh?

hoh?

la, dah selesai rupanya. ready untuk di-gayakan hehehe. 


tips dalam tips: bulu mata boleh di recycle guna. caranya, cuci kesan gam yang lekat di bulu mata tu bersih-bersih menggunakan minyak baby. kemudian lap dengan tisu sampai kering dan simpan. lain kali nak guna, boleh pakai balik. tapi paling banyak pun, boleh pakai 3 kali guna je hayat bulu mata pelesu nih. ingatttttttt!

1 comment:

  1. tq 4 the info......akhirnya sy pandai gak pkai bulu mata palsu ni....hihi..

    ReplyDelete