Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

25 February 2010

Mimpi Ngeri Di Maghribi eh eh Maghrib

Orang tua dah selalu pesan jangan suka tido petang. Tido petang tu tak elok. Apetah lag kalau petang tu dah petang sangat - boleh nak panggil maghrib pun. Tadi i elok je online kat bucu katil. Macham biasa. Tak sedar jugak hentah masa bila i dah ter-golek hotdog boleh terbungkam tido terkangkang petang-petang hari ish ish tak senonoh! Kalo setakat tido petang, itu masih boleh lagi di-maafkan (cey cey sape yang maafkan ko?) tapi i siap tido, siap mimpi langgar orang, siap orang tu mati penyek, lepas tu tahu i betol-betol langgar orang bukan i saja-saja mimpi pun! Whoh??? Betol. Masa i tido tu i mungkin mimpi. Mimpi petang mungkin macham itik pulang petang eh eh eh apa lagi ko merapek ni syetan??? Tak tak. I tak tahu kenapa i mimpi macham tu. I mimpi i sedang berangan atau lebih macham i sedang khayal ke hapentah sambil tengah drive. Bukan khayal sebab minum arak togok todi isap gam UHU ke hape la! Tapi i macham se-seorang yang sedang hanyut ber-khayal tentang sesuatu la kot. Lokasi masa tu pulak adalah kat trafic light tengah-tengah bandaraya metropolitan ecececeh. Haruslah jalanraya super duper sibuk sebab semua orang baru balik dari kerja. Kereta i kat depan sekali tapi masa tu lampu isyarat merah. Jadi i ber-henti. Tunggu giliran simpang lain belah kiri i jalan. Semestinya la kan kaum-kaum ber-motosikal nih yang akan speed dulu bila lampu dah hijau. Sebab dorang mesti duk di saf yang paling depan sekali. Tapi i yang macham vodos je berkhayal masa tu elok je sambil tekan minyak terus pergi langgar se-gerombolan penunggang motorsikal yang sedang cross jalan tu. I pun tak tahu dan tak sedar kenapa i buat macham tu. Padahal dorang takde dosa dengan i tak kenal i, dan i pun tak kenal dorang. Sedar-sedar kereta i stuck kat simpang tu sebab dah rempuh banyak motor, pastu ada sorang orang Myanmar ke Siam hapentah pendek je tapi muka bengis giler sedang tarik i keluar dari kereta sambil maki hamun i dalam bahasa kebanggaan eh kebangsaan dorang. I ikut je masa kena tarik walaupun sedar mamat Myanmar ke Siam tu nak hentak i dengan helmet Magnum yang dorang sedang pegang. I sempat jeling tengok atas jalanraya manusia yang i langgar tadi semua ber-gelimpangan, motorsikal remuk, semua menyedihkan cuma yang pasti takde darah darah pun. Tapi dorang semua kelihatan parah. Tiba-tiba perasaan sedih panik takut pun datang. Jadi i cepat-cepat pikir, eh kan i sedang mimpi? Jadi i bukak mata tapi i tetap betul-betul Ho Liow eh,maksudnya i tetap betul betul langgar orang. Errkkk! Sebab, i bukak mata tu pun dalam mimpi. I tahu nafas cemas dudapdupdap i masa tu memang dah macham nafas seladang besar bertanduk tajam yang tunggu masa lepas dari kandang sebab dah nampak seorang orang Portugis ke hape yang pakai topi besar baju tebal-tebal sambil kibar-kibar kain merah saja nak bikin aku marah lah tu, kata sang seladang. (^^,) Tapi i biasalah. Ku sangka mimipi hingga ke petang, rupanya hujan masa bermimpi. I pun tak tahu ape ending mimpi ngeri i tadi tuh sebab tiba-tiba i bangun lepas dengar ma bukak pintu bilik. Dan kalau boleh memang tanak tahu serta tanak repeat pun mimpi tadi. Ngeri woh!

elok kalo petang-petang ko tayah tido tapi ber-senam atau lakukan aktiviti ber-pekdah yang boleh jana peluh korang keluar (tido petang dalam kepanasan suhu bilik lalu mengeluarkan peluh adalah tak ter-masuk sekali)

kalo tak, mungkin ko akan hasil-kan figure peha ayam dan lemak tepu sama macham contoh manusia di-atas (sekadar gambar hiasan)

nota kaki: moral of the stori, lepas ni ko jangan tido petang. tapi ko tido dari tengahari lagi sampai ke petang. Mungkin dari segi terma nya, itu dah ber-beza daripada ko tido selepas orang azan Asar. Kot.

23 February 2010

Ada Kaitan Seluar Dan Emas?

Balik je kerja petang tadi i terus singgah bandar. Nak ke kedai sukan - beli tracksuit. Musim-musim yang super duper hot macham sekarang bukan la masa ter-baik nak melaram bersenam pakai tracksuit 2 layer yang kat luar kain/material dia licin pastu tak serap air tu. Memang la cantik je bila i pakai, tapi bila matahari dah start memuncak, dan dan tu jugak i pikir nak tanggal kan seluar kat situ. Isk, panas giler. Macham terbakar pun ada wei. Dahla peluh pun tak meresap. Tsk! (Ceh panjang lebar pulak penerangan aku pasal seluar nih.)

I singgah Seben E dulu sebab nak 'lukis' *draw* duit. I 'lukis' sikit je. Nak beli tracksuit je kan. Tapi lepas draw duit, pukau ape ntah buat kaki i macham ringan je nak masuk kedai emas kat situ. Cadangnya nak usha gelang untuk i nanti la tu konon. Senang nanti bila dah berkenan dah tahu harga dah estimate siap-siap, datang terus cash and carry je. Kan mucuk kan? Sekali, nah hambik ko! I dah terrrrr-beli gelang. Terrrrrr-beli okeh. Dahlah pestime pergi dan beli emas+ pakai duit sendiri+bersorang diri+bernego pun sendiri. Homaigod. Homaigod! I macham tak percaya je yang i dah super duper indi macham tu sekali. Dah tahu pergi kedai beli emas sendiri-self dah takde nak heret-heret ma sekali ke kancah kedai emas nih. Hurm, dah dewasa rupanya i nih. Bravo bravo.

Lepas je beli, i macham tak sabar-sabar pulak nak balik nak tunjuk gelang tu kat ma. Haruslah kan. Dahlah i tak menyempat-nyempat - pakai je terus. Langsung tak sempat nak pakai depan ma pun. Sudahnya, tracksuit kemana, kedai sukan kemana. Yang i tahu, duit i untuk second draw tadi ada dalam poket tokei kedai emas tu. Hmmmphhh!!!


nota kaki: sampai saat ni, i pun tak boleh pikir ape related nya tadi i pergi kedai emas tak pergi kedai baju sukan? Hurmm... (ketuk ketuk dagu)

22 February 2010

Shell Macham Tau Tau Je I Nih Miskin

*SHELL PERDANA
Nombor telefon anda tlh menang cabutan bertuah RM15,000.00 dr SYT SHELL (M) BHD
sila/dail di talian : 019-8038380 terima kasih.
sender: 0145632665

I terima sms ni masa tengah kerja siang tadi. Masa tu i mamai-mamai sikit sebab baru kejut dari tido la katekan kantoi ngulor masa keje. Lepas baca, i senyum je. Sebab i dah selalu dapat sms dari power root la, petronas la dan yang sewaktu dengan nya lah (sekadar beberapa contoh). I memang ignore je sms camnih selama nih. Sesape yang tak pernah dapat sms macham ni kira korang memang ter-golong dalam golongan orang yang sangat rugi besar la kot. Punyalah banyak kompeni dalam Mesia ni yang suka-suka je murah hati nak bagi vodos-vodos je wang besar kat kita semua nih rakyat Mesia, boleh pulak nombor telefon korang langsung tak timbul dalam sasaran syarikat syarikat dermawan nih. Ish rugi rugi. Dalam family i je pun, ma i pun dah pernah 'dapat' rm15,000, adik i pernah 'dapat' rm10, 000. Ni lah yang di-katakan rezeki ter-pijak tahi youuu!

Tapi hentah camane tadi i tergerak bagitahu kawan i Kak Ma pasal nih. Boleh pulak lepas je dia baca sms nih, dia cakap sms ni memang betol sebab ada sorang kawan dia baru je dapat rm100,000 lepas dapat sms yang camnih jugak lah. Ini cerita betol. Gulp!!! Korang rasa tak ape i rasa time tu? I tak rasa apa-apa sebab i lagi esaited nak tahu lebih detail pasal ni. Tapi kaki tangan i tiba-tiba dah seram sejuk. Terkejut ke hape ntah i pun tak tahu. So alang-alang nombor telepon pun memang dah di-beri kat situ, so Kak Ma cakap nak try call. Lepas 2,3 kali ringing, call waiting bagai (mungkin masa tu ramai jugak pemenang lain pun call no tu kot), sorang lelaki jawab call tu dengan nada dan gaya bercakap sumpah ala-ala operator servis centre. Macham nih tau, "Hello Selamat Petang. Shell Perdana Damansara Height blablablablabla bagai..." So what do u expect untuk first impression nih? I iye-iye pasang telinga dengar conversation Kak Ma dengan lelaki Shell tu. Lepas je selesai, Kak Ma pandang i dan bagitahu yang i betul-betul menang duit tu. Homaigod!!! Lelaki Shell tu bagitahu yang Shell adakan cabutan bertuah sempena ulang tahun Shell yang ke 48 untuk SEPULUH ORANG SAHAJA pengguna Maxis, Digi, dan Celcom. See? Betapa bertuahnya i ter-golong dalam soploh orang bertuah tu (^_^) Lelaki Shell tu mintak i bagi satu no akaun bank untuk dorang bank in kan duit a.s.a.p sebab dorang dah assume yang i jauh sangat nak pergi ambik cek kat sana. So dorang bagi masa i untuk dapatkan no akaun. Yang best nya jugak, dorang siap mintak bagi akaun yang empty mean takde duit pun kat dalam instead of dorang pun tahu i kat sini cuak takut dorang tipu ke hape. Bagus kan?

So gap yang i ada sementara nak kena call balik lelaki Shell untuk informkan no akaun i tu, i cuba untuk call encik tunang. Konon-konon nak share kekayaan, eh eh kebahagiaan i. Tapi tahu apa beliau jawab? Beliau cakap tak payah bagi no akaun! Titik. En. tunang cakap semua tu tipu, taktik semua bagai lagi lah. Siap sambil on phone dengan i tu, sambil beliau duk browse artikel ke hape ntah tentang penipuan melalui sms dan baca satu-satu kasi i dengar. At the time jugak, Kak Ma pun call hubby dia untuk mintak opinion, dan jawapan hubby Kak Ma sama macham my mucuk said. So kitorang macham blur kejap. Sebab masa tu percentage untuk kitorang percaya dah ada sikit lepas dengar lelaki Shell tu tak query langsung sebarang duit ke ape, siap suruh i bagi akaun yang langsung takde wang kat dalam. Dan yang paling best ayat lelaki Shell tu ialah, "MasyaAllah cik. kenapa pulak saya nak tipu. Saya tak mintak apa-apa pun dari pihak cik. Kalau betol saya menipu, cik boleh buat report nombor saya ni" Hurm betol betol betol.

So lepas je pikir-pikir, Kak Ma try call balik lelaki Shell tadi i tanak cakap sebab i nih macham sengal sket kalau bercakap perkara-perkara yang mengujakan ni muahahaha. Kitorang call balik sebab nak try buat macham yang encik tunang suggest which is kalau betul i menang duit tu, mintak pihak dorang post kan je cek atau i pergi ambik kat dorang je cek tu. Lelaki Shell cakap dorang tak akan post kan check sebab sangat la tak secure. In case cek tu hilang masa post, macham mana? Tapi, dorang bagitahu i boleh datang ambil cek tu sendiri sebab pemenang-pemenang yang lain mostly dah datang ambik sendiri cek dari dorang =) Lepas dah salin address yang lelaki Shell tu bagi, lelaki Shell tu bagitahu nama dia ialah Rosli Mukmin, sebab nanti senang bila i datang amik cek bangunan Wisma Shell Jalan Semantan tu nanti, i boleh call dia dan dia akan jemput i naik berjumpa dengan manager nya di tingkat soploh, Tuan Haji Anuar Harun untuk tebus hadiah.

Masa Kak Ma call untuk kali kedua tu, Kak Ma ada bagitahu i, yang dia ada dengar suara azan sayup-sayup kat belakang lelaki Shell tu kot. Kak Ma macham assume yang lelaki Shell tu baik kot sebab ada azan tu (motif dengar azan terus pikir orang tu baik?) tapi i ni yang ber-otak tak berapa nak baik sangat ni pulak boleh lak pikir yang kemungkinan lelaki Shell tu adalah hentah mat hindon mane lah yang merempat menumpang tidor kat masjid sambil sambil tu sibuk menipu i macham nih kat dalam masjid tu kot. Logik tak? Ngee (^^,). Okeh back to the story. Lepas dapat alamat tuh, i ngan Kak Ma pikir nak buat ape lagik untuk investigate. So Kakma try call abang iparnya yang tinggal kat Kl untuk sure kan alamat yang lelaki Shell tu bagi, dan kebetulan jugak abang ipar Kak Ma ada kawan yang memang bekerja kat Shell. Senang kerja. So abang ipar Kakma terus tanya kawan nya kot, and finally the answer for all these stupid things is alamat tu langsung tak wujud dan Tuan Haji Harun tu pun hentah siapa-siapa yang langsung tak pernah wujud kat Shell. Dahlah alamat salah, orang tak wujud, bangunan wisma Shell tu pun rupanya tak pernah wujud. Hahahaktuihh. Macham harem. Mungkin lelaki Shell tu memang dah prepare siap-siap alamat semua bagai itu untuk kegunaan waktu-waktu ter-desak untuk soalan-soalan yang dia tak dapat nak elak macham tadi kot. Ber-hingget hingget kedit i membazir camtuh je call 'lelaki Shell' tu. Dan punah jugak lah harapan Kak Ma yag baru je plan nak pow Stroller McLarren untuk baby nya kalau i betol-betol menang 15k tu. Konon-konon komisen dia bersusah payah call situ sana sini tu la kot. Muahahaha. Memang bangsat la ko 'lelaki Shell' sebab tipu pasal duit-duit camnih di hujung-hujung bulan nih. Hujung-hujung bulan tau tak! Tsk!!!

* i memang salin bulat-bulat semua maklumat diatas termasuk nama, nombor telefon dan alamat tu. so sape-sape rasa nak call ke, hantar sms tipu cmtu balik kat dia ke pun boleh je.hikhikhik.

nota kaki: satu yang buat i wondering. Hubby Kak Ma cakap once kita dah bagi no akaun kita tuh, dorang si bangsat tu semua maybe akan boleh trace kesemua akaun i yang lain dan sedut kesemua duit i masuk dalam akaun dorang or else. Tapi i tengok banyak je belogshop yang dedahkan no akaun siap-siap kat belog dorang. Tak bahaya ke camtuh?

campur duit menang 15k+duit jual kereta i sekarang+saving i sikit+pow mucuk sket, maybe salah satu kerete di belakang akan jadi milik saya.

"saye pun nak jadi jutawan jugeee" (sambil ajuk nada pakcik menang iklan power root tu)

18 February 2010

Bundle Bundle Bundle

Eh eh eh.
Kenapa tiba-tiba je ada bundle dalam belog nih? Huhuhu. Actually semua ni baju-baju i yang i nak let go. Sebab i pun dah gumuk ohokohokohok dan coming soon maybe dah nak kena share gerobok pulak dengan seseorang, so better i let go je baju-baju yang memang konpem dah takleh nak repeat pakai. i'm cleaning out my closet bebeyh. sobsobsob. Cara nak beli senang je. Sesape berkenan, just pm me or leave your msg kat my chat box ataupun boleh je emel i cik ynadona at mydon_sleepy@yahoo.com

lavender purple shirt
kain jenis kesat dan kasar sikit tapi tebal
xs-m
used tapi still in good condition
rm 10 sahaja*

pinkish baby-t (brand schwarzenbach)
used tapi still nampak macham baru sebab baru pakai dan basuh 2,3 kali je.
colour tak luntur.
xs-s
rm 10 sahaja*

peachy pink shirt
used but still in good condition
s-m
rm10 sahaja*

dark purple shirt (warna ala-ala baju staff watson tu okeh)used tapi still in good condition cuma kaler agak-agak suram sket sebab basuh

xs-s
rm 10 sahaja*

yang nih kesayangan i. baru pakai beberapa kali masa kat ofis tapi sebab agak besar so better i let go.
used tapi still good condition
courduroy material
tebal dan berat
m-l
rm 35 sahaja*

*harga tak termasuk pos. sila tambah rm6 untuk pos. Tq

08 February 2010

Tsk.Sakit Laa...

Huuuu,
Sumpah sakit giler,
Rasa macham nak hentak-hentak tapi kalo hentak lagi sakit kan,
Tapi kalau asyik ber-denyut-denyut macham nih mana nak tahan wei....

Pagi semalam kan sebab ter-kocoh-kocoh sangat bersiap nak pergi kerja (sape suruh bangun lewat)
Lepas tu, masa bongkok-bongkok nak lipat comforter,
Tiba-tiba terlanggar bucu rak kasut hokei, saya simpan kasutss dalam bilik
Bukan terlangar yang ala-ala manja tu tau,
Tapi nih ter-langgar yang super duper maha kuat,
Fuhh, sakit nya tu memang meresap ke tulang terus.

Tahu ke kat mana sakitnya?

Tuh kat belakang tuh,
Cuba sentuh tulang yang paling last atau paling hujung sekali sebelum jumpa vontot uolls tu

Oppss,
Ala macham tak biasa tubuh sendirik,
Ha ada tak? Gilo cacat ke hape kalo takde
Haa, kat situ la...
Tak caya cuba hentak tulang tu kat bucu almari,
Tengok rasa lazat ke hape yang keluar,
Ades des des....
Sakit weiii!!!!

06 February 2010

v-a-l-u-e Nilai

Salam,

Tak banyak sangat pun pict masa pergi Nilai baru-baru nih. Agak rushing jugak lah kat sana. Cuaca pun super duper panas giler -stok muka oily yang sampai tahap dah tak kenal muka sendiri dalam kamera. Muehehehe. So tengok je lah beberapa kerat gambar yang sempat ambik baru-baru ni. Lagipun photografer i kan sibuk tido.

perkara w-a-j-i-b
*asekar nyipun
konduktor bus ni kaya wei.ade n95 seketol, nokia express music seketol, ada n-gage seketol.tengok, dalam bas pun sempat on9. ish ish ish.
tak tahu kenapa mesti buat ekspresi cebik macham nih. burok!
(lutut sape kat situ?)
sebab rushing sangat, ambik gambar masa tengah berjalan pun boleh la...
dua-dua pun sibuk buat kira-kira. tak tahu mana satu cashier


Price barang-barang tawen kat Nilai takdelah beza sangat pun dengan price kat Dungun membangun ni. Betul kata mucuk saya. Ngee! Cuma yang best nya, kat Nilai nih ada banyak sangat kedai dan pilihan sampai tak tahu nak decide nak beli ape. Semuanya pun cantik dan best. Heaven oh! Tapi untuk orang yang pergi sekejap je macham i nih, memang tak akan sempat nak pusing habis semua kedai. So takde lah heaven mana. End up, kitorang tak shopping mana sangat pun kat sana. Jalan-jalan cuci mata dah la.


Bentuknya Bulat Bulat. Boleh Di Buat Obat.

Kalau boleh i dah tanak tengok hape-hape yang ber-motifkan polka dot. Hape-hape pun! Jangan la ada mane-mane belogshop yang jual hape-hape jenis barang polka dot lalu lalang kat sini. Menitis air liur i je nanti. Isk. Dah banyak sangat duit yang lebur tiap kali benda alah polka dot ni kat depan mata. Pantang sangat. Mulalah mengelupur tiap kali tengok. Haihhh tak senonoh kan ko nih Yna. Masa pergi KL aritu, elok-elok je i jalan pakai wedges, sekali ter-nampak flip flop polka dot, terus beli dan terus sarung kat situ jugak. Ambik wedges terus masuk dalam plastik beg. Tsk. Then, masa pergi Giant, elok je masa nak membayar kat kaunter, ter-pandang pulak recycle bag polka dot kat tepi kaunter. Dan dan tu jugak i suruh cashier tu ambikkan dan terus guna bag tu ganti plastik bag. Comel gila. Dahla masa kat Ariani pun sibuk carik awning yang ber-polka dot. Tsk. Tu tak termasuk campur tolak bahagi shawl, alas meja, setokin, mouse pad, headband, lingerie, brooch, wallet, tops, blablablabla...!!!

dalam ni ade awning polka dot.believe it or not? muehehehe
dah ada

dah ada gak


walaupun tak sebijik seketul camnih tapi dah ada yang lebih kurang nih jugak la.

yang nih takde. tapi comel!!!

hampir serupa dengan yang nih dah ada

walaupun kat ribbon je tapi i tetap suka mati okeh.


Makin dekat nak kawen nih makin i crazy dengan benda alah polka dot nih sangat. Motif?
polka dot = bulat = montel = gumuk

Haih... alamat la tu kot.

nota kaki: kita tengah cari dress dan blaus polka dot laa. mane nak cari eh? ngehehehe.

05 February 2010

Dear Nadya

He Loves Me He Loves Me Not

Maybe i nih silent reader dia je kot. Tapi i suka jengah belog nih hari-hari pasal Nadya nih rajin update hari-hari kadang-kadang sampai dua tiga entry tak macham i fe-malas. Masa memula baca belog nih dulu, i terasa Nadya nih jenis yang mesti nak emo hari-hari kot. Sebab dia suka tulis tentang life nya - merajuk-merajuk kat tunang, kat family, marah-marah kat opismate, kat road user, or kadang-kadang kisah preparationnya wedding-nya yang dah dekat. Pendek kata ape-ape je lah yang berlaku kat life-nya hari-hari, Nadya akan tulis kat belog. Sangat chomel. Sebab tu i suka jugak baca. Sebab bila dah lama baca, i macam dah boleh kenal yang Nadya nih adalah Nadya. She is always on her own way. Tak hipokrit. Ayat-ayat nya jujur, telus dan bukan jenis bangsa yang nak nampak chomel je bila menulis.

Nadya baru je kehilangan adik nya, Muhammad Afif Asyraf Bin Abd Rashid. Di-saat Nadya sibuk dengan wedding preparation nya. Innalillah. Besar dugaan-Nya untuk Nadya. Dan kalau baca entry Nadya yang latest (since permergian adiknya) Nadya totally sangat lain daripada Nadya yang i pernah anggap sebelum nih. Dia masih boleh create dan tulis everything pasal adiknya, perasaan nya, keadaan diri dan keluarga nya, tribute tu her brother dan semua tu di-tulis dalam keadaan yang tenang sampai buat kita baca pun tenang dan takde rasa nak sedih tak tentu pasal yang meleret-leret pun. Sampaikan dalam hati i boleh ter-detik, 'eh betul ke Nadya nih macham nih? '. But i percaya Nadya memang betol-betol seorang yang very-very strong enough. Allah beri dia kekuatan itu. Mungkin kekuatan tu datang daripada dirinya sebagai seorang kakak. Nadya dah tak tunjukkan kesedihannya. Nadya tanak tunjuk kat semua orang apa sebenarnya ada dalam hatinya. Dan mungkin this is the best way to persuade her soul and spirit. Nadya mungkin tanak mak ayah, adik-adiknya makin sedih. Walaupun Nadya muda daripada i, tapi i tak rasa i mampu nak jadik macham Nadya kalau berlaku perkara yang sama nauzubillah. i'm not ready yet . Even i anak yang sulong, sangat close dengan family terutamanya dengan siblings, tapi i tak rasa i boleh pujuk hati untuk jadik sekuat dan setabah Nadya. Nadya, Nadya. Awak sangat kuat dan sis sangat kagum dengan awak.

Untuk Nadya, sis doakan Nadya akan kekal sekuat nih dan hadapi masa yang mendatang Nadya dengan penuh ketabahan. Nadya seorang yang kuat. Jangan mudah patah semangat ye sayang. Sis doakan yang ter-baek untuk Nadya, dan sis doakan adik kesayangan Nadya akan tenang di sana. Di sisi-Nya. Amin.

Muhammad Afif Asyraf Bin Abd Rashid 10 Sept 1989 - 30 Jan 2010 . Al-Fatihah

nota kaki: i rasa kuat bila baca entry-entry Nadya, tapi bila baca blog arwah, tiba-tiba hati i sebak. Seolah-olah baca balik diari sesorang yang dah pergi. Al-Fatihah.

04 February 2010

Macham Bisekut Kejap Ada Kejap Nan Ado

Mula-mula tengok tadi, ada je. Tengok kali ke-dua, eh eh macham dah takde. Tengok kali ke-tiga, memang konpem dah takde.

Hurm....

Menyesal kot follow i nih.

Okey, FINEEEE!!! (angkat dua-dua belah tangan)

nota kaki: open untuk follower je pasnih.

02 February 2010

Kicik Punya Hal Pun Mau Bising Ka?

Currently rasa anoyying lah bila jumpa beloggers yang suka nak kutuk+kondem+lekeh kan belog-belog orang lain konon macham yang ko punya tu terbaek. Ko kenapa beb? Dorang belog pakai streamyx korang tak bayaq bil ka? Kamon la. Cara ko tu dah macham nak menimbulkan jelik di kalangan beloggers lain je. Cakap 1 Malaysia. Takkan benda simple macham nih pun issue kot. Masing-masing pun ada their own style how to express their own story to others. So biaq pi je lah. Selagi belog dorang tak kacau sensitiviti sesape, tak menyakitkan hati dan tak menyusahkan hidup mana-mana pihak, i rasa belog tu still under their own control. Kalau ko jumpa belog yang ko rasa gila gedik, boring, pathetic, hina, pict ber-sepah yang ala-ala mencapap pejadahell tu ohohokohok , takkan ko tak reti-reti nak belah je kot. Tak payah la nak bace pastu sibuk-sibuk nak rated+kutuk+hantam bagainya - menambahkan dosa yang sedia ada. Ber-sangka baik je la. U take it, or u leave it. Kan ke senang. Bak kata pepatah; rambut sama hitam, belog lain-lain. Tsk.


tau lah belog ko tu hebat. (''<)

nota kaki: mane ade marah. tegur je.