Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 October 2013

Kurus Ke?

Salam kesayangan,

Hujan ke kat tempat korangs? Belah Terengganu memang dah start musim hujan kot. Setiap malam adalah malam hujan. Eh ayat apekah camni? Haha, abaikan.

Sebenarnya nak share ngan korangs pasal kurus. Ini bukan entry perasan mahupun perasaan. Tapi sebab nak menjawab bila ada yang bertanya. Tanye yang biasa-biasa aje takpe. Tapi ini untuk yang tak habis-habis tanye kenapa aku makin kurus lepas deliver kan bb Aira. Penat ke jaga 2 anak? Penat ke duk rumah masak? Penat ke layan laki? Tak cukup duit ke nak beli makanan lepas benti keje? Hohoi takde takde takde. Yang last belom ada sape-sape berani tanye lagi kot. Melampau sangat soklan tu. Berani ko nak tanye?

Jawapannye ialah....

Haku pun tak tahu weh. Sebab sejak lepas sekolah badan aku makin kurus makin kurus. Paling dasat aku pernah seberat 43kg je time bujang senang dulu. Dah macham skeleton masa tu.


nampak tak tangan skeleton aku?




Ni semua pict zaman anak dare. Zaman xs. Zaman bahagia. Zaman belum beranak 2. Zaman belom penat masak kata ko. Zaman belum penat jaga anak kata ko. Zaman belum penat jaga laki kata ko. Haih!








Yang ni semua pict latest aku since lepas raya puasa dulu kot. Dah gemuk sket berbanding zaman anak dares but still kurus la kot - bagi encik somi. Berat sekarang around 48kg-51kg. Dah memang tak boleh nak up dah even tabiat pemakanan aku super duper dahsat. Dah macham ada hantu dalam badan. Aku jenis tak layan sangat junk food bagai sebab aku akan makan heavy food at least 4-5 kali sehari. Lapor siot jadi bf mom nih. Kalau sebelum nih lagi lah time susukan 2 orang kanak-kanak tu, but alhamdulillah since Areil dan wean off, aku dah slowly kurang lapor. Kenapa aku still tak naik badan even makan banyak? Maybe aku punye metabolisme still bekerja dengan pantas dan bakar semua lemak badan dengan pantas dan rakus sekali. Aku pernah jugak dengar bf mom lagi cepat membakar kalori beribu kali lebih cepat berbanding aktiviti jogging. So no wonder la kot. Hehe.

Bila ada yang tanye aku memang jaga badan ke, seriously memang aku jaga. Tapi aku bukan jenis yang obses nak kurus macham patung lilin tu pun. Cukup la berat sekitar 48-50kg camnih ha. Cukup lah muat dengan baju-baju yang aku ada sekarang. Kalau gems sikit, nanti nak kena beli banyak pulak baju lain. Kalau tanye supplement ape yang aku makan untuk bagi kurus, memang aku takde sampai tahap nak kena guna kekdah ubat-ubatan atau yang sewaktunye lagi untuk lost weight. Macham aku cakap, aku kuat makan, tapi badan aku susah nak naik. Plus aku bf mom so maybe itu yang balance kan berat aku kot. Aku just monitor je supaya tak terlalu kurus sangat. As long as sesuai dengan ketinggian aku yang katik tak katik nih haha. Eh tapi nak cakap aku control camano ek sebab aku jenis makan tak ber-control pun. 

Cuma untuk maintainkan energy dalaman aku consume Luver9 collagen supaya badan tak lesu dan bertenaga. Seriously aku suka Luver9 nih sebab aku boleh nampak bila aku skip ambik almost 1,2 minggu, bila aku start consume balik, aku perasan akan keluar lendir-lendir time membuang. Macham detox kan toksin-toksin dalam badan yang terkumpul selama aku skip consume tu. Lepas 3,4 hari baru lah back to normal. Yelah, kurus tak bermakna aku sihat kan? Lagi-lagi usia dan berganjak nih. So, memang supposed to amalkan jugak supplement untuk badan ni. *yang Luver9 collagen ni nanti aku bukak entry lain kalao nak tahu details. Tapi aku tak jual.  

Jangan terkejut aku pernah lalui fasa gems jugak. Masa aku form 1, mak bapak aku hantor aku ke SBP Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Kedah. Aku lepak kat sane 3 minggu je lepas tu aku angkut semua kain baju balik sekolah lama. Homesick kata kau. Tapi yang pelik badan gemuk gedempol masa duduk kat kedah tu even sekejap je. Lepastu masa form 4 dan form 5 aku sekolah kat sekolah teknik. Tinggal kat asrama so kerja makan tido makan tido study malas kuikuikui. Memang gems jugak time tu. Sebab tu zaman sekolah aku takde pakwe kot. Selekeh. Berat pun around 56kg camtu - dah nak same dengan berat time buat kad pegnen kan dua kanak-kanak nih. Haha. Lepas tu aku sambung pulak study kat Politeknik. Badan aku pun start naik balik sebab sem 1 aku stay hostel. Memang aku bangsa tak boleh tinggal kat asrama gamaknya. Ibaratnya Hostel = Gems. Itu aku lah. Orang lain aku tak tahu. 

So lepas ni janganlah ada pulak mulut-mulut nak men-joyah kan aku cakap aku kurus sebab tak bahagia, sebab penat jaga anak, sebab anak kecik-kecik lagik, sebab laki tak bagi cukup makan, sebab penat layan laki dan macam-macam lagik. Sekarang hidup aku tersangat bahagia dan tenang - malah siap berganda double bahagia lagik dengan suami dan anak-anak semenjak bekerja sdn bhd ni. Bahagia yang tak dapat nak dibeli dengan duit ringgit . Insyallah, amin.

22 October 2013

Ku Lari Ke Pantai....


Salam kesayangan,


Si kecik eh kecik ke beliau? dah tido maka boleh lah update sikit-sikit kot. Tapi takde si kecik bukan bermakna boleh men-taip dengan tenang dan senang lenang. Nih ada budak ninja sedang panjat belakang kerusi. Lepas tu peluk-peluk dari belakang. Woihhh, dugaan betul nak ber-belog sekarang 
*kesat peluh laju-laju. 

Sekarang musim hujan kan? Musim membiak pun iyer. Tak caye tengok lah bulan Julai Ogos September taun depan penuh ke tidak labour room sepital. sekali aku pun sekali ada dalam tu daa. Gulllpp!!!

So daripada sengaja menempah penyakit tak serik maka eloklah hari-hari indah yang ada ni dimanfatkan dengan ektibiti outdoor sekali sekala. Jangan kepala tu duk ingat nak indoor inroom je. Eh pesal entri aku macham miang je ni? 
Dah, dah, dah, jangan banyak pikir. Layan pict pelis....!


Kitorang pergi pantai. Laki bini memang suke pantai. Sejak zaman kapel, zaman pegnen sampai dah beranak pinak ni pun suke jugak pergi pantai. Lagi-lagi bawak anak-anak. Tayah serabut otak nak kejor anak sambil tolak troli tolak stroller sambil pak guard pun ikut same kejor aku dua beranak sebab langgar sana sini lintang pukang kan? Okey itu memang belom ter-jadik pun lagik tapi macham tak mustahil je kalau dengan si Areil nih. Sebab tu lah jugak aku dah lama tak keluar menyopping luar dari Terengganu kot sejak anak dua ni - sebab rasa nya lagi banyak masa kecederaan kejor budak lasak nih berbanding masa untuk pilih dan beli barang. Blerghhh!



Areil bad mood sebab baru bangun tido. Nasib baik bukak je mata nampak pantai terus teruja je muka.


Kitorang tak lama pun kat pantai. Hajat nak main air pun tak sempat sebab awan gelap dah dekat. Tengok balik pict nih macham seram pun ada. Bayangkan kalau ada petir time tu? Perghh, rentung aku.  



Pakai selekeh-selekeh je dah lah. Since carry Aira camtu, memang takde nye aku nak ber-fareeda bagai. Ada brooch kot. 


Lepas dah sebulan beli camera samsung galaxy, baru aku rasa best lepas tengok hasil pict ni. Clear kot. Sebelum ni macham nak keji pun ada bila tengok kualiti pict macham so so je. Nak cakap menyesal memang tak berani pasal aku yang beriye-iye mintak encik somi belikan. Rupanya, lighting tak cantik so pict sebelum ni memang la tak cantik jadik nye. Kuikuikuikui.


Maaf lah pict tunggang ter-balik. Nak susun balik macham malas pulak. Ahaha. Okey dah lah, takleh nak ber-lama-lama sangat. Kesian si Areil sorang-sorang main. Malam nanti kalo rajin aku update lagik. Bai.

21 October 2013

Raya Aidil Adha 2013



Salam kesayangan,
Aku kan, sementara hingat dan sementara ada peluang ni, aku update siap-siap ape yang terlintas kat kepala nih sebelum berkulat jadik angan-angan dalam kepala je lah jawab nye. Macam sibuk sangat je kekdahnye sekarang. Hukhukuk. Okey dah dah. Enaff nak merepek banyak-banyak. Baik kita layan pict je.


Ini menu raya pertama. Soto je pun. Raya Aidil Adha memang kitorang laki bini dah plan nak raya kat rumah sendirik je setiap kali raya. Pasal raya puasa dah janji nak gilir-gilir kampung masing-masing kan. Pasal rumah mak pak memasing pun dekat sejengkal je - kalo kentut boleh dengar - so boleh balik lepas semayang raya je pun. Aku nak jugak anak-anak merasa bangun pagi di pagi raya di rumah sendirik. Baru lah fair kan perasaan tu?

Eh paham ke ape aku nak cakap sebenarnye?



family potrait sangatsss!




Time ni dah tukar baju nak balik Paka - kg asben sangats. Haha.dekat je. 20 minit je pun.

Lepastu, raya kedua kawan jauh aku nih datang rumah. Sape lagi kalo bukan Pidot. Memang wajib jumpa setiap kali dia balik kampung asben kat KT ni. Berani dia tanak datang jumpa kawan setahun sekali jumpe dia nih? kehkehkeh.





Elok sangat kitorang nih. Aku ngan pidot sebaya, sweet 18 gitew.... auwww! Lepastu anak sulong kami sama-sama lelaki sama-sama jugak umor. Lahir pun bulan sama. Lepastu anak kedua kitorang pun sama-sama pompuan. Nama pulak ter-sama - sorang Aira sorang lagik Ayra. 



After pidot balik, kitorang bersiap nak pergi kenduri.




Ni bebudak yang suke kacau aku. Tensi mak!



Lame dah kot tak ber-Fareeda. Malas sangat nak iron tudung nak pergi rumah kawan satu taman je pun, makanya tibai je lah Fareeda pun Fareeda lah. Kenapa dah tanak pakai Fareeda? Nati-nanti aku setori.




Aktibiti BBQ satu famili. Daging korban banyak oiii. Ape lagi, kita bakor aje!!!!



Gigih laki bini mem-bakor hah!



Buat kat rumah ma aku je. Rumah aku sempit nak berasap-asap camnih. Mengamuk jiran sebelah nanti makan asap. haha!

Nota kaki: Pict sume saiz kecik-kecik sebab sume aku rembat daripada I.G. aku kan aktif ber-I.G. kalo tak nampok tu, bukak je lah mata luas-luas. Kalo tak nampak jugak, jom follow I.G aku nih hah - Yna Dona

Pasal Aira.

Salam kesayangan...

Aira demam. Terkejut gamaknye tahu berat diri sendiri dah cecah 8.22kg di usia 5 bulan++. Haha, kesian dia demam buat pestime nye after jab semalam. Yang tak bestnya, klinik yang aku selalu pergi ni, derang (pembantu klinik) tak concern macham nurse di KK kan? Kalo nurse, dorang awal-awal lagik akan bitahu yang jab tu boleh sebab kan demam ke tak, lepas tu kalo demam dorang akan stenbai suapkan ubat demam siap-siap sebelum injek. Macham semalam, lepas jab dan settle nak membayau di kaunter baru ku teringat nak tanye, lepastu pembantu klinik tu main agak-agak camtu je bitahu mebi tak demam kot. KOT??? Pesal tak masuk je dalam kompen kan je dengan doktor.Mane boleh main agak-agak camtu je, tsk. Nasib baik aku dah stenbai beli ubat demam sekali, tapi semalam Aira muntah masa suapkan ubat. 2 kali suap 2 kali muntah. Okey fine. Anak papa lah ni kan, culas ubat.






Aira kan, dia ni ringan sket berbanding Areil dulu. Masa umur 3 bulan, Aira dan boleh meniarap dengan cekap nye. Tak lame lepastu dah boleh naikkan kekuda nak merangkak. Now dah pandai gerak merangkak 2,3 step lepastu tahu duduk ala-ala dugong duyung terdampar gitew. Haha, terlajak laju budak tonggek nih sorang. Apepun alhamdulillah, perkembangan anak-anak ni memang takkan sama punyer. 




Ter-paling suke tengok pict bila dorang berdua. 
Oh anak-anak ku.

nota kaki: update laju-laju je. Pendek sudah. Janji bila mood nak mengupdate datang, pukul 4.30 pagi pun gigih bukak leptop. Dah sejam aku duk kat bilik tengah ni, encik somi langsung tak sedor bini takde kat sebelah. Tido mati sangat!

09 October 2013

Mane Aku Menghilang Hah?

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum semua kesayangans.....

Fuhhhh, punyelah long hibernate aku nih kan? Serius, hari-hari otak terkenang-kenang ingat kat belog yang dah nak mula bersawang nih TAPI ape boleh buat, i is tak sempat uolls!!!  Haha.

Okey lah, tamo cipta dan reka seribu satu alasan melainkan boleh cakap yang aku ter-sangats super duper bizi mama rite now. But seriously my life much better, enjoyable and comfortable than before. I'm not pretending like tapi sesungguhnya bahagia ku bortingket-tingket since i did my own bussines nih. Syukur alhamdulillah dipermudahkan perjalanan ku sekeluarga. Even masa tekad nak resign dulu hati ni dah pasang niat awal-awal akan redha je andaikata after resign nanti tak mampu capai dan rasa selesa seperti time koje gomen dulu, tapi Alhamdulillah, it was suprised sebab sehingga hari ni aku survive settle kan loan, bayar itu ini sdn bhd - even time decide nak resign dulu dah deal ngan en.somi dia akan tolong bayarkan segala utang piutang bank ke kutu ke lipas ke utk 3 month pertama after resign, lepas tu yang seterusnya pepandailah aku buat duit. Haha, yelah, masa tu memang tak jangka pun kan. Apepun Syukur alhamdulillah, aku anggap ini rezeki anak-anak sebab aku resign ni pun demi anak-anak.

Itu je lah kot dulu. Sebab dah lama tak mem-belog so tak tahu nak mula dengan cerita ape.haha, kekok di belog sendiri nampak nye. Puiii! See yu later...


23 August 2013

Keguguran.

Salam,

Alkisahnya, hari-hari kerja aku kutip rambut, sapu rambut. Arini vacum lantai, esok dah bersepah balik. Kalau kat getah rambut, bergumpal-gumpal lah jugak rambut lekat kat situ. Itu belom lagi time mandi, belom lagi time sikat rambut. Nasib baik lah jugak aku ni bangsa berambut ramai. Setakat segengam penumbuk jantan rambut gugur tu, takde nampak kesan botak pun lagik kat kepala aku. Tak perlu pergi Yun Nam tanam rambut bagai. Huahuahua.

Tapi jangan lah ingat aku tak tensi. Si Aira dah pandai pegang-pegang baju, tudung, rambut aku. Kadang-kadang tak perasan dah masuk mulut anak rupanya rambut mama. Si Areil pulak jenis suka jatuhkan makanan kat lantai lepas tu kutip ngapppp....Haiyohhhh! Menggelupur manjang aku tengok. Mana nak cekau anak, mana nak cekau rambut. Sabor je lah. Orang tua cakap bila baby dah start main air liur, rambut mak akan gugur. Kalau ikut logik orang sekarang sekarang, sebab time ni sebenarnya hormon mak-mak macham berubah sikit. Berubah nak jadik makin tua sebab tu rambut nak makin kurang. Sobs. Masa ni, ko telan lah ibu segala kolagen pun tak jalan punyer. Luruh tetap luruh. Redho kan jelah. So tak tahu lah sampai bila aku nak kena sapu dan kutip rambut hari-hari. Kalau rajin, boleh jugak gam-gam tampal buat wig kenssss? Hohoho, tak kelakar.



Aira makin galoks!!! Pantang ada orang tepi tepi dia, sibuk la dia nak menegur. Sampai tersembur-sembur air liur.
Haih, itu lah punca nya rambut mama gugur kan dik? Tsk!


Tarik tudung, tarik loket, tarik napkin, tarik segala benda  yang boleh di-tarik masuk dalam mulut. Tidak-tidak pun, masukkan jari sendiri pun voley.
Sabor je la.


Hero mama makin besor. Dah boleh ikut bawak pergi site teman kan papa. Pastu mengamuk tanak balik sebab nak tengok lori. Sekali, papa pun janji nak beli lori bulan depan. Okey kita tunggu. Sebab kali ni papa janji nak beli real lori punyer.

Areil dah pandai buat ayat pendek-pendek. Kalau dulu, suke bagi point je. Contoh 'mama, asikkk (nasik)' so pepandai lah aku teka dan menang ayat anak aku tu. Kalo betul, dapat hadiah. Eh tipu. Tapi sekarang, dah boleh buat ayat-ayat sikit. Macham tadi time nak tido, tiba-tiba dia teringat kot yang dia main ball dengan anak jiran sebelah. Bersungguh bercerita, 'mama, yeye epak (sepak) ball. Main kawan. Yeye, ariiiii (lari). Kira okey lah tu sebab mama paham nak. Good boy!

Itu je lah kot. Aku kan anti klimaks. Haha. Dan macham biasa, pict tuan tanah haruslah ada jugak. Kot-kot lah ada yang rindu.
Sila lah muntah lagik. Mihmihmih!

21 August 2013

Short Update - Makan



Salam,

Tengah-tengahari cenggini baru free sikit. Boleh lah update sikit-sikit. Sikit je tau.
Aku ni kan, keje nya makan makan makan. Bila adik tegur aku gemuk macham pegnen sibuk je pulak nak sentap. Tapi memang logik jugak kalau ada cakap aku gemuk pun. Makan nonstop lagi mau kurus ka? Haiyooooh!


 goreng nasik belen semalam. 
letak mix vege+sosej+telur+cili padi, sudey.



lepastu asben request goreng kopok garing-garing. makan sekali ngan nasik goreng.



tengah-tengah malam asben aku lapor.
maka terhasil lah melty cheesy sausage roll *gasaklah nama aku letak sendiri.
yang ni post kat i.g ngan fb, ramai pulak mintak resipi. Auuwww!






ko ingat nih rumah nenek ke Areil boleh meligan-ligan kusyen bantal semua?



Aritu pergi Safina Nasik Arab kat Kijal, Kemaman tu. Sebab nak feeling Arab, duduk kat ruang bersila ala-ala pak Arab isap shisha tu kekonon nya. Sekaliiii, si Areil meligan abis kusyen-kusyen kat situ. Kusss semangat. Tengok je lah pict aku anak beranak, Mama mulut tak abis-abis melarang, si Areil plak menggelupur tanak duduk. Si Aira plak...baik pulak dia tengok kamera, tengok menu. Lepas tu tido. Hahaha. Macham-macham ragam okeh.

Makan kat situ, aku bagi 8/10. Tekak melayu mana nak ngam sangat makan nasik berempah arab nih. Tapi untuk yang suke makan nasik Mandy, kebab kebab, roti pita segala tu, sila lah terjah. View pun best tepi pantai. Cosy dan harga pun affordable. 


sape-sape yang nak try Magic Skincare, boleh whatsapp aku 013-9525876.
Now aku langsung dah tak guna foundation, bedak segala. Keluar rumah sapu lipstik je sikit dengan muka togel je. Nak lagi yakin, sila lah add FB aku. Boleh view puluh-puluh testimoni daripada kastemer aku sendirik. Nak cantik tak?


Okeylah, nak layan FB pulak. Dah, bai.