Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 July 2013

Jom Sertai Kelas Mekap - Asas Solekan Anjuran Kolej Komuniti Kemaman.


*entry melekat melekit. Scroll down laju-laju ke bawah untuk entry terbaru. TQ




 Salam semua,

Kolej Komuniti Kemaman akan mengadakan satu kelas Asas Solekan pada 17 Ogos 2013 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Kerteh. 
Kelas akan bermula pada pukul 9pagi - 2ptg. 
Yuran penyertaan adalah hanya rm15 dan terhad kepada 15 orang peserta sahaja. 
Peralatan disediakan.
Sijil penyertaan daripada kolej juga turut diberikan. 

Antara pengisian kelas tersebut ialah:

Pengenalan kepada peralatan, teknik dan solekan yang sesuai/ringkas.
Demo solekan harian (natural) dan solekan makan malam.
Praktikal peserta.

Kepada yang berminat nak menyertai, anda bolehlah sms atau whatssap nama dan ic ke no 013-9525876 (yna)

So ape tunggu lagi, ajok ah kawang-kawang tu. Jom pakat comel ramai-ramai lah awok terrr!!!!

22 July 2013

Jom Masak

Salam semua,

Sebenarnye tengah tunggu nak masak nih. Tapi sotong ngan ikan tengah berendam lagik. Kejap-kejap lagik okey lah tu kot lembut. Itu yang menyampah kalau simpan binatang-binatang kat freeze, dah jadik satu hal pulak nak kena tunggu mereka chill bagai.

Tapi nasib baik jugak aku ni bangsa yang tak suka bercinta kat dapur. Kalau bukak pose pukul 7.3o, aku suka start masak pukul 6, 6.30 camtu la kot. Kadang-kadang aku dah siang dan marinate siap-siap ikan ke, sayur semua, tinggal nanti nak masak je. So sedang elok lauk masak, tok bilal pun azan. Lauk pun panas-panas je sangats. Tapi depends jugak lah lauk apa yang aku nak masak. Mengkalau nak masak sup tulang, pukul 6.30 baru aku terhegeh-hegeh nak tenggek periuk rebus tulang, agak-agak pukul berapa lah daging tu nak empuk oi. Silap-silap aku yang kena hempuk dek laki. Dah la takde nye aku nak guna periuk tekanan tinggi ke rendah ke apa. Campak dalam periuk ala-ala vantage yang beli kat Rantau Panjang tu sudey.

Okey dahla merepek. Kuali dah memanggil. Nanti sambung lagik. Selamat berbuka semua. Bai.

Malas Pikir Tajuk Pepagi Camnih

Salam, *sori entry semalam2 lupa nak beri salam...=(

Aku rasa lah kan, aku dah boleh mula berbelog balik macham dulu. Sebab nye, aku dah jumpa rentak anak-anak. Lepas 12 malam dorang dah start berdengkur, tapi aku macham biasalah, mata tak berapa nak kenal tidor malam. Selalu time-time ni (12-2 pagi) aku suke kemas-kemas rumah, kutip toys anak masuk box, sapu-sapu lantai sket, lipat-lipat baju. Takpun wrap parcel order kastemer, tulis addres sume. Settle sume tu boleh lah melayan belog sepam dua kan. Kalo bulan-bulan pose cenggini, aku lagi suke lajakkan sekali sampai sahur dan subuh. Lepas subuh baru aku tergolek tido peluk anak-anak. Bapak budak-budak pun dah nak kuor pergi kerja.

Lagi satu, dulu aku selalu merungut payah nak taip guna henpon. Leceh. Itu yang kejap-kejap tertangguh je entry aku. Kadang-kadang je aku sempat rembat leptop encik asben, lepastu taip entry laju-laju. Bukan takde pc tapi pc dalam opis en. asben. Semak okey nak masuk dalam tu. Idea pun tak datang. Tapi encik asben dah ada pc baru. Lagi power gamaknya, maka secara tak rasminya jugak, leptop beralih tuan. Lepas ni nak carik skin protector yang pinkish-pinkish tampal. Konpem jadik hak milik kekal. Huahuahua.

Okeylah, nak ronda-ronda pergi belog kengkawan kejap. Nanti update lagik. Bai.

nota kaki: tapi semalam encik asben pesan suruh normalkan balik kitaran tidor aku macham manusia lain. susah woooo!!!!

21 July 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan La Sangats



Dah 11 hari kita pose dan Alhamdulillah as a request from encik asben jugak, setakat ni belom lagi jejak kaki berbuka kat kedai ke buffet Ramadhan ke ape. Dan segala juadah lauk pauk adalah home made by me kecuali kuih muih. Tak khoser aku nak buat kuih sedulang lepastu makan nya sesuap je lepas tu esok dah nak kuih muih lain pulak. Maka part kuih muih kita tunjuk-tunjuk sudey....


*ikan masak asam+telur asin+tempe goreng kunyit+salad dan kurma


*gulai kunyit lengkuas+paprik campur+sambal velacan ma kasik (kuih muih beli ye.malas nak taip nanti orang ingat aku buat jugak)


*sayur putih kacang panjang+ikan goreng+udang masak merah+telur bungkus. 


*ikan jebong panggang cicah air asam+ayam masak black pepper+sayur campur


*tukke panggang cicah air asam+daging masak merah ala thai+sambal velacan ma bagi+nasik goreng seafood


*cencaru sumbat sambal lada hitam+sup daging+telur dadar+kailan ikan masin.


*ikan masak stim asam boi+cendawan goreng+daging masak merah+cucur badak dan ayam masal lemak cili padi yang ma bagi.


nasik goreng seafood berapi.

Kalau dikira-kira ada 8 pict je. The rest aku berbuka puasa kat rumah mak mertua dan rumah ma aku. Setakat nih memang takde istilah campak dalam tong sampah. Semua abis licin kena bedal kami laki bini. Hahaha dasar kuat melantak. Nih lagi berapa belas hari lagik pose yang tinggal, tak tahu lah nak kena pikir menu ape lagi. Nasib baik ada FB. Boleh jugak tumpang intai-intai pict lauk korang. 

Saya Dah Resign Pun.

Ya Allah,

Lamenya tak update belog. Sejak abis pantang sampai dah nak dekat 100 hari si bb Aira dah nak masuk 3bulan, tak berhupdate sangat pun belog nih. Terabai je engkau kan belog. Mementang la aku dah balik rumah sendirik, mementang lah sibuk jaga anak-anak, mementang jugaklah dah berenti koje. Eh? Ramai yang dah tahu kot....hihihi.

Sebenarnya banyak sangat yang aku dah missed nak share dengan korangs. Lagi-lagi pasal berenti kerja. Kalo ikutkan hari-hari sangats nak hupdate belog, sebab sempat je pun tapi aku je yang malas huawawawa!

Okey aku setori lah sikit-sikit ye. Aku dah officially resign. Submit resign letter pada 2 Julai 2013 aritu, dengan notis 30 hari. Sepatutnya 2 Ogos ni cuti bersalin aku dah tamat tapi memandangkan aku dah nekad nak resign, tak payah nak tangguh-tangguh so aku bagi notis ngam-ngam sampai last day aku cuti bersalin. Terus cuti sampai ke sudah la maknanya. Hiphip horey. Bila ada yang tanya, kenapa sampai berenti kerja? Goverment kot. Tak sayang ke? Jawapan aku.....

1. Minat. Dah tiba masa nya aku nak serius buat apa yang aku minat! Dah tiba masanya aku betul-betul fokus dengan skill dan kecintaan aku kat dunia mekap nih. Kalau dulu aku as a freelancer MUA je tapi insyallah sekarang aku bergerak sepenuh masa sebagai Jurusolek/ Mak Andam. Kalau orang tanya, okey ke income jadik MUA nih compare dengan gaji lama aku dulu, jawapan aku, gaji dah jatuh no 4 dalam ranking keutamaan aku.

2. Masa. Dulu memang aku mampu jadik freelancer MUA, buat job time weekend je dan weekdays bekerja macham biasa. Masa tu anak aku sorang. Weekdays aku anto Areil bagi ma aku jaga time aku kerja dan weekend time ada job mekap, aku anto lagik Areil kat rumah ma aku. Syukur aku ada ma yang sanggup jaga tak berkira. Kalau aku anto nurseri, celah mane aku nak anto anak aku time weekend kot. Masa tu hati ni dah macham tak berapa nak best sebab kesian jugak dah susahkan ma aku. Mane lah tahu kot-kot time weekend tu ma aku nak berehat ke nak pergi kenduri kendara ke kan, tentiba aku plak sibuk selit anak aku sekali. Tapi masa tu hati tak berapa nak yakin sangat nak resign. Macham angan-angan je. Tapi now dah ada bb Aira, aku kena pikir betul-betul. Takkan 5 hari bekerja dah anto ma aku jaga kedua-dua anak aku lepas tu weekend nak anto lagi. Kesian kot kat ma aku. Even aku tambah duit belanja sekali pun, even ma aku cakap tak ape sekali pun, aku ni anak takkan takde ati perot dan akal kot nak pikir. Kesian ma aku. Dia nak rehat jugak. Nak dating ngan abah jugak. Huhuhu. So, sekarang anak-anak 24 jam depan mata aku. Time aku keluar mekap, jumpa kastemer, time tu je lah aku anto anak aku kat ma aku. So might be okey lah berbanding dulu. Buat ape aku bersusah payah nak pikir nak carik pengasuh lah ape la lepas tu pikir lagi nak bayar pengasuh la ape la, sedangkan itu kan anak aku, biarlah aku yang jaga pesal kena pikir nak bagi sape yang jaga. Kenapa aku kena pikir nak bagi orang jaga anak aku lepas tu gaji bagi kat pengasuh, so aku kerja demi anak-anak ke demi pengasuh? Lepas tu bile time gaji mula lah nak pikir, kerja kemain tapi gaji macham tak tahu hilang kemana asal hujung bulan gaji pun nak hujung-hujung jugak. Takkan itu je kot yang aku dapat lepas kerja penat-penat, tinggalkan anak-anak kat orang sehari suntuk. Berbaloi ke? Huhuhu.

3. Ketenangan. Aku tanak tua sebelum usia. Hahaha. Kerja dalam tekanan, hari-hari balik rumah serabut otak sebab kita buat kerja dalam environment yang tak kondusif, dikelilingi aura-aura yang negatif. Bila kerja terikat dengan bos-bos dan manusia yang terlampau cerdik kadang-kadang boleh buat kita rasa segala kerja buat kita tak pernah dipandang elok. Ada je yang tak kena dan ada je cacat cela. Dari elok-elok kita ikhlas bekerja sampailah timbul rasa yang dah tak berapa nak enjoy lagi dah. Dan aku sangat menyampah bila orang terlalu sibuk nak ambik tahu pasal aku, nak tahu mana aku dapat duit beli itu ini dengan gaji yang seciput, nak tahu berapa sen harga semua benda yang aku ada, berapa sen gaji laki aku dan kalau boleh buku akaun aku pun dorang nak update supaya senang dorang kira kewangan aku bulanan kot.

4. Income. Macham aku cakap jugaklah, aku bekerja bagai nak rak, korban masa dengan anak-anak, korban masa dengan keluarga. Keluar subuh balik petang, badan dah letih giler dengan otak lagi stress, tapi gaji aku tetap setakat tu. Bila time gaji, tolak bayar itu ini semua, berapa kupang je lagik yang tinggal untuk aku? So untuk ape aku kerja sampai kena korban macham-macham tapi aku tak sempat nak nikmati usaha titik peluh aku tu. Bukan nye aku tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan sepanjang 8 tahun sebagai penjawat awam malah dengan rezeki itu jugak lah aku dapat bagi ma abah aku merasa, cuma sampai bila aku nak selesa di takuk yang sama? Rutin yang tak berubah selama 8 tahun? So aku pilih untuk bekerja sendiri. Biarlah aku sendiri yang corakkan masa kerja aku, masa aku dengan keluarga. As long as aku enjoy buat kerja yang aku minat, still boleh buat income dan dalam masa yang sama anak-anak ada depan mata aku dan sempat masak untuk encik suami aku, itu adalah kejayaan besar bagi aku yang tak semua orang berpeluang dapat rasa. Bak kata encik asben, lepas ni aku lah bos dan aku jugak kuli. So dekat situ secara tak langsung aku mampu motivasikan diri aku untuk lebih berusaha dan hargai setiap rezeki yang aku perolehi takdelah nak shopping merapu je.Hihihi. Dan insyallah, aku yakin aku aku dah buat pilihan yang terbaik. Walaupun terpaksa telan dan pekakkan saje telinga mendengar suara-suara yang tak bersetuju dengan keputusan, tapi aku jugak yakin masih ada ramai kawan dan keluarga yang menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Bak kata seseorang, aku tak mati dikeji dan tak hidup dipuji. 

Okeylah.Macham dah terpanjang je pulak entry aku. Ikutkan hati panjang lagik nak menceceh tapi kang nanti macham nak tarbiah suruh semua orang berenti kerja la pulak aku nih. Hahaha. Tak kisah lah mane-mane pun pilihan kita, masing-masing ada matlamat dan alasan masing-masing. Orang cakap ikut hati mati tapi aku percaya hati aku tak pernah tipu tuan. Rezeki ada dimana-mana. Janji Allah itu pasti. Engkau doa, usaha, yakin dan tawakal, insyallah adalah bahagian untuk engkau tu nanti. Jangan ingat rezeki itu hanya duit. Anak, suami dan keluarga pun rezeki. Bahagia pun rezeki. So luas sangat pengertian rezeki tu. Tepuk dada, tanya lah hati sendiri. Voleyyy?


nota kaki: Pun ada yang cakap aku berenti sebab laki aku senang, sebab laki aku paksa jaga anak, sebab aku dah beranak dua, lepastu seksok kena tinggal baru menyesal. hey hey hey hello....boleh tak pikir di luar kotak. Aku hanya berenti kerja makan gaji, bukannya berenti kerja. Aku still jana income aku bukan semata-mata tadah poket mintak duit ringgit laki aku (kalau iye pun, ape salahnya, bukan mintak duit laki ko), pepandailah aku manage kewangan, saving dan future aku. Takkan semua nak kena isytihar kat ko kot? Lepastu nak salahkan aku sebab beranak? Kalau tak kerana anak-anak, sampai bila-bila jugak lah aku takkan dapat kekuatan untuk buat keputusan besar cenggini. Kau hader?





Yang penting aku lebih tenang dan double bahagia begini.....


Okey dahlah. Bai.

16 July 2013

Rinduuuuuu!!!!!

Salam....
Rindu nye kat belog, tau tak. Makin tak kerja makin tak sempat pulak nak berbelog. Sad kan?
Okeylah. Taip pun guna henpon,memang tak klimaks la kot. Leptop missing in action. Tunggu nanti kita sambung setori mori bebeyh...

K bai.





Published with Blogger-droid v2.0.6

06 June 2013

My dreams.


Ehem,
Menghitung hari....
Bestnya....
9days to go....
Hoyeah!!!

Dah macham-macham jugak plan dalam kepala ni,
Tiap-tiap malam sebelum tido, 
Wajib sembang ngan en.asben,
Pot pet pot pet impian-impian selepas abis pantang,
Nak ganti pose,
Nak shopping baju raya anak-anak, baju mak pak pun sekali lah ni
Nak makan steamboat,
Nak makan yang asben masak *r u ready cuk?
Nak jalan-jalan cuci mata,
Nak teruskan my short vocation yang delay before deliver aritu,
Nak masakkan pavlova dan soto untuk asben,
Dan nak macham-macham lagi lah.

Sonotnye.....

Dah, dah. Panjang pulak 'nak' nye nanti.
Bai.

nota kaki: for reminder jugak.

05 June 2013

Baki Lagi 60 Hari


Salam,

Cuba tengok kalendar masing-masing
Dah 5 Jun pun arini,
Dah sebulan lah maknanya umur bb Aira,
Dah sebulan jugak mama tak tengok donia luar,
Dah sebulan jugak papa tido jauh-jauh...hahahaha.

Kalau orang tanya lama ke sekejap
Aku rasa berpantang kali ni,
lamaaaaaaaaaaaaaaaa yang amat. 
Sangat lah bercinta nak habiskan setiap minggu,
Sampai ma aku pun dah fedap belikan ikan kembung hari-hari buat lauk untuk aku.

Tapi,
Aku percaya,
Lepas je kaki aku ni jejak tanah dengan rasminya,
Sure sehari dah macham sejam je,
Sedar tak sedar dah kena bangun pagi kocoh-kocoh,
Dah kena panaskan enjin kereta sesudah subuh,
Dah start iron baju tudung baju tudung setiap malam,
Dah mula jugak lalilaptamplom dengan asben sape nak anto anak pergi rumah ma esoknya,
Itu tandanya aku dah mula masuk kerja.
Sighhhh....

Okeylah, asben dah balik. 
Bawak burger mekdi kot.
Lapar siot.
Tandem nursing okeh.
Dah macham cicak kobeng aku ni hah.
Leher jenjang nak mamps.
Takde diet-diet pantang kali ni.
Sume pantang tengok, adelah.
Ok lapar sangat dah.
Bai.

nota kaki: ma aku bagi makan mekdi.toksah kerut-kerut kening sangatlah.

31 May 2013

Mahkota Wanita


Salam,

Wah wah wah...tajuk aku. Padahal nak tanye pasal rambut je pun. Mahkota jugak kan? Hihihi.

Saje lah petang-petang santai camni, nak ajak korang bersembang pasal rambut. Aku dah gugel sebelum buat entry ni. Tapi ape yang aku nak tanya macham tak tally pulak dengan apa yang dah aku gugel. Aku nak tanya, pakai produk ape nak bagi rambut cantik beralun lembut ala-ala rambut Leuniey Natasha tuuuu, tetiba time gugel, tak tahu nak taip camane nak bagi encik gugel paham. Aku taip 'rambut lembut cantik', terus beratur keluar tips petua mak nenek bagai. Oh itu aku tanak. Sebab aku bukan jenis wanita istiqomah dalam bab-bab amalan petua nih. Sehari dua hari, maybe aku boleh amal, tapi masuk seminggu dua, eh dah malas lah pulak aku nak ber-petua bagai. Kalo boleh jenis nak pakai arini, arini jugak nampak kesan wow! Boleh tak camtu? Kuikuikui.

So masalah rambut aku tak berkesudahan. Aku tak reti nak buat rambut aku yang panjang dan lebat nih jadik lebih terurus, lebih senang nak handle. Sekarang, hari-hari pun kena toncet rambut sebab rambut aku stok kalo tak ikat, ko akan nampak iras-iras mak singa berjalan mundar mandir dalam rumah. Ngeri? Aku pun ngeri, dah kata kan, rambut aku jenis lebat, lepastu tekstur rambut tu macham ringan sangat lagik-lagik bila lepas conditioning. Rimas aku. Dah sapu serum hari-hari pun macham takde beza sangat pun. Bila pikir kan hati yang sakit nih, nak je aku bobbit kan je rambut ni sekontot kontotnya, tapi orang tak bagi. Dah macham jantan sama jantan pulak kat dalam rumah tu nanti. kahkahkah. So far, aktiviti try and error kat produk rambut memang tak pernah enough. Phewww.....!

So ada pakar-pakar rambut tak kat sini? Boleh sejes kan untuk aku produk rambut terbaik untuk kategori rambut aku ni? Sekarang rambut aku panjang dah lepas keti, lepas tu belah belakang curly yang amat sebab kesan ikat setiap masa. Curly tu cantik bagi aku tapi sebab over volume lepas tu kalau tak ikat, hoiii memamg dasat jugak la pemandangan itu. Kalah hantu kak limah! Plan pertama aku lepas pantang nanti, nak pergi buat treatment+potong seinci hujung-hujung rambut buang mana-mana yang dah rosak kering ke ape. Harap lepas buat sume tu nanti, rambut aku secantik dan sesihat rambut Prosefirna. Perghh, verangansss!





Dua-dua muka cantik, dua-dua rambut pun cantik. Adore aku kat dua-dua manusia nih. 

Instagram oh I.G

Salam malam Jemahat semua...

Tenang je boleh ber-belog malam-malam camnih. Anak-anak dah tido, encik somi plak ber-badminton. Tinggal lah aku sensorang depan tibi terkebil-kebil dah macham cicak berak kapor barus. Makanya, belog jugak lah teman pengganti aku. Huhuhu.

Lately nih aku gile layan Instagram balik. Dedulu aktif kejap, lepas tu terbiar je IG tu digantung tak bertali. Gambo Areil paling last aku upload time tu beliau belom umor setahun pun kot. Ntah angin monsun mane tetiba rajin pulak menggodek balik akaun IG tu sejak ada bb Aira nih. Banyak rupanye freind request. Retis pun ade follow aku, terkojut omak. Itu yang bersemangat sangat nak godek balik pasal terjumpa retis lettew. Gali punye gali, eh banyak pulak retis yang aku minat berinstagram ghopernya. Yang best layan IG ni sebab kadang-kadang IG ni jujur sket. Ntah tak reti nak describe tapi aku selalu nampak pict kat dalam IG ni pict jujur - atau pict yang takde pun upload kat FB tapi ko terasa nak upload kat IG aje. Ke sebenarnya aku je yang jujur sensorang kat IG? Abaikan kualiti editing pict kat IG sebab bagi aku setakat tukar mode dan kaler pict, tak menjejaskan lagi kejujuran pict-pict kat dalam tu. Tapi memang betul kot, sebab kat IG banyak pict yang muka togel-togel tak bermekap, pict yang spontan-montan selamba vadak, gambar muke basi pun berlambak. Muke tak hot tak market macham aku ni mungkin sesuai sangat nak upload sampai muntah pun kat IG. Takde la sesape nak keji sangats. Kalau upload kat FB selang seminit, mampos lepas tu terbace status sinikal 'kawan' kat news feed bunyik macham ni 'hoiii semak betol news feed aku kejap-kejap gambor kejadah nak makan nak berak pun semua upload. Apesal tak masuk berita je terus bagi satu Mesia tengok' Hah, tengok tengok. Sah-sah aku lah yang sentap. So meh ramai-ramai layan IG je la. Sesapa nak temankan aku, boleh add aku YNADONA ye. Kalau nak la kan. Tak paksa punnnn...*tetibe je!

Alang-alang ter-obsesi dengan pict bagai, aku plan nak letgo kamera nebeseri aku dan nak grab new camera yang aku boleh sumbat muat je dalam henbeg aku. At least, time batt phone dan nyawa-nyawa ikan, ada lah jugak si camera tu beri nyawa. Pict ni kita takleh simpan lama-lama tau. Nanti bau kepam. So, sebab tu jugak haruslah beli smart camera sebab lepas je snap pict boleh terus upload kat IG gitew nampak tak betapa bernas nye alasan aku,. Sonang koje omak. Dan macham biasa, i need your review guys. Sape yang dah beli smart camera Samsung tu, sila lah tinggal jejak review sket kat aku. Sebab kalo dah beli lepas tu menyesal, memang makan kaki encik somi la aku jawabnye. Eh tak, gurau je. Dah lama sangat aku paksa dia beli lepastu nak menyesal bagai pulak. Sakit ati tak ko rasa? Hahahah. Lepastu kalo ada yang nak jual dengan harga murah pun boleh jugak tinggalkan link korangs. Lagiiiiii aku suke =)

apesal takde kaler pink? diskriminasi jantina eh?


Eh, jangan suruh aku beli Samsung NX300 tu. Aku tanak maju sangat lah. Nak lite-lite maju je cukuplah. *senang cerita aku tak mampu lah nak beli yang tu. En.somi lagik konpem tak layan. Percayalah Kak Ton!