Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 July 2011

Hai Hai!

Salam semua,


Ahaiii, hupdate di pagi-pagi hari camnih pukul 5.20 pagi tu terasa macham cool la sangat je kan? Gangguan takde, idea pun mencanak-canak datang. Sunyi tenteram je rasa. Erk, tapi berani tak nak pandang belakang hah? Gulppp!


Haha, bapak lame malas nak hupdate. Jenis aku no pict no entry. Wah gitewww. Bukan ape, idea tu otomatisme memang takkan datang kalo entry tak disertai pict. Nak caption ape pun tak reti. Ape pun tak reti aku nih. Kawen reti pulak. Haih! Lagi 2,3 hari dah pose kan? Banyak bebenor hutang aku kat korangs syumer. Nak buat tutorial lah, review la, hape lak. Last-last, nan hado. Terus terang sekarang aku pun dah cam pelik kenapa aku macham ade 10 jam je dalam sehari ek? Lagi 14 jam aku tu macham tak wujud je. Kejap sangat pejam celik pejam celik sehari-hari, sedar-sedar dah esok. Sedar sedar dah nak tido. Tak sempat nak buat ape-ape pun sehari-hari tu. Haih, perasaan yang same masa memula kawen dulu pun camnih, sedar-sedar bangun pagi dah boncet. Bila buatnye? Eh. Vodos! Haha.


Takpelah, aku pun dah tak tahu nak bahan ape lagi. Sebab takde gambar kan? Muahahaha. Esok aku ada last mekap job kat KT. Last job sebelum berehat-rehat menyambut Ramadhan Al- Mubarak. Insyallah. Tahun ni niat nak abes kan sebulan pose. Harap-harap bila berbadan dua camnih, semangat berpuasa tu akan jadik super dabel lebih kuat. Tamo tinggal-tinggal pose. Kan baby mama? Kita pose penuh tahun ni ek? Pastu baby pomis tau kuo 2 minggu after raye macham doc pesan tu ek? Mama nak pose penuh tahun ni walaupun padahal sebenarnya mama nak beraye dan melantak kueh raye ok. Buruk ke perangai mama nih? Agegegege!


Lepas mekap plan nak gi Ariani. Dengar citer Ariani buat less sampai 88%. Saje la tu nak licinkan payment job aku esok tu. Haduiii. Jumpa kat Ariani esok ek? Dah, baiiii.



lebau nye manusia nih!


yang bertunang nye orang sebelah ke yang dalam pewot tu?


okeh. sangat lah lebau. sekian.

19 July 2011

Maternity Shoot

Lame nye tak hupdate belog hathoooiiiii!


Tak tau la bizi sangap ke malas ke tak bernafsu ke hape aku nih, tapi seram pulak tengok belog sunyi dah macham rumah tinggal je nih. Dah, dah, meh kita hupdate supaya belog takde lah haunted sangat kalau orang tengok kan kan kan? 


Macham biasa, hupdate about pregnancy dulu lah. Alhamdulillah dah masuk 31 minggu 6 hari atau kepada yang malas nak kire, aku dah pun cecah 7 bulan 3 minggu. Lagi beberapa minggu je lagi dah EDD aku. Erk, sempat ke tak nak raya makan tapai+rendang+ketupat syumer nih? Nak tau perasaan aku sekarang? Macham-macham rasa pun ade. Nebes+esaited+blur+seram sejuk, pendek kata sume pakej la aku amik. So far, encik asben dah prepared beg kelengkapan sepital kat dalam kereta siap-siap since misi dah pesan memang kena prepare dah untuk possibility deliver tu. So, tunggu masa nak guna je la tu. Insyallah, doakan perjalanan baki-baki hari mengandung aku nih baik-baik je belaka ye korangs.


And bebaru ni aku sempat buat maternity shoot. Tapi apekan daye, walaupun dah masuk almost 8 bulan pun, my baby bumps tetap jugak cinonet camtuh. Kena tarik tegang-tegang baju kat part pewot, baru lah nampak boncet. So banyak pict yang aku terpaksa berusaha keras mengenglarge-kan keboncetan perot tu sebab nak bagi nampak jelas figure ke-buyomans aku. Sampai nak tergeliat pinggang aku pun ade tapi nak hasil yang santek punyer pasal, hantam saje lah labu. Itupun dah kira nasib baik OP tak mintak aku add on pillow kat dalam baju. Eh, bukan memang dah mintak ke? Ngehngehngeh! 



my 31 weeks 4 days pegnem!


OP suh kitorang gelak, kitorang pun gelak je lah. Patuh je kan?







hellloooo, anybody home????





baby kami. Nampak tak?
 ce teka ce teka gender dia. hehehe.


time nih encik asben cakap, 'tengok tengok, misi tulis chicken pox kat dalam nih' pastu gelak-gelak syaiton kat aku. Yela yela, nak wat camane, rekod chicken pox aku memang jelas dan nyata pun noted kat situ. 
Bukti aku pernah jadik leopard girl hape! Huh!



 Mane lagik syomel muke itik ke muka encik asben?



Nah. si boncet.


Agak-agak kalo anto kat majalah Pa Ma nih, boleh menang 1st prize tak? 
Ke nampak sangat bodek nye? Kehkehkeh.


this is best broooo!!!! 
tak tahu kenapa aku ter-paling syuker pict nih.  

Dan seperti biasa, aku upload bulat-bulat je syumer pict nih dengan saiz yang besar gedabak gajah mak aiii. So, sila lah rerajin kelik pict untuk enlarge. Kalo tak, terpaksa la korangs tengok pict aku yang half-half sajork tu. Kejap takde mata sebelah, kejap nampak pipi separuh. Hiiii, ngeri pulak aku nengok nye. Lepas tu kan, aku memang letak sikit-sikit je pun pict kat sini ceh banyak camnih pun still panggil sikit ke hathoiii? Nak tengok lagik, sila tengok kat pesbuk aku lah ye. Bukan ape, aku sayang kan korangs. Tanak la tengok korangs kena sawan tarik ke hape kalau di biarkan tengok sumer pict aku yang beriban tu. Mulia sungguh hati aku kan? Muahahah!

07 July 2011

30 Weeks Maternity Shoot


Alhamdulillah, dah pun 30 weeks pegnem. Still lagi sihat dah cerdas kot. Ahahaha. Evendo pewot adalah tak berapa nak bumps sangat, tapi feeling m2b yang bambam tu harus lah ade kans, hikhik. Semalam ada buat outdoor sket. Eceli shoot ni supposed to be official shoot sebab asben plan nak anto pict untuk contest kot tapi biasalah, bila gambografer adelah asben sendirik, make pict gedikness itu lebih banyak dari yang ber-pekerti kot. Kehkehkeh! Tapi tanak upload la pict yang gediks tu kat sini. Yang tu syumer nanti letak dalam pesbuk je la banyak-banyak. Sebab picta semua ber-saiz gajah, tapi sebab aku dah super esaited sangat nak upload, dan dan je edit sendirik buruk lak tu hasilnye. Rakus tak menyempat-nyempat. So korangs kalo rajin, sile kelik pict untuk enlarge ye. Pict sumer half-half je nampak kan. Malas nak resize dan edit balik. Tunggu nanti asben la buat kan yang lain.





edited by gambographer





eh eh. ter-upload jugop pict gediks!


yang ni pun edited by my gambografer. 
Dan ter-paling syuker pict nih! 
Tengs mucuk!

nota kaki: sengaja aku letak sikit je pun pict. Sian kat korangs berat nak load page nanti. lepas tu takot muntah siap. Haha. Sekian.

03 July 2011

Papa. Mama. Barang Baby.

Ohemji! Penat teramat nye semalam lepas sehari suntuk laki bini pusing kuor masuk kedai sopim barang baby. Last minit tak last minit sebab plan asal kitorang awal-awal tak menjadik, so baru semalam dapat keluar dan cari sumer barang baby neh. Syukur alhamdulillah settle. Taip enti nih semalam sebenarnya lepas dah nak terlena pun tapi tuptup perot buat hal. Haih, since dah masuk 7 bulan ++ neh, tiap kali perot buat hal memang sah-sah panik kejap aku jadiknye. Kepala ligat pikir, nak ke toilet ke ape sebenarnye nih. Bila hujung hujung tu dah rasa memulas sangat okeh fine, memang harus ke toilet la kot. Kihkihkih. So semalam dah dapat carik atleast 90% jugak lah barang baby. Gadjet-gadjet baby tu syumer, papa cakap will buy it sooner, sebab dalam tempoh pantang nih, macham tak perlu je lagi pun baby carrier, baby stroller, car seat tu syumer kan? Beli mane yang penting dah terdekat je dulu. Dalam banyak-banyak item yang beli, paling geram tengok mitten dan booties babies ni. Ya ampun comel tak hingat kan? Pastu sampai lupa terus nak beli stokin untuk diri sendiri untuk pakai time pantang nanti. Mama pinjam booties baby la ek? Huhuhu.



 Dan kemunculan buat julung-julung kali nya aku kat khalayak selepas seminggu bertapa kat dalam rumah. Muke berbintit tak bintit tak kisahlah. Janji dapat beli dan prepare barang baby cepat-cepat. Kan baby mama? 


Mee Mamak. Nyummeh!
Since masuk 3rd trimister nih, selera terhadap nasik dah hilang terus. Tak memasal pulak mee yang pernah di benci suatu ketika dulu dah jadik peberet menu plak. Tuhla tanda nya dunia nih berputar. 
Eh, ade kaitan ke?



En. papa yang sibuk meng-susun barang baby dalam bonet. Kesian, sape suruh bawak kete kecik mama je datang sopim?



29 minggu 4 hari pegnem. 
macham ni la... huhuhu.

Btw aku tengah pikir nak beli set berpantang mane yang best dan bagus. Lagik bagus kalo dapat hilangkan lelemak yang menempel time pegnem ni jauh-jauh. haha, Kan? Jeans aku dah melambai-lambai sudaa. Paling high rekemen, ramai cadangkan Nona Roguy. Tapi ada gak cakap yang Mustika Ratu pun best ek? Any idea? Cadangan pelis.....

02 July 2011

Bila Takde Keje.

Yelah, dah kata pun dapat MC seminggu kan, memang la tak keje. Tadi main-main kamera mebi sebab nak main yang lain tak boleh konon sebabb nak cek kenapa lah batery asik-asik exhausted manjang. Agaknye kamera pun tahu letih sebab dapat tuan yang memang totally guna sehabis-habisnye kamera nih kan. Snap itu snap ini sampai ratus puloh kali. Mane la hamba Allah tu tak jammed. Haih. Macham tadi jugak sambil-sambil godek kamera konon nye, sambil-sambil self captured. Tapi puas hati lah kan sebab hajat nak bagi korangs tengok muke sembam aku nih tercapai. Takdelah orang nak meng-keji aku asik tayang pict bajet cun je sokmo. Sekarang cuba keji gambar khas aku ni pulak. Sanggup?


Oh btw jugak buat kakak bunga kesayangan, tak sangka kita ade chemistry walaupun jauh giler camnih kan. Dan kepada kak Su kesayangan pula, anda bila lagi? Selalunye anda jeles. Thehehehe *terus gelak syaitonnnnn!



sile kelik untuk enlarge
Sekian.

01 July 2011

Rindu.

Well, entry nih mungkin berbentuk luahan ke ape aku tak tahu nak klasifikasikan. Tapi more to luahan kot. Takpe ke? Bace je lah kan. Hurm, lagi sebulan++ camtu la kot aku dan asben akan sambut orang baru dalam family. Opkos esaited yang amat kan? But tanak cakap pasal my baby ni lagi, tapi nak cakap pasal rindu giler dengan life laki bini. Hurm, since alahan teruk dulu memang aku dan asben dah totally stay kat rumah my parents je pun. A million tengs to ma and family sebab beriye-iye nak jaga aku time alahan teruk aritu. Dorang kesian kan asben aku yang tak terurus makan pakai since aku terjelepok je alahan till 5 month pegnen kalo tak silap. Lame kan? So sekarang dah hampir masuk bulan ke 8 pegnen aku rindu giler life duk rumah sendirik. Rindu nak uruskan asben dan masakkan untuk dia. Pheww. Momen yang ter-paling aku suke bila asben tengok aku bizi prepare lunch ke dinner ke, dia pun otomatik akan super duper same bizi masuk campur. Kejap-kejap dia akan masuk dapur. Kejap godek ikan dalam kuali, kejap tumbuk ape-ape yang aku tengah nak tumbuk kat dalam lesung, kejap bukak tutup peti mengalahkan dia yang nak masak. Walaupun interupt giler tapi aku suke dan rinduuuuuuuuu sangat syumer tu. Time weken atau malam, bila aku kemas rumah atau lipat baju, asben datang bersila sama-sama lipat baju and kadang-kadang lagi laju dia lipat daripada aku. But aku syuker syuker syuker sangat. Sekarang, memang ma dan asben dah tak berapa nak bagi aku balik stay kat rumah tu lagi. Dorang risau takut-takut aku sakit nak bersalin time asben keluar kerja ke ape, so better aku ade depan mata dorang je senang. Yeah, part tu memang aku tak berani nak cakap ape. Tanak la bangkang sebab dorang pikir untuk kebaikan aku jugak kan. Senang nak monitor aku dan takde la asben cuak sangat nak keluar tinggalkan aku sorang diri kat rumah malam-malam. Tapi, alahai, aku rindu yang amat nak balik rumah sewa at least sebelum Ramadhan sebab sah-sah Ramadhan aku dah kena stay dan prepare untuk bersalin kat rumah my parents. Rindu nak masak untuk asben. Plus, ni je lah lagi peluangyang tinggal untuk aku lepak berdua ngan asben sebelum nanti ada baby sendirik. Kan....




See, entri ni nampak macham takde motif. Tapi tuhla yang bermain jauh di sudut ati aku sekarang. Rindu....

Aku Panggil Ini Leopard Girl. Sesuai kan?


Gambar nih memang dah di 'large' kan siap-siap. Sila enlarge lagik kalau tak puas hati nak telek dan belek. Khas untuk tatapan korangs. Well, 7 hari dilanda cikenpox, ini lah hasilnye. Awesome bukan? haha. Still jugak syukur Alhamdulillah sebab bintit tak naik banyak sangat kat muka. Ade port lagi best untuk diserang kata dorang. Tu kat centre point tu - dahi+hidung+dagu, nanti lepas sapu foundation setebal kulit perot, Insyallah mampu diselindungi la kot. No worries kan Yna? Kat tepi-tepi anak rambut pun ade melata jugak lah tumbuh bintit nih tapi nanti dah sauk tudung, konpem ter-kaver baek punye. Kira takde masalah nak berdepan dengan masyarakat pun kalau muka camnih, banyak sangat kekdah penyelesaian nye. Nak  lagi ala-ala seleb omputis, kaver je dengan shades saiz paris Hilton tu. Kasik nampak mulut je ngam-ngam nanti. Kan? Yang timbul masalahnye nanti, camane nak berdepan dengan somi sendirik. Muka depan somi suci tanpa secalit kimia pun kan? Pejam dan bukak mata, memang dia lah orang pertama yang akan urut dada ke semput ke tanjat Boboy ke hape tengok muka bini. Somi memang la cakap takpe, tak kesah, redha, dan segalanya la ayat penyedap ati tu. Tapi malam-malam kalo somi tido mengereng hadap vontot je kat muka kita, ape tanda nye tu? Tanak mimpi ngeri kot malam-malam kalau hadap muka kite. haha. Takpe cuk, sebelum cuk berpaling tadah bagi vontot lepas ni, ayang bekerja keras hilangkan parut ni semua. Mungkin akan ke New York Skin Solution? Wahahaha!


Btw muke kat atas tu bukan semata-mata angkara 7 hari ber-cikenpox, TETAPI angkara 7 hari jugak tak menggunakan sebarang facial foam, scrub, krim muka dan segala yang lain selain daripada ubat bintit yang asben gigih asah kan malam-malam dan sapu kat muka aku. Ramai yang pesan jangan guna sebarang produk muka tu selagi cikenpox menyerang. Takut tindakbalas dia makin teruk oh! So, muka aku tanpa segala bendalah tu memang membuahkan hasil kulit kusam+bintit hitam+minyak+dan segala lagi lah. Malas nak cerita panjang. 


notakaki: pelik-pelik korangs ni kan. Boleh plak request aku tayang muke semasa ciken pox. Harap berpuas hati la dengan gambar diatas hendaknya. Hehe.

28 June 2011

Saye Memerlukan Bantuan Para Ibu Di Luar Sane

Salam,


Firstly, entry ni sangat lah mem-perlukan bantuan para ibu or mommy to be di luar sane yang ade ter-bace atau ter-singgah kat belog yang tak berapa fehmes ni. Sebelum tu, aku kena cerita sket dari awal kisah nye nih. Takde lah terus-terus masuk kepada isi kandungan, takde pendahuluan takde penutup. Kan?


Behgini *di-sebab kan keadaan diri yang di-landa ciken pox ni maka mood nak ber-celoteh terpaksa la di tangguhkan dulu ye, so kite direct to da point gitew Since masuk 28 minggu pegnen nih, my cik 'B' dah mula bengkak dan berat lepas tu dia macham terasa ngilu-ngilu bila ter-sentuh ter-gesel dan segala ter lagi lah. Kat keliling my areola tu pun kadang-kadang akan ade bintat bintat yang kadang ade dan kadang kadang hilang. Tak lame lepas tu ade balik. Hish, cam main-main je pulak kan. Tapi bintat tu sakit. Kat luar keliling ereola jugak, colour skin aku memang bertukar nampak merah bengkak la. Sumpah derita sampai time pergi cekap ciken pox semalam, aku dengan tak segan silu nye serahkan cik 'B' nih di telek dan disentuh oleh Puan Doc. Redha sebab hazab sakit nye tu dah tak ter-tahan. Pagi sebelum cekap  tu, aku try lap Cik 'Nippies' guna cotton bud dan Bio Oil. Tapi cam takde kesan. Time cekap, Puan Doc cakap Cik 'B' macham dah bengkak susu, tapi bila aku cakap yang still takde kuor susu pun, Puan Doc assume mebi bengkak tu kesan daripada Ciken Pox. Mebi jugak sebab dah kandung susu cume tunggu masa nak keluar je.


Balik rumah aritu jugak, aku lap sekali lagi Cik 'Nippies' dan belum sempat siap pun, keluarlah milk dari situ. Yeah, akhirnye terlerai jugak persoalan di kepala aku kenapa lah Cik 'B' aku ni membengkak sampai sakit-sakit camtu sekali. Walaupun sakit, tapi bila dah nampak milk yang mengalir, terasa mengalir sekali airmata aku. Sebab itulah doa dan niat aku sepanjang pegnen ni - kalau boleh aku nak fully BF kan anak aku ni nanti. Insyallah. Dan aku anggap ini rezeki anak aku. Tapi memandangkan usia kandungan aku baru je 28 minggu ++ yakni 7 bulan lebih, aku still ade 1-2 bulan lagi la kan sebelum deliver, tapi sekarang my milk memang dah tak henti-henti mengalir. Sambil taip entry ni, sambil aku tukar wipe cotton yang aku lapikkan kat dalam baju aku ni untuk elak baju aku basah. Tapi still jugak sebab makin lama makin banyak yang keluar. So machamana mane ye aku nak handle milk yang keluar ni? Kalau dah ade baby, mebi aku dah boleh start guna Breast Pump kan untuk simpan? But untuk aku yang ade lagi 1-2 bulan ni, takkan aku dah nak kena pam jugak? Dan untuk Cik 'B' yang membengkak giler ni, selain tuam dengan air suam dan tekap dengan kelopak kobis, ape lagi cara yang lebih efektif dan sesuai ye? Seksanya paling terasa bila bangun pagi dan nak tido malam sebab bengkak tu terasa ngilu. Bila tengahari pulak, milk akan keluar dengan banyak nya. Sayang sangat. Sambil-sambil lap tu, terasa sayang sangat. Orang tua pun ada cakap, tak baik buang susu sebab nanti susu tu merajuk, terus tanak keluar. Huu, tamo lah camtu.... 8(


So kepada ibu-ibu yang ade pengalaman mengenai benda-benda ni, jom lah berkongsi pendapat uolls kat sini ye. Jasa baik korang sangat lah diperlukan. Plus, dapat jugak berkongsi dengan readers yang lain....kan?

20 June 2011

Ayam Penyet Versi Kuantan

 Aritu tu tu tu kan, aku ngan asben pergi jenjalan Kuantan. Saje lah kan sebab dah lama tak detim detim, asik kerja je manjang laki bini nih. Kaya tak jugak. Huhu. Sebab pergi pun dah tengahari, maka sampai sana terus je terjah tempat nak cari baju pegnen. Singgah Kuantan Parade, tak jumpe yang berkenan. Pergi Kamdar, takde yang berkenan. Pergi lak Megamall, tak jumpa pulak baju pegnen. Yang jumpe nye adelah perfume, henbeg guess, mekap dan segala mala lagi sale-sale ya rabbi meronta-ronta napsu time tu nak kempiskan wallet laki bini, nasib baik sempat istighfar. kehkehkeh. Kebetulan jugak terjumpa Restoran Ayam Penyet yang baru bukak kat MM tu. Dasar kebulur ayam penyet, menggelupur laki bini terjah masuk. Tapi kan, compared ngan Ayam Penyet Wong Solo, aku lagi suke Wong Solo punyer la. Kat AP ni ayam penyet dia tak selazat APWS. Sambal pedas dia pun so-so sajork. Takde menanges mane pun. Asben ku yang ber-gigi jeli tu lagi lah tak boleh blah kalo makan nasik yang sambal kering-kering camnih. Takde kuah takle nak telan nasik katanya. Puas jugak aku pikir nak add on lauk lain bagi berkuah sikit tapi macham takde yang menarik, aku pun order sambal terung ke ape ntah. Hasilnya, same macham tak order kuah jugak la. Dahla terung-terung tu memang campak kat aku je telan sumer. Asben mana nak makan pun sayur sume nih.  Memang lauk-pauk orang Indon nih sambal-sambal kering je ke? 



okeh camni, muka aku tak besow mane pun sebenarnya tapi disebabkan dalam gambor ni aku duk depan, asben kat belakang, opkos lah gambor kat depan lagik besow kan? logik?


peace yaa!!!


membace sambil menterjemah. ohh, aku dah sumpah tanak order jus avokado lagi dah. rasa macham sedut lendir sangat. yuchhhh!


kalo lah aku nih bangsa Melayu yang tak paham sepatah pun BI, tentu aku konpius nak order kat AP nih. Tuh ubi kentang tu, 4,4 pun same je melayunya. Semua tulis kentang goreng kan? Dah tu kod 605 tu lak makanan jugak ke hape? haih, nasib baik aku tak gile pun kat Elang Melody tu. Payah aku nak hidup kat sane nanti. 


baik dibiarkan je gambor ni menyenget. sebab bila di rotate, aku dah tak rasa gambor ni cute lagi dah *eh sape cakap cute? terasa macham nak lempang ngan selipar saiz 9 ade la bile tengok!


soklan yang paling asben suke tanye aku,
"mane lagi ensem, aaron aziz ke b?", 
memang aku jawab dia lah.
tapi lepas tengok KL gengster, aku nak jawab 
"malek lagiiii ensem la b..."
tapi jawab dalam ati je la tu. hikhihik.


makanan aku. set AP.


makanan asben, set Ikan Penyet ke ape. kehkehkeh lupa nama. 

Untuk yang datang sekadar nak detim-detim nih, dalam nih memang best. Cozy sangat. Tapi datang restoran kalo selesa je tapi makanan tak superb tak syok la kan? Hihihi. Tapi atleast dapatlah jugak kitorang yang jauh-jauh dari KL ni merasa ayam penyet. Kira bersyukur lah jugak. Erk, macaroons bila pulak nak bukak cawangan kat sini? Oh alang alang dah update, sape-sape yang nak tahu KL gengster best ke tak, aku rated 4/5 filem nih. Tapi kalo si Shark tu takde terus dalam citer tu, aku yakin aku boleh bagi 5/5 kot. Sori ye sol sol sol.


19 June 2011

Laluan Untuk Iklan

Kepada korangs yang suke sangat baca entry mekap, tips, tutorial dan segala-galanya perihal mekap, korangs sangat lah dialu-alu kan untuk menyertai Bengkel Asas Solekan ini nanti. Memang sesuai sangat lah tu. Banyak tips serta ilmu-ilmu baru yang boleh aku kongsi dan tunjukkan pada kelas itu nanti. Sambil-sambil tu boleh jugak kita beramas mesra dengan lebih dekat kan. Ini tak, asik ber-balas-balas komen dan pm pesbuk je manjang, kali ni kita jumpa dan tanya depan-depan la  pulak. Tengok gabra ke tidak aku nak menjawab soklan korangs yang tu nanti. Agagaga! So kepada yang berminat, macham biasa la, sms aku di nombor yang tertera itu ye. Chow bedah!


iklan harus lah nak angle yang best-best sajork.