Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

07 January 2010

Ko Mau Tapi Ko Tak Mampus eh eh Tak Mampu

Sepatut-nya lah kan...

Malam nih should be i publish satu new entry yang sejak dari tempat kerja lagi duk teringat nak belog (bila idea ngan semangat belogging datang satu pakej lah tu) tapi di-sebab kan i demam - otak pon tepu je nak beroperasi maka mari kita postpone. Yeah!!!

Sepatutnya tadi i nak pergi pasar malam sebab nak usha shawl dotties yang baru untuk match dengan new outfit sekali i demam daa so next week maybe baru i pergi cari kot. Haih.

Kat Astro ada main citer Hum Saith Saith Hain yang sangat peberet tu okeh dan i sangat ter-sangat lah eksaited nak tengok lagi lagi dan lagi tapi di-sebabkan diri yang tak larat melepek je kat katil depan lappy ni, so i dapat dengar lagu-lagu citer tu je dari dalam bilik. Pun syukur je lah Yna!

Plan nak pergi kedai auntie alter jacket pun ter-paksa lah i cancel sebab dah tak larat nak drive pergi kedai.

Plan nak pergi Avon untuk restock pensel pekat hitam pun ter-paksa postpone jugak. Again.

So senang cakap, semua kerja i hari ni dah ter-delay b'cos of my sudden flu nih. Erkk, tapi demam memang tak pernah cakap pun bila nak datang kan? kan? kan? Ngeh!

nota kaki: setiap penyakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Dan bila i ter-sangat kerap demam so i assume i ter-lalu banyak dosa-dosa kecil dan besar jugak untuk di-hapuskan kot. Gulpp!

02 January 2010

Hannah Talent Contest

Hye...

Dengan ter-sipu sipu malu-nya kali nih i yang pe-malas nak hupdate ni rasa nak join contest ni - buat PERTAMA kalinya okeh. Sangat lah segan sebab dah tau mesti akan fight dengan gegurls yang konpem superb duper gojes. Haih haih haih double segan!!!

Tapi kenapa i mahu join? Sebab contest nih ter-sangat lah menarik dowh specially for those yang selama nih ter-sangat lah dreaming nak jadik model tapi tak pernah ber-peluang (i kah itu?). So kepada yang selama nih ter-cari cari platform untuk involve dalam dunia modelling, sila lah try join contest nih dan mana tahu rezeki u olls ber-mula di agensi Hannah Talent . Nah mana lagi mahu cari peluang datang macham nih? (okeh i dah try pomot baek punyer nih)

Pertandingan ni sangat ter-buka kepada semua lelaki, kanak-kanak dan juga wanita yang bertudung sahaja - tak termasuk ber-tudung periuk tudung saji dan tudung tupperware. No!

Then mana-mana contest pun mesti nak kena tahu hadiah nya kan?
Para pemenang akan menerima jemputan untuk satu sessi photoshoot Hannah Talent dan akan dihias indah, dimake-up oleh make-up artis, portfolio 3 persalinan ber-beza serta gambar-gambar esklusif yang semuanya akan menjadi milik anda secara PERCUMA okeh PERCUMA. Wow!!! Semua ni i tahu dari belog RIRI and dia cakap prize nih semua worth RM250. Sebab RIRI memang model so dia lagi detail about nih. I percaya. Hihi (^_^).

So (drumroll pelis) here is my super duper should be the bestest pict yang i ada untuk Hannah Talent (owh blush again!!!)

taken by my un-official photographer @ mr.fiancee

nota kaki: tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di belog kot. kan?

Dah Tua Nangka Eh Bangka Macham Ni Lah.

Hohohohohoit!

Sekarang i dah memang ter-sangat sangap malas nak hupdate belog lah. Malas yang sampai tahap nak bagi alasan kenapa malas pun i dah malas. Nih la bangsa malas tahap ke-enam puluh lapan belas petala langit kot. Mengong. Hikhik.

Hurm, esok sekolah dah start. Dah kena start tido awal lah nih ( motip nya di-sini???)
Hentah. Tak tahu. Muahahahaktuih. Okeh dah lah. Titik.

nota kaki: ni pon still entry tahun baru hape!!!

tahun 2010 ni pun baru tadi je sekali i jumpa en.mucuk. lu pikir la sendirik. kuikuikui.

31 December 2009

Akan Jadik Entry Yang Ter-Paling Menyampah

Semalam memang i buat-buat lupa entry nih pasal katil bantal selimut melambai-lambai panggil i macham kami dah terpisah soploh tahun. Malam ni alang-alang dah menyeluk saku biar sampai dapat buat belanja soploh tahun kan? Muahahahha. So I nak publish gambar-gambar lama yang baru - nak upload kat sini - dengan banyaknya!!! So akan jadik entry yang ter-paling menyampah untuk tahun ni. Agaknya. Blergghh!!!


kat roof top ECM yag superb best sampai tanak turun tapi sebab awan itam dah datang cepat-cepat kena turun nanti rentung kena sambar petir. takot!!!


olololo mucuk sweet nya buat muka camtu!!!

dan sape cakap lelaki tak cerewet bila shopping weiii???? tengok sendiri ahh muka penat i tunggu encik mucuk fitting lapan belas helai setiap kali pun nak kena bagi komen ok ke tak ok ke tak lepas tu kena keluar carik SA mintak tukar saiz lagi tukar kaler lagi. Haiih mucuk-ku...

nota kaki: 2010? ehem ehem!!!

30 December 2009

Up-Dating

Oit oit!!!
Nanti akan ada new update.
Mahu pergi mandi solat dan makan dulu.
Tunggu...(^_^)

28 December 2009

Yang Berkata-kata

4.12 a.m,

Penat. Sedih. Keliru.

Mungkin masih ada waktu
Untuk perbaiki
Mungkin sudah perlu berundur diri
Berbaloikan dengan apa yang telah diberi
Dengan apa yang telah dijanji
Ya Allah aku perlukan petunjuk dari-Mu
Jalan terbaik yang harus ku tuju
Moga hamba-Mu ini masih di jalan-Mu lagi.
















Sebab sangat penat, sedih dan masih keliru....

nota kaki: tips hari ini ~ sapu eye roll-on garnier untuk elak mata bengkak - esok.

25 December 2009

Tips: All About Make-Up.


1. Kalau korang tanak bedak yang di-pakai macham tebal+ber-tepung +ber-kerak lalu merekah, tunggu beberapa minit dulu lepas pakai foundation/pelembap or else supaya dah betol-betol meresap ke muka baru korang boleh sapu bedak debu/padat ke muka. Kalau tak, lebihan lembapan tu akan di-serap bedak dan kemudian menyebabkan mekap kat muka tu akan cracked! Ouchh! Kena tacap banyak-banyak kali rugi bedak kan?

2. Untuk kulit muka yang senang ber-peluh wahal ko baru je pakai bedak - langsung tak sempat keluar rumah pun lagi tapi muka ko bagai dah di-simbah minyak chap buruh, korang patut cuba apply make-up base sebelum pakai bedak asas supaya membantu foundation tu 'melekap' kat muka. Tapi i memang tak suka ikut tips nih pasal i rasa sapu foundation+bedak everyday tu pun dah satu beban kat muka leceh giler lagi nak kena tambah dan nak kena mengadap chermin more than 10 minutes sebelom keluar rumah. Hahaha tak kuasa haku!

3. Untuk gaya mekap yang lebih glowy dan sweet ala-ala Bunga Citra Lestari, korang boleh cuba apply blusher pink lembut/samar yang berkilau (i suggest Bodyshop Blusher yang rm79++ yang ada highlighter, tone softpink to dark pink dalam tu). Blend dan apply atas telur pipi korang (part yang bila ko senyum, part tu yang akan timbul yang buat orang tengok geram macham nak nak gigit tuh) bukan kat tulang pipi sebab yang tu prefer untuk blusher dark tone macham colour coklat, dark peach or else. Jangan apply too much kalau tanak bagi orang hengat ko nak pergi buat opera show. Pastu sapu lipstick nude pink or soft pink+gloss rona yang sama. Done. (^-^)

4. Jangan lukis kening macham ko sedang garis satu line melengkung kat atas kertas hokhokhok sebab kening bukan untuk di-lukis macham tu - dahlah guna darkest black eyebrow sape-sape tengok pun ngeri nanti muka ko nampak tua soploh tahun pastu nampak macham 'perempuan tak baik' gara-gara kening macham tuh sapa nak jawab? Make sure lepas kening di-bentuk dengan soft, korang blend dengan berus kening supaya kening nampak natural dan i suggest guna-kan brown colour eyebrow. More natural look.

5. Eyeliner ni function nya bukan saja nak nampak-kan mata korang drama dan galak ala-ala mata si Ekin tu, tapi boleh buat mata korang yang sepet mepet tu (ohokohok terasa terasa) nampak biggest than usual, boleh semunyik-kan ketidaksimetri-an kelopak or saiz mata korang DAN juga boleh semunyikan kesilapan kamu semasa apply mascara yang comot momok tu. Kadang-kadang bila tengah syok-syok sapu mascara, mata korang tetiba je ber-kelip pastu habis kesan berus mascara lekat kat kelopak mata. Nak sapu buang guna minyak pun konpem akan rosak-kan habis eyeshadow korang so bila ko dah sapu eyeliner tu siap-siap sebelom pakai mascara, kesan melekat tu memang sah-sah takkan nampak kan? kan? Tapi hengat, apply eyeshadow, eyeliner kemudian baru apply mascara. Tertib. Itupun kalau ko tanak merosakkan balik mascara ko yang dah mengeras tu.

6. Tak perlu nak pakai lipstick yang merah membara semangat waja tu semata mata alasan ko nak bagi more attraction kat part tu walhal warna merah tu mungkin tak sesuai langsung dengan outfit/warna kulit/or overall mekap yang dah ade kat muka korang tu. Sarat. Just apply je gloss dari tona yang sama dengan warna lipstick yang korang pakai and reflect gloss tu still mampu bagi attraction kat bibir korang jugak even korang just pakai nude colour pun.

7. Auchhh, terlebih sudaa!!! Kalau korang rasa dah ter-lebih apply blusher sampai nampak dah macham ko kena lempang dua tiga das, korang minima kan balik kaler blusher tu dengan cara apply loose powder sikit kat part tu menggunakan berus. Settle.

8. Guna satu warna je untuk eyeshadow bukan-lah sangat lame okeh. Apa guna ko apply sampai dua tiga kaler pun tapi ko takde skill nak blend kemudian mata ko dah nampak sangat ber-bulu merak - colourfull dan buruk okeh. So guna satu colour lebih selamat asalkan korang bijak nak match kan dengan mekap and outfit. Untuk lebih selamat, gunakan earth colour.

9. Jangan laa terlalu over exegerate bila bermekap. Tak perlu ko nak shading hidung bagai, letak highlighter dan pakai bulu mata pelesu semata-mata nak keluar lepak bersidai di warung mamak je. Tak sesuai okeh.

10. Less is more - beauty. Tak perlu lengkap ke-semua rukun mekap (eyeshadow, eyeliner, blusher, mascara, lipstik, gloss, falsie etc) setiap kali mahu keluar rumah. Gunakan mana yang perlu dan sesuai saja.

nota kaki: Woh penat nya taip. Bagi soploh je dulu. Dahlah tips tak ikut tertib. Muahahaha. Mahu restttttttttt!!!

19 December 2009

Yang Patut Dan Yang Tak se-Patut-nya

Pergi beli handphone baru (no.no.no. bukan blackberry okeh) sebab sekarang pakai hp chap ayam for temporary used sementara nak repair motorola V3x - yang sebenarnya memang dah tak ter-repair atau pergi modified kereta tambah tinted chermin senang nak korek idung dalam kereta siang hari+tukar eksos+servis luar dalam mana patut atau tambah dan upgrade make up box and make up tool bagi sendat kotak maa!

dan

Tengah pikir patut ke tak shoping barang-barang hantaran sekarang sementara YES ni ataupun fulus yang ada di-gunakan untuk ber-jimba jimba beli kehendak hati sebab dah lama gile tak shopping sepuas-puasnya kemudian pasnih ada sale lain baru beli barang-barang hantaran. risau kalau beli awal-awal takut barang yang di beli dah out-season sementara nak tunggu kahawen yang nun sayup mata memandang hahahahahashim!!!

dan

Kalau vodos-vodos je ko dapat kupon yang kalau di-redeem ko akan dapat one set perfum+body care+make-up set yang worth RM3++ kemudian lepas redeem ko akan guna terus ke atau patut simpan je dulu guna untuk buat hantaran nanti? Ber-baloi baloi...???

korang rasa???

13 December 2009

Edisi Rempit-an

Abang W saya pulak dah kena masuk bengkel - tukar tayar. Tayar spare yang dah ber-kulapuk - ber-kedut tu memang banyak songeh kejap-kejap kempis kejap-kejap kempis nak tanak ter-paksa jugak tukar kalau tak menyakitkan mata je tengok ter-sadai kat parking takleh nak ajak kuar dating erkkk maksud saya takleh nak pergi kerja hokhokhok. Nih semua gara gara drifting ala-ala Tokyo Drif tak sadar dirik ko tu Satria jer bukan Evo dah tau hujan lebat - jalan ber-kopak sopak tapi saje jek buat-buat tak nampak je kan? kan? kan? Alhamdulillah, dah masuk bengkel so tayar dah siap selesa dah boleh buat driffting balik muahahaha! Daripada duk melangut dalam bengkel tunggu Abang W siap, baik pergi me-rempit kejap masuk drive thru beli sundae stoberi eh eh tapi sebab kitorang dengan motor jek jadik kena panggil ride thru kot huhuhu. Boleh ek? Hantam sajork la noks!!!

ada rupa gadis litar ? hahahaktuiih!!!
time ni sundae stoberi dah abesss pun. bosan takde makanan dowh
sepek beliau punyer i pinjam-pinjaman jer

09 December 2009

PLAY boy Kan???


Gambar yang seperais ni hokhokhokhok i jumpa curik curik semunyik semunyik masa tengah godek-godek lappy beliau. Gambar kantoi orang-orangan yang super duper suka sangat curik-curik pergi snuker tapi tak pernah pun nak ajak tunang pasal takut takleh nak fewit-fewit kenyit-kenyit mata kat cowok-cowok manis kat situ kot muahahahaha! Tsk!!! Tapi i suka dowh gambar nih - gerek+smart+kool planet. Nasib baik kan mucuk??? (^-^)