nota kaki: entry yang i janji tu tau i hold dulu okeh.
30 March 2010
Maybe Dah Boleh Resign Jadik Mak Andam
nota kaki: entry yang i janji tu tau i hold dulu okeh.
27 March 2010
check list of Bride to Be
Ehem ehem. My life as bride to be? Nak tahu ke? Ohokohok segan duh! 2 month to go. Boleh di-katakan quite early kalau siap-kan at least 70% preparation kan? So i buat sikit-sikit je dulu sudey. Tapi dah boleh checkout apa yang dah settle dan apa yang belom lagi kat sini. (^_^)
1. Hantaran untuk en.tunang - (tinggal lagi sirih,potpouri,coklat,buah,skincare,cincin)
2. Goodies bag - Done
3. Doorgift guest Ma Abah - Done
4. Kuih untuk letak dalam goodies bag - booked
5. Bekas dan deco hantaran - belom start deco pon. awal lagi.
6. DIY for my vip guest - baru siap 20 ketul macham tu la. malas giler nak siapkan. isk!
7. Borang nikah - dan amik tapi tunggu mood datang baru leh isi. muehehe
8. Hiv test - Done!!! yg ni dah konpem bebas dadah dan sex bebas okeh!
9. Mekap - booked
10. Pelamin - belom finalized
11. Kanopi - en. tunang settle kan
12. Photographer - side me dah konpem. tunggu konpem untuk side lelaki je. takpe yang ni let en.photographer settekan dgn kroni-kroninya. kan mucuk?
13. Kad kawen- en. tunang design. eh dah design ke eh? =P
14. Jurunikah - belom booking
15. Kompang - booked
16. PA sistem - en. tunang settlekan.
17. Baju nikah, sanding - belum finalize
18. Baju sambut menantu - belom hantar jahit lagi pon. Huhuhuhu
19. Dress untuk potong kek - dah tempah siap-siap
20. Kot encik tunang - belom carik pun lagi.
21. Deco meja makan dan bilik tidor - belum finalize jugak =P
22. Rumah Sewa - dah ada cuma tunggu nak finalize jugak
23. Uniform bridesmaid & family - booked
24. Honeymoon- belom decide lagi
Apa lagi ek yang i missed ek? Tangan dah letih nak taip dan recall balik checklist kat atas tu. Next entry ada something yang best i nak share dengan uolls. Tungguuuuu. ....!!!
23 March 2010
Psttt...
feedback yang banyak dari uolls. So, kalau takde komen yang banyak mintak i hupdate belog, maka i akan cancel plan nak update dhe! Macham semangat yang hilang gitew. So? Segalanya di tangan anda. ecececececesssshh!!!
nota kaki: di-taip cepat-cepat sebab dah nak keluar jadi terima lah entry se-cinonet ini sahaja. sekian.
15 March 2010
Kalau Sebut Pasal Bulu Mesti Macham Nak Sensored Sikit Kan?
falsie yang dah tak muat letak dalam mekap box. yang ada dalam mekap box, i malas nak punggah. kata femalas tegar.
13 March 2010
Macham Buku Teks Yang Ber-ilustrasi Kot
Tadi masa sort semua file dan folder kat lappy, baru perasan ade banyak jugak lah pict yang i dah peram bagai pekasam langsung tak pernah upload kat belog kat fb pun lagi. Banyak sangat dhe, sampai kalo ko nak upload malam ni jugak, maghrib esok pun belom tentu selasai dah la benda alah belog ni boleh upload 5 keping pict je setiap kali kan? Ke haku je yang sakai tak tahu skill lain? Tadi pun mucuk dah request suruh i upload pict kamikaze yang dia captured baru baru nih tu cepat cepat. Dah ada belog sendirik pun sibuk nak menumpang kat belog syomel i ni jugak kan? Isk!
Ini lah pict kamikaze yang di gembar gembur tanah eh yang i cakap tu. Pict ni photograher yang snap masa i ikut sama pengantin buat outdoor shoot. Bukan saja-saja i mengendeng nak ikut tau tapi sebab rasa tanggungjawab tanak bagi nanti customer i berpanas langsung merekah habis meleleh mekapnya tu. Kang terkejut pulak tengok pict semua mekap tengah meleleh cair. Haru ko. Dan dan tu jugak i jadik backup photografer untuk sessi outdoor ni. Upah tak dapat pun lagi nih. Dan kalau tak silap masa kelakuan di atas di-rakamkan, i memang takde ambil mana-mana insurans nyawa pun lagi. So kalo jatuh gedebuk mati tu assume mati katak je la tu kot.
Dan pose gedik 3 orang manusia kat bawah ni di-ambil masa sambutan Hari Maulidur Rasul kat sekolah baru baru ni. Time ni semua cikgu ke pelajar ke kusyuk dengar ceramah Maulidur Rasul dorang kusyuk sebab nanti ustazah akan tanya soalan sape dapat jawab dengan betol akan dapat hadiah okeh tapi i bertiga tanak hadiah tu sebab dah tahu dalam tu ada buku tulis garis satu je jadi sibuk la kami bertiga ber-camwhore kat belakang ni. Ini tak termasuk lagi gambar yang ada kat 2,3 ketul kamera lain yang cikgu mana ntah lagi hambik yang i ber-tiga sibuk nak pose jugak nanti bawak balik rumah bini tengok musti cikgu tu kena pelangkung sebab amik gambar kami yang gedik 3 orang banyak-banyak lebih banyak daripada gambar penceramah. Muahahaha!
tengok kerusi pun sengaje pilih jauh dari masyarakat sebab tanak obvious sangat nanti penceramah nampak, masak ko.
kata senyum sopan kan?
nota kaki: tadi en.tunang ajak join i-tunes. katanya senang nanti nak travel banyak kali pun bleh dapat sehingga 70% diskaun hotel, flight, dan macham-macham lagi kemudahan travel (pasni dah takde alasan lagi tanak pergi holiday okeh) Dan paling bestnya i-tunes ada promosi so kitorang dapat free percutian 4D 3N kat mana-mana destinasi Malaysia, Indon atau Thailand. Jimat bajet hanimun disitu.Yeayyy...!