28 January 2010
Per-Misi Kejap Ye Cik Misi
Esok i+mucuk dan dua orang *asekar nyipun akan gerak pergi Putrajaya-Kl-Nilai-Tangkak. Hohoho banyak tempat mahu pergi kan? (pingsan) Maka harus lah ber-kepenatan lepas nih. Nanti kalo ade sesape ter-nampak i yang burok nih kat sana jangan la segan segan tegur okeh. Nak belanja i minum pun boleh (^^,)
Tadi dah settle fitting+decide+booked baju tawen. Lega sudah macik yang fussy giler - yang dah masuk soploh buah butik pun tak pernah nak berkenan kaler la design la hapejadah lah - kalo berkenan pun tak pernah nak muat asik ter-labuh ter-gumuk ter-selak ish ish ish tutop mata. Sampai beliau pun dah geleng-geleng kepala buat sign, okeh. Kesian mucuk saya. Owh quite awal gila ke? Takde. I ter-sangat lah takleh nak bayang kan lepas nih how penat nya i nak settle kan job yang ber-susun tengah tunggu turn tu. Takpe. Penat yang sedap, i suke. Hokhokhok. So sementara Januari ni still free and available so i settle kan ape yang ter-penting dulu. Yang pasti 1 month before, i dah chupp siap-siap dah tanak ber-penat-penat ke sana ke mari mahu carik itu ini pergi sana sini tanak tanak tanak! Time untuk manjakan diri sendiri pulak okeh. Uwelk! Plus mucuk 24hours alwaysbiziman tu sangat lah tak men-tentu schedule keroje nya. Hari-hari pun ada site visit+drawing+pergi sanasini+jumpa client+amik gambo lagik and so many things yang dia buat tapi i dah tak tahu nak sebut kot. Kesian dia. Nyaris-nyaris jugak laa dia tak jadi nak ikut pergi esok tapi sebab i dah potpetpotpet pujuk jadi dia pergi jugak. Horeyyy!!! TQ sayang.
Okeh dahla kot. Papai...
*askar jepun:adik laki-laki i
nota kaki: dont wori i takkan update pasal preparation banyak-banyak takut nanti ada yang muntah-kot. ohokohok!
23 January 2010
Kadang-Kadang Ayat Dia Comel Giler
Si pompuan dan si lelaki sedang makan-makan lah ni. Sambil tu sembang-sembang kosong. Cerita macham-macham jugak la. Dari bab kawen-kawen sampai bab kawan-kawan. Si pompuan pun ber-cerita pung pang pung pang lah jugak pasal kawan-kawan yang dah kawen dan pregnant.
Dah balik rumah pun still teringat-ingat ayat tu. Sampai hari ni. Huhuhu. Comel giler ayat mucuk!
nota kaki: alhamdulillah family matter dah settle tadi. lega satu bab.
Hari Yang Super Duper Hot
lokasi: Bukit Gampang eh eh Gambang Water Park
macham nih baru betol-betol orang cakap menikmati. hingat omputih je tau sunbath?
*future father/mother in law
22 January 2010
Banyak Lah Ko Karok!
21 January 2010
Amaran Pertama Dah Sampai
nota kaki: lepas dapat amaran pertama ni, akan ada berapa kali amaran lagi ek? sakai je i tak tahu.
20 January 2010
Kan Dah Cakap Dosa I Banyak
19 January 2010
Nak Yang Ringan-Ringan Jer
Dan sebab dah tajuk pun edisi ringan-ringan, i pun tanak cerita panjang berjela. Lets the pict do the talking je lah kata omputih. Walaupun pict langsung takde kena mengena dengan tajuk, tapi nak jugak i upload. Ngeh!
nota kaki: nanti i update story i pergi Gambang Water Park. Tapi kena tunggu i tak berapa malas la kot. Hikhikhik.
18 January 2010
Penyakit Berjangkitan
Gambar ada.
09 January 2010
Murah Itu Best
hohoho inilah dia makhluk yang dimaksudkan
(pict ni i gugel jek)
pestime test eyeliner ni, i berjaya buat mata sendiri sebijik macham ni. cun sih? tapi ni mata sape ntah. i gugel tadi jumpa. hikhikhik.
nota kaki: tak pernah dalam idup i tekun dalam kelas macham tadi. Huhuhu apakah?
08 January 2010
Semalam Yang Hangat Hot Dan Spicy
So dengan rasa bengkak hati+menggelegak nya i ter-fucksa biarkan aje. Itu pun dengan hati yang penuh rasa menyampah dan menyumpah. I terus pergi masuk bilik sebab tanak pandang muka dia lama-lama. Annoying giler okeh. Geram. I tak pedulik kat mane dia kena tido. Maybe kat ruang tamu kot. Lantak lah. Tapi lepas ma dan abah masuk bilik dorang, i dengar pintu bilik i di-ketuk. Korang agak agak sape yang ketuk? Yeah! Mangkuk tu ler yang ketuk. Bila i bukak, terus dia tarik tangan i sampai luar rumah. Kasar giler. Dengan tak abes-abes dia merayu-rayu mintak i balik dengan dia. Pelissss la. I tak akan! I dah macham nak men-jerit time tu tapi macham ter-tahan-tahan. Masa tu jugak ma dan abah mungkin dah sedar bunyik kecoh-kecoh kat luar rumah so ma dan abah keluar. Leraikan kami. Thank God. Dia tak sempat nak apa-apakan i. Masa tu jugak i terus larik masuk dalam rumah dan menyorok. Memang i dah nanges tahap gila-gila sebab dah pikir yang bukan-bukan. Takotttt sangat!
Tak lama lepas tu i nampak dia masuk rumah. I pon dah macham pelik. Kenapa abah kasik dia masuk rumah lagi? Maybe abah sengaja nak tunggu pagi esok je baru bunuh dia kot. Eh tak tak. Mungkin abah dah warning ke hapentah kat dia. Yang tu i tak tahu. Tapi masa ex i masuk rumah, i nampak dia pegang lighter. Mata dia pulak pandang i dengan tajam. I dah syak pelik-pelik. Memang betul pon. Lepas je ma dan abah i masuk bilik, i nampak ex i tu bakar towel kat atas tilam adik i. Homaigod!!! I memang dah jerit super-duper extra sound. Memang cemas+panik+nebes semua lengkap time tu. Cepat-cepat i call 999 tapi memang semalam syial yang datang kat i ber-ganda-ganda kot. I tak dapat call polis ke bomba ke ambulans tu semua. Cakap k-e-c-e-m-a-s-a-n! Suck! Time tu i nampak abah dah cepat-cepat padam-kan api dan pegang dia. Menggelupur dia tanak bagi abah i pegang. Masa tu jugak i dengar siren polis. Tak tahu la siapa yang call polis maybe jiran tak pon maybe ma, tak pon Kapten Kit kot. Ceit! Tapi nape tadi i call tadi tak dapat eh? Deng!
And last, lepas dah settle bagi ex i kat polis, memang i rasa lega giler. Bukan i je, tapi ma dan abah pun sama-sama hembus nafas lega. Lega yang amat. Syukur...! Cuba korang bayangkan macham mana lah kalau i tak alert dengan apa yang dia cuba buat tadi. Tak ke jadi sate rentung i sekeluarga. Dengan dia-dia sekali kot rentung. Haih. Memang saiko. Lepas kejadian tu, badan i sakit-sakit dan letih-letih.
Dan paling i ber-syukur semua tu pun dalam mimpi i jer. Hurmm... (^_^)
nota kaki: kenapa bila badan i tak sehat, i selalu mimpi yang bukan-bukan ek? Tsk!
Salah Satu Cara Anda Bantu Agama Islam
URGENT AND IMPORTANT
I rasa ter-panggil untuk ajak uolls kesayangan i untuk sama-sama daftar petisyen bantahan keputusan mahkahmah tinggi yang membenarkan gereja Herot eh Herald mengguna-kan kalimah Allah dalam penerbitannya. So kelik sini ye. Tak sampai seminit pun masa yang anda luangkan untuk petisyen ini mungkin akan dapat selamatkan kembali maruah Agama Islam. Jihad.
nota kaki: suck them yang agree dengan keputusan mahkamah ni!!!
07 January 2010
Ko Mau Tapi Ko Tak Mampus eh eh Tak Mampu
Sepatutnya tadi i nak pergi pasar malam sebab nak usha shawl dotties yang baru untuk match dengan new outfit sekali i demam daa so next week maybe baru i pergi cari kot. Haih.
Plan nak pergi kedai auntie alter jacket pun ter-paksa lah i cancel sebab dah tak larat nak drive pergi kedai.
Plan nak pergi Avon untuk restock pensel pekat hitam pun ter-paksa postpone jugak. Again.
So senang cakap, semua kerja i hari ni dah ter-delay b'cos of my sudden flu nih. Erkk, tapi demam memang tak pernah cakap pun bila nak datang kan? kan? kan? Ngeh!
nota kaki: setiap penyakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Dan bila i ter-sangat kerap demam so i assume i ter-lalu banyak dosa-dosa kecil dan besar jugak untuk di-hapuskan kot. Gulpp!02 January 2010
Hannah Talent Contest
Tapi kenapa i mahu join? Sebab contest nih ter-sangat lah menarik dowh specially for those yang selama nih ter-sangat lah dreaming nak jadik model tapi tak pernah ber-peluang (i kah itu?). So kepada yang selama nih ter-cari cari platform untuk involve dalam dunia modelling, sila lah try join contest nih dan mana tahu rezeki u olls ber-mula di agensi Hannah Talent . Nah mana lagi mahu cari peluang datang macham nih? (okeh i dah try pomot baek punyer nih)
Pertandingan ni sangat ter-buka kepada semua lelaki, kanak-kanak dan juga wanita yang bertudung sahaja - tak termasuk ber-tudung periuk tudung saji dan tudung tupperware. No!
Then mana-mana contest pun mesti nak kena tahu hadiah nya kan?
Para pemenang akan menerima jemputan untuk satu sessi photoshoot Hannah Talent dan akan dihias indah, dimake-up oleh make-up artis, portfolio 3 persalinan ber-beza serta gambar-gambar esklusif yang semuanya akan menjadi milik anda secara PERCUMA okeh PERCUMA. Wow!!! Semua ni i tahu dari belog RIRI and dia cakap prize nih semua worth RM250. Sebab RIRI memang model so dia lagi detail about nih. I percaya. Hihi (^_^).
nota kaki: tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di belog kot. kan?
Dah Tua Nangka Eh Bangka Macham Ni Lah.
Sekarang i dah memang ter-sangat sangap malas nak hupdate belog lah. Malas yang sampai tahap nak bagi alasan kenapa malas pun i dah malas. Nih la bangsa malas tahap ke-enam puluh lapan belas petala langit kot. Mengong. Hikhik.
Hurm, esok sekolah dah start. Dah kena start tido awal lah nih ( motip nya di-sini???)
Hentah. Tak tahu. Muahahahaktuih. Okeh dah lah. Titik.
nota kaki: ni pon still entry tahun baru hape!!!
tahun 2010 ni pun baru tadi je sekali i jumpa en.mucuk. lu pikir la sendirik. kuikuikui.