Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 March 2014

Wordless Tajuknye

Salam,

Pukul 4.15 pagi,
Mata terbeliak lagi.
Inilah penangan kalo aku start consume Luver9 semula.
Memang energetik sampai ke siang membawak pulak ke malam.
Tapi sayang seribu kali sayang...
Energetik sensorang nak buat apa,
Kalo berdua barulah berpasangan.
Baru lah ada ektibiti perlawanan kan.
Ohoi melalut!

Ok bertenang.
Saje je hiburkan hati sendiri yang lara.
Sendiri taip sendiri bace sendiri gelak.
Pasrah menyerah pikir dan tengok muke sendiri terbakar.
Sape suruh mandi sungai time kemarau cenggini.
Berendam berejam-jam macam sungai tu aku yang punye.
Lantak lah, sebab bukan jugak ahmad albab yang punya *bajet orang gelak ke? lempang nak?.
Sudahnya, hidung dah macham serupa hidung badut.
Merah pedih tak tahan hokeyy!
Serius ini fakta weh so jangan muntah bajet aku gedik manje ke ape sebab ini hakikat!
Muka aku tak pernah se-sunburn ini - yakni tahap merah menggelupas sampai letak pondesen pun still nampak merah-merah melati iteww lagi!

Tapi, dengar cerita lagi 3 minggu plan nak pergi  mandi sungai lagi.
Kali ni pergi awal pagi siap BBQ kat sane. 
Perghhh, kena cari sunblock bagai jugak ke ni???
Relaks ah, kata kampunggirl dot com dot my.

*lepastu melalak kat fb mengadu muka sunburn.pigidaaaahhhh!



itu buaya yang bomoh pemes tu carik. nak tampor katanye! takut kan? Dah, pergi tido cepat sebelom kena tampor.

04 March 2014

Nak Cotton Nak Cotton Nak Cotton!

Salam kesayangan,

Apekehal nye bangun tetengah malam lepastu meroyan kisah kain pulak? Haha. Sebab semalam sebelom tido hint kat encik asben. Cakap lah kat dia, pose dah dekat. Bulan 6 kan? Lepas tu sekarang kan dah bulan 3. Bulan 4 tailor  cakap dah tutup tempahan raya *tailor aku lah ni. orang len aku tak sure Pergh nak saiko aku suh tempah cecepat mementang baju aku sekali tempah soploh pasang - padahal manjang yang siapnye 2 pasang je sokmo kan kan kan? aptb!

Encik asben pun nampak macham terhantuk baru terngadah. Eh, maksudnye? Tak, aku nak cakap yang encik asben pun macham mengiyakan jugaklah yang masa dah terlalu cepat sekarang. Dah dekat nak pose bagai dah. Dah nak kena beli baju raya dah. Walaupun ganti pose terhegeh-hegeh je lagi *itu aku lah. Nasib asben tak terhingat nak jotos tadi.

So, plan nak kena beli kain raya cepat-cepat ni. Tapi bajet takde lagik, acane? 
Takpe, kita berangan dulu. Free je pun. 

Tahun ni kekonon tanak kain manik-manik bling-bling sangat. Tanak baju yang stetail metail sangat yang selalu kekonon bak gadis tu. Ohok! Takde, sebab nye tahun ni nak simple yet modern. Nak cotton tanak iron. Sebab nak bersiap cecepat lepastu sehari jimat masa bersiap, boleh lah round beraya sampai soploh buah rumah sehari. Mampu? Aku kan emak-emak. Dah malas nak penat berpeluh iron baju setengah jam, tetibe kendong Aira, macham sia-sia je kerja iron mengiron daku tadi. 

Lepas tu nak pastel colour. Nak kaler yang soft-soft je. Blocking kaler dah abis season okey.

So, kerja rumah untuk korang, ada link FB yang jual cotton cecantik tak? Aku tanak English cotton sebab still kena iron kan? Pastu mahal pulak tu kan? Haha, tanak mahal okeh. Please, memang nak cari kain yang simple dan murah je. Ingat, cotton+tayah iron+softcolour+murah. Ada ke?

Nak jimat sangat apekehal aku nih. Nak mati ke? tetiba.





Aira membesar dengan jayanya, Aku jugak yang melidi.