Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 June 2013

My dreams.


Ehem,
Menghitung hari....
Bestnya....
9days to go....
Hoyeah!!!

Dah macham-macham jugak plan dalam kepala ni,
Tiap-tiap malam sebelum tido, 
Wajib sembang ngan en.asben,
Pot pet pot pet impian-impian selepas abis pantang,
Nak ganti pose,
Nak shopping baju raya anak-anak, baju mak pak pun sekali lah ni
Nak makan steamboat,
Nak makan yang asben masak *r u ready cuk?
Nak jalan-jalan cuci mata,
Nak teruskan my short vocation yang delay before deliver aritu,
Nak masakkan pavlova dan soto untuk asben,
Dan nak macham-macham lagi lah.

Sonotnye.....

Dah, dah. Panjang pulak 'nak' nye nanti.
Bai.

nota kaki: for reminder jugak.

05 June 2013

Baki Lagi 60 Hari


Salam,

Cuba tengok kalendar masing-masing
Dah 5 Jun pun arini,
Dah sebulan lah maknanya umur bb Aira,
Dah sebulan jugak mama tak tengok donia luar,
Dah sebulan jugak papa tido jauh-jauh...hahahaha.

Kalau orang tanya lama ke sekejap
Aku rasa berpantang kali ni,
lamaaaaaaaaaaaaaaaa yang amat. 
Sangat lah bercinta nak habiskan setiap minggu,
Sampai ma aku pun dah fedap belikan ikan kembung hari-hari buat lauk untuk aku.

Tapi,
Aku percaya,
Lepas je kaki aku ni jejak tanah dengan rasminya,
Sure sehari dah macham sejam je,
Sedar tak sedar dah kena bangun pagi kocoh-kocoh,
Dah kena panaskan enjin kereta sesudah subuh,
Dah start iron baju tudung baju tudung setiap malam,
Dah mula jugak lalilaptamplom dengan asben sape nak anto anak pergi rumah ma esoknya,
Itu tandanya aku dah mula masuk kerja.
Sighhhh....

Okeylah, asben dah balik. 
Bawak burger mekdi kot.
Lapar siot.
Tandem nursing okeh.
Dah macham cicak kobeng aku ni hah.
Leher jenjang nak mamps.
Takde diet-diet pantang kali ni.
Sume pantang tengok, adelah.
Ok lapar sangat dah.
Bai.

nota kaki: ma aku bagi makan mekdi.toksah kerut-kerut kening sangatlah.