Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 December 2013

Padahal Burung Hantu Dengan Aku Bukan Adik Beradik Pun.


Salam kesayangan,

Dah 3 entry aku sumbat masuk draft. Pasal gambor semua besar gedabak. Tak kuasa lah mak nak tunggu upload. Nak resize pun lagi lah malas. Pending je lah dulu. Kang nanti kalo entry panjang berjela takde gambor sebagai iklan, ada yang ingat tengah baca buku teks sejarah pulak.

4.05 a.m, orang lain semua dah nyenyak berdengkur kan? Seronoknye. Aku je terkulat-kulat macham tertelan ulat daa. Waktu-waktu macham ni selalunya aku kemas rumah, lipat kain sikit-sikit, susun-susun tudung kesayangan, tak pun ngadap pc. Dalam seminggu, mungkin adalah 2,3 hari yang bernasib baik aku tido awal. Kalo tak, menjejak 3,4 pagi camni jugak lah. 

Dah ramai yang tanya aku, ape masalah aku sampai tak boleh tido malam. Nak cakap masalah macham takde plak rasa bermasalah. Nak cakap enjoy pun tak jugak. Aku camni since sekolah lagi. Time sekolah rendah pun aku dah start berjaga kekonon study time UPSR dulu. Itu dulu-dulu punyer cerita study lah tapi. Hahaha. Kawan-kawan baik yang dulu satu dorm dengan aku time sekolah menengah pun memang dah masak kot dengan tabiat ni. Memang aku bangsa susah nak tido malam. Jangan dipaksa pejam sekalipun, memang takkan tido punye. Hehe.

Kalau dulu kat sekolah teknik, pukul 11 malam dah kena padam lampu dorm. So apa aku buat? Kat setiap bilik asrama kami ada beranda untuk sidai kain/tuala. Kebetulan jugak beranda menghadap belah jalanraya - laluan utama Dungun ke Kuantan. So kat beranda itu lah tempat aku melepak malam-malam. Tengok bas ekspress lalu lalang, melayan lagu sambil pegang radio kecik yang pakai bateri tu. Kalo berkumpul ramai-ramai, kitorang pakat karaoke ramai-ramai tapi volume yang terkawal lah tanak bagi warden dengar, haha. Sampai lah sorang demi sorang penat dan masuk tido. Kalo sensorang, termenung je lah aku kat situ sampai datang perasaan seram sebab sekolah aku betul-betul sebelah hutan. 

Dan sekarang, sejak zaman belajar, zaman aku masih anak dares sampailah sekarang dah beranak dua, pun kekal macham tu jugak. Kadang-kadang langsung tak tido sampai pagi. Kalau ikutkan otak sangat lah penat tapi mata ni degil sangats Eh biasa mata aku nih! Tapi bila siang, aku still beroperasi macham biasa. Tak tido siang pun. Buat aktiviti harian sama macham orang lain sehingga lah akan sampai satu hari di mana badan aku masa tu dah betul-betul flat. Kepala pun time tuh dah ting tong tak boleh nak buat apa. Nak tanak time tu aku memang WAJIB tido dalam sejam dua jam atau mungkin lebih untuk cover balik waktu tido aku yang banyak rongak tu. Selalunya dalam 2 3 jam tido je dah cukup untuk aku back to normal. Pernah lah jugak fadang-kadang konpius dengan diri sendiri, aku nih manusia ke robot? Ngeh ngeh ngeh!

So begitulah kehidupan aku malam-malam. Alhamdulillah, belom lagi ada masalah pitam, tekanan darah rendah atau darah tinggi sekali pun. Dan, jangan ditanya ape petua dan camne nak jadik macham aku sebab aku pun tak tahu camne aku dah jadik macham macik-macik guard yang suka berjaga nih. Ingat sonok ke? Time encik asben stayback buat kerja kat bilik kerja beliau, merasalah jugak aku berteman. Kalo tidak, sensorang je lah aku terkebil-kebil.  Fadan muker haku!



So setakat eyebag lagi banyak daripada henbeg tu tade hal lah! 


No comments:

Post a Comment