Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 November 2013

Boring Oh Boring


Salam kesayangan,

Arini kan, macham weekdend yang sangat biasa je. Takde ape nak buat pun. Bangun pagi yang tak berapa nak pagi sangat terus je prepare lunch. Sebab kan dah plan siap-siap semalam, nak masak ape hari ni so barang-barang beku semua dah chilled. Jadik pompuan ni memang lah, nak tido sempat lagi pikir untuk esok nak masak apa sepanjang hari. 

Lepas je masak, terus mandikan anak-anak yang dah kepam bau nye sebab mandi lewat kan. Aira dah buat muka tensen sebab rimas kot diapers dah berat. Dahlah budak tu jenis senang naik ruam sebab pelipat banyak sangat dalam diapers. Sejuk oii. Malam Jumaat selalunya hujan. Haha.

Lepas encik asben balik semayang Jumaat, makan lah kami 4 beranak. Tahap kebulur semua sebab skip brekpes kan. Dah kenyang, masing-masing bawak hal masing-masing. Aira tido. Areil tengok kartun. Encik asben masuk bilik kerja dia. Aku, pun masuk bilik kerja aku - dapur. Cuci segala periuk belanga sebab kejap lagi nak ikut encik asben pergi site sebab semalam beliau ajak. Bersungguh-sungguh sental dapur bagi berkilat sebab aku kan jenis berpenyakit - kalo nak tinggal rumah, condition rumah kena tip top berkilat. Sekali lepas siap segala, encik asben cakap tak jadi pergi site, sebab hujan. Ape? Aku ni kan, sejak resign, memang sangat jarang keluar so even dapat ikut asben pergi site je pun kira esaited tu macham nak ajak pergi obersea. Haha. Nak tanak kena pasrah je la. Terus masuk bilik susukan Aira. Lepastu tengok tv. Asteruk ni bila orang boring bukan makin nak menghiburkan. Tensen lagi adalah tengok semua citer ntahape-hape. Lepas Asar, 4,4 beranak terbongkang tido. Dasar keluarga Nobita. Hujan pulak tu, so memang mood nak keluar merendek pun dah turn off. Tido lagi sodap. Dekat maghrib baru bangun balik. Siap-siap solat maghrib ajak asben pergi pasar malam sejengkal je depan rumah aku ni. Beli kuih muih yang patut je, Sebab tengahari tadi memang dah masak banyak-banyak sekali untuk dinner. Lepas tu layan Maharaja Lawak Mega yang tak berapa nak lawak pun sangat minggu ni. Hadui, makin bertambah boring aku arini.



Untuk tengahari dan malam sekali. Senang koje.


Encik asben komplen ikan tak garing. Mane dia tahu? Sebab dia jenis patahkan sekerat dan makan bahagian ekor dan ekor tu pulak yang tak garing. Hurm, sebenarnya dah semua part aku goreng garing, sekali dekat ekor jugak yang di-sport check. Haha. Sori.


budak gembira. Layan kan dia dua beradik je lah arini. 


Sementara tunggu nak pergi pasar minggu.


main pun kat dalam playpen je. Kesian. Haha.


Aira pun dah tido. Areil melayan Tom& Jerry. Encik asben kat luar makan asap. Mata aku nih macham ada harapan je tak tido pulak malam ni. Dahtu, ape nak buat ni oiii..... ?

No comments:

Post a Comment