Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 April 2013

Fenomena Choc Moist. Sila lah terliur.

Al kisah nya,
Pegnen kali ni suke makan kuih dan yang manis-manis.
Motip suke manis belom dikenal pasti.
Harap anak yang bakal lahir pun manis - macham, macham, errrk....malu nak sebut.

Maka bermulalah edisi food testing.
Fenomena Pavlova, Melty Choc, sampailah Choc Moist.
Semua kegemaran dan heaven kata baby.
Sekali time checkup kantoi BSP tinggi.
Diabetic detected!!!! Dah macham malware detected puleks....
So lately ni aku dah tak layan melty choc, pavlova semua.
Susah nak dapat sebab kena order dulu lepastu harga boleh tahan kalo beli sebab nak buat memang tak berbaloi - tak boleh makan banyak-banyak pun. Sigh.
So choc moist je la pengubat duka dan rasa.

Sekarang kat mane-mane pun ada jual mende alah nih.
Murah pulak tu. "Dua singgit dua singgit dua singgit......"kata si Mail Upin Ipin.
Kat stesen minyak, kedai makan sampai lah klinik pun terlibat sama jual. *senang nanti diabetis terus je beli ubat kat kaunter klinik.kehkhekeh lawak kasar nampak.



Aku dah try 2 jenis choc moist ni. 
Satu brand ANIS dan satu lagi yang hot ngetop brand EMCC.
Antara 2 ni aku lagik suke ANIS punye.
Pekat, moist, dan rasa choc dia tu memang superb.
Takde lah real sangat pahit, kelat, manis.
Cukup-cukup rasa.
EMCC macham just nice je bagik aku.
Aku lagik suka tekstur ANIS jugak.
Memang nampak moist dan well baked.
Sebab pernah beli EMCC, kat dalam macham ada tepung berketul sikit.
Tapi tak memudaratkan pun.
Telan je.
Dah jadik baja pun. Huahuahua.

Okehlah. 
Nak review panjang-panjang pun bukan aku pun yang baked choc moist nih.
Aku tau beli dan makan je.
Janji sedap dan halal.
Cepat pergi beli.
*telan airliur sekali lagik.

No comments:

Post a Comment