Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 March 2013

Trending Cik Ta (mohon terasa)

Salam,

Baru-baru ni panas jugak lah isu Cik Ta menjawab time kena hentam dengan media dan peminat yang bising tengok pakaian Cik Ta seksai sangat dengan si Zain Saidin tu. Selamba je Cik Ta jawab, hak dia la nak pakai camane sekali pun dia tanak ambik peduli pun dengan cakap-cakap dan kritikan media mahupun peminat. Pehh, jawapan memang hazab sangat macham tak takut mati. Atau mungkin macham bila mati nanti sendirian berhad dia je mampu uruskan jenazah, kapan, gali liang lahad bagai. Hilang minat sekejap aku kat minah nih.

Dan tak lama lepas keluar statement dia tu, seorang Profesor ape ntah terpanggil nak tegur balik jawapan Cik Ta tu. Kiranya, takdelah Puan Profesor tu nak biarkan jawapan Cik Ta tu ternoktah disitu. Dan itulah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai manusia dan sesama Islam. Kalau kita sesama Islam ni tak boleh nak tegur sesama sedara agama kita, takkan nak suruh orang yang agama lain pulak tegur? Nak ke dorang tegur? Ntah-ntah dorang tak perasan pun Islam ke tidak kita ni. 

Tapi memang betol pun sekarang dah macham trending pulak jawab macham Cik Ta tu. Mentang-mentang ler hal masing masing maka dianggap hak masing-masing lah jugak nak tergolek telanjang terlanjur sekalipun. Kita yang hadap nih cuma mampu tengok je lah sebab kalau silap tegur, banyak pulak akibat nya. Kalau tegur kawan belog, nanti kawan private kan belog. Kalau tegur kawan FB, kawan FB pulak remove,block atau paling tidak private segala apa kat wall dia. Hebat kan manusia sekarang? Aku dari dulu sampai sekarang memang sangat-sangat terpanggil nak menegur manusia yang sekejap bertudung sekejap off. Apa nawaitu yang sebenarnya? Kejap pakai, kejap tak pakai. Kejap pakai dengan sempurna, kejap ter-coet nampak jambul. Kalau niat sesaja nak suruh orang puji nampak cantik sebab bertudung ataupun sebab tudung tu memang cantik, maka nyatalah niat tu dah tersasar dan memang padan lah kalau kejap pakai kejap tidak. Rasa nya tak perlulah jugak aku nak ulang kat sini tentang kewajiban menutup aurat tu. Masing-masing dah besar panjang dah beranak pinak. Dah patut jadik contoh kat anak-anak pun. Takkan perkara wajib yang paling asas pun boleh terlepas pandang? Walau terpaksa sekalipun, tetap jugak perlu buat kerana itu perkara wajib. Dari keterpaksaan itulah nanti akan terbit keikhlasan. Insyallah.

Memang entry kali ni agak keras. Sebab aku rasa ter-panggil untuk tunaikan tanggungjawab aku sebagai sedara sesama Islam. Teguran aku umum. Bukan semata-semata nak hentam sesape. Dan aku mohon mane yang terasa tu berubahlah lepas baca entry teguran aku nih. Bukannya guna jalan buat entry lain untuk hentam aku, block aku, remove/unfriend aku dan sebagainya. Kerana manusia ni hanya ada 2 pilihan iaitu menegur atau pun tengok dan biarkan saja anda terus hanyut. Dan antara pilihan itu, hanya ada 2 tindakan sama ada abaikan atau berubah ke arah kebaikan. Bayangkan kalau kita menegur kesalahan anak-anak, dan teguran itu diabaikan atau mungkin dibalas dengan herdikan daripada mereka, ape perasaan kita? Kerana kita adalah model dan teladan kepada tingkah laku anak-anak kita nanti.




nota kaki: kubur memang masing-masing. Tapi nak menuju ke kubur masing-masing tu still memerlukan pertolongan sesama sedara Islam yang lain. Jadik jawapan ala-ala Cik Ta tu memang tak munasabah langsung. Melainkan anda memang dah doa-doa siap-siap nak mati terjatuh kat cerun bukit ke, mati terbakar sampai tak jumpa abu mayat dll yang mana nanti mayat anda tak dijumpai dan tak perlu diuruskan oleh mereka yang masih hidup ni - yakni teman-teman dan sedara sesama Islam anda nih. Nauzubillah.

28 March 2013

Tanda Nak Bersalin

Salam semua,

Petang-petang yang hot and spicy nih, teringin nak share info pasal tanda-tanda awal nak bersalin. Orang cakap lain anak lain kekdahnya. Tapi secara general nye, memang akan ada salah satu tanda daripada yang aku copy paste kan nih. Jom cekedaut....


Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Kalo di flashback kan balik setori aku, tanda memula yang aku dapat adelah, turun tanda@pecah air ketuban. Memang tak sakit pun time turun air tu. Tetiba je seluar basah macham ter-kench tapi pelik kenapa tetiba aku ter-kench? Tak henti-henti air ketuban aku keluar sampai 3 helai kain batik pun tak cukup. Tapi sebab aku degil dan blur *nasib baik anak aku takde ape-ape.dont try this at home. better cepat-cepat pergi sepital. Macham aku, sebab rasa macham awal lagi, takkan nak bersalin dah kot. EDD adelah 26.9.2011, tapi pecah ketuban 03.08.2011. So aku lek-lek je petang tu. Tak jadik pergi bazaar Ramadhan, asben pergi ambik Tok Bidan. Asben panik punye pasal, pergi panggil Tok Bidan naik motor je, sekali Tok Bidan naik motor sekali ngan asben. Hahahaha, sempat bawak cikaro la puleks asben aku nih.
Tok Bidan rasa-rasa perot aku, dia cakap baby dah masuk sarang - memang dah dekat sangat la tu. Tok Bidan suapkan minyak selusuh. Lepas bukak pose, Tok Bidan balik. Aku plak selamba bangun jalan-jalan selongkar dapur. Ma dah suruh pergi sepital, pun aku tanak. Masa tu air dah slow-slow keluar, so pakai pad pun dah okeh. Dalam 8.30 camtu aku pergi toilet. Mencangkung kau! Tak masuk pun toilet duduk. Tup-tup tengok dah ada stain, brownish camtu kat pad.  Baru menggelabah. Ajak asben pergi sepital, sekali nurse check dah 5/6cm kau. Pehhh, aku dahlah mengcangkung kat toilet tadi. Nasib baik tak terasa nak berri. Kalo tak, naya je aku teran berry keluar baby. Fuhhh!

Yang pasti, lepas je keluar salah tanda yang listed kat atas tu, silalah cepat-cepat bertindak. Tayah jadik macham aku. Nasib baik takde ape-ape kat anak aku. Tak sakit tak semestinya tak sampai masa nak bersalin lagik. Bukan semua pengalaman bersalin dan kesakitan bersalin tu sama. Dah ade qada masing-masing, cume kita je yang tak tahu. Biarlah terlebih waspada daripada menyesal kemudian hari. Nauzubillah....


32 weeks ++

26 March 2013

Teran Jangan Tak Teran

Tadi aku jumpa info nih kat FB. So boleh lah share dengan kawan-kawan yang sama-sama tengah preggy. Ramai kot geng aku tahun ni. Meriah. Hehehe...

Cara-cara meneran semasa bersalin.

1. angkat kepala dagu cecah dada  *yang ni dulu aku tak buat pun. tak tahu. huhuhu.

2. mata pandang perut  
*yang ni dulu aku tak buat jugak. lagi lah pewot kecik. mane nak nampak pewot sendirik.

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali) 
*pun aku tak buat. blur+tak tahu.

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat  *aku tak nangis. tapi aku sibuk keluarkan bunyik erghhhhh, erghhhh....hahaha. gile tak senonoh.

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina *yang ni aku tau sebab pernah tengok citer ape ntah Erra Fazira berlakon cakap tayah angkat punggung nanti koyak. seram woi terus ingat je yang ni.

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali... time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td.. xde kontraksi, relax...*ma aku dah pesan kalo tak sakit jangan teran nanti luka pecah-pecah kat situ. wuwuwuu, ngeri.

7. baca bismilah, selawat *paling aku ingat dan buat. sampaikan time jahit,time tolak masuk ward pun mulut kumat kamit bace laillahaillaanta subhana ka inni kuntuminnalzolimin.


8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) *hehehe.aku sendirik pun blur time tu.Plus memang asben takde pun time bersalin dulu. sobssss....!



Aku pun dah start belajar teknik pernafasan macham yang nurse ajar. Tarik napas...hembus guna mulut. Ulang lagik sekali. Lepas tu tarik dalam-dalam, tahan 10 saat, then hembus pelan-pelan guna mulut. Tanak dah fail macham bersalin kan Areil aritu, even baby kecik tapi mama pulak tak pandai nak push, hayohhhhh!  Tapi itu pun semua bergantung dengan izin Allah la. Kalo-kalo lah kali ni diizinkan Allah bersalin secara normal sekali lagik. Huuu, nebes-nebes....

nota kaki: Erk, sape kat sini pernah tengok video orang bersalin kat youtube? Aku kemain semangat bukak video kekonon nak belajar la. Cettt, bukak tak sampai 5 saat, rasa macham nak pitam pun ada. Semua darah-darah je nampak. Hahaha, kenot go weh. Lepas deliver je la tengok. Boleh? Huhu...

Buhsan Oi

Salam,

Now aku bersiaran di Klinik Kesihatan. Ada appoiment dengan pakar. Dari tadi tercongok kat depan bilik nih, dahmacham nak pitam pun ada. Aku memang macham ni. Tiap-tiap kali datang KK, konpem nak pitam.Cemuih oi duk ngadap benda yang sama. Sket-sket isu nya adalah diabetic di hujung kehamilan. Huhu. Dah tahap redha dan berserah je lah. Malas nak pikir. Dah nak buat camane lagi dah. Kebetulan pegnen kali ni, aku suke gile kot makan manis-manis. Muahahaha.

Semalam baby bleh pulak main-main takut kan aku. Kemain bergerak dari pagi sampai ke petang. Langsung tak duduk diam. Muke aku pun sampai herot perot menahan tendangan padu baby kat dalam. Call en.papa, nebes la plak pakcik tu. Takut aku terberanak tak tunggu dia lettew. Kuikuikui.
Published with Blogger-droid v2.0.6


nota kaki: entry takde penutup sebab update guna henset je pun. Jari besar gedabak ter-tekan publish.Tak sempat buat penutup daa....kuikuikui!

23 March 2013

Kisah Puting dan....

Salam,

Tajuk saje je nak panas. Nak bagi belog panas. kehkehkeh.

Sebab kebetulan siang pun sangat lah panas. Nak merewang window shopping pun tersangat lerr malas. Makanya, marilah kite menghabiskan masa dengan meng-update belog beratus kali sehari - walaupun bukan ade benda nak di-belog sangat pun. Muehehehe.

Sementara masih ada masa nih sebelum aku ter-besalin, aku tetibe terfikir nak tukar brand botol Areil. Enough with Tommee Tippee. Bukan nye tak bagus ke ape, tapi cukup lah aku dah tak larat nak terjah situ sini carik brand nih. Kat Dungun memang yilllek takde jual Tommee Tippee nih. Tiap kali nak beli, memang kena pergi Manjaku samada Kemaman, Kuantan. Baru-baru ni kat KT dah ada one stop centre untuk segala barangan baby yang jarang jumpe kat Terengganu, tapi rege nye, memang mahal nak mati. Areil tersangat lah suke gigit teat okeh. Bayangkan la satu teat tu just bertahan 1-2 minggu sajork. Hadei, pokai mama dik. Lepas ni mama beli botol kat 2N shop boleh nak? Dah next option is Avent. Kat sini senang nak beli Avent. So proceed!

Areil belum minum FM. Yes, aku memang BF kan dia till now. Syukur walau sarat berbadan dua, masih ada lagik rezeki untuk Areil. Cuma aku dah stop pam susu dan stok EBM memang dah takde dah. Once Areil start makan solid food, dia dah tolak EBM. Last EBM, ngam-ngam nak expired, berjaya jugak di-habis nya. Mungkin EBM tu heavy baginya after dah kenyang makan segala. Areil lagik suka minum air masak - yang sejuk-sejuk lah tapi menurun mama suke sejuk-sejuk or kadang-kadang aku bancuh Jus Kurma untuknya just untuk snacking time. Lain-lain waktu, bf still on demand. Lagik-lagik time dalam kereta atau malam, memang melekat sangat. Oh ye btw pernah try bagi Fresh Milk time snacking tapi perut Areil takleh terima any susu putih-putih dan original nih. Dia poo-poo lain macham dan kerap sangat. Tapi bila bagi yang coklat, memang Areil suka. So aku try beli minuman coklat Halibs yang ada campuran buah-buahan tu. Yang coklat-coklat Areil suka. So aku selang selikan bancuh dengan jus kurma tu. Cuma Areil memang suka minum guna botol. Tanak guna cup. Sebab bila guna botol, nanti senang dia nak main-main sambil mulut gigit je puting tanpa pegang botol tu. So sila bayangkan lah camane jangka hayat teat tu!

Dan alang-alang jugak, nak tanya sape ek readers/blogger dari Terengganu kat sini? Ade blogger dari Dungun, Kemaman, Terengganu, Besut dll ke kat sini? Tak kisahlah korang stay kat luar Terengganu pun. Kalau ada, hope korangs tak segan silu nak drop link belog korangs. Aku suke tau singgah kat belog kawan-kawan senegeri sebab macham senang nak imagine tempat-tempat yang korangs pergi, kampung-kampung korang dan untung-untung mane lah tahu terserempak kat Mydin Mall ke,Giant ke, Mesra Mall.... hahaha maklumlah kat Terengganu itu aje mall yang ada.Boleh lah kita gather-gather lepas nih. Kenssss....



Putih-Putih Melati

Salam,

Aritu aku ada upload kat FB aku beli ubat gigi colgate yang baru tu. Ala yang iklan Fazura jadik model yang gigi nye putih berkilau-kilau itewww.... Pastu ade yang mintak aku update menjadik ke tidak lepas pakai ubat gigi nih. Hahaha, nak tergelak le pulak. Nampok sangat gigi aku tak berapa nak putih, sebab tu sibuk je beli Colgate baru nih.

Ngam-ngam seminggu aku guna, dengan rutin penggunaaan gosok 2-3x sehari dan gosok selama 2-5 minit setiap kali, hasilnya memang superb!!!! Kehkehkeh, serius memang lebih cerah 1 shade dari kaler asal. Itu baru guna seminggu, kalo guna berminggu-minggu? Agak-agak gigi aku lagi putih dari kulit muke kot. Huhuhu. So kepada yang teringin nak try, sila lah try. Harga murah sajork, rm7.90 je satu tiub tu tapi aku pakai dengan asben, macham mampu bertahan 2-3 minggu je kot satu tiub tu. Maklumlah, masing-masing stok gigi banyak. Kuikuikui....! Takpelah, bukan la mahal sangat pun. 



Dah tak payah nak ngengade suh aku upload pict gigi aku plak. Belom tiba masanya. Paham?

20 March 2013

Dup Dap Dup Dap.

Salam,

Tak tahu lah ni entry last before deliver atau sempat lagi up 2,3 belas ratus entry lagik. Sebab minggu ni dah masuk 32 weeks. Tadi check up, misi kemain lame consult dah pesan suruh stenbai beg nak bawak ke sepital siap-siap, suruh ready dari segi fizikal dan mental, siap pesan jangan aktif sangat takut ter-buka jalan dengan cepatnya. Hahaha, mentang-mentang lah masa nak lahirkan Areil dulu aku cakap tak sedar pun jalan dah bukak 5/6cm, kemain kali ni dapat pesanan penaja. Eceli aku okey je kalo ter-bersalin awal sama macham Areil dulu pun. Janji dipermudahkan, selamat dan sihat aku dan baby dah la.

Bila cakap bersalin, aku just berserah je bersalin kat mane-mane janji selamat kami anak beranak. Private atau gomen, aku tak kisah janji mintak dijauhkan la daripada sebarang kesulitan dan karenah doktor misi yang bukan-bukan seperti yang selalu kita dengar tu. Nauzubillah. Lagipun memandangkan pregnant kali ni pun aku berkemungkinan akan deliver before 36weeks, so memang private kat Terengganu ni takkan terima kes macham ni melainkan KTS sebab just kat sane je yang ada pakar. So, malas nak pikir sangat lah. Keputusan di tangan suami. Mane yang dirasakan baik, aku terima je. Nak beranak sok lusa dah so takle nak derhake bagai sangat. Kekekekeke.

Almost 90% dah siap persiapan baby. Lagi 10% tinggal tunggu masa bersalin je la. Yang tu aku just berserah lah kepada Allah swt. Semoga diberikan kesenangan dan yang terbaik untuk kelahiran kali ni.

Disebab kan dulu Areil prem dan jaundis sampai 42 hari, aku memang langsung tak sempat nak telan mane-mane jamu dan set berpantang. Panas kot. So kali ni, aku plan dan decide nak ambik set bersalin Shaklee. Yang tu Insyallah tak memberi kesan even anak jaundis. Tapi belum pun order lagi set tu. Just plan dan asben pun dah proceed.

Beg baju nak ke sepital pulak aku dah pack dan unpack sampai  2,3 kali. Kehkehkeh. Terasa macham banyak je nak kena bawak. Baju baby kena bawak putih, pink, biru. Hahaha, sebab unsure kot-kot nanti ter-meleset jangkaan, who knows. Kuasa Allah semua tu. Lepas tu barang kecik-kecik macham mitten, booties, barut semua tu pun tak tahu nak bawak banyak mane. Towel lagik, pempes lagik, receiving blanket lagik, napkin, toiletries. Mama punye barang plak, towel,skirt (sebab aku lebih yakin pakai skirt daripada pakai kain batik - kang tetibe terlucut mati patient lain terkejut kang asyane?) Baju time kuor sepital, setokin, pempes aku, suor kecik, maternity bra, cotton ball, akar siti fatimah, air zam-zam dan biskut biskut kering sket. Haih, macham nak kena bawak luggage bag dah gayanye aku nih.

Teringat balik time deliverkan Areil dulu. Time tu agak kelam kabut jugak sebab aku deliver hanya di tepian gantang eh tepian lorong-lorong kat luar labour room sebab labour room full. Aku plak memang dah tak tertahan-tahan lagik so doc bukak set kat tepi-tepi tu je. Bersalin pun kat atas stretcher tu jek. Kemain susah nak kangkang sebab tau ja la stretcher tu besar mane, ade palang pulak kat tepi tu. Sekali, misi suruh aku kangkang je atas besi tu. Haih, haru sungguh. Asben plak time tu tak sampai lagik. Pun sedih sebab takde sape-sape pun temankan aku time kejadian bersalin tu. Push la sdn bhd tanpa sokongan moral asben di sebelah. Sob3. Dah siap bersalin sume, baru dorang sorong aku masuk dalam bilik untuk jahit. Time tu baru sempat call asben dan bagitau, 'b, ayang beranok doh. Baby boy...' Sayu giler dengar suara asben sebab dia tak sempat temankan aku time deliver. Nak wat camane, sume pun tak sangka aku secepat itu. Huhuhu. Time misi datang tanya mane pempes dan baju anak, aku just cakap, asben saya otw. Sume beg baju anak ada dalam kereta ngan dia. Fuh, memang kesian kejap anak aku. Pakai baju gegirl sepital, misi bagi pinjam.  Lepas siap jahit sume, aku pun disorong balik kat luar bilik tu. Time tu sape je yang melintas depan aku samada misi, doc atau attendan, memang aku akan cakap, 'misi, saya nak jumpa asben saya...' mata bergenang-genang time tu. Masing-masing cakap, okey okey saya panggilkan suami awak. 1 jam aku kat situ, harem tak dapat jumpe pun even asben cakap dia ade kat luar tapi tak sure betul ke tak bilik yang dia tunggu tu. Dahla sejuk, gigil nak tengok baby, nak jumpa asben. Lepas siap tu, baru dorang anto aku ke wad. Dahla wad pun penuh, langsung tak boleh masuk bilik. GL langsung tak guna. Maka melepak la aku di katil kat lorong-lorong laluan pelawat dalam wad, jauh daripada kipas. Panas giler. Dan aku memang tak dapat rasa pun momen misi letak baby kat atas dada aku lepas deliver, momen susukan anak sebaik sahaja sejam lepas deliver. Aku just dapat jumpa baby aku keesokkan hari. Sebab Areil duk kat NICU. Time kat wad, ada attendan datang anto makanan, sampai kat bed aku, dorang nampak beg uri baby ada kat hujung katil. Dorang siap tengking-tengking marah kan aku sebab tak uruskan lagi uri tu. Macham la tak paham, aku masuk wad tu dah 2,3 pagi, asben jumpe aku tak sampai 10 minit, memang tak sempat pun dia nak ambik lagi uri tu. Kalau ye pun nak tegur, tayah la tengking aku camtu. Sentap tau. =(

Hope kali ni, semuanya baik-baik saje. Misi-misi yang temankan aku dalam ambulans dan time kat wad dulu semuanya baik. Doc pun baik. Sampai hari ni aku teringat-ingat lagi nak ucap terima kasih kat misi yang bagi pinjam bahu dia time aku tengah berjuang lawan contraction. Memang kuat giler aku cengkam bahu dia, tapi sikit pun dia tak marah. Mekasih ye misi. Jasa awak saya kenang sampai ke hari ni.



time balik check up. 
Dah membadak macham Fiona si bini Shrek aku nih. Hahaha.

12 March 2013

Ellllokkkkk Ker Der?

Ade 2 isu yang aku nak belog. Tapi malam ni aku buat satu-satu je la dulu yeh.

Nak tanye, sape kat sini yang dulu gemoks sekarang dan kurus- hanya dengan menggunakan losyen Fellina Inchloss? Ade ke tidak yang berjaya iteww atau selama ni aku hanya disogokkan dengan lamborghini eh dengan lambakan testi yang pelesu semata-mata di FB?

Sape yang pernah guna dengan penuh konsisten dan tomakninah tapi hasilnye adelah harem jugeks??? - same macham 2 orang kawan aku guna langsung tak memberi kesyannnn pun. Tapi aku tengok kat FB ramai giler cakap produk slimming nih bagus. Dan, aku ber-cita-cita kali nih nak guna Fell Inchloss ni sepanjang ektibiti berbengkung dalam pantang nanti. Huhuhu. Dah tamo guna Mustajab Pati Halia sebab kekurangan pada losyen tu ialah, kaler yang terang ang ang ang melekat abis kat bengkung aku, kat tapak tangan, lepas tu nanti aku pegang plak napkin anak semua lekat lah. Lagi satu losyen tu panas hangat kan. Sian kalo kena kulit baby. Mesti merengsa kan?

So kepada kawan-kawan belog yang ade pengalaman BERJAYA atau GAGAL menggunakan Fell Inchloss ni, jom lah share kat aku. Kalo betol-betol meyakinkan, memang aku beli. Boleh buang sixpacks yang ado nih. Kehkehkeh tak kelakau pun!

09 March 2013

Dah 3 Bulan Pun

Salam semua (eh ade ke orang lagi kat belog nih?)

Bukan pegnen 3 bulan ye kawan-kawan sebab aku pegnen dah almost 8 bulan pun tapi aku nak habaq yang aku dah 3 bulan tak hupdate belog. Tak hupdate belog baru 3 bulan tup-tup dah pegnen  8 bulan? Wahhh gitewww, takpe  bukan ada kena mengena pun kalo tak hupdate belog dengan pegnen. Janji bukan takde bapak. Eh ter-melalut pulak.

Pegnen kali ni langsung takde alahan. Makan pun sodap. Selera pun sodap. Timbang berat pun sodap. Wahahaha. Mengidam pun takde pelik-pelik. Nak makan pasembur pun just lite-lite je. Takde pun tahap kecur air liur ke ape. Tunggu lepas bersalin nanti je lah baru buat trip to Penang ye papa? Maka isunya disini kenapa malas sangat nak hupdate belog? Sebab aku adelah pengguna tegar samsung note maka takde masa nye aku nak men-taip belog kat note cinonet iteww. Pc asben adalah pc yang paling hazab aku nak guna, berat nak mati kalo men-taip. Blerghh, tak kose aku nak terperap dalm work room dia tu.

Mengandung kali ni macam sekejap jugak. Kenapa ek? Nak kena pegnen pulak ke next year? Wahh produktif gitew. Bak kate asben, dia rajin, aku tak kedekut, maka memang laju lah production. Muahahaha. baby pun alhamdulillah sangat aktif kat dalam perot sempit mama nih. Sempit macham  bonet Neo je kan perot mama, sian anak mama nih. Huhu.




5 bulan ++



 6 bulan pegnen.


6bulan 


6 bulan ++



7 bulan 1 minggu



time piknik. kaki papa terpijak mata kail.siannnnnn nyerrr...huhuhu!












abg besar....hehehe. lebiu areil ketat-ketat!


Pict paling latest. Kat rumah, snap pict tudung nak letgo. muke pucat macham nak mati je.hahahah. lantak lah. time ni dah 30 minggu (7 bulan 2 minggu)

Okeylah. Mengah lah duduk lama-lama. Nanti update lagik. Bye.