Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 April 2012

Twinkle Twinkle My Little Star









Just quick hupdate. 
Bb Zafreil still tak berapa sehat. 
Asyik ek ek ek lagi nak berkepit. 
Oh My!

16 April 2012

Dasar Terdesak Sangats

Yeah. Memang dah ter-desperated housewife lah senang citer. Ape kes asyik mimpi Samsung Galaxy Note je manjang. Tak boleh jadik okeh. Kot-kot lah kalau korangs tau mana-mana kaki yang boleh tolak Galaxy Note ori yang kastam rampas/underwater punye, sila-sila lah pm inbox aku. Memang dah terdesak sangat dah nih. Janji korangs jangan kencing aku sudey.


Offer aku harga yang paling murah okeyyyyy!!!

Cerita Mama

Malam ni bb Zafreil tido awal. Senang kerja mama papa. eh? Muahahaha. Alang-alang anak dah tido awal, aku ape lagi. Iron baju kerja sampai 4,5 pasang terus. Lepas tu lipat baju-baju bb Zafreil. Baju mak bapak bior dulu - sebab mak bapak reti punggah cari baju sendiri. Yang anak, baju semua halus-halus besar kuman je. Itupun kekadang terselit celah sepender mak bapak, langsung tak jumpa. Kehkeh. Settle yang tu, aku clearkan pinggan mangkuk dalam singki. Cuci dapur sekali sebab tadi masak kuew teow kantonis yang superb sedap *erk perlu ke bitau? Dah settle part dapur, angkat baju-baju kat ampaian pulak. Phewwwww, lega dah settle banyak kerja malam ni. Last sekali, check order dan kira stok Everlynn sambil ber-power pumping. Hihihih. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang tak putus-putus untuk kami sekeluarga. Malam-malam camnih pun still kastemer mesej nak tahu dan interested dengan Everlynn skincare ni.




Ini adalah testimonial terbaru daripada kastemer aku, Seila. Kalau tak silap, dia beli set yang ke-2 atau ke-3 daripada aku lepas tahu aku pun dealer Everlynn. Seila ni classmate aku dulu. Since aku kenal dia, memang kulit Seila ni flawless dan takde masalah jerawat+jeragat dll. Cuma macham Seila cakap, even kulit takde masalah jerawat dan jeragat, masalah kulit kering, kusam, lesu, open pores bagai pun perlu di beri perhatian. Dan Seila sendiri memang dah pernah gunakan produk skincare berjenama antarabangsa namun hasilnya sangatlah hampeh kot. Sama macham kes aku jugak la ni. Alhamdulillah, lepas cuba set pertama Everlynn, Seila akui akan keberkesanan produk ni dan terus repeat order untuk set seterusnya. Now kita sendiri dapat lihat tona kulit Seila makin sekata dan nampak glowing. Kalau produk ni tak berkesan, takkan lah dia sanggup repeat order. Kenss???


So kepada sesape yang nak try Everlynn, korangs boleh hubungi atau sms aku di no 013-9525876. Insyallah, hasilnya nanti pasti ber-baloi baloiiiiiii........ hatoiiii!

14 April 2012

Alkisahnye!

Wihuuuu, lame nye tak meng-karuts kat belog. Rindu korangs hokeyyy!
Life sekarang tersangat lah hectic! Anak+Asben+Kerja+Bisenes Everlynn+Mekap=Mama. Kehkehkeh.


Bb Zafreil demam almost seminggu. Demam nak tumbuh gigi pulak. Mak ngeri okeh! Tajam tak hingat gigi bawah die tu. Kalo sekali kena ngapppp, ayooooo, boleh koma mama kot. Tsk. 


Bb Zafreil jatuh katil lagi daaa. Again? Ya, ya, ya. Papa dah buat benteng pertahanan kaw-kaw punye tinggi dan besar *guna bantal yang banyak sekali dia tolak dengan perut je kubu tu semua, gedebuk jatuh! Nangis kejap pastu ok balik. Hero ok!


Aku bengkak susu sampai demam. Time pose ganti pulak tu belen aku ialah lagi 27 hari.Ko ada? Pun ngeri okeh. Gara-gara Cik N aku yang cracked teruk hampir 7 minggu camtu, so memang tak daya la aku nak pam. Sakit giler kau. Dah pernah pam sekali, terpancut dengan darah sekali kat dalam. Pitam aku kejap. Aku dah try letak susu sendiri, nipple cream, vaseline, gel gamat, virgin coconut oil, Bio Oil, pendek kata sume krim aku dah try, tapi tetap jugak tak sembuh-sembuh. Memang time tu risau sesangats sebab terpaksa la guna sebelah je talian hayat untuk bb Zafreil. Stok susu? Lagi la sedih. Pernah aku tinggalkan dalam 4oz je kat neneknya untuk setengah hari. Nak tunggu balik lunch hour, kemain aku risau takut-takut susu yang aku tinggal tu tak cukup, but Allah masih nak bagi rezeki susu ibu lagi kat bb Zafreil. Aku balik tengok susu yang tinggal tadi still berbelen dan dia tengah sedap tido. Neneknya cakap, bb Zafreil minum susu sikit je lepastu main dan tido sampai lah aku balik. Menitik airmata mama dengar. Kecik-kecik dah paham kesusahan mama. Sob3.


Kesan daripada marmet aku yang tak berapa nak pandai tu hewhewhew aku tak kosongkan Cik B sepenuhnya, maka ade susu yang tertinggal+tersumbat dan membengkak kat Cik B aku. Ntah-ntah jadik keju kot kat dalam tu. Ber-ketul besar bola ping pong gitu. Berdenyut-denyut, hazab sangat sampai ter-demam aku. Letak kubis+tuam panas+sikat Cik B (petua org tua-tua) pun tak jalan. Malam tu asben ajak pergi klinik, dapat ubat untuk surut bengkak+antibiotik+ubat sakit dan krim untuk cik N sekali. Doc yang treat aku time tu geleng-geleng kepala tengok condition sakit aku tu. Siap bergenang airmata doc ngan aku-aku sekali. Mother's tacing kot. Huhu.




ape la mama ni!





tengah tasik pun tengah tasik la mama. Janji saya dapat mimilk!


mama, areil nampak lubam idum mama la. ngeri!


pheww, kuat giler hangin. sepet mata saye nih!


papa plz, jangan cuba tolak areil okeh!


sejuk kot. 





Ok lah. Itu aje nak hupdate pun. Bai.