Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 January 2011

Whoahhhaa Tau Tak Aku Maluuuuu????

Blerghhhh!!!


Rasa macham nak ter-kincit pun ade lepas tengok statistik belog. Lepas godek-godek visitor, noticed ramai pulak yang datang bace belog ini rupa-rupanya adelah bos+student+kawan+makcik kedai runcit dekat rumah dan termasuk lah segala kejiranan sendiri. Wah! Rasa tak macham nak tampar muka sendirik? Malu lah weh! Sebab dari mula-mula jana belog nih lagi, memang dah niat tanak publish kat public pun belog nih. Kat Pesbuk pun tak pernah post kan? Kan? Kan? Kira macham misi Chori Chori Chupke Chupke je lah. Hanya belog Mekap yang harus di-tayang. macham Fasha Sanda tayang bikini tuuu eh ke tayang body? Sumber rezeki mak tu ye anak-anak! Tapi sekarang, tak sangka rupanya belog nih pulak yang dah makin di-ketahuan. Terus rasa nak nyanyi Matta Band, wohh oh kamu ketahuan, pacaran lagikkk, lalalala...!!! Malu tau tak bila dah duduk sebelah menyebelah - berak sejamban walaupun mangkuk jamban asing-asing - makan pun se bil, pun masih lagi nak bace belog aku nih jugak? Sekarang nak kira macham mane nih? Macham mane nak alih perhatian korang nih? Nak ubah url? Private belog? Delete belog? Ke hilang kan ingatan korang terus????? 

22 January 2011

Pun Jadik Ape!

Tetiba pulak rasa nak tambah satu entry. Kengkonon kejap-kejap nak tweet tapi hakikat aku tak pandai-pandai main tweeter. Akaun ade dah macham pekasam basi je. Sekali tweet kat sini je terus senang. Ramai jugak yang bace kan?


" Rela berlapar hampir beberapa jam gara-gara tak hingin nak makan masakan sendirik arini. Harap adik ipar umor panjang dan tidak keracunan selepas makan nasik yang kakak ipar-mu ini goreng tadi. Amin. "


Hah dapat tak ape yang aku tweet? Same je kan fungsi nye? Nak bagi semua orang tahu. Senang inkes jadik pape nanti dah ade bukti yang aku sebenarnya memang takde niat nak meracun pun. Kehkehkeh.

17 January 2011

Dari Single Sampai Berdua Bertiga, Dari Kurus Sampai Gumuk, Ini Lah Keje Aku Pagi Petang Siang Malam.













nota kaki: dah masuk 4 tahun aku involved semua nih. teringin nak tambah portfolio baru. 

09 January 2011

Buah Hape? Buah Hati..!!!






Hye, saya si 6785




dan saya si 6885

Alhamdulillah, ini lah buah hati aku dan asben. Si 6885 tu dah umur 6 bulan, dan si 6785 tu plak baru nak masuk sebulan tak lama lagi. Lahir pun kat Mesia je. Huhuhu. Insyallah tak lama lagi akan ada buah hati ke tiga ^___^

07 January 2011

Entri Nih Sangat Meletih Kan. Banyak Aktiviti Scroll Down.



Pstt pssttt! Aku nak tanye korang,












































Follower korang ramai tak?








































Belog korang selalu jadik top 5 beloglist blogger lain tak?






































Belog korang  selalu sangat dapat blogging award ape ape tak?








































Di setiap entry, korang selalu dapat lebih dari soploh orang komen tak?






































Dalam belog korang banyak gambar-gambar muka korang tak? Pfffftttt!!! *berpeluh pasal tibe-tibe terasa.




































Dan paling last, 








































Gambar gambar korang tu semua cantik+hot+gojes+superb  takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk????????????????????




































Jika korang ada sekurang-kurangnya 5 daripada 6 ciri-ciri diatas, maka sah lah korang adelah blogger yang Superb Femes macham kedai cookies femes amos tu okeyyyyy! Nyam nyam!








































Dan sebagai kriteria tambahan, belog korang yang femes ini jugak akan selalu dapat kujungan muhibbah para si anons nih kan? Suke tak suke tak suke tak? O___0






































Hish, takut takut takut. Sekarang dah macham-macham pesen cara nak meng-kutuk orang. Takat kutuk kutuk manja guna nama anons tu memang aku pun dah biasalah. Kena marah ke cerca ke kalau dah nama pun manusia ber-hati kering, ape ade hal dok? Dah memang tertanam sifat tu sejak dalam perot mak kot lagi. Tapi kalau dah sampai mensen mensen nama, tempek-tempek gambor, ape kejadahnye der? Yang tu macham dah baik ati sangat kot. Agaknye kalau di mintak, sure diletak nya sekali no telefon, no surat beranak, alamat rumah si polan tu siap. Haih, pelik nye manusia ke layak dipanggil ape? zaman sekarang. Kalau ye pun terasa bahu kanan tu berat tak terpikul sangat dah pahala, buat je la dosa lain kalau nak belen kan bahu korang tu. Kentut busuk-busuk kat dalam bilik Pengetua ke, buang taik idung dalam kolah surau kampung ko ke, tak pun gigit telinga ayam yang mak ko bela. Ni tak, asik nak meng-kutuk je keje nye. Kutuk pun, sikit-sikit udah la. Takyah la nak terang lagi bersuluh sangat. Lagi lah bila orang tu tak pernah kacau hidup korang pun kan. Belog ni bukan la medan nak carik musuh jek manjang. Bawak-bawak la bersahabat sekali sekala. . Nak carik musuh sangat sila lah masuk army. Yang cenggitu tau plak ko tanak. Hey, cuba ko bace je lah belog tu macham ko bace buku teks sekolah. Ada gambar ko tengok. Kalau agak agak tak best nak di bace, tutup dan simpan je la buku tu. Ada ke dulu bila ko bace buku tak best atau tengok gambar kat buku tu buruk, ko pun conteng-conteng kutuk keji cerca buku tu? Ade? Dah tu siap ko buat pulak satu buku lain semata mata nak kutuk buku tu, siap bagi nama pengarang lagik. Hahahaha, sialan tak contoh aku bagi? kehkehkeh. Tau pulak ko tak buat camtu pasal susah nak dibuat dulu kan? Dah tu sekarang bila dah zaman dapat kesenangan dan kemudahan, tak pasal-pasal ko salah guna untuk kutuk orang pung pang pung pang ewah ewah ewah biadap nye korang nih anak sape la ye. Ada dia mintak duit beras mak bapak ko ke nokkk? Haihhh, bertabah lah semua.




hoihhh, gambar saya pun nak kidnep jugak ke?




nota kaki: Tak pun campak je laaaa jauh-jauh buku tu dari mata ko tuuu. Takyah la esok lusa kang ko bukak bace balik. Takut kang ter-jatuh suke lak kat buku tu camne? Muahahhaa!

02 January 2011

Mekap Mahal Ade? Takde Punnnnnn!!!!

Heyhhhh! Tak suke lah bila dah kerja jadik MUA nih, orang asyik ingat barang-barang mekap aku hari-hari pun adalah barang yang same macham dalam mekap box gedabak aku. Atau nak cakap aku guna je lah barang-barang yang dalam mekap box aku tu? Hadei, cer cerita, cer cerita, sape yang sanggup nak punggah beg mekap yang ber-tingkat mangkuktingkat tu setiap kali nak mekap muka sendirik? Tidak okey! Yang dalam mekap box tu aku kidnep guna hanya bila semangat gedik datang merasuk aku. Snffff!!!! Tu pun guna sebab nanti lepas guna boleh aku tempek gambor kat belog! kehkehkeh. Nak mencarik kat dalam tu pun dah makan masa. Sempat ke aku pagi- pagi? Bangun pun dah la semput semput subohhhh. Astaga, anak sape laa nih? Hahaha. 


Barang-barang mekap untuk aku meng-transform muka aku sendirik adalah murahan dan mampu beli oleh semua. Aku ade personal mekap beg yang comel cinonet murahan je. Beli kat Padang Besar, Perlis lagik. Senang nanti aku nak usung pergi mana-mana *macham bohsia je sifat beg tu kan? Dalam beg tu adalah ter-kandungan barang mekap sendirik aku. Yang langsung tak campur gaul stok kera sumbang terus dengan barang-barang mekap kastemer. Sombong kan mekap aku. Dahla murah, hina, tapi tetap nak duduk asing-asing. Lagipun kan, muka aku stok kena sental habis-habisan. Sekali guna je terus setengah botol luak. Takkan aku nak guna yang mahal-mahal kot. Misekin lah aku macham nihhhhh....



 Face mist/spray. Pakai sebelum mekap untuk buat muka lebih segar+tak kering sangat dan bagi mekap tahan lame. Aku suke Mac lebih sebab dia macham takde bau sangat. Harga dalam rm60++. Mekap kastemer pun guna bendalah nih jugak. Yang lagik satu tu adelah brand Giffarine. Saje beli sebab nak try. Harga rm17 tapi untuk aku yang jenis tak suke ade bau-bau kat muka nih, agak tak suka spray Giffarine nih.


 Foundation Sendayu Tinggi tu aku baru je guna. Harga lupa dah. For me, agak oliy so tak sesuai sangat dengan combinatioon skin aku. Tapi sesuai untuk yang suke mekap light-light, tak terasa sangat ada topeng kat muka bila pakai. Loreal True Match tu aku beli rm55++. Okey jugak untuk aku yang kadang-kadang malas nak letak base yang tebal. Revlon Colour Stay tu memang ter-baek. Kalau tak silap dah 4 botol aku pakai. haha obses. Pakai sket-sket je pun dah cukup sebab tekstur nye pekat mampu cover buruk di muka dan sangat lah best sebab tahan lama kat muka. Apply dengan span atau jari je bila nak pakai. Dan yang bekas bulat putih tu aku agak ramai yang tahu sebab ramai MUA guna untuk mekap. Yang ni memang selalu ada stok dengan aku sebab aku jual. Nacturactor cream foundation ni brand dari korea dan aku suke bawak  untuk pakai lepas solat. Senang nak apply cepat-cepat sebab cream. Guna je span, dap kat muka. Dan yang penting, semua kod foundation aku adalah kod paling gelap. Aku tak suke kulit muka aku makin cerah dan nampak berbedak. Huhu.


 Concealer Elianto nih cepat abis sebab kadang-kadang aku guna sapu satu muka terus. Ganti foundation sebab malas nak bawak foundation. haha jangan tiru aku okey. Harga rm19++kot. Lame dah tak beli.


Aku pakai Myami nih since ramai MUA cakap dorang guna untuk mekap kastemer. Beli kat Cosway dan aku selalu beli banyak-banyak buat stok bila time harga offer, RM16.80. Sebelum tu aku pakai Revlon 2 way cake, In2it, Za, tapi tekstur dia tak segebu Myami nih. Myami nih best sebab kalau nak senang, boleh basah kan span dah apply terus bedak ke muka. Tak payah guna foundation dah. Kata pun 2 way cake dokk? Dan pilihan aku haruslah no.3 sebab aku suke mekap muka aku gelap-gelap!!!


Eyebase ST. Harge rm20++. 4/5 rated.


Set Limited Edition Smokey Set tu aku beli kat Outlet ST. Harga Rm89. Beli sebab nampak compact dan esklusif. Kaler yang cerah-cerah tu mostly aku belum sentuh lagik. Aku nih jenis suke beli tapi jarang nak pakai. Lagi lah kalau eyeshadow nih. Bukan aku suke sangat pun pakai. Yang 3 ketul kaler tu lak Elianto. Beli kaler satu satu, Rm6 je. Aritu gedik je beli Elianto sebab nak dapat bebear free. Dapat free pallete case pink tu jugak. Last-last tak pakai sangat pun. Syaiton, syaiton.



Yang kaler pink tu jenama ST, rm19.90. Lain-lain tu Elianto. Lupa dah harga. Pun tak luak-luak jugak. Hehe.


 Peberet aku jugak. Kaler haruslah banyak yang pink tak kisah lah matte ke glitter ke shimmering ke janji soft pink. Ada Maybelline, Elianto, In2it, Stage, rm 54 kot tak silap, satu dah abis beli lagik satu pun pink jugak. hehe.




Pallete ST nih 2 tingkat dan dalam pallete ST nih ade 15 kaler eyeshadow, ada 3 blusher  pink, satu shading colour, dan 3 bedak. bedak nih memang sesuai pakai dengan Foundation ST yang aku beli. Sebab tu aku gatal beli foundation sekali. Sekali tak pakai sangat pun. dan aku suka jugak kaler blusher dalam pallete nih sebab pink+sweet dan kilat-kilat. 


ini berus blusher kegemaran aku, Body Shop rm63.


My feberet all time aku harulah Glimmerstick eyeliner, Avon . Kaler nye hitam
 pekat, waterproof dan yang penting, murah. Rm10 je. Farmasi eyeliner tu plak sesuai pakai bila nak solat, senang nak tanggal kan. Dan silky girl tu aku beli rm20++. Aku lagi prefer cream eyeliner dan pensil eyeliner nih sebab aku tersangat lah gagal nak pakai liquid eyeliner kat mata sendirik. Tsk.


Aku seorang yang jarang-jarang pakai mascara. Leceh+malas. Jadik mascara aku tak banyak pun. Mascara Stage, Rm50 kalau tak silap, best pakai sebab dia waterproof tapi aku pakai bila time tak boleh solat je. Malas nak cuci lama-lama. Aku lagik suke Maybeline Magnum Volume mascara tu sebab dia buat bulu mata aku yang kontot dan nipis nih jadi tebal dan lebat. Auww. Plus tak susah sangat nak tanggal kan. Dan yang silky girl tu aku beli sebab comel. Berus nye tu sesuai untuk apply bulu mata bawah dan penting, harga nye rm9.90. Sape cakap mahal?



Dari kiri Bloop lipstick, farmasi rm20++, Mac rm60++, Silky Girl rm20++, Revlon dan In2it. Semua nye nude kaler sajork. kaler terang pekat aku tak suke sangat.


Hah, itu je lah mekap yang aku lenjan hari-hari. So lepas ni jangan sesuka ati tuduh cakap aku suke mekap sebab aku guna mekap yang mahal-mahal dan nanti mekap mahal tu buat muka aku tu jadik cantik. Eh eh melampau. Sape cakap mekap yang cantik datang dari mekap yang mahal? Kalau dah tangan kau tu tangan emas, guna cat Nippon Paint pun boleh jadik lawa jugak tau. Puffff!!! ^___^

01 January 2011

Demam Apex+TsuFahmi. Semua Pun Tahu

Uit uit! 


Sekarang semua orang duk gebang pung pang pung pang pasal Apex. Eh, tak kenal Apex? sila lah gugel. Akan berlambak-lambak gambar-gambar macho si apex tu akan keluar. Lepas piala AFF nih, saham apex kemain lagik mencanak-canak naik. Dah la macho, gaya cool kentang, chinesse look lagik okey! Dan paling best, tempias tu dah terkena jugak kat belog si awek apex nih, Elia namanya. Masa aku kelik kat belog Elia nih, tetiba aku nampak belog aku ada dalam beloglist dia. Tengok dua tiga kali, eh eh, kalau tak silap Elia nih reader dan follower belog aku dulu. Sekarang tak tahu lah dia bace lagi ke tak belog nih. kehkehkeh! Itupun lepas tengok side bar pict dia, baru aku perasan. Sebelom-sebelom nih aku dah pernah jalan-jalan kat belog dia. Cute+humble dan cool je budak nih. Tak caye sila telek pict-pict nye dia side bar belog. Dan tiba-tiba  aku termalu sudah nak tegur dan drop komen kat Elia. Awak dah maken glemer la sayang. Follower pun bersepah okey!


nota kaki: nasib baik aku tak buat dulu entry Apex. Sekali nanti awek dia bace daa. Maluuussss!!!!