Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 May 2010

Janji i Dapat Tengok

Punye la bizi kat rumah malam nih, tapi demi nak tengok benda alah ni, i sanggup godek lappy
online pukul 1.30 pagi dowh. Orang kat rumah semua dah ke bulan ke bintang tido kot sebab penat prepare majlis nikah i esok. Btw, at last dapat gak i tengok ape jadik kat sang ticker i kat atas nih bila tiba hari nikah i. Gila sakai i nih kan. Agagagagaga! Tu je nak belog. Rushing sangat terus zero idea. Babai...

nota kaki: baru je lepas berinai. (''-)

23 May 2010

Segar Dari Ladang La Sangat


Nak jugak mencapap kat belog sendirik. Sebab I nak bagi uolls tengok muka i 4 hari sebelom nikah. Kira gambar bujang terakhir i lah ni. Kot. Ntah-ntah esok upload lagik. Lepas ni tak sure akan ada gambar dengan figure muka macham ni lagi ke tak. Sebab masa naik mesin timbang rosak tadi i tengok berat i dah nyaris-nyaris cecah 50kg dhe. Huwaaa....!!!

nota kaki: syukur sebab pict kat belog nih selalu takleh nak enlarge. bahah!

22 May 2010

Kerana Kita Manusia

Kadang-kala jiwa lara.resah.ber-kecamuk.
Mengundang rasa yang tak sudah.
Hati tak tenang bagai sesuatu yang tak tahu penghujung.

"Ya Allah, jika Engkau biarkan aku mengurus diriku sendiri, aku tidak mampu. Jika Engkau serahkan aku pada makhluk-Mu, mereka akan mencemuhkanku. Ya Allah, jadikan aku terjaga dan terpelihara dalam semua keadaanku. Berikan aku cahaya yang dengannya aku berjalan ditengah manusia. Dan dengannya aku mendapat petunjuk dalam kegelapan" (doa penenang hati)

doakan semoga semuanya baik-baik saja. amin ya rabbal alamin.

Memang Wujud Rupanya

Most attention to encik petunang....

Oh my! Tau tak benda ni memang wujud rupanya. Terkujat dowh masa memula jumpa entry nih. Sebab mati-mati i hingat alat nih wujud kat dalam mimpi i malam tu je. Well, dunia dah berubah. Zaman semakin maju. Thumbs up!!!

nota kaki: kredit to miss cloudymonday. i jumpa kat belog u tau.

21 May 2010

Enam Hari

6 hari sebelum my nikah, agaknya ape yang uolls expect from me to share with selain seribu macham rasa dalam hati menunggu nok??? Yang i tahu sekarang i rasa perut i panassejuk+nak terkencingterberak, jantung lak dupdapdupadap+cuak+nebes plus macham-macham lagik rasa tu dah mula campur gaul dalam kepala. Macham rojak daa. Camnih ke perasaan B2B lepas tiap kali tengok ticker kat atas tu ek?

nota kaki: sibuk-sibuk pun i sempat ulang tayang tengok preview filem lagenda budak setan yang akan release 03 Jun 2010 ni sampai dah lebih dari doblas puluh kali dah kot. blerghhh! dear encik petunang, please nanti jangan lupa bawak isteri awak tengok LBS ye sayang. Dapat tengok midnite show pun takpe. Janji dapat tengok dia. ('',)

11 May 2010

Ber-dosa. Tapi Buat Jugak

Memang rasa ber-dosa gila lah kalau i update jugak belog padahal i kan dah cakap babai kat uolls sebab nak kena pergi buat wedding favour. Well, memang i tak buat pun! Tapi, i ganti buat hantaran. Semua sekali ada sebelas dulang hantaran yang i kena siapkan tapi-yang-i-nih-baru-buat-empat-dulang-kira-dah-patut-bersyukur-sangatlah! Wedding favour semua i dah angkut bawak pergi tempat kerja. Cadangnya sempatlah nak menggodek lepas dah settle semua kerja tapi sebenarnya duk menyembang dengan geng se-gossip di petang-petang hari kat tempat kerja adalah lebih enak dan besar banget pengaruhnya ber-banding siapkan my wedding favour haih haih haihhh!!! Bila i nak ensap nih?????

I dah pun upload my invitation kat belog+pesbuk tapi sebab i tak glam+tak hot+tak vouge maka respon i dapat pun suam-suam kukukaki je la. But fine. Sebab time ni lah kita nak kenal mana kawan mana bukan dan mana yang bukan-bukan. Dah dah. Pasni memang akan ada rombakan besar. For those yang dah respon dan drop alamat tapi i tak publish la kot-kot P&C ke ape. ke tak eh? terima kaseh sesangat. Tunggu i post kan kad tau. Yang bagitahu tak dapat attend+ada komitmen+anything, takpe babe. Ur wish pun dah cukup buat i tau. Sayang uolls okeh!

Letihlah nak belog panjang-panjang. B2B kena save energy banyak-banyak kan? Sebab nanti banyak nak guna tenaga. kot. Agagaga!

tak sabar nak habeskan perintah berkurung. nak ngedate macham ni balik.

nota kaki: sempat lagi tak kalo diet? nak kena buang 5kg. sempat?

08 May 2010

Tau Pun I Takut.

Sekarang macham dah tak berani sangat nak lalu lalang kat belog sendiri sejak tengok sang ticker dua orang kat atas tu makin dekat dan dekat dan dekat dan dekat homaigod! Setiap kali tengok mesti teringat banyak giler lagi hal kawen i yang belom settle-yang-sebenarnya-takde-lah-banyak-sangat-pun-cuma-dalam-erti-kata-sebenarnya-banyak-bagi-orang-yang-langsung-tak-buat-ape-ape-lagik-dhe. Ok dah dah. Tanak belog dah. Nak pergi siapkan wedding favour. Babai.

nota kaki: i terpikir. sang ticker kat atas tu dah jalan makin dekat makin dekat makin dekat each other kan? so nanti bila dah sampai masa i nikah tu, sang ticker tu buat apa pulak ek? sumpah i tak tahu ni. isk dosa wei korang pikir gatai gatai camtu! muahahaha

03 May 2010

Abah Tak Kejam Tapi Tok Kadi Teraniya.

Malam ni i memang saja tanak spray cepat-cepat Spray PH tu sebab nanti mata sepet penyet i nih asek cepat je nak ter-pejam. Kejap-kejap nak ter-pejam. Dahla i nih mata celik ngan pejam lebih kurang nak sama je. Haihh. Yang tu takpe lagi. Yang tak tahan nya encik petunang tu. Dah 3 hari dia tido peluk mr. lappy tanpa sempat spray pun lagi. Kuat bebenor efek spray PH tu kat dia. Heh alasan la mucuk. Langsung malam-malam dah takde ucapan selamat jalan romeo lagi dah. Heh!!!

Okeh nak cerita nih. 2 minggu lepas, hari Sabtu lepas Isyak, i ikut ma dan abah pegi rumah tok mudim eh eh tok kadi dhe. Nak submit borang nikah i dan booked tok kadi tu siap-siap. So kitorang naik umah tok kadi borak-borak kejap barang sepam dua tanda sorakkan satu Malaysia eh apekes haku nih. So lebih kurang soploh minit camtula kot abah borak-borak dengan tok kadi sementara i yang anak dara nih duduk ter-simpuh malu di hujung sudut cescesces, kitorang pun mintak nyawa eh mintak diri. So cerita malam Sabtu pun tamat. Ahad berlalu. Isnin berlalu. Tiba-tiba petang Selasa yang dah nak Rabu, ma bagitahu yang abah dah ter-kidnap selipar tok kadi malam kitorang pergi rumah tok kadi tu. Abah dah tinggalkan selipar baru dia kat rumah tok kadi, pastu dengan senang hatinya bawak balik selipar usang tok kadi tu. Tak tahu lah proses kejadian tu camne tapi yang nyata abah syok sangat turun tangga sambil menyembang lagik ngan tok kadi. Nak cakap gelap takdelah gelap sangat. Ntah-ntah tok kadi pun memang dah nampak pun kaki abah sarung selipar dia tapi redha kan je lah. Dahla abah amik masa sampai 2 hari baru nak perasan kejadian yang tak diingini nih. Haih. I dah gelak-gelak sambil hentak-hentak kepala kat bantal lepas ma bagitahu. Bila tanya balik abah, abah cakap takpelah, tunggu hari nikah i nanti abah tukar balik bagi selipar tok kadi tu. Agagaggaa! Boleh pulak. Macham nak ter-cabut nyawa kitorang adik beradik gelak. Tapi kitorang hingatkan kisah tu stop setakat tu jer. Rupanya 2 hari lepas tu, abah ter-serempak tok kadi tu kat depan mahkamah. Sedang enak-enak menyarungkan selipar abah. Abah cakap nasib baik abah pakai kasut kerja, kalo tak abah mesti dah pergi tukar kot. Miahahaha. Selang sehari lepas tu, ma pulak ter-serempak ngan tok kadi i tu kat pasar. Pun sedang enak-enak pakai selipar abah jugak. Miahahaha. Agaknya sebab dah selesa serasi bersama sangat selipar tu ngan kaki dia kot, tok kadi macham dah ada lebih keyakinan untuk melangkah lebih bergaya kemana-mana jer. Sekarang pergi kat mane-mane pun mesti asik jumpa tok kadi tu-dengan-selipar-abah-muahahhaha. Sebelum ni takde lak selisih kat mane-mana. Ma tahan gelak je la tengok dari jauh. Takpela, abah pun dah beli selipar baru. Lagipun bukan salah tok kadi i tu kan. Dia insan yang lemah lagi teraniya gitew.

01 May 2010

Photoshoot Gambar Muka Sebelah

Belas-belas kali i amik pict angle nih tau. Dari stok kepala teleng, hidden muka sebelah, muka tunduk sopan ter-sipu siput sedut sampailah stok muka mintak pelempang bersegi. Yang i upload ni stok yang dah lepas soploh kali tapis baru ler lepas syarat tayangan. Muahhahaha! Motip???? (^o^)