Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 December 2010

Kejam Lebih Daripada Kesian Kali Ni



Tergerak hati nak entry kan pasal benda nih. Kat atas tu ialah print screen conversation pesbuk antara aku dan lelaki. Dah lama kot dia add tapi aku tak jugak approve. Zalim nye aku disitu. Alhamdulillah, dia paham dan consider dengan alasan aku. Walaupun hujung hujung tu tetap ada mimik muke ter-keciwa jugak. Gulp. Maaf lah. Aku dah pernah pesan, pesbuk nih maybe spesel bagi kawan-kawan belog aku, belog reader, dan jugak kawan-kawan dekat aku. Aku memang dah pesan siap-siap kalo korang salah sorang belog reader, inbox aku, nanti aku approved. Kalau takde msg, pastu aku tengok pulak profile ko kelam-kelam je gambor artis susah nak dicam, memang aku ignore jelah sampai pesbuk nih tenggelam nasibnya sama macam frenster dulu. Sampai masa dah sesak sangat waiting list tu, aku delete. Lagi-lagi kalau lelaki yang tak tahu mana datang tiba-tiba add aku, memang aku memilih. Stok muka FK je aku terima. Eh tak. Pembohong. Mana ada yang lagi FK melainkan FK tu sendirik je. Auww (^__^) 


Yang dah ter-lajak approve tu, aku delete pelan-pelan *bukan dorang kesah kan aku pun. Bukan isu diskriminasi ke ape, jadahnya nak diskriminasi ingat hebat ke aku nih? *geleng-geleng. Aku cuma nak limitkan pesbuk ni kepada kawan yang betol-betol boleh aku panggil kawan. Apa ada hal kalau kawan beribu sekalipun, tapi sorang pun ko tak kenal sape. Asal cantik+hensem, mesti add+approved, pastu esok jumpa lagik add+approved. Sampai dah 4o hari 40 malam pun si polan yang ko add tu meninggal, ko langsung tak sedar. Yelah, news feed berlambak masuk kat wall, larat ke ko nak bace satu-satu? Ada PA bace kan ke? Tidak nokkk! Dan jangan pulak cakap asben aku control marah-marah aku sampai aku takut nak ber-kawan dengan laki-laki yang add pesbuk aku. Tidak ye puan-puan. Kawan fomfuan dia lagi berlambak daripada kawan lelaki aku kot. Jangan nak pasal-pasal je issue-issue yang tu. Aku cuma tanak sipolan dan aku sekali ter-kiciwa. Profile pict yang dah di-edited beratus lapis tu tu mungkin buat korang-korang ni ingat aku ni awek-awek hot+spicy va va voom kot. Sekali dah approved, harem muka aku same jek macam bibik korang. Yang import dari Lombok siap. Dahtu, bini orang pulak tu. Terus aku di-abai dan di-sisihkan. Takde harapan nak dapat komen hot dan kelik like bagai macham orang lain tu. Tsk. Tak ke kesian ter-beri harapan macham tuh kat aku? *tibe-tibe aku tertelam setokin. sape yang baling hah?


Dan kalau nak tekel, tekel la awek yang hot+gojes macham disebelah kiri tu. Bukan macham yang dibelah kanan. Dahla katek, muka putih melepak. Tak pakai bedak, lagi la muka putih melepak. Tak layak langsung duduk sebelah Kim Kardashian nih. Eh tapi maksud aku bukan tekel awek belah kiri tu ye. Yang  tu adli punye katanya. Kehkehkeh.


nota kaki: amy mesti tak bace punyer. miahaha!

4 comments:

  1. bungukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!

    hahahhahahahahaahhahahaha

    ReplyDelete
  2. sekali dia bace daaaa...wahahah!

    ReplyDelete
  3. hurm btol tuh sis nur pn pikir bnda yg sme hehehehe

    ReplyDelete