Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 May 2010

Abah Tak Kejam Tapi Tok Kadi Teraniya.

Malam ni i memang saja tanak spray cepat-cepat Spray PH tu sebab nanti mata sepet penyet i nih asek cepat je nak ter-pejam. Kejap-kejap nak ter-pejam. Dahla i nih mata celik ngan pejam lebih kurang nak sama je. Haihh. Yang tu takpe lagi. Yang tak tahan nya encik petunang tu. Dah 3 hari dia tido peluk mr. lappy tanpa sempat spray pun lagi. Kuat bebenor efek spray PH tu kat dia. Heh alasan la mucuk. Langsung malam-malam dah takde ucapan selamat jalan romeo lagi dah. Heh!!!

Okeh nak cerita nih. 2 minggu lepas, hari Sabtu lepas Isyak, i ikut ma dan abah pegi rumah tok mudim eh eh tok kadi dhe. Nak submit borang nikah i dan booked tok kadi tu siap-siap. So kitorang naik umah tok kadi borak-borak kejap barang sepam dua tanda sorakkan satu Malaysia eh apekes haku nih. So lebih kurang soploh minit camtula kot abah borak-borak dengan tok kadi sementara i yang anak dara nih duduk ter-simpuh malu di hujung sudut cescesces, kitorang pun mintak nyawa eh mintak diri. So cerita malam Sabtu pun tamat. Ahad berlalu. Isnin berlalu. Tiba-tiba petang Selasa yang dah nak Rabu, ma bagitahu yang abah dah ter-kidnap selipar tok kadi malam kitorang pergi rumah tok kadi tu. Abah dah tinggalkan selipar baru dia kat rumah tok kadi, pastu dengan senang hatinya bawak balik selipar usang tok kadi tu. Tak tahu lah proses kejadian tu camne tapi yang nyata abah syok sangat turun tangga sambil menyembang lagik ngan tok kadi. Nak cakap gelap takdelah gelap sangat. Ntah-ntah tok kadi pun memang dah nampak pun kaki abah sarung selipar dia tapi redha kan je lah. Dahla abah amik masa sampai 2 hari baru nak perasan kejadian yang tak diingini nih. Haih. I dah gelak-gelak sambil hentak-hentak kepala kat bantal lepas ma bagitahu. Bila tanya balik abah, abah cakap takpelah, tunggu hari nikah i nanti abah tukar balik bagi selipar tok kadi tu. Agagaggaa! Boleh pulak. Macham nak ter-cabut nyawa kitorang adik beradik gelak. Tapi kitorang hingatkan kisah tu stop setakat tu jer. Rupanya 2 hari lepas tu, abah ter-serempak tok kadi tu kat depan mahkamah. Sedang enak-enak menyarungkan selipar abah. Abah cakap nasib baik abah pakai kasut kerja, kalo tak abah mesti dah pergi tukar kot. Miahahaha. Selang sehari lepas tu, ma pulak ter-serempak ngan tok kadi i tu kat pasar. Pun sedang enak-enak pakai selipar abah jugak. Miahahaha. Agaknya sebab dah selesa serasi bersama sangat selipar tu ngan kaki dia kot, tok kadi macham dah ada lebih keyakinan untuk melangkah lebih bergaya kemana-mana jer. Sekarang pergi kat mane-mane pun mesti asik jumpa tok kadi tu-dengan-selipar-abah-muahahhaha. Sebelum ni takde lak selisih kat mane-mana. Ma tahan gelak je la tengok dari jauh. Takpela, abah pun dah beli selipar baru. Lagipun bukan salah tok kadi i tu kan. Dia insan yang lemah lagi teraniya gitew.

3 comments:

  1. hahahahhaha. sabar je lah kan. tok kadi tu pun, redha. :)

    ReplyDelete