Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 April 2010

Sebulan Dari Sekarang

Dah 2 hari i tengok ticker kat atas asik '4 weeks untill our nikah. 4 weeks untill our nikah' padahal 2 hari sebelum tu cakap '1 month untill our nikah'. Isk. Hape nih. Nanti i tak pasal-pasal lak i hingat dunia dah berenti ber-putar semata-mata nak bagi i dan encik petunang settle-kan dulu banyak benda yang tak ter-settle lagi. Contohnya kad kawen. Yela kad kawen kami la ape lagi. Untuk orang yang degil nak mamps macham i dan encik petunang, kami memang dah plan dari awal tanak tempah kedai sebab memang kami sepisis yang miang keladi nak design kad sendiri -pastu-sampai-sekarang-tak-siap-siap-jugak-lagi-HAHAHAHA-padan-muka-kami-kan? so hari ni sepanjang hari kami duk mengadap ym satu sama lain untuk finalize kad sebelum printing. Last minit punye idea memang datang men-curah-curah lah bagai mencurah air ke daun keladi ade ke? Dan dan tu jugak lah masa dah nak last touch, lappy en.petunang dah lost memory pejadahell la pulak, terus final design tu hilang sekelip mata je dhe! Bahagia giler ko! So mari kita mula design dari awal sama-sama. Yiiehaaa!!!

Selain mengadap+mengomel design kad kawen i, tadi i sempat kuar baru nak hantar dress i untuk jahit beads+ pergi tengok baby kawan i tupun sebab dah last day sebelom dorang gerak nak balik KL ape punye member la i ni kan +pergi rumah sedara tayang muka kejap (^_^) sebab esok rumah dorang buat kenduri kawen jugak tapi i lagi nak kena keluar se-subuh hari pergi mekapkan customer. Okeh lagi lagi mekap kan customer. I hanya ada 3 kali Jumaat Sabtu lagi sebelom my big day tapi i tetap gigih jugak ambik job ketiga-tiga Jumaat Sabtu tuh. Macham tanak bagi peluang kat diri sendiri rehat jek. Padahal masa awal-awal dah pesan kat encik petunang suruh dia stop amik job bulan Mei kasi rest otak puas-puas dan fokus kat kerja kawen kitorang tapi last last i gatal-gatal tangan accept semua job yang datang. Biasa nih! So jangan tanya lah bila masa pulak i nak lepak-kan diri i yang dah comot momot sememeh giler ni kat spa kasi polish kasi kilat sket. Huuu...=(

Semalam masa i tengah lepak-lepak cuci habuk dalam kereta, i sembang-sembang kosong je ngan abah. Abah cakap nanti bila semua anak-anak dia dah kawen, rumah i sekarang nih misti kosong giler dah takde sape-sape nak duduk. Sunyi lah ma dan abah nanti. Hoh??? Masa tu i dah tarik muka hempat belas hinci tak suke giler dengar abah cakap macham tu. Touching wei. Pastu tiba-tiba je abah ajak i ikut dia ngan ma keluar. Macham tadek motif je time tu. Beriye-iye pulak tu ajak i. Masa tu i letih giler dowh sebab baru balik kerja. Mandi pun belom. Pastu abah cakap camni, 'jomla ikut abah keluar. masa ni je lah tinggal lagi kalau nak keluar dengan abah ma pun. Pasni dah kawen, dah susah nak kuar ikut ma abah lagi.' Kalo korang dengar ayat merayu camtu keluar dari mulut mak bapak ko, tak ke ko rasa berdosa gila kalo ko tolak lagi. Cuak pun ade okeh. Huu... abah abah. Pandai je dia nak beli jiwa anak-anak. Tu tak termasuk lagik part pecah perut angkara abah i kat rumah. Nanti dalam entry lain, i story apa yang abah i dah buat sampai anak-anak memang pecah perut gelak bagai nak mati bila hingat. Aduyaii...


giler geli tengok muka sendiri dalam gambar nih. geli mat mat mat.miahahha!

nota kaki: since i pakai permata hijrah, cepat bebenor mata i mengantuk malam-malam.tak sempat nak ber-belog dah. side efek yang i sangat suke tau. dah lama giler tak dapat nak tido awal malam-malam. kata imsomnia kan. haih..!

18 April 2010

Keluh Kesah Kak Esah


Buhsan la life B2b yang se-macham ni.
Macham tak mem-berangsang-kan je.
Hurmm.....
Tapi kalo terangsang tu ade la kot!
miahhahaha.


nota kaki: nyesal ke letak wedding thicker kat atas tu? one month left? gulllpp!!!

12 April 2010

Apa Punya Cita-Cita Daa

Salam,

Still rasa nak senyum-senyum atau lebih tepat sebenarnya mengilai sorang-sorang bila teringat kisah anak-anak murid i belajar tentang cita-cita siang tadi. Masing-masing ber-semangat gila bagitahu cita-cita dorang bila cikgu tanya. Ada yang nak jadik pensyarah, ustazah, cikgu, awan dania *pramugari ko, tukang masak hotel, sampai lah driver lori pasal bapak dia driver lori so inspired la tu. Pastu yang nak jadik tokei Kepsi pun ada. Sah-sah ko suka mati la makan Kepsi tu kot. Masing-masing memang tanak kalah bagitahu cita-cita dorang. Sampailah turn sorang budak laki nih, bila kitorang tanya cita-cita dia, boleh lak dia cakap nak jadik keretapi. Haa betol lah tu yang korang baca nih. Kitorang memang dah tak salah dengar. Kiranya memang ter-baek jugaklah cita-cita budak nih sorang. I pun wondering nak tahu apa yang menarek sangat dengan keretapi - maybe tang gerabak ke, tang railway ke hape - sampai budak ni boleh rasa nak jadik keretapi. Bila ditanya sebab, tanak pulak bagitahu. Hape dia ingat bila sebut je 'ber-tukar' yang bebudak suke sangat sebut tu, terus je senang-senang ber-tukar jadik keretapi kot. Tak sabar pulak i nak tunggu dia besar cepat-cepat. Untung-untung i dapat naik keretapi eh eh naik dia free-free je kan. Huahuahaua. Lepas tu turn sorang budak pompuan ni pulak. Kali ni lagi lah kitorang double speechless. Cita-cita dia nak jadi itik. Hape ke itik pulak dah. Haih, agaknya selama ni tiap kali tengok itik, hati dia meronta-ronta teringin sangat-sangat nak jadik macam tu kot. I pun tak tahu lah nak doakan semoga tercapai ke tak. Hadeii la. Masa tu i rasa i ngan kakma dah macham kena rasuk mengilai-ngila tak hengat. Tapi mengilai semunyik-munyik bawah meja je la. Tanak dorang down konon. Agagaggaga. Pastu last sekali tadi, kitorang tanya budak paling peberet dalam kelas. Budak ni dahla comel pastu suka je cakap yang comel-comel giler pastu dah pandai nak flirt-flirt dengan sorang budak pompuan ni - hamboi hamboi advance kemain korang ye. Tak tahu ke couple ko tu cita-cita nak jadik ustazah? Awas tau. So bila tanya cita-cita budak nih, dia cakap dia nak jadi tukang bawak pinggan. Kitorang macham konpius jugak mula-mula dengar. Yelah kot-kot la maksud dia tu nak jadik pekerja kilang pinggan ke, driver kilang pinggan ke kan. Sekali dia cakap, dia nak jadik tukang bawak pinggan pergi masuk dapur daa. Alahai. Alahai. Alahai. Comel sangat lah tu cita-cita ko. Se-comel tuannya. Sampai ke sudah lah jugak i dan kakma gelak tak habes-habes. Nasib baik la korang sume ni pre-school je lagi. Sempat lagik nak tukar cita-cita korang tu.

07 April 2010

Biasa Nih!

Since encik petunang dah panjangkan mekap belog i kat satu website carian, i dapat banyak feedback dan respon daripada customer yang interest dengan my service. 10 hingget i topup sehari semata-mata untuk reply dan respon kepada sms yang masuk ber-pusu-pusu ecececece ayat tanak kalah. Takpe. Anggap itu satu investment. Tapi bila ada sms berlagak yang sms i, i rasa macham nak ignore je sms dorang tu tapi i tak ignore pun actually tak sampai hati sebab hati i jauh sangat. I nak tanya lah, apa pendapat korang if korang selalu je dapat sms macham 'bagi alamat belog' atau '29 Mei 2010 free tak?'. Macham tu je ke? Takde ke nak bagitahu ko sape ke elok-elok dulu ke? For sure i memang takkan senang-senang terus reply dengan my answer, so harus lah i bagi soalan macham ni 'huh? for what?' atau 'kenapanya?'. Pastu baru lah ada respon macham 'erk, i bedah bukan nama sebenar. u yna kan? u ada buat mekap services kan?' and so on yang i rasa the 2nd sms dorang tu la yang should be their 1st sms - yang baru laa kalo i bace terus rasa nak relpy se-ramah tamah nya. kan? kan? I bukan mintak u bagi introduction yang sempurna bagai, but atleast sebut lah nama i or kalo rasa hina gile nak kena sebut nama i ni, bagitahu nama u dan ask for my services dengan kaedah komunikasi sesama manusia bukan macham ko sedang ber-sms dengan kasut crocs hokeh hoh hoh emo lak dowh. So anonymous giler la korang. Yeah i know customer alway rite ye ke ye ke tapi for sure korang belom pun lagi deal as my customer kan? deposit pun belom bayar dowh kan kan? kan? So tayah ber-lagak diva VVIP nak kurang hajar sangat dengan sms i siap tanda seru bertindih bagai tanak kalah - macham la i ni pernah sakitkan hati korang. Tak salah kalau say hye ke salam ke dulu, nampak la sikit korang beradab je masuk rumah orang takde lah main terjah je macham Abang Nas. Hover tau! Dah la tu, lepas dah bagi deal quotation ke semua bagai tu, boleh pulak korang pun main diam je langsung tak bagitahu confirm ke cancel ke hape ko. Hambik ko. Ter--pisat-pisat i tak tahu status korang. Ibarat habis coklat, kulit dibuang. Kalau tak silap baru-baru ni pun ada bebudak IPT yang sms i untuk mekap dinner dorang. Dahlah intro annoying giler, lepas je dapat quotation terus diam takde pulak nak cakap thanks ke tak jadi ke hape - siap i pulak sms balik dorang untuk bagi the best price sebab pikirkan dorang student mana nak lebur duit untuk mekap macham tu je walaupun haku tahu korang siap bleh pakai Black Berry sedangkan haku tak tapi i pikir takpelah. Asalkan semua orang afford untuk dapatkan service i nih. So belajar tinggi-tinggi pun tak guna sebab nilai-nilai sesama insan tu ko tak terapkan - nampak sangat hati korang tak sechantek dan sebijak level yang korang berada sekarang. And kalau ada yang panas vontot or adik-adik IPT ber-kenaan ada ter-baca entry ni, hambik lah sume ni sebagai teguran lepas ni jangan la hengat tru sms korang boleh rude giler macham tu ye adik-adik. Akak tak marah pun dik, akak cuma nasehat je. Sniff sniff sniff!

nota kaki: sebab tu i tanak membebel. Kan ke panjang entry nih jadinya. Agagagaga!

03 April 2010

Macham Ni Boleh Di-Panggil Cerpen Ber- Gambar Tak?

Updated mode!

Semalam Encik Petunang beriye sangat nak tengok KL Drift. Ajak tengok 3D Alice in Wonderlands tanak. Huh! Nak tengok action katanya. Kalau nak rated, i boleh bagi 7/10 la kot. Action dia i suke. Drifting pun dah ala-ala Tokyo drift dowh. Real. Cuma ada la part-part comolot dia yang buat audience leh gelak macham tengok Senario The Movie ke hape. Part cintan-tun yang i rasa kalau takde dialog hampeh Scha ngan Samsul tu, i rasa cerita ni lagi i bleh up-rated 8/10. Takpelah. Kata filem kita wajah kita kan. Bahah! tapi part FK kena belasah memang sangat i tak puas hati wei!

Then pergi Sasa untuk hunting my new perfume. Korang tau kan harga perfume kat Sasa lagi murah rm20 daripada kaunter plus korang akan dapat voucher lagi. Selama ni i beli kat kaunter je tapi sebenarnya kat kaunter boleh dapat free sample perfume sampai 2,3 botol sekali plus voucher pun dapat jugak tapi harga perfume mahal rm20 daripada Sasa. Still worth jugak sebab dapat sample kan? Lagipun Sasa takde Lancome dan Estee Lauder. I tahu pun sebab i adore giler 2 brand perfumes nih so kalo ada brand lain yang takde jugak kat situ, idok la i perasan. So kat Sasa i try Hugo Boss EDT 30 ml, RM142, free RM10 voucher. Botol kechik sudey. Kata bulan depan nak dapat new perfume lagik. Botol besar punya . Can't wait!

Minggu lepas i sempat curik masa pergi saloon buat treatment rambut. Sakit hati dhe tengok rambut ni dah lama bebenor terabai. Dahlah kering, lagi rosak-rosak binasa kat hujung. Kesan kejahilan i suatu masa dulu kot biasa nih. Sekali Tuhan bayar cash kat rambut i nih balik. So lepas buat treatment, dan beli treatment set tu dan after 3x guna, memang i rasa worth sangat-sangat. Sampai sekarang i pulak rasa jakun sentuh rambut sendiri ala-ala lembap+lembut+shining je nak dibandingkan dengan rambut i dulu yang tak abes-abes nak damaged! Haih! Kalo bukan sebab nak tawen tak tahu la bila baru i rajin nak buat treatment nih kan?

Last but not least, 2 month before my big day nih memang akan ada super duper extravaganza banyak-nya story mory about my journey and preparation for my big day. Kata once in my life so kalo boleh i tanak miss to write every single moment yang happen tu kat sini kan. Besok, cucu-cucu i boleh kelik je belog nenek. Tayah la nenek susah-susah dok kat tepi tangga petang-petang bercherita kat korang kan. Gitew la kekdahnya. So kepada yang jelik nak baca sume tu soon, bersedialah fizikal dan mental. Jasad dah rohani. Sanggup bace ke tak, i tetap jugak nak story. muahahahahaha!!!


mucuk sila ucap TQ kepada saya sebab saya tak men-tunjukkan full face awak ye. baik kan hati saya? miahahaha!

Sebenarnya

Sebenarnya, Dragon Ball ada tujuh bijik kesemuanya....

Salam,

Senteng tak kalau i cakap macham tu? Kan? Nasib baik bukan i yang cakap. i taip je. Okeh dimulakan dengan lafaz bismillah, i nak share perasaan i hari ni. Bangun pagi ni, i rasa semacham je hari ni. Kenapa dan ape yang pelik? Turun makan kejap tapi kepala macham weng pikir hapentah pun maseh i tak tahu. Masuk bilik check jerawat baru depan chermin. Immune. Pastu on lappy, online, pastu macham la tak biasa, otomatamatik musti nak blokdancing kat semua blog B2B lain, dan lepas tu kan.... jeng jeng jengg! Rupanya hari ni dah 3 April ye kawan-kawan. Homaigod. Ada banyak benda sangat sangat lagi yang i tak settle kan. Hantaran tak usik lagi. Barang deco tak carik lagi. DIY door giff tak siap-siap lagi. Design kad kawen tak pernah tengok sekali pun lagik. Beads tudung nikah pun tak jahit lagik. Dan ber- trilion macham benda lain lagi ada dalam kepala hotak i nih yang tak settle! Dahlah i-bukan nya-jenis-boleh-siapkan-sume-tu-sekelip-mata. Musti nak ber-lama-lama amik mood amik semangat pejadahell sume tu lagi. Dulu boleh laa nak mat-mat cool je konon nak tunggu batch wedding bulan Mac settle dulu. Sekarang dorang pun dah selamat. Blerghhhhh! Dah, dah. Tak payah nak belog lama-lama lagi Yna wei. Musti nak kena driffting pergi kedai penanten cari barang-barang selanjutnya cepat-cepat. Ok, chow bedah!!!!

walaupun gambar takde kena mengena langsung dengan entry, tapi i nak letak jugak. boleh?

nota kaki: i tahu i dah start nebes. Tak tak. I'm cool. Nebes. Eh cool!

01 April 2010

Boleh Tak Macham Ni?

Ni kicik punya hal saja dey.

Tadi masa i tengok komen-momen yang korang bagi, i approved satu komen tu bunyik lebey kurang macham ni la kot, 'akak chantek ecececcecece musti ke i nak tulis balik jugak yang nih, mane beli tudung tu? suker'. Bila dah approve sampai ke sudah i tak jumpa komen tu kat entry mane. Agaknya adik nih new reader akak kot so baru nak komen entry lama-lama i tu. Dik, akak tak jumpa komen awak tu refer kat tudung akak yang mane. Jangan cakap akak tak jawab soalan awak ye dik. Akak ni buta tuli sikit kalo bab-bab macham ni. Tak reti nak carik kat mane dengan mudah. So nanti kalau awak bace entry nih, awak komen la balik tudung yang mana satu.

Hmmm, boleh macham tu?

nota kaki: ke ade sape-sape nak tolong carik satu-satu komen tu? akak tak larat dik...