Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 January 2010

Per-Misi Kejap Ye Cik Misi

Salam,

Esok i+mucuk dan dua orang *asekar nyipun akan gerak pergi Putrajaya-Kl-Nilai-Tangkak. Hohoho banyak tempat mahu pergi kan? (pingsan) Maka harus lah ber-kepenatan lepas nih. Nanti kalo ade sesape ter-nampak i yang burok nih kat sana jangan la segan segan tegur okeh. Nak belanja i minum pun boleh (^^,)

Tadi dah settle fitting+decide+booked baju tawen. Lega sudah macik yang fussy giler - yang dah masuk soploh buah butik pun tak pernah nak berkenan kaler la design la hapejadah lah - kalo berkenan pun tak pernah nak muat asik ter-labuh ter-gumuk ter-selak ish ish ish tutop mata. Sampai beliau pun dah geleng-geleng kepala buat sign, okeh. Kesian mucuk saya. Owh quite awal gila ke? Takde. I ter-sangat lah takleh nak bayang kan lepas nih how penat nya i nak settle kan job yang ber-susun tengah tunggu turn tu. Takpe. Penat yang sedap, i suke. Hokhokhok. So sementara Januari ni still free and available so i settle kan ape yang ter-penting dulu. Yang pasti 1 month before, i dah chupp siap-siap dah tanak ber-penat-penat ke sana ke mari mahu carik itu ini pergi sana sini tanak tanak tanak! Time untuk manjakan diri sendiri pulak okeh. Uwelk! Plus mucuk 24hours alwaysbiziman tu sangat lah tak men-tentu schedule keroje nya. Hari-hari pun ada site visit+drawing+pergi sanasini+jumpa client+amik gambo lagik and so many things yang dia buat tapi i dah tak tahu nak sebut kot. Kesian dia. Nyaris-nyaris jugak laa dia tak jadi nak ikut pergi esok tapi sebab i dah potpetpotpet pujuk jadi dia pergi jugak. Horeyyy!!! TQ sayang.

Okeh dahla kot. Papai...

*askar jepun:adik laki-laki i

nota kaki: dont wori i takkan update pasal preparation banyak-banyak takut nanti ada yang muntah-kot. ohokohok!

23 January 2010

Kadang-Kadang Ayat Dia Comel Giler

Lokasi: kat kedai makan beberapa hari lepas kot

Si pompuan dan si lelaki sedang makan-makan lah ni. Sambil tu sembang-sembang kosong. Cerita macham-macham jugak la. Dari bab kawen-kawen sampai bab kawan-kawan. Si pompuan pun ber-cerita pung pang pung pang lah jugak pasal kawan-kawan yang dah kawen dan pregnant.

cik tunang: semalam kan masa chat ngan Dya, Dya cakap Juu dah ngandung. tapi tak pergi jumpa doc lagi.
en tunang: ye ke? hurm. *respon cam harem jek
cik tunang: pastu kan, Dya punyer baby boy tau.
en tunang: huh??? *wondering kot
cik tunang: tak. dia lom beranak laa. dia pergi scan. dah nampak baby boy.
en tunang: owh. kita nanti jangan macham tu.
cik tunang: huh? jangan ape???
en tunang: anak kita nanti jangan scan la. bahaya. orang cakap, scan ni boleh efek jugak lah kat baby.
cik tunang: huh??? oooow... ingat hape tadi *sambung makan balik sebab otak tiba-tiba cramp.

Dah balik rumah pun still teringat-ingat ayat tu. Sampai hari ni. Huhuhu. Comel giler ayat mucuk!

nota kaki: alhamdulillah family matter dah settle tadi. lega satu bab.

Hari Yang Super Duper Hot

Tak tahu lah kalo i pergi sukat suhu cuaca kat luar sana mungkin dah capai lebih daripada celcius suhu badan orang demam panas to the max kot. Lepas je *masa depan mak bapak dalam undang-undang i balik, i laju-laju pergi tukar baju kurung pakai sebikini baju yang ada je, lepas tu terus terjun masuk swimming pool jiran. Takdelah. I kan misekin jerk. Jadik i terjun dalam kolam plastik adik-adik i tu je la. Nasib baik badan i muat-muat. Kalau kat tempat korang pun panas-panas ala-ala nak meroyan macham kat sini jugak, mungkin i boleh bantu. Untuk dapatkan efek sejuk dan beku tu terasa, ape kata i ajak korang tengok gambar-gambar yang berair hape ayat haku nih konon-konon sama macham bila ko tengok dinding putih ko rasa bersih, bila ko tengok warna merah ko rasa ber-tenaga, bila ko tengok biru otak ko kotor dan bila ko tengok hijau ko rasa hutan. Erk, rasa hutan???

lokasi: Bukit Gampang eh eh Gambang Water Park

2 orang kerdil dah buat muka ketat sebab dah tak sabo-sabo nak terjun kolam kat belakang tapi i boleh lagi ter-hegeh-hegeh pose dulu kat situ. miahahahahadoi laju giler 3 orang budak kat depan ni jalan.tak menyempat-nyempat dah tu.
tengok cepat nak mamfos budak ni 3 orang masuk dalam air
bangang giler terapung-apung tapi macham tanak terapung sebab dua-dua orang ni berat kot
pastu boleh je plak haku nak lemas dalam ni hahahahaktuih memalukan
konon-konon macham atlet renang sebelom terjun dalam air nak kena basahkan badan dulu baru urat saraf otot semua terkejut cehcehceh

dan yang paling best sekali i buat...

macham nih baru betol-betol orang cakap menikmati. hingat omputih je tau sunbath?

*future father/mother in law

22 January 2010

Banyak Lah Ko Karok!

Memang mencik gila bila ko cepat-cepat nak keluar rumah, nak kejar masa nak cepat sampai dan dan pendek kata macham-macham perkara cepat dan pantas yang ko nak buat tu tiba-tiba stuck sebab ko terima panggilan alam ajak pergi karaoke kotak *jamban!!! Sumpah haku mencik tau...!!!

21 January 2010

Amaran Pertama Dah Sampai

I dah dapat surat chenta dari KPTM. Apelagi, surat kutip hutang daa. So nak tanak padahal tanak memang dah kena start bayar loan balik. Ber-balance RM 1,250 lagi kat encik KPTM. Sebelom ni pun i dah ada bayar sikit. Tapi macham cuak jugak lah tengok total kat surat tu still tak tolak amoun yang i dah bayar. Pandai lah dia. Time mintak hutang boleh je hengat, tapi part yang i dah bayar boleh lak dia buat tak hengat nak tolak. Tapi takpe la. Nanti kira kowtim balik ngan KPTM camne. At least i rasa lucky jugaklah sebab i pinjam dari KPTM bukan PTPTN yang dah macham ah long tagline *kami bukan ah long kami cuma nak tolong * wannabe tu muahahahaha selamat i okeh (^_^). KPTM takde interest. Dan paling penting KPTM offer loan yang takde lah melampau super duper banyak jumlah nya - yang bila ko tengok jumlah tuh terus jer nampak henset blacberry+motor baru+bedak Mac pejadah hell lagi yang baru pastu bila sampai masa nak kena bayar balik, mati kejung la nak cekau duit yang jugak akan super banyak tuh. Dan selagi ko tak bayar ko jangan hangan laa nak fly pergi europe bagai sebab konpem dekat airport tuh jugak ko kena tahan. Haa takot takot...! So ber-syukurlah yang ni still afford dan under estimate la bila nak mem-bayar balik. Eh eh i pomot KPTM hape nih? Ngeh!

nota kaki: lepas dapat amaran pertama ni, akan ada berapa kali amaran lagi ek? sakai je i tak tahu.

20 January 2010

Kan Dah Cakap Dosa I Banyak

Hari ni perkara yang sama jugak jadik balik kat i. Tak sampai sebulan pun. Maybe selagi mende alah resdung ni tak di-rawat, macham ni lah kitaran hidup i se-omor idup kot. Demam+selsema+bersin nonstop dengan kelajuan 60km/j tanpa henti. Perghhh...! Sampai luka-luka hidung. Seksa. Seksa.

19 January 2010

Nak Yang Ringan-Ringan Jer

Layout i dah macham MJ look alike kot. Sebab dulu hitam, sekarang dah putih. Takpe. Walaupun korang nampak macham belog ni buruk, busuk, kulapuk, teratai layu di tasik madu pejadahnya sekalipun, tapi I suka. Janji belog i dah ringan sket berbanding layout lama. I kan macham malas gila nak tunggu load page. (bila masanya ko tak malas Yna)

Dan sebab dah tajuk pun edisi ringan-ringan, i pun tanak cerita panjang berjela. Lets the pict do the talking je lah kata omputih. Walaupun pict langsung takde kena mengena dengan tajuk, tapi nak jugak i upload. Ngeh!

nota kaki: nanti i update story i pergi Gambang Water Park. Tapi kena tunggu i tak berapa malas la kot. Hikhikhik.

18 January 2010

Penyakit Berjangkitan


Gambar ada.

Citer ada.

Idea ada.

Mood pun ada.

Tapi malas nak update.


Sebab tido lagi best...!

09 January 2010

Murah Itu Best

Salam,

I memang suka gila shopp barang-barang mekap+berus+falsie pastuh longgok banyak-banyak dalam mekap box kasi ketat. Next month i kasi punggah depan customer. Muahahaha. Shopp kat hometown dungun membangun i ni takdelah haven sangat. Bagi masa sejam je memang dah boleh 2x pusing kedai-kedai kat sini. Kalo ko nak carik Voir kat sini memang haram tak jumpa lah. Hapetah lagi nak jumpa kaunter Dior. Memang tak dapat la bai. Ngeh. Tadi kat Watson, i dah sambar satu liquid eyeliner In2it. Tak pernah try so tadi beli. Balik je rumah terus test. Okeh fine. Memang agak ter-baek!!! I bagi 8/10 okeh. Kaler dia hitam pekat melikat, waterproof dan paling penting sekali sapu je zapppp memang terus jadik santek sebab berus dia memang best. Cepat je kering. Tak momok pun okeh. Eh tak comot. So sape-sape nak try i suggest jugak la yang ni. Harga pun afford- RM25 je kot.

hohoho inilah dia makhluk yang dimaksudkan
(pict ni i gugel jek)

pestime test eyeliner ni, i berjaya buat mata sendiri sebijik macham ni. cun sih? tapi ni mata sape ntah. i gugel tadi jumpa. hikhikhik.

nota kaki: tak pernah dalam idup i tekun dalam kelas macham tadi. Huhuhu apakah?

08 January 2010

Semalam Yang Hangat Hot Dan Spicy

Agak syial bila semalam masa i tido, ex i datang ke rumah yakni rumah i okeh, bukan rumah jiran tetangga i. Nak tumpang ber-malam katanya dengan alasan tiket bas nak balik ke Kuantan dah abes. What the hair!!! Kenapa rumah i yang dia spot nak ber-malam. Hotel bajet bersepah ape. Mesejid pun dekat. I memang dah refused giler-giler tanak kasik dia tumpang tapi ma dan abah i sangat cool. Mungkin ala-ala cool planet. Even dorang tahu i mencik tahap vavis kat ex i nih, tapi dorang izinkan jugak dia tumpang ber-malam dengan alasan kesian - dah lewat malam sangat. Wei sape la yang tak mencik kalo dah ber-belas kurun kitorang break tapi dia tak sudah sudah jugak nak involved dalam life i? $D)(*&^%#*^!!!

So dengan rasa bengkak hati+menggelegak nya i ter-fucksa biarkan aje. Itu pun dengan hati yang penuh rasa menyampah dan menyumpah. I terus pergi masuk bilik sebab tanak pandang muka dia lama-lama. Annoying giler okeh. Geram. I tak pedulik kat mane dia kena tido. Maybe kat ruang tamu kot. Lantak lah. Tapi lepas ma dan abah masuk bilik dorang, i dengar pintu bilik i di-ketuk. Korang agak agak sape yang ketuk? Yeah! Mangkuk tu ler yang ketuk. Bila i bukak, terus dia tarik tangan i sampai luar rumah. Kasar giler. Dengan tak abes-abes dia merayu-rayu mintak i balik dengan dia. Pelissss la. I tak akan! I dah macham nak men-jerit time tu tapi macham ter-tahan-tahan. Masa tu jugak ma dan abah mungkin dah sedar bunyik kecoh-kecoh kat luar rumah so ma dan abah keluar. Leraikan kami. Thank God. Dia tak sempat nak apa-apakan i. Masa tu jugak i terus larik masuk dalam rumah dan menyorok. Memang i dah nanges tahap gila-gila sebab dah pikir yang bukan-bukan. Takotttt sangat!

Tak lama lepas tu i nampak dia masuk rumah. I pon dah macham pelik. Kenapa abah kasik dia masuk rumah lagi? Maybe abah sengaja nak tunggu pagi esok je baru bunuh dia kot. Eh tak tak. Mungkin abah dah warning ke hapentah kat dia. Yang tu i tak tahu. Tapi masa ex i masuk rumah, i nampak dia pegang lighter. Mata dia pulak pandang i dengan tajam. I dah syak pelik-pelik. Memang betul pon. Lepas je ma dan abah i masuk bilik, i nampak ex i tu bakar towel kat atas tilam adik i. Homaigod!!! I memang dah jerit super-duper extra sound. Memang cemas+panik+nebes semua lengkap time tu. Cepat-cepat i call 999 tapi memang semalam syial yang datang kat i ber-ganda-ganda kot. I tak dapat call polis ke bomba ke ambulans tu semua. Cakap k-e-c-e-m-a-s-a-n! Suck! Time tu i nampak abah dah cepat-cepat padam-kan api dan pegang dia. Menggelupur dia tanak bagi abah i pegang. Masa tu jugak i dengar siren polis. Tak tahu la siapa yang call polis maybe jiran tak pon maybe ma, tak pon Kapten Kit kot. Ceit! Tapi nape tadi i call tadi tak dapat eh? Deng!

And last, lepas dah settle bagi ex i kat polis, memang i rasa lega giler. Bukan i je, tapi ma dan abah pun sama-sama hembus nafas lega. Lega yang amat. Syukur...! Cuba korang bayangkan macham mana lah kalau i tak alert dengan apa yang dia cuba buat tadi. Tak ke jadi sate rentung i sekeluarga. Dengan dia-dia sekali kot rentung. Haih. Memang saiko. Lepas kejadian tu, badan i sakit-sakit dan letih-letih.





















Dan paling i ber-syukur semua tu pun dalam mimpi i jer. Hurmm... (^_^)


nota kaki: kenapa bila badan i tak sehat, i selalu mimpi yang bukan-bukan ek? Tsk!

Salah Satu Cara Anda Bantu Agama Islam

URGENT AND IMPORTANT

I rasa ter-panggil untuk ajak uolls kesayangan i untuk sama-sama daftar petisyen bantahan keputusan mahkahmah tinggi yang membenarkan gereja Herot eh Herald mengguna-kan kalimah Allah dalam penerbitannya. So kelik sini ye. Tak sampai seminit pun masa yang anda luangkan untuk petisyen ini mungkin akan dapat selamatkan kembali maruah Agama Islam. Jihad.

nota kaki: suck them yang agree dengan keputusan mahkamah ni!!!

07 January 2010

Ko Mau Tapi Ko Tak Mampus eh eh Tak Mampu

Sepatut-nya lah kan...

Malam nih should be i publish satu new entry yang sejak dari tempat kerja lagi duk teringat nak belog (bila idea ngan semangat belogging datang satu pakej lah tu) tapi di-sebab kan i demam - otak pon tepu je nak beroperasi maka mari kita postpone. Yeah!!!

Sepatutnya tadi i nak pergi pasar malam sebab nak usha shawl dotties yang baru untuk match dengan new outfit sekali i demam daa so next week maybe baru i pergi cari kot. Haih.

Kat Astro ada main citer Hum Saith Saith Hain yang sangat peberet tu okeh dan i sangat ter-sangat lah eksaited nak tengok lagi lagi dan lagi tapi di-sebabkan diri yang tak larat melepek je kat katil depan lappy ni, so i dapat dengar lagu-lagu citer tu je dari dalam bilik. Pun syukur je lah Yna!

Plan nak pergi kedai auntie alter jacket pun ter-paksa lah i cancel sebab dah tak larat nak drive pergi kedai.

Plan nak pergi Avon untuk restock pensel pekat hitam pun ter-paksa postpone jugak. Again.

So senang cakap, semua kerja i hari ni dah ter-delay b'cos of my sudden flu nih. Erkk, tapi demam memang tak pernah cakap pun bila nak datang kan? kan? kan? Ngeh!

nota kaki: setiap penyakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Dan bila i ter-sangat kerap demam so i assume i ter-lalu banyak dosa-dosa kecil dan besar jugak untuk di-hapuskan kot. Gulpp!

02 January 2010

Hannah Talent Contest

Hye...

Dengan ter-sipu sipu malu-nya kali nih i yang pe-malas nak hupdate ni rasa nak join contest ni - buat PERTAMA kalinya okeh. Sangat lah segan sebab dah tau mesti akan fight dengan gegurls yang konpem superb duper gojes. Haih haih haih double segan!!!

Tapi kenapa i mahu join? Sebab contest nih ter-sangat lah menarik dowh specially for those yang selama nih ter-sangat lah dreaming nak jadik model tapi tak pernah ber-peluang (i kah itu?). So kepada yang selama nih ter-cari cari platform untuk involve dalam dunia modelling, sila lah try join contest nih dan mana tahu rezeki u olls ber-mula di agensi Hannah Talent . Nah mana lagi mahu cari peluang datang macham nih? (okeh i dah try pomot baek punyer nih)

Pertandingan ni sangat ter-buka kepada semua lelaki, kanak-kanak dan juga wanita yang bertudung sahaja - tak termasuk ber-tudung periuk tudung saji dan tudung tupperware. No!

Then mana-mana contest pun mesti nak kena tahu hadiah nya kan?
Para pemenang akan menerima jemputan untuk satu sessi photoshoot Hannah Talent dan akan dihias indah, dimake-up oleh make-up artis, portfolio 3 persalinan ber-beza serta gambar-gambar esklusif yang semuanya akan menjadi milik anda secara PERCUMA okeh PERCUMA. Wow!!! Semua ni i tahu dari belog RIRI and dia cakap prize nih semua worth RM250. Sebab RIRI memang model so dia lagi detail about nih. I percaya. Hihi (^_^).

So (drumroll pelis) here is my super duper should be the bestest pict yang i ada untuk Hannah Talent (owh blush again!!!)

taken by my un-official photographer @ mr.fiancee

nota kaki: tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di belog kot. kan?

Dah Tua Nangka Eh Bangka Macham Ni Lah.

Hohohohohoit!

Sekarang i dah memang ter-sangat sangap malas nak hupdate belog lah. Malas yang sampai tahap nak bagi alasan kenapa malas pun i dah malas. Nih la bangsa malas tahap ke-enam puluh lapan belas petala langit kot. Mengong. Hikhik.

Hurm, esok sekolah dah start. Dah kena start tido awal lah nih ( motip nya di-sini???)
Hentah. Tak tahu. Muahahahaktuih. Okeh dah lah. Titik.

nota kaki: ni pon still entry tahun baru hape!!!

tahun 2010 ni pun baru tadi je sekali i jumpa en.mucuk. lu pikir la sendirik. kuikuikui.