Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 December 2010

Yang 2010


Eh eh eh.
Nak jugak ada posting on 31 December 2010.
So aku post-kan gambar-gambar lama 2010 nih je la eh. 
Aci je la okey? 




sebulan lepas nikah, body adelah maseh ber-saiz s maupun xs.tsk.





  jakun jakun jakun. jumpe sawah padi, sanggup park tepi jalan oke.


 senteng terus otak bila jumpa lauk sedap depan mata. muahahah!



adek kesayangan. muke comel omel omel. seperti kakak sulong kan? kan?

geng kuat gossip. dalam mesejid pun ber-gossip. pheww, adik-adik sape nih?


pergh! manusia bersaiz dan ber-pipi XL sekarang!

nota kaki: selamat tinggal umur lama, tahun lama, dan mungkin saiz lama! sob3x.

26 December 2010

Setiap Tahun Pun Akan Jatuh Misekin Kalau Macham Nih Gaye-nye Kan?



Tau kan, aritu aku pergi KL sebab dah tiba masa nya sessi peng-habisan stok YES tapi ini bukan yes yang dalam iklan tv yang annoying nak mati tu. ala iklan yang pompuan eii mencapap nye muka dia penuh satu skrin tv - yang tengah nanges tup tup sengeh . eh merapek ke?  Okeh sambung balik. Juga menghabis-miskin kan juga duit dalam akaun yang telah di kumpul selama setahun okey you setahun bukan sebulan atau seminggu kumpul. Haihh, bila lah nak kaya nih. Kumpul setahun kemudian habiskan dalam masa sehari. Betollah kata kakak bunga ku ini. Bila lah nak kaya kalau duit dah la ada setempek je kemudian di-habiskan sehingga men-tinggalkan serdak semata-mata. Mode: mari tadah tempurung tepi jejantas.


Alang-alang dua alam dah sampai KL, terus mintak tunjuk ajar Kak Su untuk men-tunjuk arah tempat makan yang superb best sebab Kak Su memang stok otai makan kat KL sebut je tajuk makan-makanan nih Kak Su terus bagi nama kedai siap coordinate bagai tunggu nak garmin je carik. Tapi sempat pergi Wong Solo je Kak Su, yang lain-lain dah tak sempat nak pergi sebab kapla hotak dah nampak sale sale sale dalam pinggang mangkuk terus tak jumpa kedai makan lain dah. Mongok kan kita kaksu? hehe. Dahlah tak sempat jumpa Kak Su walhal kita nampak je Kak Su tengah lengang-lengang jenjalan nak masuk panggung sedangkan kita masa tu melambai-lambai dalam kereta yang jammed tepi pavi sebab semua teruja tengok couple comolot tepi jalan. Kak Su nampak tak kita Kak Su? ke Kak Su pun nampak kaple tu je?


ayam penyet Wong Solo hasil tunjuk jalan oleh Kak Su

Lepas dah penuh tembolok somi dan istri, mintak bantuan Tya lak untuk men-tunjuk arah tempat paling heaven untuk meng-habiskan kesemua wang simpanan dan ASB yang di-draw tanpa sempat pungut dividen akhir tahun. Tya memang best sebab tau kat mane tempat yang boleh beli macham-macham benda dengan harga rm100 sajork katanya. Tapi sebab kan banyak sangat sale depan mata, mata tiba-tiba terpusing jauh dari paksinya. Sedar-sedar asben pekik - Times Out. Tak sempat beli ape-ape pun. Ter-paksa gerak ke Low Yatt pula untuk sessi hunting new gajet asben walhal bila dah ade depan mata tiba-tiba dia cakap datang nak tengok je tanak beli lagik. Pulak! Haiihh, rugi masa shopping kita tau!


hye si pokok rendang!

 apesal muka bengis macham nak bunuh orang je nih.

hye suami. boleh berkenalan?


Sg.Wang dah, BB plaza dah, Lot 10 dah, Sogo dah, The Mall dah, Times Square dah, lepastu  baru sibuk nak ingat kat punca rezeki bila tengok duit dah tinggal  hujung-hujung dasar wallet. Tsk. Terus pecut ke Sunway Pyramid sebab dah janji dengan Amy mau shopping Mac sama-sama. Amy si peng-terer mekap dah tunggu sejak pukul 6 kat sane tapi biasalah waktu tu petang Jumaat kot semua pun peng-sibuk berebut atas jalan siap-siap nak pi club kata si Amy. Eh awal benor eh pergi club, pukul enam dah keluar. Bukan joget-joget start pukul 10 ke? kehkehkeh jahilnya aku. Jumpa Amy dah pukul 8.30 camtu la kot. Lepas dah habiskan saki baki duit di Mac, merempit dengan si Amy carik ketam tapi last-last redha sebab dua-dua dah lost jalan ke kedai ketam, maka malam tu isi tembolok dengan seafood-seafood selaiin ketam. Amy gigih dapat ikan masak setim terus setim tak pandang lauk lain. Dahla dari dungun sampai Kl aku carik ketam, tak dapat-dapat. Ketam sekarang kemain sombong dengan aku yerk. Carik asik tak dapat je. Jage la ko dan keturunan ko nanti. Grrr!!!!


Nasib baik jumpa ketam nih kat tanjung lumpur, Kuantan. Hye ketam. long time no see ya!


Dan yang ter-paling cinabeng sekali bila cermin kereta asben kena pecah masa kitorang singgah makan megi goreng pukul 3 pagi dan terus di-larikan speed lite dan lense kamera asben. Itupun kebetulan body dslr asben dah di-hantar servis kat Times Square dan laptop 2,2 ekor dah transit ke bilik hotel siap-siap. Kalau tak, semua kena tibai sekali time tu kot. Kesian asben, dah lah misken meng-sara aku kat KL, tiba-tiba harta kesayangan dia kena copek lak. Takpe suami, istri dan kengkawan belog doakan si pencopet tu mati tersembam atas tar pecah muka otak berderai putus telinga cepat-cepat. Itu baru sikit je doa tu. Kan?


Itu je lah kot. Tiba-tiba mata setim - nak tido kot. Aku memang masalah betol lah nak buat penutup karangan. Itupun nasib baik BM SPM aku dapat A1. BM je la kot. haha.




nota kaki: tengs semua yang sudi jadik garmin kita masa kat KL aritu *tetiba mode sopan gantikan 'aku' ngan 'kita' lak. Lepas nih kalau nak gi penang,PD,melaka, sabah,sarawak, ade sape-sape nak guide kan kita lagi tak?

25 December 2010

Entry Hidung Ber-darah



Kenapa eh bila manusia ni dah kaya dah pandai dah cantik cepat betol berubah perangai nye? Berubah semaken baik takde hal la. Tapi yang jelik nya berubah makin meng-annoying kan kejiranan. pufff berdarah hidung bila teringat. Kat mana-mana aku pergi aku ter-paksa jumpa manusia yang cenggini peel perangai nye. Sumpah perangai busuk lebih daripada ketiak babun lagik. ades. 




*ini baru intro ye rakan-rakan. malas nak sambung-sambung lagik. makin berdarah hidung aku nanti.



20 December 2010

YB Bukan- nya Rajin Sangat Nak Cerita


Hari nih YB rajin turun jalan-jalan tengok kawasan. Nak tengok sambil memantau penduduk setempat kot. Untung-untung boleh lah nak beramas mesra dengan rakyat jelata sekali. Last YB turun padang kalau tak silap semalam  kot - eh hari-hari ke YB datang cek kawasan? Takpelah. YB rajin. Kerja pun tak banyak mana. Masa YB datang , seingat YB dah ada dekat 300 orang penduduk di kampung semalam. Yang ke tiga ratus tu penduduk baru. Hari ni YB turun cadangnya nak datang ziarah dan beramas mesra dengan penduduk baru tu. Nak tanya sekali apa yang takde tak cukup YB nak sumbang. Plus YB nak rai-kan jugak la penduduk yang ke 300 tu. Angka lawa kata YB. Tapi YB datang tengok arini, depa dah takde rupanya. Mungkin dah pindah kampung lain agakYB. Tak pun depa datang semalam tumpang berteduh sementara jumpa kampung baru yang lebih best - bisik ati kecil YB. YB sedar kampung dia tak besar mane. Kampung pun tak gelemer. Takde nama maju macam kampung-kampung lain. Takde dapat ape sangat kalau duduk kat kampung YB. Takkan la ada orang nak duduk. YB je berangan nak dapat 300 orang penduduk. Kesian YB.

Tapi YB pun dah nekad, YB nak mula banci nama penduduk yang ada. Nak simpan rekod baik-baik. Sebab YB sayang semua penduduk kampung dia. YB tank suka once depa dah keluar dari kampung, pastu tiba-tiba depa sibuk datang balik nak duduk balik kat kampung yai bee. Yang tu memang YB dah tanak terima. YB nak sekat siap-siap kat depan pintu masuk. Pendek kata kata YB dah serik dengan fenomena macam tuh. Depa suka-suka nak datang duduk kampung YB, lepas tu suka-suka keluar jugak macham jenis takde pendirian. YB kata dia tak pernah paksa depa datang duduk kat kampung ni dan YB pun tak kisah dorang nak pindah masuk kampung lain. Tapi YB tak suka bila dah duduk, depa senang-senang je keluar lapas tu tak lama kemudian depan datang duduk balik. Buat busuk kampung je kata YB. Dah ludah watpe nak jilat balik? Sedap ke ludah depa tu? Hurm tak tau la. YB dah start geleng-geleng kepala. Ter-bayang-bayang muka depa yang dah buat gitu kat YB. Harap-harap jangan sampai YB letak jawatan dan tutup kampung sudah la.

kata YB lagi, YB tu Yang Ber-belog. Dan penduduk tuh ialah follower yang YB ade sekarang. sekian.

nota kaki: kisah benar.

16 December 2010

Mahu Beli Bulu Tak?

Insyallah,  Sabtu nih aku nak ke Kuantan restock mekap-mekap yang dah tinggal nampak tulang. Nak borong bulu mata sekali. Itu paling mustahak. Aku kan peng-gila bebulu mata pelesu. Kelas mekap pun dah nak start. Nanti sah-sah nak guna banyak bulu. ahah! So aku nak tanya kot-kot ade sesape nak kirim aku beli kan bulu mata sekali. Tapi yang aku nak pergi beli nih bulu ala-la natural gitu. Harga pun soploh hingget je pun. Ada soploh pasang bulu dalam tu. Sesuai la kalau nak pakai pergi kenduri kawen ke, dating ke, library ke. eh pergi library pakai eyelash ke? hebat sangat. Kalau nak yang vouge lebat berjuntai dah macam pelepah ape tu, yang tu memang tak dapat la harga soploh hingget. Yang tu aku ambik order lain kali okey? 


 nih lah rupa bulu nye.


nota kaki: anak-anak murid semua, jangan lupa datang kelas esok ye! Yang nak kirim bulu, bagitahu cepat-cepat.

Kejam Lebih Daripada Kesian Kali Ni



Tergerak hati nak entry kan pasal benda nih. Kat atas tu ialah print screen conversation pesbuk antara aku dan lelaki. Dah lama kot dia add tapi aku tak jugak approve. Zalim nye aku disitu. Alhamdulillah, dia paham dan consider dengan alasan aku. Walaupun hujung hujung tu tetap ada mimik muke ter-keciwa jugak. Gulp. Maaf lah. Aku dah pernah pesan, pesbuk nih maybe spesel bagi kawan-kawan belog aku, belog reader, dan jugak kawan-kawan dekat aku. Aku memang dah pesan siap-siap kalo korang salah sorang belog reader, inbox aku, nanti aku approved. Kalau takde msg, pastu aku tengok pulak profile ko kelam-kelam je gambor artis susah nak dicam, memang aku ignore jelah sampai pesbuk nih tenggelam nasibnya sama macam frenster dulu. Sampai masa dah sesak sangat waiting list tu, aku delete. Lagi-lagi kalau lelaki yang tak tahu mana datang tiba-tiba add aku, memang aku memilih. Stok muka FK je aku terima. Eh tak. Pembohong. Mana ada yang lagi FK melainkan FK tu sendirik je. Auww (^__^) 


Yang dah ter-lajak approve tu, aku delete pelan-pelan *bukan dorang kesah kan aku pun. Bukan isu diskriminasi ke ape, jadahnya nak diskriminasi ingat hebat ke aku nih? *geleng-geleng. Aku cuma nak limitkan pesbuk ni kepada kawan yang betol-betol boleh aku panggil kawan. Apa ada hal kalau kawan beribu sekalipun, tapi sorang pun ko tak kenal sape. Asal cantik+hensem, mesti add+approved, pastu esok jumpa lagik add+approved. Sampai dah 4o hari 40 malam pun si polan yang ko add tu meninggal, ko langsung tak sedar. Yelah, news feed berlambak masuk kat wall, larat ke ko nak bace satu-satu? Ada PA bace kan ke? Tidak nokkk! Dan jangan pulak cakap asben aku control marah-marah aku sampai aku takut nak ber-kawan dengan laki-laki yang add pesbuk aku. Tidak ye puan-puan. Kawan fomfuan dia lagi berlambak daripada kawan lelaki aku kot. Jangan nak pasal-pasal je issue-issue yang tu. Aku cuma tanak sipolan dan aku sekali ter-kiciwa. Profile pict yang dah di-edited beratus lapis tu tu mungkin buat korang-korang ni ingat aku ni awek-awek hot+spicy va va voom kot. Sekali dah approved, harem muka aku same jek macam bibik korang. Yang import dari Lombok siap. Dahtu, bini orang pulak tu. Terus aku di-abai dan di-sisihkan. Takde harapan nak dapat komen hot dan kelik like bagai macham orang lain tu. Tsk. Tak ke kesian ter-beri harapan macham tuh kat aku? *tibe-tibe aku tertelam setokin. sape yang baling hah?


Dan kalau nak tekel, tekel la awek yang hot+gojes macham disebelah kiri tu. Bukan macham yang dibelah kanan. Dahla katek, muka putih melepak. Tak pakai bedak, lagi la muka putih melepak. Tak layak langsung duduk sebelah Kim Kardashian nih. Eh tapi maksud aku bukan tekel awek belah kiri tu ye. Yang  tu adli punye katanya. Kehkehkeh.


nota kaki: amy mesti tak bace punyer. miahaha!

15 December 2010

Pasal Janji. Bukan Kanji. Tau Ke Tak Kanji Tu Ape?

Salam semua sayangness kuu... (dah orang bersalah memang macham nih. mesti nak bagi ayat baekkk je kan?)


Tak sangka oihh, seminggu tinggalkan belog, tetiba follower bertambah dengan jayanya. Mekasih. Macham nih nak kena tinggal kan lagi lama la kot. kehkehkeh. Tapi, kesian kan. Tetiba aku terasa dah macam wakil rakyat ke ape ek sepesis yang tau berjanji tapi tak men-tepati. Aku janji eh ke baru plan nak buat mekap contest+nak buat tutorial smokey gothic tuh lagik. Sudahnya, harem nan ado kan? Ke ada yang ter-carik-carik ingat aku hidden kan entry tu? Maaf lah semua. Aku takde alasan untuk ke-tidakbuatan semua tu. Mungkin sibuk. Mungkin lupa. Dan mungkin malas. Eh tapi aku baru je dua janji je kan. Pangg!!!




nota kaki: kali ni aku janji takkan buat janji lain dah. eh, tengok. ter-bejanji lagik sekali.

06 December 2010

Again Huh?

Tadi siang aku tak kerja. Melampau kan, demam sikit sikit pun dah malas pergi kerja. Haih cengeng. Duk rumah, belek-belek In Trend bulan ni konon nak carik inspirasi. Tengok pict Fazura terus merembes - style gilos mekapnya. Black smokey eyes with nude lips colour mekap. Gothic gitu. Alang-alang dah berkenan, aku pun start menconteng arang ke muka. Kata nak gothic. Haruslah guna arang kan. Eh tak. Langsung takde kena mengena.


aku tak nampak macham gothic tapi macham perempuan malang ber-mata panda je. tsk!

gothic in making - with hijab?




Cepat pergi cari In Trend and compare with mine - i mean the mekap. Not so fazura rite? It just me. Fazura tu mungkin sekadar alasan je kot. Dah memang dasar aku nih yang gila mekap. Bahah!


nota kaki: aku akan buat tutorial camne nak buat mekap camni. Simple, murah dan mudah. Nak tak? 

05 December 2010

Ada Sape-Sape Nak Geng Ngan Aku?

Ini memang ke-gilaan aku. Sejak zaman bujang senang sampai dah ber-somi bagai nih. Mekap+camwhoring+editing. I bet u guys pun ada habit camnih. Tak banyak pun, sikit mesti ada kan? Baik mengaku! *haha saja je nak ajak orang lain geng sekali. tanak gile sorang-sorang.


For sure, aku just buat semua nih bila asben takde kat rumah je. Bila dia keluar kerja+keluar jumpa customer+atau keluar mana-mana - pastu tanak ajak aku sekali, aku buat semua nih. So jangan claimed aku jenis tak jaga asben sebab sibuk nak main mekap-mekap sampai asben nak makan nasik pun aku tanak masak. Dosa oh men-tuduh camtu. Dah la aku jenis tak suke tayang mekap depan asben lama-lama. Aku ni pemalu oiii. Ohokohokohok.






nota kaki: the best terapi for me. 

Doktor, Misi, Dukun, Pembantu Klinik Dan Keroni Keroninya, Korang Patut Bace Ini.

*entry ni agak panjang tapi korang kena bace jugak.


Sori lah. Ter-paksa aku buat tajuk havoc camtuh. Sebab aku nak sangat korang-korang yang berkaitan dan yang bijak pandai nih bace entry nih. Aku ada masalah. Memang masalah aku nih betol-betol problem okey. Sumpah tak main-main. Camni ceritanya, aku ade penyakit yang aku tak tahu ape nama penyakit aku tuh. Kat tulang pinggul kiri aku, tapi belah bawah sikit mengahala ke tengah vontot kiri aku tu kan ada tulang - tapi tulang tu macam ter-selindung di balik vontot la sket *sila guna tangan masing-masing dan ikut arahan aku tadi untuk pemahaman yang lebih jelas dan jitu. Kat situ macam ada kesan sakit yang amat sangat-sangat. Macam sakit bila jatuh ter-hentak vontot kat atas lantai simen. Boleh bayang kan ke tak ni? Sekarang nih, time aku duduk kat sofa, bila nak bangun, badan aku payah gile nak diangkat sebab tulang kat dalam vontot aku tu sakit nak di-gagah kan. Kena berpaut di dahan yang rapuh dulu baru aku boleh bangun. Bila aku baring atas tilam, memang aku kena mengiring ke kanan dulu kemudian baru aku boleh angkat badan aku pelan-pelan. Kalau tidak, sakit tu menyucuk-nyucuk. Sakit nak mati okey. Tu tak termasuk bila aku nak rukuk dan nak bangun dari sujud sekali. Hazab sangat! 


Kalau tak silap, aku start rasa sakit nih since 2 bulan lepas kot. Memula tu aku ingat aku salah baring. Lama-lama nanti mesti hilang punye. Tapi bila dah lama giler asyik sakit je camnih, aku pun dah cuak. Yelah, kekadang di-sebab kan sakit-sakit  camnih semua, seseorang boleh jadi hilang upaya atau lumpuh separuh badan ke ape. Contoh macam Ras Adiba Radzi tu. Kesian dia, elok-elok sihat, tiba-tiba hilang upaya camtu. Nauzubillah. Mintak simpang jauh-jauh. Dalam kepala aku nih asyik terbayang-bayang camne kalau ditakdirkan aku pegnen balik, aku takut akan bagi efek yang lebih teruk kat aku time nak deliver - time push nanti atau efect lepas dah deliver nanti. Mana la tahu kan. So sebelum ape-ape yang serius itu ter-jadik, terpaksa lah aku berusaha nak pulihkan balik komponen tersebut.

So soalan aku kat korang, ada ke cara untuk aku hilangkan sakit nih? Kalau kena check up, kat mana aku patut refer? Samada kat hospital terus ke atau pergi klinik pun takpe? Nanti cakap nak buat x-tray terus ke atau bagi doktor tu test-test kat vontot aku dulu? Atau aku kena pergi rumah urut je eh tak maksud aku jumpa dengan tukang urut tradisional untuk repair dan modified apa yang tak kena ngan tulang vontot aku ni? Kot tergeliat ke retak ke ape ke kan? Ke camne ek? Ada cadangan lain ke?


Huu, aku mintak sangat jasa baik sesape yang tahu tentang nih. Tak kisah la korang nih adik kepada doktor ke, misi ke, pembantu perubatan ke atau budak medic yang tak grad lagi pun, atau sesape yang ter-bace entry nih, aku sangat mengalu-alukan nasihat+pendapat+jawapan korang. Janji sakit tu hilang lepas nih. Sakit sangat dah nih dowh!


nota kaki: Kali nih aku tak memain. Hidup atau mati punye hal nih. 

04 December 2010

Bukan Senang- Senang Nak bagi Orang Tengok Perut Kita Boncet

Ter-jumpa sekeping gambar time pegnen yang nampak aku boncet. Haha tak tahu la boncet pegnen atau boncet kenapa -kah? tapi aku tetap gak nak assume itu adalah boncet pengnen. Huhuhu!



perot kecik  itu comel even tuan-nye comot dan tak comel. ke tak nampak perot tu?

03 December 2010

Jap Jap. Ada Pesanan Penaja Nih.

Malu ohh aku nak mention-mention pasal kelas mekap banyak-banyak kali kat sini. Takut nanti orang bising cakap promote manjang. Tapi ape nak buat kan, dah nama belog nih belog aku. So nak tanak kena jugak bagitau kat sini. Kepada sesape yang dah bagi nama nak join tu, sila bace INI sekali yek. cecececes, T&C konon. Takde ahh, memang penting kena bace pun. Kot-kot la korang terlepas pandang. Kang korang silap sesat di hujung jalan ke hape, aku jugak yang nak kena bawak balik ke pangkal jalan. Muahahaha!

01 December 2010

Kali Nih Aku Buat Entry Kebaikan

Salam,


Dah lama aku tak ber-entry. Kata mood dan takde kan. Tengok belog dah macham malas. Nak men-taip apetah lagik. Ngeh!


Sekarang taip entry pun dah macham takde hala tujuan. Macham orang takde pedoman eh? Eh melampau contoh aku. Nak citer ape pun aku tak tau. Silap-silap anon komen lagik cakap belog aku merapu. Eh anon? Aku baru tahu dalam entry baru Cik Nadia nih camane nak 'buat' kalau ada anon+stalker yang jenis suke nak kidnep gambo orang pastu claimed itu muka dia. Banyak cantek muko ko! eh dah. Pastu juga untuk orang yang suka sangat tinggal taik kat belog orang tapi tanak tinggal nama. Yela kan, mane ada orang berak tinggal nama kat taik dorang, hatta berak kat jamban bayar sehingget pun kan. Jadik moral  of the setori, jangan suka-suka tinggal taik. eh Buat DNA kat taik boleh tak? Tapi takpe, zaman dah canggeh sekarang nih, kita still leh detect IP address anon tuh. Pastu kan, kalo korang rasa komen tu bukan dah setakat annoying nak mati, tapi dah sampai tahap drop your water face *bengom ayat. marah teacher bunga bace ayat aku nih maka korang leh la buat report. Nak details leh bace kat entry Cik Nadia nih, aku bukan rajin sangat nak olah balik semua ayat tu balik. Kang kalau aku copy sebijik kang, tak pasal-pasal Cik Nadia report aku lak copycat dia. Eh tak kot. Ngan aii Nadia tak marah punyer kan kan kan. ^__^


nota kaki: malas nak buat nota kaki. dah.

28 November 2010

JOM PAKAT JOIN KELAS MEKAP!!!



Sebelom apa-apa cerita, meh aku nak update tentang kelas mekap nih. Kata suke main conteng-conteng muka kan? Sape-sape yang ber-minat, boleh sms aku okeh! Chill..!!!

25 November 2010

Lagi Pasal Mekap

Belog aku dah macham Astro. Bosan tengok. Aku plan nak buat contest face make-over. Hadiah-nye, mestilah bebarang mekap jugak kan. Takkan contest face make over, tetiba aku bagi hadiah kasut ke setokin ke. Tak pasal-pasal nanti orang simbah darah ayam ke belog aku nih. Ngeri aku okeh. Eh. Kalau aku buat, ada yang nak join ke?

24 November 2010

Teringin.

Belog dah semakin tak best. Kalau belog ni opis, dah lama rasa mahu gulung tikar dan kasi bungkus ini belog.


Dan korang jugak. 
























Sila letak jawatan daripada terus membaca belog nih. Cari kerja lain. Eh belog lain.




nota kaki: dah banyak delete entry sendirik. Betol-betol petanda mahu gulung tikar kah?

21 November 2010

Carta Paling Rendu. Oh!

Rindu itu kan macham cantik jugak. Subjektif. Dan macham sekarang, aku rindu banyak benda - bukan pada banyak orang. Eh ramai orang. 


- Makanan yang sedap-sedap : crab masak masam manis, creamy carbonara, double cheese burger, daging korban bakar cecah air asam, dan segala lauk pauk ber-lemak tepu pedas hot tu semua aku cravin'! erghhh!!!!


- Kastemer mekap : rindu nak mekap muka orang ramai-ramai - dah sampai tahap gian gigil-gigil kancing gigi gian aku nih! cuak sebab ter-paksa lepas pergi kastemer masa dalam pantang nih. duit pun pergi sekali. isk. giget peha asben kang!


- Dapur : Bukan rindu nak tido di-dapur ke hape. Tapi aku rindu nak ber-khidmat untuk asben di-dapur. Nak tambah lemak-lemak nye yang dah kurang. Takkan aku je yang nak ber-lemak kot.


- Kekotaks mekap aku : Pesal kekotaks? Sebab ada lima mekap box kat rumah aku dan aku dah mula rindu nak selenggara kekotak itu sambil main-main ngan mekap tu sume. Mesti dorang pun dah rindu aku. Dah seminggu lebih aku tak jumpa dorang. *sobsob.


- Eyelashes : Kerja aku dalam seminggu mesti nak punggah kotak yang aku simpan koleksi bulu-bulu mata pelesu tuh, susun-susun pastu sengih-sengih sorang diri. Asben tengok terus  geleng-geleng kepala. Dalam ati menyesal kot buat bini. Kihkihkih. 


- Angin luar rumah : Aku dah start rasa bau aku hapak+bacim dan tengik *tapi bukan aku cakap aku tak mandi sebab ter-lampau ter-perap ber-lama lama-an sangat kat dalam rumah ni. Paling koman kalau boleh ikut asben jalan-jalan-ronda-ronda-dalam-kereta-tepi-pantai-tengok-ombak pun dah kira cukup ber-syukur aku pada Ilahi. Tapi apekan daya, itu pun di-larang 
keras!


- Self-make-over: Yang nih lagi lah maha super duper aku rindu! Aku rindu sangat nak calit mekap mampan mampan walaupun hasel nanti tak chantek mane+pipi nak pinkish-pinkish kasi efek muka cukup darah mengalir+bibir yang nampak je macham pucat pasal nude kaler lipstik tapi takpe janji bukan pucat azali+ dan yang penting stok eyeliner pensil dah melambai-lambai mintak di-abiskan.  Baju yang konon-konon akan ketat sebab pegnen aritu dah mula panggil me-mintak aku pakai balik. Dan, aku rindu jugak nak camwhoring mati-matian - tanpa alasan. ahaha!


- Solat: yang ni aku letak bawah sekali bukan sebab berada di-level paling last aku rindu, tapi tanak anon anon yang start bace entry ni cebik-cebik dan juih-juih mulut kat belog aku. Aku dah rindu nak kembali tunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Insyallah, dah tak lama lagi.


Rasanya dah cukup apa yang aku rindu. Tanak tamak sebab bila tamak nanti rugi. Lain-lain akan aku suarakan sendiri pada encik asben. 
banyak yang aku rindu ada dalam gambar nih.



nota kaki: aku tak rindu nak ber-tenet sebab tenet doploh pat jam depan aku. sume kat rumah mengalah demi aku.

20 November 2010

Dalam Kenangan Aku

Ramai yang ter-kejut dan ter-tanya bila bace 2 previous entry aku. Tak sempat lagi aku nak cerita tentang ini, Allah dah bagi aku cerita ini. Kesian bila aku timbulkan tanda tanya kepada kawan-kawan belog yang lain. Baiklah. Sekarang aku ber-cerita. 


4 Nov, Khamis.
Aku rasa kondisi badan aku lain macham. Bila mengadu, ramai syak aku pregnen. Dah 5 kali aku buat UPT sebelum tu, resultnya negatif. Sebab dah terlalu immune dapat result yang negatif, aku tak letak high expected untuk result kali ke 6 nih. But it was supprised bile aku nampak ada 2 line keluar kat UPT kit aku. Gulppp! Tanak bagitahu asben. Pregnen ke tak nih? Seperais!!!


6 Nov, Sabtu.
Terpaksa jugak citer kat asben, dan asben terus bawak pergi klinik untuk re-confirm kan result. Thank God. Allah dah makbul kan our hope. Doctor cakap aku pregnen 5 minggu base on my last period. Kecik je lagi kan? So aku ngan asben plan nak jumpa doctor keluarga next week (13 Nov) untuk scan/ultrasound my baby. Nak tahu exact week my baby, nak tahu my due date dan need some advise for first time pregnancy ni. Huuu, esaited sesangat kami somi istri. Since tahu, hari-hari aku ngan hubby dah start cakap-cakap ngan my baby. Pagi-pagi drive pergi kerja, tangan aku mesti letak kat tummy and say 'Gud Monim anak mama. jom ikut mama pergi kerja sayang'. Hati ber-bunga-bunga sangat nak jadi mama nih.


And asben pun macham tu. Tak pernah miss cakap-cakap ngan baby. Kalau dulu doa kami selepas solat, mintak di-kurniakan zuriat yang soleh dan solehah, tapi since dah tahu pregnen, asben dan aku always doa agar our baby nih sihat sempurna. Insyallah. Our hope. Anak mama dan papa akan jadi anak yang soleh dan solehah. ^_^


11 Nov, Khamis.
Sebelum tido, tiba-tiba aku bleeding. Keluar banyak darah cair tapi without any pain. Aku ngan asben pun dah macham pelik. What happen with my baby? Ada yang tak kena ke? Asben call ma, call kawan aku, and tanya kenapa, tapi dorang cakap maybe itu pendarahan biasa. Normally happened di awal kehamilan. Tanak pikir macham-macham, aku ngan asben tido je. Sebelom tido, aku cakap kat asben,' sian baby kita, dia kecik je lagik nih'. Masa tu memang aku cuak if jadik apa-apa kat my baby. Naluri ibu rite?


12 Nov, Jumaat.
Bangun jek pagi, terus aku check katil. Lega bila tengok takde darah keluar masa aku tido. Masa aku masuk toilet, ada keluar darah sikit-sikit tapi aku sedapkan hati, maybe balance darah semalam je tu. Asben dah larang aku pergi kelas, risau jadik apa-apa, tapi aku still sedapkan hati asben. Plus aku pun tak rasa sakit apa-apa. Cakap kat asben, kesian kat student kalau aku cancel kelas tiba-tiba. Lepas siap-siap, asben hantar aku pergi kelas  - kemaman.


8.30 pagi.
aku dah start kelas dan masa tu jugak aku rasa weird+macham ada yang tak kena je. Break pukul 10 aku check kat toilet dan Homaigod, aku bleeding lagik dan kali ni ada banyak ketul-ketul keluar sekali. Terus call asben dan bawak aku pergi hospital. Perut aku dah start ber-denyut-denyut then aku admitted kat wad kecemasan. After cek dan scan semua, doc cakap my baby dah takde. Doc kena hantar aku ke HSNZ Kuala Terengganu untuk buat D&C. Ya Allah, masa tu aku dah meraung-raung. Sedih+hiba+rasa lost sangat-sangat. Macham mimpi ngeri  pun ada. Asben, ma dan mak mertua, kakak ipar tak putus-putus tenangkan aku. 


Sampai ke KT, admitted kat sane 3 hari untuk proses D&C semua. Dan baru aku tahu baby aku dah 8 minggu usia nya. Dah 2 bulan rupanya anak mama dan papa. Airmata aku dah kering masa tu. Lepas discharged, sampai ke hari ni, aku stay berpantang kat rumah ma. Kawan-kawan, famili, tak putus-putus datang melawat dan support aku. Dan kat pesbuk pun ucapan takziah dan support tak putus-putus masuk. Tengs semua. Now aku dah makin sihat. Dan my emosi dah back to normal. Dah mampu senyum. Life must go on. 


dear my baby,
Tengs sayang bagi mama dan papa cakap-cakap ngan baby even just seminggu je pun. Mama dan papa yang lambat tahu baby ada kat dalam tu. Perasaan bila tahu anak mama ada kat dalam tak boleh nak di-gambarkan dan di-luahkan. Hanya Allah yang tahu hati mama dan papa time tu. Syukur dan hepi sangat. Tapi sekarang mama dan papa redha dengan kehilangan ni. Allah dah atur-kan yang ter-baik untuk kita hamba-Nya. Redha dengan Qada' dan Qadar nya. Ada lah yang ter-baik tu di-janjikan oleh-Nya. Wallahualam.


sampai sekarang still lagik ada kesan airmata tu kat tudung aku. dah basuh pun still susah nak hilang. sama macham susah nya aku nak lupa semua ni. 


nota kaki: kehilangan mengajar kita erti menghargai yang ada.

19 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha Jugak.

Berpantang arang berkerat rotan ke tidak, aku tetap jugak nak ber-mood pagi raya. Hidup ber-kain  batik, ber-setokin tebal, ber-muka pucat, buat tubuh+jiwa dan semangat aku ber-tambah lemau dan lembik. Depress aku tengok muka sendirik pucat dah macham zombie kampung pisang. Atau aku mungkin aku versi yang elok sikit kot.






muka pucat zombie aku masih ber-sisa.


Pepagi raya lagik, aku melaram SAMA-JE-MACHAM-ORANG-SIHAT-LAIN-SAMBUT-PAGI-RAYA. thehehe. Ma dan asben mampu angguk-angguk geleng-geleng kepala jek tengok aku dah ber-tukar wajah. Pipi dah pinkish-pinkish lekat blusher, mata bengkak sepet mepet cap nyonya tua tu aku dah sapu eyeliner hitam, pekat. Sekali tengok memang dah macham sehat walafiat bebenor aku pagi tu. Ma suruh aku pakai setokin pun aku derhaka tanak pakai. Cakap kat ma tak kool la pakai baju raya mantap-mantap sekali kat kaki pakai setokin tebal. Ngehehehe. Tapi aku derhaka tak lama la. Petang aku dah tukar pakai uniform di perenggan pertama tu balik. Ber-gaya melaram sakan cemane sekali pun, aku tetap kena jalan kepit-kepit kemut-kemut macham anak dara zaman 60-an. Orang lain ke-sana kemari beraya dengan lembu korban, aku kat dalam rumah ter-kebil-kebil pandang jalan. Takleh nak ikut main lembu. Orang lain melantak macham soploh taun tak jumpa makanan, menu aku tetap tak ber-ganjak. Nasik putih+ikan panggang+tumis sawi. Punah mood nak raya lama lama. 


nota kaki: semua orang kecoh pasal  pilem 'pecah punggung' 2 alam. sape-sape nak beli tiket filem tu mesti takut punyer. takut kena gelak.

Kesinambungan Hidup

Salam, 


Sedang men-tunggu mentua datang ziarah. Lepas nih belog akan di-hupdate lagi.


nota kaki: aku rindu belog macham aku rindu dunia luar jugak. 

10 November 2010

Nak Mimpi Lama Lagi

Baru seminggu aku ber-hibernasi dari belog, macham-macham kejadian rupanya yang dah jadik kat diri aku. Macham-macham kejutan jugak yang aku terima. Alhamdulillah segala-nya masih yang baik-baik lagi. Yang penting, semua nya mem-bahagia kan aku - asben. Tunggu aku betol-betol ter-jaga daripada mimpi indah ni.




nota kaki: aku dah mula rindu kan belog . Dan tiba-tiba je aku rasa mendatar gile bahasa. ahah!

31 October 2010

Lupa Bawak Otak

Time aku balik exam, aku singgah satu kedai. Kawasan kedai tu memang sesak gila. Jalan pun memang one way je - muat-muat satu lorong kereta je lalu. Nak jalan kaki pun ber-himpit himpit. Kebetulan time aku pergi tu memang parking depan kedai semua penuh. Tapi sebab tahap kerajinan aku menebal, aku sanggup parking belakang kedai - which is kena menapak jugak la tapi kan aku dah cakap aku rajin sket time tu so aiman tak kesah. Masa aku menapak kat lorong sebelah kedai, aku perasan ada 2 buah jentolak eh eh tak, dua buah kereta parking dekat lorong tu. Kalau tak silap aku - yang tak pernah stadi buku undang-undang jalan raya nih, lorong tu adalah lorong laluan kenderaan. Ada signboard no parking kat situ. Tapi sebab malas nak banyak pikir, aku jalan terus je. Biasa ah manusia. Bukan semua suka ikut rules kan. Kadang-kadang termasuk aku jugak. 

Time balik, aku lalu lorong tu balik dan aku perasaan kat cermin depan kereta-kereta tadi dah ada notis. Notis tu tulis macham nih, 'TOLONG PERGI AMBIK  BALIK LESEN KERETA. KAT SINI LALUAN KENDERAAN, BUKAN TEMPAT PARKING KERETA!' BODOH!'. oke bodoh tu aku suka suki tambah. ahah! Tapi yang lain-lain memang betol-betol la weh.Siap tulis dengan marker pen kaler merah. Besar plak tuh. Senang je nak baca. Nak je aku snap gambar nak masuk belog  tapi takut pulak nanti kebetolan si owner kereta datang pastu tuduh-tuduh, caruts-caruts, mak-maki aku lak ingat kerja aku. Dahla kat belog pun dah selalu kena maki-makian. ohokohok ^__^

Kalau aku laa yang jadik owner kenderaan tu, memang aku sanggup balik rumah naik bas je kot. Tengah-tengah malam nanti baru datang pick up balik kereta masing-masing. Malu siot! Tu pun kalau kenderaan tu still wujud kat situ lagik la. Agagaga! Ape pun, aku salute kat si pen-tulis notis tu sebab memang dah siap ber-sedia dengan paper A4 nye, dengan marker pen nya. Sekurang-kurang nya dia dah luah kan suara road user yang lain sekali. Memang dah immune sangat sebab hari-hari ber-hadapan dengan situasi nih kot. Yelah, dah sampai tahap men-susah-kan kehidupan orang lain, sape tak panassss kan. Elok-elok je orang masuk selekoh, tengok-tengok ter-congok kereta ko kat situ menghalang laluan. Nak reverse, kereta lain dah banyak membontot. Wadafak betol kan. Haih, nasib baik ko dapat notis je. Harap-harap lain kali ko dapat saman pulak. Tak pun simbah cat. Erk, kejam sangat tak? 

30 October 2010

ke.nota.an

Minggu nih kan minggu exam. Aku macham biasa lah. Steady je lagi siap boleh meng-hupdate belog. Nanti dalam exam hall sok sibuk ahh meng-gelabah. Macham nak lempang diri sendiri jek. Haih! Pes day aku nak pergi exam, pagi-pagi lagik aku dah ter-serempak sesuatu kat tepi pintu rumah. Hoh?


 ape kah? key chain monyet kah? huhu.


oh. nota dari encik asben rupanya. ^__^


tengs encik asben. wish exam kali ni takde paper sangkut. tak sabar nak habis kan whole sem. nak tawen. eh eh dah tawen la. lupa kah? haha main-main je. aku dah tak sabo nak abis-kan stadi aku. penat oh. aku nak konsentret pada benda lain pulak. Banyak yang aku nak kena pikir nak kena buat. Nak fokus 100 persen. Selagi stadi nih tak abis, terganggu konsentrasi aku nokk!!! 

nota kaki: time exam week, mood nak meg-hupdate belog memang ter-baek kan. mencanak-canak napsu nak membelog. haha, aku la tu.

29 October 2010

Tips: Cara Nak Pakai Bulu Mata Palsu

Trend pakai bulu mata pelesu bukan lah pelik lagi dowh. Pergi event pakai eyelash, pergi party buih pakai eyelash, pergi kenduri tawen pun pakai eyelash. Sikit-sikit nak pakai eyelash. Kemain je kan. Mujur pergi kubur je tak tergamak lagik nak pakai eyelash ^__^ Kuat bebenor pengaruh Rozita Che Wan nih. Untuk orang ber-mata kecik+sepet+bulu mata sikit+pendek macham kepunyaan aku nih memang lagi ter-sangat adore bila tengok orang lain pakai eyelash santek je. Sekarang student pun terer pakai eyelash. Untuk yang tak tahu cara betul pakai eyelash, meh sini aku kongsi tips. Tu pun kalau ada yang nak ikut la. Belog aku kan tak ber-guna. Tetttttttt!



sediakan bahan-bahan nye: a pair of bulu mata pelesu - tak kisah lebat ke panjang ke tebal ke sukati korang. gunting kecik, pengetip bulu mata, gam bulu mata pelesu, dan juga eyeliner - tak kesah liquid ke pensil ke korang punya suka lahhh!!!


kemudian pastikan ada mata untuk di-aplikasikan tips nih - tak kesah lah muka basi macham nih pun. janji ada. heh.



memula sekali ukur panjang bulu mata pelesu tu kat kelopak mata korang - bukan kelopak mata orang lain. pastikan panjang bulu mata tu ngam-ngam dengan kelopak mata korang kemudian gunting mengikut panjang yang di-ukur. jangan panjang sangat atau pendek sangat. kang melebih-lebih pulak bulu tuh kat situ. bak kata aku, ukur eyelash di-mata sendirik.


kemudian kepit bulu mata ori korang tu bagi melentik sikit. tujuan nye senang nanti nak merapatkan keintiman eh eh nak rapatkan bulu mata ori dan pelesu kamu. ehe!


sapu gam ke pangkal bulu mata pelesu tu. kalau boleh lebih kan sedikit kat hujung kiri dan kanan bulu mata tu sebab part tu lah paling kritikal tiap kali pakai. asik nak ter-cabut je kalau silap kekdahnya. biar gam separa kering  baru tampal ke mata. *tunggu kering dalam kiraan beberapa saat je ye


 gambar mata ter-beliak nih men-tunjukkan bahawa bulu mata pelesu di lekat kan ke mata. kemaskan hujung bulu mata tu supaya melekat elok. kedudukan bulu mata tu biar centre je kat mata. jangan meleweh ke tepi sangat atau ke batang hidung sangat. Payah nak berkeli-kelip kang. Lagi satu, pastikan pejam mata masa nak letak bulu mata tu. Dan lekat kan bulu mata betol-betol rapat ke pangkal bulu mata ori korang. Kalau tak nanti bulu nampak terapung. eh apekah? hahaha.

 bulu mata dah siap di-pasang dengan betul dan kemas. ececece!. pasang lagi sebelah pulak ye.


lepas dah kering gam dan dah santek kedudukan bulu mata tu, sila draw eyeliner ke pangkal jalan eh eh ke pangkal bulu mata. tujuan nya, nak tutup kesan gam bulu mata yang ter-sememeh serta kesenget bengetan bulu mata pelesu yang telah di-lekat kan tadi tu. terer macham mana letak pun korang mesti kena draw jugak supaya tak nampak kesan pangkal bulu mata pelesu tu kat situ. ke degil jugak tanak draw? 


kemudian sapu mascara ke bulu mata. tujuan nya nak bagi bulu mata pelesu dan ori tu rapat dan nampak macham serumpun je. ecececes serumpun! 


eh eh?

hoh?

la, dah selesai rupanya. ready untuk di-gayakan hehehe. 


tips dalam tips: bulu mata boleh di recycle guna. caranya, cuci kesan gam yang lekat di bulu mata tu bersih-bersih menggunakan minyak baby. kemudian lap dengan tisu sampai kering dan simpan. lain kali nak guna, boleh pakai balik. tapi paling banyak pun, boleh pakai 3 kali guna je hayat bulu mata pelesu nih. ingatttttttt!