Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 March 2009

Saya dan Tragedi

Semalam saya pergi tengok baby comel milik kawan saya. Rambut hitam pekat dan lebat ~nonsence dowh percaya pakai syampu baru dapat rambut lebat dan hitam~
Tetiba terjadi perbualan camnih lah lebih kurangnya antara ma dan kak nor-
(telah di alih dialek terengganu kepada bahasa standart okeh)

Ma : Dulu masa along ni ~merujuk kepada saya~ dapat angah ~merujuk kepada adik lelaki saya~, dia datang tengok angah kat hospital bawak coklat Sugus untuk bagi kat adik dia. Maasa tu semua org gelakkan dia.
~motif: saya raikan kedatangan angah ke dunia ni kot~

kemudian sambung ma;

Ma : Dulu along lagi kecik daripada baby ni. 2kg je berat dia masa lahir. Besar botol air mineral yang kecik tu. Tapi boleh pulak dia tua dalam perut. Ma mengandungkan dia sampai 11 bulan.
Kak Nor: 11 bulan ma? boleh plak macam tu?
Ma: Boleh. Sebab dulu tak macam sekarang. Along masa lahir tu, kuku dah panjang, rambut pun lebat dan panjang.
~hoho mujur muka tak mekap siap-siap, rambut dah dye blonde semua bagai~
Ma sangat suka guna teknik imbasan. So entry kali ni saya gunakan teknik imbasan.

1. Tahun 1980-an. Masa saya masih merangkak.
Kami sekeluarga berehat-rehat di rumah. Ma, abah dan saya. Saya masih merangkak ketika itu~masih amatur~ Jadi latihan merangkak haruslah kan saya teruskan. Crawling, crawling and crawling... akhirnya saya tiba ke suatu destinasi. Objek aneh tapi bergerak-gerak di hadapan saya. Tapi saya teruskan merangkak. Objek bergerak-gerak itu makin saya dekati. Kecik-kecik dah ada semangat enkuiri yang tinggi. Dan akhirnya, ma dan abah jumpa saya dalam pelukan monyet peliharaan datuk saya dengan lutut saya yang dah tersopak isinya. Kena gigit monyet. Sampai hari ini parut besar kesan gigitan monyet tu masih ada di lutut kanan saya. Peliknya saya tak menangis pun ~mungkin saya dah di pukau monyet itu~ tapi risau gak weh takut-takut kalau gen monyet masuk dalam badan saya ~erkk...~

2. Tahun 1980-an lagi. Sekitar 4,5 tahun.
Lokasi di rumah juga. Time tu abah tengah korek cuci telinga adik saya, Angah. time tu kecik lagi jadi takkan nak biar cuci sendiri kan. Saya pun sibuk jer serahkan diri saya nak diserviskan telinga juga. Syok woo abah servis telinga terlentok-lentok sambil mata kuyu ~gila stim weh~ silap hb, siap air liur meleleh atas riba abah. Tapi abah cakap, 'along dah takde taik telinga dah. Abah baru korek semlam kan'. Fuhh, memang saya sangat kecewa. Bawak diri ke luar rumah, duduk tepi tangga, sebelah batang penyapu. Merajuk. Tapi rajuk saya tak lama. Saya masuk rumah balik, jumpa abah. Dengan penuh harapan. Saya yakin, kali ni abah mesti akan cuci telinga saya.
Kesudahannya, saya di bawa ke hospital. Terus masuk bilik rawatan. Ada objek asing dalam telinga saya. Dan doktor yang keluarkan objek dalam telinga saya tu tak daya nak tahan gelak bila tengok sticker harga yang warna kuning dikeluarkan daripada telinga saya masa tu. Ye doktor, itu sticker harga penyapu yang ma sandar tepi tangga. Salahkah saya mencipta taik telinga sendiri supaya abah boleh servis telinga saya juga? Saya masih terbayang- bayang gelak setan jahat doktor tu masa tu.

3. Tahun 1990-an, Umur saya 4 @ 5 tahun.
Sambutan hari keluarga pejabat abah saya. Masa tu, semua staf @ kawan -kawan abah datang bersama keluarga ~nama pun hari keluarga~. Anak- anak kawan abah semuanya lebih kurang sebaya dengan saya. Lalu di akhir majlis, diadakan sessi begambar beramai- ramai bagi semua anak staf. Saya juga bergambar. Itupun selepas berkali-kali dipujuk dan disogokkan duit syiling 20 sen oleh jurukamera dan abah dan ma. Duit sogokkan saya ambil tapi saya tetap tak pandang kamera. Asyik pandang tepi, sebelah kanan saya sahaja ~bukan bermaksud pemalu okaiyyy~ Jurukamera bosan dan akhirnya gambar di ambil. Setiap ibubapa yang anak-anak nya turut serta ketika sessi bergambar itu telah di berikan sekeping sorang gambar tersebut sebagai kenang-kenangan. Ya...pada sesiapa yg turut memiliki gambar tersebut, saya mengaku...gambar budak perempuan yang pandang orang tepi belah kanan, sambil jari telunjuk di dalam lubang hidung itu adalah saya. Maafkan saya kerana merosakkan gambar kenangan kalian. Skill mengorek hidung memang dah sediakala wujud dalam diri saya pada masa itu. Kalaulah saya tahu gambar itu bertujuan utk kenang-kenangan...huh!!!

4. Tahun 1990-an. Saya dah mula sekolah rendah atau tadika.
Petang yang nyaman. Saya dan angah dah dibenarkan main-main di halaman rumah masa tu. Saya main anak patung ~woman sgt dah~ dan masak-masak. Angah yang tak tahu apa-apa erti beza permainan kanak-kanak perempuan atau lelaki, join sekali alongnya main anak patung dan masak-masak. Dasar memang budak lelaki tetap budak lelaki, lengan anak patung kesayangan saya di cabut ~yang sebenarnya di sentap~ siapa lagi yang sentap kalau bukan angah. Serta merta semangat Tun Teja mula merasuk saya. Saya capai botol sirap itu, ~tau botol sirap zaman dulu? warna kecoklatan, kaca tebal dan berat~ lalu saya lontarkan botol sirap itu persis seorang atlet lontar peluru, ke arah angah dan yaa...lontaran saya tepat sekali mengenai sasaran. Bucu belakang botol sirap padu mengenai dahi angah. Darah mengalir laju dari dahi angah. Lalu dia di bawa ke hospital. Lukanya dalam dan terpaksa disulam dijahit. Hati saya puas. Dan hati ma dan abah juga puas...saya dibelasah dipukul teruk kesan kekejaman Israel saya. Padahal sumpah saya tak tahu, lengan anak patung tu memang di cipta boleh cabut dan pasang balik ~ngee~

5.Tahun 1992. Darjah 1.
Sekolah rendah saya ni special sikit. Sebab ada klinik rawatan gigi kat dalam kawasan sekolah ni ~sekarang dah takde klinik ni~. So bagi pelajar- pelajar yang nak buat rawatan gigi, boleh senang lenang je nak pergi klinik ni. Lagipun klinik kerajaan, free je la. So saya tak terkecuali. Dahlah rumah dekat gila dengan sekolah. 15 langkah je dah sampai sekolah ~langkah org-org lelaki dewasa yer~
So bila tiap kali saya sakit gigi, ma akan bawak saya ke klinik gigi. Korang mesti tahu kan prosedur nak cabut gigi camane. Memula kena tunggu turn nama dipanggil ~kalau ada patient lain~ pastu masuk, nurse@doktor akan check- check gigi korang pastu bagi bius cinta sejarum dua. Bergantung pada lokasi gigi yang nak di cabut. Kalo gigi geraham, kena bagi bius cinta lebih sikit, senang nak cabut, tak sakit.Last baru nurse@doc panggil nama dan get ready utk menamatkan riwayat gigi yang sakit ~ah, tensen~.
So step pertama saya lancar. Lepas step kedua ~bius~ saya kena tunggu step seterusnya. Selalunya,
tempoh menunggu ke step ke 3 ni sangat lama ~padahal 15-30 minit kot~. Saja doktor lengah-lengahkan sebab nak bagi ubat bius cinta tu meresap sepenuhnya. Tapi tahukah doktor dan nurse yang dikasihi, bius itu membuatkan saya rasa aneh. Bibir mungil saya terasa menyamai ketebalan bibir negro @ juga Angelina Jolie. Dipicit-picit bibir sendiri dengan perasaan yang cukup aneh. Last-last keanehan itu menyebabkan kaki saya laju je melangkah pulang begitu saja ke rumah, walaupun nama saya di panggil- panggil oleh ma saya. Begitulah keadaan saya hampir 2,3 kali berulang. Lepas bius, saya cabut lari balik rumah.Tak sempat cabut gigi. Sehinggalah gigi saya yang sakit sikit-sikit tu dah sampai tahap ketiga~dalam ertikata kronik~ Kali ini abah pulak yang temankan saya cabut gigi. Ma dah surender agaknya. Lepas step ke 2, kali ni doktor terus sambung step ke 3 ~mungkin abah dah buat konspirasi dgn doktor dan nurse~ saya menggelupur melawan nak lari daripada kerusi rawatan, tp apelah kudrat saya waktu tu. Abah, doktor, 2-3 orang nurse serta seorang lagi nurse lelaki ~nurse jugak ke?~ masing-masing pegang saya di setiap kaki tangan, leher, kepala dan mulut saya. Ye kawan-kawan, saya telah di paksa cabut gigi dengan kejamnya. Sampai bila- bila saya akan kenang kekejaman itu.

6. Tahun 1998. Tingkatan 1.
Saya terima tawaran ke asrama sekolah berasrama penuh. Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa ~ada kena mengena dgn Datuk K ke?~ Ya, sejak masuk ke sekolah itu, jiwa saya pun kacau. Siang malam mata saya masuk habuk ~tsk~ Di bilik prep, di padang ketika riadah, di dalam kelas, seluruh sudut di sekolah tu menjadi saksi mata saya masuk habuk. Jiwa saya kosong. hari pertama sekolah, saya di ragging akak - akak naqibah ~bebudak matrik~ suruh saya nyanyi lagu kumpulan Saujana- Keluarga Bahagia. Woh... saya memang tak pernah layan lagu nasyid. Tp dengan nada sumbangsih, melodi tunggang langgang, serta pitching yg tak sampai, saya bantai jugak nyanyi lagu tuh. Lagu yang sepatutnya kalau didengar oleh budak-budak perantauan macam saya ni, airmata mesti bergenang tp sebaik sahaja di nyanyikan saya, gelak setan sakan kedengaran. Tp, ada saya kesah???
Masuk kelas, saya langsung tak faham apa cikgu saya ajar. Sebab (damn) pelik, kenapa guna dialek Kedah ye cikgu? Nama pun SBP (sekolah berasrama penuh ), murid- murid nya mestilah datang daripada seluruh pelusuk negeri. Macam ayam dan itik saya nak berkomunikasi. Akibatnya, saya memang kesian. Masuk koperasi pun tak dapat nak berkomunikasi. Part nak dapatkan duit cucur, akak yang jaga koperasi tu cakap 1 kupang, 2 kupang, 5 duit...~wtf~ Saya masuk koperasi ke pasar ni? Siap ada jual-jual kupang?

Time outing, semua orang outing. Pergi bandar Sg. Petani. Saya? Setakat kirim je lah. Mana ada hati lagi nak merendek. Baju batik sekolah saya pun belum siap jahit lagi. Tak boleh nak pakai keluar outing. Saya kirim kat kawan saya, suruh belikan biskut, tp berkali-kali dia cakap roti... sebab di Kedah, biskut adalah roti, roti adalah roti. Kamu faham ke? Sumpah saya tak faham. Dan makin tak faham bila kawan saya belikan saya roti ~tsk~. Nyata dan jelas dunia saya dan dunia sekolah ni berbeza. Saya tekad dan nekad. Baldi @timba ~org Kedah panggil timba~ saya jualkan kepada kawan-kawan yang memerlukan. Bakul tempat letak shower gel, ubat gigi, syampu dan semua tu pun saya jualkan. Kira longgok. Cuti hujung minggu ni saya mesti balik kg. Alasan rindu rumah. Sebaik sahaja abah ambil saya di stesen bas, saya turun bas dgn muka sangat cekal tanpa perlu menimbulkan syak wasangka abah. Tapi sebaik sahaja sampai rumah, mau abah tak terkejut. Semua barang saya dah ada dalam bonet kereta dia. Saya tekad. Diiringi tangisan pilu ~yang dibuat2 bagi meraih undian~ saya beritahu abah yang saya dah taknak pergi sekolah tu. Saya dah tekad lari daripada sekolah itu...akhirnya,abah dan ma akur. Anaknya ini sgt keras hati. Dan yeayy...saya kembali ke sekolah lama. Sekolah ku Syurgaku ~ngee~
~serius selalu menyesal part ni bila saya pikir-pikir balik~

7. Tahun 2002, Tingkatan 4.
Tingkatan 4 dan 5, saya sekolah berasmara berasrama. Syok sekolah ni, sebab kawan baik saya pun ramai. Satu kelas, satu dorm. Bila dah terlampau ramai geng, adegan-adegan yang tak diingini terpaksa berlaku.
Hobi kami malam-malam mengendap bawah ampaian kain. Sangat sadis skill kami tapi hasilnya kami seronok. Suka tengok pelajar-pelajar lelaki berlari ~serius macam lari pecut~ masuk dewan makan. Tahulah lapar, tp agak-agak la kan. Kitorang tunggu masa je bawah ampaian kain kami . Dorm kami ada beranda belakang yang mana ada ampaian kain juga tempat bertenggek, tetapi kalau di lihat warden semasa bertenggek, nahas kami. ~pelikkan, bertenggek pun salah ke?~ So atas aspek- aspek keselamatan, port kami adalah di bawah ampaian kain. ~woh, kdg-kdg tak perasan atas kepala kami ada banyak sotong kering. ces~ So bila sasaran dah depan mata, kami pun apa lagi. Laung kuat-kuat ke arah pelajar lelaki yg berlari pecut tu, ' kebulur sangat ke woiii...' dan serta mata larian pecut tu bertukar menjadi larian anak dan makin lama makin perlahan, perlahan, dan terus berjalan jer....kitorang kat atas ni gelak sakan mcm setan. Syok woo..bukan dorang tahu sape yg sound dorang.
Tp langit tak selalunya cerah ~time malam, langit kan gelap~ Hujung -hujung persekolahan, kitorang 5,6 orang dapat idea nak lepak tidur kat surau. Motif? Takde motif. Memang tersangat saja nak cari nahas. Malam yang dirancang, kitorang 5, 6 org lepas Isyak, kitorang angkut selimut, bantal, pastu makanan ringan sikit sebagai bekalan. Perlahan-lahan seludup keluar daripada asrama. Lalu tepi sign board ~di larang keluar daripada kawasan asrama selepas tengah malam~. Sampai surau, sempat lagi mengendap dari jauh, nampak budak laki kat asrama. Tau tak rahsia, dorang ni melombong tepi koridor, pastu jentik bijih keluar, pastu siap ada sapu bijih kat ampaian ~Yarkk!!~
Malam tu kami tidur disurau, tp malang tak berbau kan? Plan kami nak bangun awal-awal, masa muadzin datang pasang kaset mengaji sebelum azan subuh tak menjadi. Tiba-tiba pulak hari tu muadzin terlewat bangun. Aiseh, memang kacau. Muadzin datang- datang je surau terus azan Subuh. Dan time tu jugak la pintu surau diketuk dan di tolak dari pada luar ~kami sendal pintu surau dgn rak sejadah atas aspek keselamatan. ces ~ Rupanya jemaah- jemaah perempuan a.k.a pelajar-pelajar lain dah pun sampai ke surau utk solat Subuh. Aiseh, nak buat camane lagi. Memang kami dah kantoi. Dgn selimut, bantal, botol mineral segala bagai ada. Tak sempat nak kemas.
Bagaikan dijangka, petang tu jugak nama kami ber 5@6 ni dipanggil warden. Tp otak ligat kami tak sampai disitu sahaja. Bila warden mintak kami bagi alasan, saya dari dalam dorm lagi dah pesan biar saya wakilkan jawapan utk kami semua. Cakap ramai-ramai nanti kantoi plak salah statement. Saya dgn tenang dan berwajah sayu~control buat muka sedih~ bagitahu warden kami tidur di surau sebab buat solat hajat utk ayah kawan yg sedang sakit di hospital ~merujuk kepada salah seorang kawan saya a.k.a juga rakan kongis gelap kami. Berbekalkan wajah yg dirundum kesedihan terlampau, alasan kami diterima warden. Serius, memang rasa nak gelak time tu jugak. Part paling klimaks, bila warden cakap kat kitorang, 'lain kali kalau nak buat solat hajat, bagitahu saya. Kita pakat buat ramai-ramai.' ~fuhh~ Memang tersedak agaknya ayah kawan saya a.k.a rakan kongsi gelap kami tu. Takde kena mengena langsung sebenarnya. Tp apa yang penting, ~bukan kerjasama okaiyy~ kami selamat. Kalau tidak, terpaksa kami merempat di sekolah lama agaknya.
~erk, selamat kat dunia. Kat akhirat? tanak jawab~


No comments:

Post a Comment